Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Restoran & Warung Di Raub – MESTI Singgah

Sebuah lagi daerah di negeri Pahang iaitu Raub. Lokasi terletak 265 km daripada ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, Raub merupakan salah satu daerah yang tertua di Pahang. Raub yang memiliki 7 mukim ini juga berjiran dengan banyak daerah lain seperti daerah Jerantut, daerah Temerloh, daerah Bentong dan daerah Lipis. Raub terletak di antara dua banjaran iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Benom. Mungkin ada yang belum tahu, di Raub adalah lokasi penempatan Bukit Fraser yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara malah sebagai lokasi kegemaran untuk pengambaran filem dan drama tempatan seperti Misteri Dilaila.

Di sini kami senaraikan kedai makan di Raub yang mesti anda kunjungi sekiranya anda sedang anda mencari lokasi yang menyajikan makanan dengan rasa terbaik dengan harga yang sangat berpatutan.

10 Kedai Makan Di Raub


1. Warung Impian Raub

Warung Impian Raub

Sama ada anda datang ke Raub untuk mencari durian musang king ataupun mendaki ke mana mana bukit untuk menikmati alam sekitar, apa kata datang ke Warung Impian yang terletak di kampung Kuala Dong Raub untuk menjamu selera dengan pelbagai aneka pilihan makanan yang menyelerakan. Paling menjadi pilihan pengunjung di sini adalah nasi nasi lemak impian di mana semua sajian yang digunakan adalah berdasarkan resepi yang dicipta oleh pemilik warung tersendiri.

Warung Impian Raub Food

Selain nasi lemak impian, terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain di sini yang tidak kurang popularnya seperti laksa telur bersarang, mee kari telur bersarang, roti bakar telur goyang, char kuey teow turbo, roti bakar kopitiam & sebagainya.

Warung Impian Raub

Ruang makan di warung ini juga sangat luas dan lebih bersifat tempat nature. Jadi, sangat sesuailah untuk anda datang dalam kumpulan yang besar ataupun bersama keluarga. Pengunjung tidak perlu nak risau tentang tempat makan sebab banyak meja dan kerusi yang diperbuat daripada buluh disediakan di sini. Warung ini sentiasa dibuka dari pagi hingga lewat petang, mana tahu anda mungkin lapar pada waktu pagi, tengah hari atau petang, bolehlah datang ke sini untuk mencuba pelbagai makanan istimewa yang digemari ramai terutamanya orang tempatan.

Alamat: Kampung Kuala Dong, 27400 Dong, Raub, Pahang

Waktu Operasi: Isnin ke Khamis (7.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (7.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Phone: 013-2862491

Whatsapp Warung Impian


2. Restoran Pak Engku King

restoran pak engku king foto

Restoran Pak Engku King ini memiliki kepakaran dalam masakan kampung berkaitan dengan ayam, kambing, ala Thai dan sup. Banyak menu istimewa yang anda boleh jamu di sini sesuai seisi keluarga. Di Restoran Pak Engku King sesuai buat mereka yang gemar makan luar sama ada untuk sarapan mahupun makan tengahari malah harga yang ditawarkan juga berbaloi.

Antara menu yang menjadi kegemaran pengujung di sini seperti nasi goreng kambing, sup kambing, nasi goreng ayam percik, nasi ayam, ayam bakar dan nasi goreng garuda. Selain daripada menu masakan yang istimewa mereka, anda juga boleh pesan menu-menu biasa lain seperti nasi goreng, bihun goreng dan mi goreng. Anda juga boleh dapatkan kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut di sini.

Alamat: Km 6, Taman Gali Tengah, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9893228

Whatsapp Restoran Pak Engku King


3. Stall Dapur Western

stall dapur western foto

Sudah semestinya Stall Dapur Western menjual makanan-makanan gaya barat jika membaca namanya. Anda yang berada di Raub dan mengidam masakan gaya barat,  singgah saja di sini kerana di sini pasti menjamin kepuasan anda. Bermula daripada hidangan utama hinggalah hidangan sampingannya. Harga ditawarkan di sini juga berbaloi dengan apa yang mereka sajikan. Dengan penambahan RM3 anda boleh pesan untuk keju tarik.

Menu utama di Stall Dapur Western adalah grill lamb, grill chicken, mix grill, steak, fish dan chip, nasi goreng dan spageti. Menu sampingan yang anda boleh pesan di sini seperti aneka burger, sosej, meatball, nachos, wedges, fries dan nugget. Set menu untuk kanak-kanak juga disediakan di sini. Mereka mempunyai set A yang dihidangkan bersama spageti ayam aglio olio dan milo ais. Manakala set B datang bersama combo meal dan milo ais.

Alamat: Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Isnin: Tutup, Selasa – Ahad: 5.00 pm – 8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-9197908

Whatsapp Stall Dapur Western


4. Ayam Penyet 202 Bukit Tinggi

ayam peyet 202 foto

Lokasinya kedai makan Ayama Penyet 202 yang terletak di pusat bandar Raub ini sebenarnya sudah diketahui umum dengan kelazatan menu-menu yang jarang ada di kebanyakkan kedai makan lain. Walaupun gerai makan ini kecil berbanding yang lain, tetapi anda akan cukup puas hati dan kenyang dengan menu yang ditawarkan di sini.

Menu ditawarkan dengan harga berpatutan sangat mudah untuk memikat hati pelanggan yang singgah ke sini berkali-kali. Harganya murah dalam lingkungan RM5 ke RM10 untuk setiap menu. Antara menu utama pilihan di sini adalah nasi ayam penyet, pecal lele, bakso penyet, keli darat, dan beberapa lagi. Menu ala carte seperti tempe goreng, tauhu goreng dan bakso goreng juga boleh dipesan di sini. Portion untuk setiap menu juga sangat memadai untuk seorang.

Alamat: GM1, Medan Selera Raub, Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Ahad: Tutup, Isnin – Sabtu: 11.00 am – 6.30 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-39108992

Whatsapp Ayam Penyet 202 


5. Kopitiam Malaya

kopitiam malaya foto 2

Sebuah restoran 2 tingkat yang harus anda jejaki jika melawati Raub iaitu Kopitiam Malaya. Dengan harga yang sangat berpatutan anda boleh menikmati pelbagai jenis masakan bangsa di Malaysia dan masakan barat. Tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga dan mereka yang sedang berjanji temu urusan.

Antara menu yang menjadi rebutan adalah tempoyak ikan patin, tomyam seafood, chicken butter, chicken chop, asam pedas ikan pari dan cendol. Anda juga boleh mencuba menu lain kerana menu di sini sangat banyak sehingga lama untuk buat pilihan dan dikhabarkan sekitar lebih 400 menu tertulis di buku menu. Tidak terkecuali juga menu gorengan mereka, boleh pesan untuk mengisi masa menunggu pesanan makanan utama sampai. Koptiam Malaya juga tidak melepaskan peluang menyediakan set-set menu bagi mereka yang ingin datang mengadakan majlis di sini.

Alamat: 64, Jalan Tun Razak, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3062222

Whatsapp Kopitiam Malaya


6. Restoran Ratu Rasa

restoran ratu rasa foto

Sebuah restoran yang menjamukan masakan tradisional Pahang. Mereka mempunyai makanan Melayu, India, Cina dan Thai. Menu-menu di sini juga dimasak oleh tukang masak yang sangat terlatih. Menariknya menu di sini kebanyakkan jarang jumpa atau yang anda belum pernah rasa lagi. Jika mengidamkan masakan tradisional dengan rasa asli, di sinilah lokasinya.

Jika anda singgah ke sini, pelbagai menu utama, pencuci mulut dan kuih muih yang anda boleh cuba. Di Restoran Ratu Rasa ada 12 menu popular seperti nasi keduli, murtabak mengkasar, puding raja, cendol gula kabung, sambal hitam, keladi kemahang, rati canai kuning, rendang hitam daging kerbau, temosa raja dan asam rong. Jika anda tertanya tentang rasanya, segera saja singgah ke Restoran Ratu Rasa ini pasti tidak menyesal.

Alamat: 38, Bangunan UMNO, Jalan Dato’ Abdullah, 27600, Raub, Pahang

Waktu Operasi: Rabu: Tutup, Khamis – Selasa: 8.00 am – 6.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-6494691

Whatsapp Restoran Ratu Rasa


7. The Hall Coffee

hall coffee foto

Aneka menu seperti nasi, roti, spaghetti dan minuman ada di sini. Mereka menyajikan makanan-makanan gaya barat dengan portion yang sangat besar. Seperti gambar kami sertakan, presentation makanan di sini juga sangatlah berseni. Walaupun menu di sini kelihatan mewah tetapi harga yang ditawarkan sangat berbaloi. The Hall Cafe banyak menerima pelanggan ketika waktu tengahari dek menunya yang pelbagai. Setiap menu di sini boleh dikatakan sangat disyorkan untuk dicuba.

Menu spaghetti seperti spageti chicken chop aglio olio, smoking duck aglio olio, seafood bolognese dan spageti seafood karbonara. Menu roti pula seperti french croissant, garlic bread, sunrise toast, ultimate chicken burger dan creamcheese tart. Dimana menu nasi pula anda boleh pesan menu seperti fish fillet rice, chicken chop fried rice dan japanese terayaki chicken chop rice.

Alamat: 5, Jalan Tun Razak, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 12.00 pm – 11.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-2455848

Whatsapp The Hall Coffee


8. Cendol Gemok

cendol gemok foto

Sesuai namanya dan paparan gambar di atas, menu tersedap untuk dinikmati di Cendol Gemok ketika musim panas adalah cendol dan air batu campur atau ABC mereka. Menu selain ini adalah milo kepal. Menarik tentang cendol di sini adalah mereka menyediakan berbelas jenis pilihan cendol. Mana yang sudah biasa dengan cendol pulut dan cendol durian itu anda harus ke sini untuk merasa perbezaannya. Sangat menyegarkan sehingga tidak putus menerima pelanggan.

Pelanggan yang  datang ke sini bukan saja untuk menikmati cendol mereka malah boleh pesan menu masakan yang lain seperti nasi goreng, paprik, gorengan tepung, tomyam, sup, nasi lemak seiring itu dengan pelbagai jenis minuman di sini juga. Menyebut tentang gambar sebelah kiri, itu adalah side dishes yang anda boleh pesan mengikut apa yang anda suka. Ada keropok lekor, wedges, fries, nugget, onion ring dan sosej.

Alamat: No.7, Dataran Bukit Idaman, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 4.00 pm – 11.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9776356

Whatsapp Cendol Gemok


9. Raub Kopitiam

raub kopitiam foto 2

Mungkin orang tempatan di Raub ini sudah tidak asing lagi dengan kedai makan Raub Kopitiam. Kedai makan ini berada di bahagian sudut bangunan ini tidak putus menerima pelanggan. Kedai makan Raub Kopitiam juga sering menjadi lokasi santai penduduk setempat. Harga di sini pun sangat murah.

Raub Kopitiam ini menerima banyak kunjungan ketika waktu sarapan. Pelbagai menu sarapan yang anda boleh anda cuba seperti nasi roti bakar dan telur separuh masak. Masakan panas juga tersedia di sini seperti aneka nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, tomyam dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba menu barat mereka seperti chicken chop dan chicken grill. Menu tersebut juga boleh dipesan bersama nasi. Terasa bosan dengan menu yang anda pesan? Boleh juga tambah beberapa item dan menu ringan mereka.

Alamat: No.44, Bandar Perdana, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 am – 7.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-3556788

Whatsapp Raub Kopitiam


10. Snowtime Dessert Cafe

snowtime dessert cafe foto

Di Snowtime Dessert Cafe mereka menyediakan pencuci mulut yang kurang manis. Oleh itu, sesuailah buat mereka yang mengidam tetapi masih ingin menjaga kesihatan. Tempat yang menarik dan romantik ini boleh juga menjadi tempat berjanji temu bersama pasangan halal anda. Harga pencuci mulut dan menu-manu yang di jual di sini sangat berpatutan.

Selain menjual pencuci mulut, mereka juga mempunyai pelbagai ais yang anda boleh pesan seperti bingsu buah nenas, strawberi, tembikai dan aneka bingsu campur. Jangan lepaskan peluang juga buat pencinta kopi kerana mereka menghidangkan kopi beserta latte art di atasnya. Menu makanan di sini juga kebanyakkan menu gaya barat, Jepun dan Korea seperti monster platter, ramen, takoyaki, burger, chicken grill dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Isnin: Tutup, Jumaat: 3.00 pm – 8.00 pm, Selasa – Ahad: 1.00 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-2166562

Whatsapp Snowtime Dessert Cafe


11. Kitea Cafe Raub

kitea cafe foto

Kafe yang menyediakan pelbagai minuman sejuk yang sesuai anda nikmati ketika meluangkan masa atau chit chat. Di Kitea Cafe mereka menghidangkan minuman mereka  dengan visual yang sangat comel iaitu 3D print. Menu bagi makanan di sini juga ada tetapi sangat terhad. Suasana di kafe ini juga terasa hipster dan mewah. Apatah lagi harga yang ditawarkan juga sangat mampu milik.

Pelbagai jenis minuman seperti dalam gambar di atas. Itu adalah matcha pearl frest milk, chocolate pearl fresh milik, caremel pearl fresh milk, kitea brown sugar agar fresh milk dan beberapa lagi yang lain. Ada juga minuman atau pencuci mulut masyarakat kita yang telah diubahsuai seperti cendol brown sugar boba. Anda juga boleh mencuba menu pastri seperti croissant, portuguese tart dan beberapa menu deep fried.

Alamat: Jalan Perdagangan 5, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 11.50 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-3553138


Banyak bukan gambar-gambar yang menarik di senarai ini yang anda berminat untuk cuba? Jadi jangan lepaskan peluang jika anda berkunjung ke Raub, pastikan anda hadir ke setiap restoran-restoran di atas pasti tidak menyesal.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Destinasi Percutian & Penginapan Di Raub – ‘NATURE’ & TENANG

Pasti anda tertanya-tanya apa yang ada dekat Raub ye? Anda pasti tahu kebun durian sahaja kan? Mana tidaknya, jika daerah Raub ini merupakan pengeluar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x