Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu banyak kaki pancing dan kelab-kelab pancing yang bertapak di sini dan berjaya menarik ramai orang untuk turut serta. Sejujurnya, memancing bukan sahaja memberi kepuasan kepada mereka yang faham tentang selok-belok laut tetapi juga lebih cenderung untuk belajar menghargai ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Jadi tidak hairan jika Malaysia dikenali sebagai destinasi pancing dunia.


1. Tasik Temenggor, Peraktasik temenggor pancing

Pernah atau tidak anda dengar bualan orang ramai tentang kisah toman gergasi sebesar bas yang pernah muncul di Tasik Temenggor? Tidak mustahil dengan kewujudan hidupan gergasi ini kerana ikan-ikan di Tasik Temenggor bersaiz gergasi dan sering kali juga orang-orang Asli mendapat ikan sehingga sebesar seorang bayi ketika memacing di sini. Faktor geografinya yang berkedalaman 400 kaki (120 meter) atau setinggi bangunan 30 tingkat juga membantu hidupan-hidupan tersebut untuk membiak dengan cepat terutamanya toman.

Spesies giant snakehead ini merupakan spesies yang paling agresif berbanding 35 spesies snakehead yang lain. Menariknya, ia boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih enam kaki dan berat mencecah 20 kilogram selain mempunyai rahang yang kuat dan barisan gigi yang tajam seperti pisau.


2. Tasik Bera, Pahangtasik bera pancing

Tasik Bera adalah tasik semula jadi dan lokasi memancing ikan di Malaysia yang popular di kalangan pengemar spesis ikan air tawar. Lebih 100 spesis ikan air tawar menunggu joran si kaki pancing untuk ditarik ke dalam bot. Tasik yang dikelilingi hutan tanah rendah, dan kawasan hutan paya gambut kaya dengan pelbagai jenis hidupan dan tumbuhan liar serta menjadi tempat tinggal Orang Asli suku Semelai. Kawasan sekitarnya menjadi tempat perlindungan lebih daripada 200 spesies burung dan 50 mamalia.

Rata-rata kaki pancing akan menggunakan kaedah ‘casting’ atau ‘trolling’ untuk merentap ikan-ikan besar seberat 18 hingga 20 kilogram seperti tapah dan baung. Lubuk paling digemari mereka adalah di dasar sungai yang berlumpur dengan air yang mengalir perlahan. Ikan tapah amat sukakan permukaan yang lembap dan biasanya ia akan menyembunyikan diri di dalm lubang di tebing sungai dan terusan untuk mencari makan.


3. Tasik Beris, Kedahtasik beris pancing

Destinasi memancing ikan di Malaysia kali ini adalah di tasik buatan yang terletak di bahagian utara. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia. Sambil memancing anda boleh merehatkan fikiran dengan menikmati persekitaran yang berbukit, pemandangan yang cantik dan udara yang segar. Pengalaman memancing ikan baung di Tasik Beris akan memberikan anda memori yang sangat indah untuk dikenang.


4. Tasik Kenyir, Terengganutasik kenyir pancing

Buat pencinta alam semula jadi, anda pasti tidak asing lagi dengan keindahan dan keunikan Tasik Kenyir. Kaki pancing selalunya akan terpegun dengan pemandangan disekeliling tasik ini yang dikelilingi ratusan pulau kecil dan flora subur hutan hujan tropika disamping mendapat kepuasan dari hasil tangkapan itu sendiri. Bukan itu sahaja malah tasik buatan manusia kedua terbesar di Asia Tenggara ini turut menyajikan panorama segar dengan air terjun Lasik dan Saok, gua seperti Gua Bewah, gunung seperti Gunung Lawit, Gunung Gagau, taman indah seperti Taman Rama-rama, Taman Herba, Taman Orkid, dan santuari haiwan-haiwan liar yang menjadi ekosistem penting lokasi tersebut seperti Kelah Santuari.

Keluasannya yang seluas 2091.99 kilometer persegi atau seluas bahagian Kelantan dan selatan Pahang teramat mengujakan kaki pancing yang melepaskan jorannya di sini. Lokasi ini cukup popular sebagai tempat memancing ikan baung, sebarau, patin, toman, dan siakap.


5. Tanjung Tuan, Port Dicksontanjung tuan pancing

Spot terbaik memancing ikan di Malaysia ini terletak di sebelah pantai barat semenanjung atau lebih tepat di Port Dickson. Sejarah dan keunikan adalah elemen yang menjadi daya penarik bagi Tanjung Tuan sebagai tempat percutian. Dahulu, ia dikenali sebagai Cape Rachado, nama yang diberikan oleh Portugis kerana di sini terdapat sebuah rumah api (Cape Rachado Lighthouse) yang menghadap ke Selat Melaka.

Bagi pemancing dasar dan jingging, lubuk di Tanjung Tuan sangat kaya dengan pelbagai spesies tangkapan seperti gerepoh, kerapu, jenahak, talang dan pari. Bukan itu sahaja malah spesis jahan, mayong dan kalau bernasib baik aruan tasik atau tenggiri mampu diperoleh pemancing.


6. Pulau Tioman, Pahangpulau tioman pancing

Selalu anda dengar Pulau Tioman menjadi tempat percutian pantai yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk bercuti tetapi bagaimana pula dengan lubuk memancing ikan di Malaysia? Pulau Tioman terletak 32 kilometer dari arah Mersing dan 80 kilometer dari arah Rompin dan tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia. Siapa yang boleh tahan jika anda boleh dapat dua manfaat dari satu destinasi yang anda pergi seperti melancong sambil memancing. Dengan kata lain Pulau Tioman sangat sesuai untuk percutian keluarga dan kaum bapa yang amat minat dengan aktiviti memancing di laut dalam.

Berdasarkan pengalaman kaki pancing yang lepas, joran anda pasti boleh menarik ikan kerapu, alu-alu, kaci, tambak, dan sotong.


7. Kuala Rompin, Pahangkuala rompin pancing

Kuala Rompin dan Taman Negara Endau Rompin satu nama yang sinonim di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam keindahan itu tersorok sebuah syurga lubuk pancing tersohor di Kuala Rompin yang berada di pekan kecil atau lebih tepat terletak di muara Sungai Pahang dan berdekatan pintu Laut China Selatan. Berbeza dengan spot memancing yang lain, di sini anda boleh merasai pengalaman memancing udang galah sambil menikmati udara dan persekitaran alam sekitar yang mententeramkan jiwa.


8. Tukun Perak, Langkawitukun perak pancing

Tukan Perak sangat terkenal kepada anda yang ingin memancing di Langkawi. Ia terletak berhampiran sempadan Indonesia dan bahagian utara semenanjung Malaysia. Tukun Perak sering dijadikan lokasi kaki jigging, popping dan bottom bagi menjerat ikan gred ‘A’ seperti Giant Trevally atau Ikan Jemuduk yang mencecah berat sehingga puluhan kilogram. Ikan ini mudah dikenali dari saiz kepalanya yang cembung besar dan warnanya yang bercampur kelabu kebiru-biruan dan warna coklat di belakangnya.

Kepada pemancing yang menggunakan kekili elektrik ataupun ‘mesin bangla’, ikan yang berpotensi untuk mereka dapatkan adalah seperti jenahak dan kerapu. Selain itu, sebahagian dari kaki pancing juga berpeluang menikmati hasil tangkapan ikan tuna, dan siakap merah. Memancing di Langkawi sesuai pada bulan Oktober kerana ketika itu berlaku Monsun Timur Laut di mana perairan pulau akan menjadi tempat perlindungan untuk spesis ikan-ikan ini.


9. Tasik Loagan Bunut, Sarawakloagan bunut pancing

Loagan Bunut berfungsi sebagai ekosistem semula jadi yang berdekatan dengan tasik terbesar di Sarawak. Kebiasaannya, setiap bulan Februari, akhir Mei, awal Jun dan Julai, tasik ini akan mengalirkan airnya sepenuhnya apabila air di Sungai Tinjar di paras rendah. Sewaktu paras air berkurang, ikan-ikan yang tadinya berenang bebas dan memenuhi tasik akan terperangkap di dalam lumpur. Anda boleh menyaksikan banyak burung yang akan terbang di atas kepala anda dan memakan ikan serta makhluk akuatik lain yang terperangkap itu. Air tasik akan kembali deras mengalir apabila hujan turun di kawasan tersebut.

Keunikan destinasi ini jika diselidiki bukan sahaja tentang Tasik Loagan Bunut itu tetapi masyarakat di sana juga. Penduduk suku kaum di sana terdiri dari suku Berawan yang merupakan antara pelopor utama kawasan Mulu. Nelayan dari suku ini telah membangunkan satu kaedah penangkapan ikan yang unik dikenali sebagai Selambau. Kaedah penangkapan ini membolehkan jaring besar yang dipasang diatas rakit besar menangkap ikan yang berhijrah lalu terus masuk ke dalam sangkar buluh sebelum ia diangkut ke pasaran.


10. Jeti Kelong Mamod, Port Dicksonjeti kelong mamod pancing

Selain pantai, kolam, dan tasik, kelong juga menjadi lokasi terbaik memancing ikan baung. Selain baung, Jeti Kelong Mamod turut popular dengan lubuk ikan jenahak, talang, bawal bulan dan bermacam lagi. Suasananya mungkin agak berbeza dari kaki pancing yang biasa ke laut dalam dengan di jeti. Bila ada berada di tepi jeti, anda masih boleh merasakan pemandangan kampung-kampung nelayan yang sangat klasik dan penuh nostalgia.


11. Mukim Serendah, Selangormukim serendah pancing

Siapa kata kalau hendak memancing di Selangor atau di tengah-tengah ibu kota, pilihan yang ada cuma di kolam pancing sahaja. Mukim Serendah antara tempat memancing yang sering menjadi kegilaan warga Selangor. Umumnya, lokasi ini adalah sebuah lombong lama yang besar dan gelap di mana airnya dipenuhi dengan ikan-ikan Tioman. Jaminan 100 peratus kepada kaki pancing yang berkunjung ke sini, anda pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.


12. Pantai Morib, Selangorpantai morib pancing

Tempat jauh lagi dikenang, apatah lagi tempat yang dekat. Warga kota sangat ghairah untuk mencari lokasi-lokasi memancing yang semula jadi dan Pantai Morib adalah jawapannya. Pantai ini terletak kurang daripada 1 jam dari Klang dan lebih kurang 1 setengah jam dari Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati pemandangan laut yang luas, indah, dan damai tetapi juga boleh mencuba sendiri pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga tidak terkecuali memancing.

Orang ramai menggelar pasir pantai ini sebagai khazah dari dalam laut kerana di sini anda bukan sahaja boleh menangkap ikan malah Katib dan Pepahat juga. Katib bersaiz agak pendak dan gemuk berbanding pepahat yang kurus dan panjang. Bagi kaki pancing, kehadiran dua penghuni laut ini adalah petanda yang pantai itu adalah spot terbaik untuk mereka. Memang terdapat pelbagai jensi ikan yang bermutu tinggi di pesisir Pantai Morib seperti ikan pari, sebelah, senangin, kurau dan sebagainya.


13. Kolam Pancing Ruskijang Park Ulu Klang, Selangorruskijang park pancing

Kebanyakan kaki pancing suka memancing ikan air tawar. Ruskijang Fishing Park meriah setiap hari dengan aktiviti memancing ikan di Malaysia. Kolam ini tertelak di Ampang dan siap dibina pada tahun 1998. Jadi boleh dikatakan kolam ini antara kolam lagenda yang tersenarai tempat paling banyak dikunjungi oleh kaki pancing. Ia beroperasi 24 jam dan bayaran masuk adalah RM 20 untuk sejam. Jenis-jenis ikan yang terdapat di sini adalah seperti rohu, tongsan, lekoh, lampam, talapian, pacu, haruan dan keli. Memancing ikan baung juga sangat digemari kaki pancing di Ruskijang.


14. Jeti Memancing Wak Sempoh, Selangorjeti wak sempoh pancing

Penduduk daerah Sepang pasti cukup kenal dengan Jeti Memancing Wak Sempoh. Jeti ini terletak di seb2lah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang. Ikan-ikan di sini sudah tentunya ikan gred A seperti kerapu, jenahak, siakap, dan bermacam lagi. Menariknya, anda hanya perlu membayar RM 4 sahaja untuk satu joran. Malah semua jenis umpan yang dijual di sini seperti udang hidup, belanak kenana, dan pumpun menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah.


15. Pulau Kelong Sibu, Johorpulau kelong sibu pancing

Pulau Kelong Sibu terletak di Mersing. Jika tadi anda hanya boleh memacing di jeti tetapi di sini anda boleh mengambil bot dan berlayar sendiri untuk memancing di laut dalam. Pada asalnya, kelong ini hanyalah perkampungan nelayan tetapi seiringnya waktu, kampung ini telah bertukar menjadi spot menangkap ikan yang terkenal di Johor. Bukan kaki pancing dari Malaysia sahaja yang sanggup datang ke sini malah yang dari Singapura juga ramai.


Diharapkan artikel ini boleh memberikan anda informasi yang berguna terutamanya kepada kaki-kaki pancing di luar sana. Walaupun sekarang negara sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti yang anda suka. Selamat memancing dan semoga anda mendapat habuan ikan yang besar.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

8 Tempat Hiking Di Malaysia Timur Yang Sesuai Untuk Penggila Adrenalin!

Antara keistimewaan yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah aktiviti-aktiviti mesra alam semula jadi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti seperti hiking, trekking,...

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

6 Lokasi Paling BEST Untuk Tour Kelip-Kelip di Malaysia Timur

Ada tiga sebab utama, mengapa anda suka melancong. Pertama, untuk merehatkan diri. Kedua, untuk melepaskan tekanan hidup dari hiruk-pikuk bandar. Dan yang ketiga, untuk...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

10 Tempat Bermain Paintball Yang Best Di Selangor

Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti paintball sudah lama berada di Malaysia...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x