10+ Tempat Menarik di Rembau yang Wajib Anda Lawati

Rembau, sebuah daerah di Negeri Sembilan, menawarkan pelbagai destinasi menarik yang sesuai untuk percutian keluarga, pencinta alam, dan penggemar sejarah. Berikut merupakan senarai tempat menarik di Rembau yang wajib anda kunjungi. Jom lihat senarainya!

Senarai Tempat Menarik di Rembau


1. Buana Kita Glamping & Event

Buana Kita Glamping & Event

Tempat menarik di Rembau, Negeri Sembilan yang pertama adalah Buana Kita Glamping & Events.

Buana Kita merupakan destinasi glamping yang menawarkan pengalaman santai dengan kemudahan lengkap seperti surau, tandas bersih, pantri, dan kolam renang.

Pengunjung boleh menikmati aktiviti luar seperti berbasikal, memanah, bola tampar, badminton, ping pong, zipline, dan melakukan aktiviti berkumpulan seperti BBQ dan campfire.

Bukan itu sahaja, kawasan perkhemahan ini juga mesra keluarga, dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak seperti mandi manda dan bermain permainan dalaman iaitu carom, saidinia, dan sahiba.

Malah staf-staf di sini juga sangat ramah, dengan kemudahan serta pelbagai aktiviti yang best membuatkan ia tempat yang sesuai untuk perhimpunan keluarga.

Alamat: Lot 64, Kampung Gaing, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


2. Jeram Rekreasi Sungai Talan, Rembau

Jeram Rekreasi Sungai Talan, Rembau

Sungai Talan merupakan destinasi semula jadi di Rembau dengan air sungai yang sejuk dan suasana tenang.

Kawasan ini sesuai untuk keluarga, termasuk kanak-kanak kecil, dengan tempat berkelah dan tapak perkhemahan yang selesa.

Kemudahan seperti tandas dan surau disediakan, dan terdapat penjaja tempatan menjual makanan pada hujung minggu.

Pengunjung disarankan untuk membawa tikar dan makanan sendiri kerana pilihan kedai adalah terhad.

Alamat: Rekreasi Sungai Talan, Kampung Bintongan, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari, 7.00 pagi – 6.00 petang

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


3. Gunung Datuk Recreational Forest (Hutan Lipur Gunung Datuk)

Gunung Datuk Recreational Forest (Hutan Lipur Gunung Datuk)

Tempat menarik di Rembau, Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Hutan Rekreasi Gunung Datuk.

Ia merupakan lokasi pendakian yang cukup popular dengan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari puncak.

Dengan ketinggian 885 meter, ia menawarkan cabaran yang sesuai untuk pendaki yang mencari pengalaman mendaki yang mencabar.

Laluan yang curam pada permulaan pendakian akan menguji ketahanan fizikal, namun pemandangan yang menakjubkan dari puncak gunung ini pasti akan membayar segala penat lelah anda.

Laluan pendakian yang dilengkapi dengan tangga memudahkan anda mendaki hingga ke puncak.

Namun, anda dinasihatkan membawa kasut mendaki dengan cengkaman baik untuk keselamatan, terutama selepas hujan.

Kemudahan asas seperti tandas dan kawasan berkelah di pangkalan juga disediakan, menjadikannya destinasi yang mesra keluarga.

Pastikan anda datang lebih awal untuk mengelakkan panas terik dan sentiasa bawa bekalan air yang mencukupi.

Gunung Datuk adalah destinasi yang wajib diterokai bagi pencinta alam semula jadi dan pendaki.

Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


4. Temuan Hills Glamping

Temuan Hills Glamping

Bagi pencinta alam yang ingin merasai pengalaman menginap yang unik, Temuan Hills Glamping adalah pilihan yang sangat menarik.

Dengan pakej lengkap yang termasuk ATV, BBQ, dan pizza kayu api, glamping ini memberikan pengalaman berkhemah yang lebih mewah.

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan pizza sourdough yang sangat digemari oleh pengunjung yang datang ke sini.

Suasana yang sejuk dan perkhidmatan yang mesra menjadikan tempat ini sangat disarankan untuk sesiapa yang ingin berehat dan menyegarkan minda.

Alamat: Temuan hills Jalan jeram peti kampung senama hulu

Waktu Operasi: Buka khamis hingga Isnin, Rabu Tutup (3.00 petang – 10.00 malam)

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


5. Replika Istana Raja Melawar (Rembau Museum)

Replica Royal Palace Melawar (Rembau Museum)

Bagi pencinta sejarah, Muzium Rembau atau Replika Istana Raja Melawar adalah tarikan wajib. Dibuka pada 2018, ia menampilkan sejarah Raja Rembau pertama yang berasal dari Sumatera.

Di sini, pengunjung dapat mempelajari sejarah Raja Melewar, penghijrahan beliau, dan bagaimana struktur suku-suku di Negeri Sembilan terbentuk.

Muzium Rembau ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk, dan kemudahan seperti surau dan tandas juga turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Muzium ini adalah tempat yang menarik untuk menghayati sejarah Negeri Sembilan dan adalah destinasi yang ideal untuk lawatan sekolah atau bagi individu yang ingin memahami lebih mendalam tentang sejarah negeri ini.

Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


6. Masjid Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh Kariah Pedas Hilir

Masjid Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh Kariah Pedas Hilir

Masjid Dr. Hj. Mohammad Eusuff Teh di Pedas Hilir merupakan tempat yang ideal untuk berhenti sejenak, terutama bagi mereka yang sedang dalam perjalanan.

Masjid ini bersaiz sederhana dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, mesin layan diri , termasuk tandas bersih dan tempat wudhuk yang mudah diakses.

Selain itu, masjid ini turut menyediakan kudapan seperti pisang dan air minuman untuk para jemaah.

Dengan suasana yang nyaman dan bersih, ia menjadi tempat yang sempurna untuk solat dan berehat.

Tambahan lagi, kedudukan masjid ini yang strategik berdekatan dengan Tol Pedas menjadikannya destinasi yang sesuai untuk musafir yang memerlukan tempat berhenti.

Alamat: 2, N9, Kampung Sungai Ibor, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


7. Masjid Jamek Annur Rembau

Masjid Jamek Annur Rembau

Masjid Jamek Annur adalah salah satu masjid terbesar di Rembau yang menawarkan suasana yang tenang dan nyaman.

Masjid ini bukan sahaja menyediakan kemudahan yang lengkap, tetapi juga menjadi tempat yang mesra keluarga dengan ruang permainan kanak-kanak dan perpustakaan kecil.

Jemaah wanita juga dapat menikmati keselesaan dengan penyediaan sejadah dan telekung yang mencukupi.

Masjid ini sentiasa meriah dengan aktiviti seperti tadarus dan iktikaf selepas solat subuh, menambah lagi keindahan spiritual tempat ini.

Lokasinya yang berdekatan dengan medan selera memudahkan pengunjung untuk mencari makanan selepas solat.

Alamat: 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


8. Seng Chuan Hock Seng Temple Rembau

Seng Chuan Hock Seng Temple Rembau

Tempat yang kurang dikenali tetapi sangat menarik untuk diterokai adalah Seng Chuan Hock Seng Temple, sebuah kuil yang tenang di tengah bandar Rembau.

Kuil ini memberikan pengalaman budaya yang mendalam, di mana pelawat dapat merasai suasana budaya sambil menikmati seni bina tradisional yang indah.

Ia adalah tempat yang ideal untuk mereka yang ingin mengkaji agama  serta membuka satu dimensi baru kepada pemahaman masyarakat Rembau yang berbilang budaya.

Alamat: Jalan Stesyen, Kampung Chuai, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


9. Bukit Miku

Bukit Miku

Bagi pencinta alam semulajadi dan aktiviti luar, Bukit Miku adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

Terkenal sebagai salah satu bukit paling curam di Negeri Sembilan, Bukit Miku menawarkan cabaran kepada para pendaki dan pengayuh basikal.

Dengan tiga puncak utama iaitu Tangki Air, Pencawang TNB, dan Batu Lejeng, yang mana pendakian di sini memang mencabar, terutama bagi penunggang basikal gunung.

Keindahan alam semulajadi di sekitar bukit ini juga menjadikannya lokasi yang ideal untuk sesi fotografi.

Namun, para pengunjung perlu berhati-hati dengan jalan yang licin dan curam, terutamanya ketika hujan.

Jika anda gemar aktiviti ekstrem, Bukit Miku adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

Alamat: Kampung, 73100 Rembau, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


10. Rumah Salji NKA Frozen

Rumah Salji NKA Frozen

Jika anda mencari tempat yang sesuai untuk menggembirakan anak-anak, rumah salji NKA Frozen di Rembau adalah pilihan terbaik.

Di sini, anak-anak boleh bermain salji tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Harganya sangat berpatutan dan pastinya pengalaman yang bakal diperoleh juga sangat berbaloi.

Sambil menunggu anak-anak puas bermain salji, anda boleh membeli belah pelbagai barangan yang dijual di sini serta menikmati hidangan barat yang sangat sedap.

Alamat:Lot 1701 Kedai Kampung Batu Nunggul, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka selasa hingga ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


11. Kolam Mancing Udang Galah Rembau

Kolam Mancing Udang Galah Rembau

Bagi mereka yang mencari pengalaman memancing yang lebih santai, Kolam Memancing Udang Galah di Rembau adalah destinasi wajib.

Kolam ini menawarkan pengalaman memancing yang mesra keluarga dengan pekerja yang sangat membantu, yang akan memberikan tunjuk ajar kepada para pemancing.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati burger yang sedap di kedai berhampiran kolam.

Suasana yang mesra dan perkhidmatan yang baik menjadikan kolam ini tempat yang ideal untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.

Alamat: Kampong pulau bukit, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka Isnin, Selasa, Rabu & Jumaat (5.00 petang – 1.00 pagi), Sabtu & Ahad (3.00 petang – 1.00 pagi), Khamis Tutup

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


12. Api-Api D’NKA Glamping Rembau

Api-Api D'NKA Glamping Rembau

Pilihan tempat menarik di Rembau yang seterusnya adalah Api-Api D’NKA Glamping.

Tempat ini sangat best jika anda ingin membuat family day dan atau apa-apa jenis aktiviti berkumpulan.

Dengan kawasannya yang luas dan serba lengkap, pengalaman anda di sini tentunya akan menjadi memori terbaik dalam hidup.

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, berbasikal, memancing dan bermandi manda sama ada di kolam renang atau di sungai berhampiran.

Tempatnya sangat cantik dan mempunyai kemudahan tandas yang bersih.

Setiap chalet di sini dilengkapi kolam renang di depannya membuatkan anda tidak perlu berkongsi dengan orang luar.

Di sini juga terdapat kedai makan yang menjual steamboat dengan dilengkapi cahaya lampu gantung yang cukup cantik.

Alamat:Jalan Kampung, Kampung Masjid Tanah, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Destinasi

Lihat juga: 50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti


Rembau adalah destinasi yang menawarkan pelbagai jenis tempat menarik untuk dilawati, sesuai untuk semua peringkat umur dan minat.

Sama ada anda seorang pencinta alam, seorang pengembara rohani, atau hanya mencari tempat untuk berehat bersama keluarga, Rembau mempunyai sesuatu untuk anda.

Jika anda mencari pengalaman yang berbeza, pastikan Rembau ada dalam senarai perjalanan anda. Selamat bercuti!

Baca juga: 10 Lokasi Air Terjun Menarik di Negeri Sembilan

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x