Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

TOP 7 Kedai Printing Bangi Paling Berbaloi

Senarai kedai printing di Bangi merangkumi pelbagai pilihan untuk keperluan percetakan. Dengan percetakan dokumen harian seperti surat dan resume, hingga yang menyediakan percetakan kreatif seperti brosur dan poster, kebanyakan kedai printing di Bangi menawarkan rangkaian luas perkhidmatan percetakan.

Penduduk di kawasan Bangi ini berpeluang untuk memilih daripada beberapa kedai cetak yang sesuai dengan keperluan mereka, sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi.

Dalam perkongsian ini, kami akan cadangkan kepada anda beberapa kedai printing Bangi yang paling terbaik. Jom lihat!

Senarai Kedai Printing Bangi


1. Print Expert Sdn Bhdkedai print

Ditubuh pada Mei 2012, Print Expert Sdn. Bhd. telah menempa perjalanan gemilang dalam dunia percetakan di Malaysia. Dengan fokus pada Percetakan Digital, Offset, Inkjet, dan banyak lagi, syarikat ini telah membuktikan prestasinya sebagai pemimpin dalam industri percetakan.

Dengan moto “Kami Mencetak Idea Anda”, Print Expert tidak hanya menghasilkan produk berkualiti tinggi, tetapi juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang unggul.

Di samping itu juga, dengan sokongan pasukan pengurusan yang berdedikasi dan kakitangan yang mahir, Print Expert terus bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian menjadi pusat percetakan terkemuka di Malaysia.

Alamat: C-13-G, Bangi Gateway, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 9:00am – 6:00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


2. Fast2Print Bangi

kedai print

FAST 2 PRINT SDN. BHD. adalah pilihan utama anda untuk keperluan pencetakan yang berkualiti dan efisien. Fast2Print dikenali dengan kebolehan mereka yang mudah dihubungi dan mesra pelanggan.

Dengan pasukan yang berdedikasi, Fast2Print sedia membantu anda sepanjang hari bagi memberikan penyelesaian terbaik untuk setiap persoalan anda.

Kelebihan Fast2Print yang lain termasuk semakan “Artwork” percuma bagi setiap tempahan yang bertujuan untuk memastikan hasil cetakan yang dibuat menepati citarasa yang anda inginkan.

Fast2Print juga menawarkan sebut harga percuma yang boleh diterima menerusi Whatsapp atau email anda.

Sebagai syarikat pencetakan terbaik di Selangor, anda boleh mempunyai keyakinan mengenai kualiti terbaik yang Fast2Print tawarkan dengan proses pesanan yang cepat dan mudah.

Harga yang berpatutan dan menjimatkan turut menjadi kelebihan bagi Fast2Print, dalam memastikan setiap nilai yang anda peroleh adalah yang terbaik.

Jadikan FAST 2 PRINT SDN. BHD. rakan percetakan jenama anda yang paling dipercayai.

Alamat: E-G-7, Jalan BG 3B/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9:00am – 9:00pm (Isnin – jumaat), 9:00am – 12:00pm (Sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


3. Percetakan ASI Sdn Bhd (1216427-T)

kedai print

Percetakan ASI Sdn. Bhd. (1216427-T) telah lama menjadi pilihan utama dalam dunia cetakan. Dengan pengalaman yang kukuh, Percetakan ASI Sdn. Bhd. telah menjadi pengeluar berbagai produk berkualiti tinggi seperti buku, notebook, sijil, kad nama, katalog, kalendar, stiCker, buku keagamaan, beg tenunan, bunting roll up, kad ID, menu makanan, dan pelbagai lagi.

Percetakan ASI Sdn. Bhd. tidak hanya menawarkan produk-produk cemerlang, tetapi juga perkhidmatan yang membanggakan. Berbekalkan lokasi strategik yang mudah dijangkau, pasukan pekerja Percetakan ASI Sdn. Bhd. juga sangat profesional dan mesra pelanggan.

Malah, dengan perkhidmatan cetakan pantas, penghantaran terus ke pelanggan, penawaran harga mengikut bajet anda, respon pantas, serta kelengkapan peralatan pengeluaran, jangan lepaskan peluang anda untuk membuat tempahan sekarang bagi memastikan kepuasan yang terjamin!

Alamat: Bangi Kompleks Diamond 801G, Jalan Medan Bangi, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9:00am – 6:00pm (Isnin – jumaat)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes


4. LUBOUK – Kedai Printing Bangi

kedai printing di bangi

Pada awal tahun 2016, LUBOUK telah ditubuhkan dengan tekad yang kukuh, bermula dengan pasukan reka bentuk yang padu, berusaha mencari cara untuk membina reputasi LUBOUK.

Sehingga kini, syarikat percetakan ini telah pun berjaya menghasilkan idea-idea kreatif berkualiti melalui perundingan dan penciptaan konsep, memahami keseluruhan perniagaan pelanggan iaitu bagaimana mereka ingin menggambarkan identiti visual syarikat mereka dan apa yang menarik pengguna akhir.

Melalui konsep ini, LUBOUK berjaya melakukan penciptaan idea yang diinginkan pelanggan di mana ia tidak hanya menarik mata, tetapi juga memancarkan nilai-nilai dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan pelanggan.

Alamat: 53-1, 53-1, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9:00am – 5:00pm (Isnin – jumaat)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


5. Pusat Percetakan Printar

kedai percetakan di bangi

Pusat Percetakan Printar adalah pilihan utama untuk keperluan percetakan anda. Dikenali dengan perkhidmatan yang cepat dan pantas, Pusat Percetakan Printar turut menawarkan mesra pengguna dan harga berpatutan.

Dengan kemudahan yang mudah, Pusat Percetakan Printar mampu menjadikan pelbagai konsep idea anda menjadi kenyataan dengan cekap.

Alamat: 3, Jalan Medan PB 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9:00am – 5:00pm (Isnin – jumaat)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


6. Merah Print & Supply Sdn. Bhd

kedai cetak

Merah Print & Supply Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang terkemuka dalam perkhidmatan reka bentuk dan percetakan di Malaysia. Merah Print & Supply Sdn. Bhd. memfokuskan diri dalam menyediakan banner dan bunting berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Pelbagai perkhidmatan percetakan juga ditawarkan, termasuk rekaan dan cetakan untuk pelbagai jenis keperluan seperti banner, bunting, backdrop, billboard, kad perniagaan, kad pengenalan, buku, majalah, sijil, fail, beg kertas, kad jemputan, dan kad raya.

Merah Print & Supply Sdn. Bhd. juga menawarkan percetakan khusus untuk t-shirt dan pelbagai jenis pakaian lain.

Dengan pengalaman dan komitmen Merah Print & Supply Sdn. Bhd. terhadap kualiti, pelanggan boleh yakin dengan kepuasan yang Merah Print & Supply Sdn. Bhd. tawarkan dalam setiap projek percetakan mereka.

Alamat: No. 22, Ground Floor, Jalan 4/12a, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 8:30am – 5:30pm (Isnin – jumaat)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


7. Donia Desain – Kedai Printing Bangi

kedai printing di bangi

Ditubuhkan pada tahun 2019, Donia Desain telah mengalami perkembangan yang pesat dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai entiti seperti konglomerat korporat, GLC, kerajaan, dan institusi pendidikan.

Dengan fokus utama pada perniagaan kepada perniagaan (B2B), Donia Desain kini memainkan peranan penting dalam menghubungkan ribuan pelanggan setiap hari.

Dengan keupayaannya yang unik, mereka menawarkan pelbagai produk percetakan yang disesuaikan, merangkumi berbagai aspek dari digital ke offset, cetakan atas permintaan, reka bentuk, hingga percetakan pakaian, hadiah korporat, dan tanda iklan.

Alamat: 4, Jalan 4/12b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9:30am – 6:30pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 2:30pm (Sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


Diharapkan dengan perkongsian mengenai senarai kedai printing yang terdapat di Bangi ini, anda dapat membuat pilihan bijak.

Semoga membantu!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

TOP 8 Kedai Printing Klang Dengan Hasil Terbaik

Bagi anda yang sedang mencari kedai printing di Klang, dalam perkongsian ini, kami telah senaraikan beberapa buah kedai untuk dijadikan pilihan utama untuk memenuhi...

8 Kedai Printing di Shah Alam yang Menawarkan Pelbagai Perkhidmatan

Permulaan untuk perniagaan pada zaman kini memerlukan pengiklanan dan pemasaran untuk menarik minat pelanggan. Jadi, elemen yang penting seperti logo, kad perniagaan, banner dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x