Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Pancing dengan Alat yang Lengkap di Sekitar Port Dickson

Anda minat memancing? Artikel ini adalah untuk rujukan anda membuat pilihan yang tepat untuk membeli alat pancing yang anda suka. Di sini, kami telah senaraikan enam kedai pancing dengan alat yang lengkap di sekitar Port Dickson untuk “kaki pancing” yang mahu memancing di kawasan berdekatan.

6 Kedai Pancing di Sekitar Port Dickson


1. KCS Lucky Enterprise, Taman Sri Rusa Jaya, Batu 6

KCS Lucky Enterprise, Taman Sri Rusa Jaya, Batu 6

KCS Lucky Enterprise merupakan sebuah kedai pancing dan alatan memancing yang popular di kawasan ini. Lokasi kedai pancing ini sangat strategik kerana ia terletak di pusat ekonomi penduduk di sekitar Port Dickson. 

Kedai ini juga adalah merupakan kedai joran pancing pertama di Taman Sri Rusa Jaya, menjadikan mereka sangat dikenali oleh kaki pancing. Kewujudan kedai ini membantu penduduk di situ yang gemar akan aktiviti memancing dengan koleksinya yang lengkap. 

Akaun Facebook KCS Lucky Enterprise juga agak aktif, menjual alat-alat pancing seperti reel pancing. Anda boleh mendapatkan reel yang pelbagai reka bentuk dan warna dari pelbagai jenama dari kedai tersebut.

Alamat: 9, Lot 2026, Taman Sri Rusa Jaya, Batu 6, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.36 am – 10.00 pm), Sabtu (8.36 pm – 10.00 pm), Ahad (8.36 am – 7.36 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-668 8911

WhatsApp KCS Lucky Enterprise


2. TCE Tackles Sdn Bhd, Pekan Lukut

TCE Tackles Sdn Bhd, Pekan Lukut

TCE Tackles terletak di Jalan Besar, Pekan Lukut dan dibuka setiap hari mengikut masa operasi. Lokasi kedai mudah dicari walaupun tempat letak kereta agak terhad. 

Kedai ini sangat sesuai dengan pelanggan yang baru ingin mencuba aktiviti memancing. Hal ini kerana pekerja dan tuan kedainya sangat membantu untuk berkongsi dengan pelanggan mereka tentang teknik memancing. 

Kedai pancing ini juga menjual pelbagai peralatan memancing seperti cangkuk, joran kayu, tali, pelet, umpan, pelampung, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, rata-rata pelanggan berpuas hati dengan layanan pekerja dan tuan kedai yang sangat mesra.

TCE Tackles juga menjual alat pancing dengan harga yang berpatutan. Selain itu, bagi pelanggan yang ‘cashless’, anda tidak perlu risau untuk membuat bayaran kerana kedai ini sudah mempunyai pembayaran melalui e-wallet dan kad debit.

Alamat: No.43, Tingkat G, Jalan Besar, Pekan Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-6511757

WhatsApp TCE Tackles Sdn Bhd


3. PD Fishing Tackle & Sport, Pasar Besar Baru

PD Fishing Tackle & Sport, Pasar Besar Baru

Lokasi PD Fishing Tackle & Sport ini sangat memudahkan pelanggan untuk mencari kedai mereka. Kedai ini terletak di pusat bandar Pasar Besar Baru dan berada di pinggir garisan utama. Di kawasan kedai juga mempunyai tempat letak kereta yang cukup besar bagi memudahkan pelanggan.

Kedai ini menjual alat-alat memancing yang lengkap untuk kaki pancing dan sentiasa mempunyai stok untuk pelanggan membuat pilihan. Harga barangnya juga merupakan yang paling murah di sekitar Port Dickson. 

Perkara yang paling menarik tentang kedai ini ialah anda boleh membeli alat memancing secara borong dengan harga yang murah. Hal ini sesuai bagi sesiapa yang membuat penjualan semula atau sesiapa sahaja yang suka mengumpul alatan memancing.

Alamat: No. 9, Jalan Lama, Pasar Besar Baru, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 3.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-646 2072


4. Mei Jia Mini Market, Taman Perindustrian Perdana Lukut

Mei Jia Mini Market, Taman Perindustrian Perdana Lukut

Mei Jia Mini Market terletak di Jalan Perdana 1 dan berada di tengah-tengah bandar. Dengan rating 4.2 bintang, kedai ini dikatakan mempunyai peralatan memancing yang sangat lengkap sehingga membuatkan pelanggan rambang mata kerana terdapat pelbagai pilihan.

Anda boleh mendapatkan alat pancing dengan pelbagai jenama di kedai tersebut. Walaupun begitu, sesetengah pelanggan mengatakan bahawa barangan di kedai ini agak mahal. Namun, dikatakan anda boleh tawar-menawar mengikut bajet di sini. 

Bagi anda yang suka untuk membuat koleksi rod, kedai ini sesuai untuk anda! Anda boleh mengunjungi Mei Jia Mini Market untuk membeli rod baru kerana di sini terdapat banyak pilihan rod yang menarik untuk anda.

Alamat: 34,Jalan Perdana 1,Taman Perindustrian Perdana Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-977 7061

WhatsApp Mei Jia Mini Market


5. Kedai Alat Memancing Ocean Enterprise, Kampung Baharu

Kedai Alat Pancing Ocean Enterprise, Kampung Baharu, Port Dickson

Dengan tempat letak kereta yang luas, kedai ini boleh dikatakan agak strategik untuk memudahkan pelanggan berkunjung. Kedai Alat Memancing Ocean dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad, jadi anda perlu merancang waktu yang sesuai untuk mengunjungi kedai ini.

Kedai ini juga menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk pelanggan dan juga mempunyai banyak pilihan. Walaupun saiz kedai ini agak kecil, anda masih boleh mencari alat pancing yang lengkap di sini. 

Selain itu, tuan kedai ini juga merupakan pemancing aktif. Anda boleh berkongsi pengalaman dengan beliau memandangkan tuan kedai juga sangat peramah dan tidak kedekut ilmu.

Alamat: 5, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 9.00 pm), Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-648 3309


6. Ben Hasan Tackles Enterprise, Kampung Si Rusa

Kedai Pancing Ben Hasan Tackles Enterprise, Kampung Si Rusa, Port Dickson

Ben Hasan Tackles Enterprise juga merupakan pilihan untuk kaki pancing mencari alat pancing yang bagus dan dengan harga yang berpatutan. Kedai ini terletak di Jalan Pantai, Kampung Si Rusa dan dibuka setiap hari. Jadi, anda boleh mengunjungi kedai ini walaupun pada hujung minggu!

Menurut beberapa ulasan pelanggan, kedai ini tidak mempunyai banyak pilihan peralatan memancing. Namun, di sini anda boleh mendapat perkhidmatan pembuatan umpan dan ramuan intipati mengikut kehendak anda sendiri. Hal ini amat memudahkan pelanggan terutama bagi sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing.

Alamat: 314, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-379 2085

WhatsApp Ben Hasan Tackles


Aktiviti memancing mempunyai banyak kebaikan yang anda mungkin tidak penah sedar. Memancing merupakan suatu aktiviti yang memerlukan anda menggunakan fizikal dan mental anda. Jadi, ia mampu menyehatkan fizikal dan mental seseorang.

Selain itu, memancing juga adalah suatu aktiviti yang menyenangkan. Jika anda memancing, anda perlu tunggu sehingga berjaya menangkap ikan dengan tali pancing anda. Jadi, ia bukan sahaja mampu mengurangkan stres seseorang, ia juga boleh bantu menaikkan kesabaran anda!

Jadi, kami harap senarai enam kedai pancing di Port Dickson ini bermanfaat bagi kaki-kaki pancing yang gemar membuat koleksi alat pancing. Namun, jika anda seseorang yang baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti memancing, anda boleh juga mengunjungi kedai-kedai di atas.

Bagi anda yang sudah mempunyai lengkap peralatan memancing, anda pasti mencari tempat yang best untuk melaksanakan hobi memancing itu. Anda boleh melayari artikel lain kami, 15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia. Jadi, tunggu apa lagi? Jom memancing!

 

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x