14 Tips Penting Sebelum Melancong ke Hat Yai

Sebelum melancong ke Hat Yai, kami sediakan 14 tips penting yang berguna sewaktu anda berada di sana. Dengan mengetahui tips ini, anda akan dapat menjadikan pengalaman anda ke Hat Yai lebih mudah dan menyenangkan.


#Tip No.1: Beli Sim Kad Untuk Akses Internet

Kredit Gambar: Internet

Sebelum melancong ke Thailand, disarankan untuk beli internet sim kad bagi memudahkan akses internet. Pastikan anda memilih sim kad yang sesuai untuk kegunaan anda, seperti TrueMove Sim Kad, AIS Sim Kad, atau DATC Tourist Sim Kad. Aktifkan sim kad ini setelah melepasi sempadan Malaysia-Thailand.

Kini, terdapat Sim Kad secara virtual iaitu E-Sim Kad untuk melancong ke Thailand! Kemudahan mudah alih ini diperkenalkan sebagai langkah alternatif pelancong luar negara untuk memperoleh sim kad di Thailand dengan lebih efisien. Anda boleh mendapatkan E-Sim Kad yang boleh didapati melalui atas talian dengan mudah! Dari situ, anda boleh melihat dan membandingkan kepenggunaan akses internet sewaktu berada di sana!

Hotel Terdekat


#Tip No.2: Bawa Travel Adapter

Kredit Gambar: Internet

Pastikan anda membawa universal ‘travel adapter’ ketika melancong ke Thailand kerana plug yang digunakan di sana berbeza dengan plug di Malaysia. Ini memastikan anda dapat mengisi bateri peralatan elektronik anda dengan mudah.

Hotel Terdekat


#Tip No.3: Guna Songthaew Untuk Perjalanan Jauh

Kredit Gambar: railtravelstation.com

Songthaew atau teksi berkongsi adalah pengangkutan alternatif yang menjimatkan kos perjalanan jika anda merancang untuk pergi jauh. Berbanding dengan Tuk-Tuk, penggunaan Songthaew dapat membantu anda mengawal perbelanjaan anda di Hatyai.

Hotel Terdekat


#Tip No.4: Periksa Harga Sebelum Menggunakan Tuk-Tuk

Kredit Gambar: rawpixel.com & tawatchai07

Untuk mengelakkan daripada dikenakan dengan harga yang tinggi ketika menggunakan Tuk-Tuk, pastikan anda menyemak harga menggunakan aplikasi Grab. Anda mungkin dapat menggunakan Tuk-Tuk dengan harga yang berpatutan dengan menawarkan harga berbaloi yang dinyatakan melalui aplikasi Grab kepada pemandu Tuk-Tuk.

Hotel Terdekat


#Tip No.5: Sediakan Duit Tunai

Kredit Gambar: guide2thailand.com

Walaupun banyak tempat menerima pembayaran menggunakan aplikasi, masih terdapat kedai dan kawasan yang lebih suka menerima pembayaran secara tunai. Oleh itu, sediakan duit tunai dengan secukupnya untuk memudahkan urusan pembayaran.

Hotel Terdekat


#Tip No.6: Tukar Nilai Mata Wang Sebelum Melancong

Kredit Gambar: Internet

Sebaiknya, tukar nilai mata wang dari Ringgit Malaysia ke Baht Thailand sebelum melancong ke Thailand. Kadar pertukaran biasanya lebih rendah di Malaysia berbanding di Thailand.

Hotel Terdekat


#Tip No.7: Digalakkan Membuat Pembelian Tiket Awal

Kredit Gambar: Internet

Untuk memudahkan perjalanan, disarankan untuk membeli tiket awal untuk destinasi anda. Dengan membeli tiket awal sama ada tiket penerbangan mahupun tiket bas dan kereta api, anda akan dapat harga yang lebih berpatutan berbanding dengan harga pembelian di saat akhir.

Hotel Terdekat


#Tip No.8: Jangan Tinggalkan Passport Anda Dalam Beg

Kredit Gambar: Internet

Pastikan anda membawa Identification Card atau passport sebagai langkah keselamatan semasa melancong. Dokumen penting ini perlu dibawa ke mana-mana sebagai pengesahan pengenalan diri dan untuk urusan penyewaan.

Hotel Terdekat


#Tip No.9: Dilarang Membawa Vape dan Shisha

Kredit Gambar: Internet

Penggunaan vape dan shisha elektronik adalah haram di Thailand. Jadi, elakkan membawa vape dan shisha ketika melancong.

Hotel Terdekat


#Tip No.10: Dilarang Merokok di Kawasan Pantai

Kredit Gambar: Trip.com & Internet

Untuk menjaga keindahan alam semula jadi, merokok dilarang di kawasan pantai Thailand seperti di Samila Beach. Hormatilah larangan ini dan jadilah pelancong yang bertanggungjawab

Hotel Terdekat


#Tip No.11: Sediakan Sijil Vaksinasi Anda

Kredit Gambar: Astro Awani

Mulai Januari 2023, pelancong asing di Thailand dikehendaki untuk menyediakan sijil vaksinasi sebagai langkah keselamatan dan kesihatan. Pastikan anda mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 sebelum melancong.

Hotel Terdekat


#Tip No.12: Cuaca di Thailand Lebih Panas Berbanding Cuaca di Malaysia

Kredit Gambar: Berita Harian

Thailand mempunyai cuaca yang lebih panas berbanding Malaysia. Bulan yang mempunyai cuaca yang dijangka paling panas adalah pada bulan Mac hingga Jun. Jika anda merancang untuk ke Hat Yai, Thailand pada bulan tersebut, pastikan anda minum air secukupnya untuk menghindari dehidrasi.

Hotel Terdekat


#Tip No.13: Dapatkan Travel Insurans untuk Melancong ke Thailand

Kredit Gambar: Internet

Pastikan anda mendapatkan travel insurance sebelum melancong ke Hat Yai, Thailand bagi mendapatkan perlindungan yang penting terutama dari segi kesihatan dan kecemasan perubatan.
Terdapat tiga jenis travel insurance di Thailand:

  • Compulsory Insurance adalah insurans yang wajib pelancong perlu ambil di Thailand.
  • Voluntary Insurance adalah insurans premium yang digalakkan untuk dibeli tetapi tidak wajib.
  • Individual Travel Insurance adalah insurans yang digalakkan dibeli jika pelancong mengembara melalui darat, tetapi ia juga tidak wajib.

Hotel Terdekat


#Tip No.14: Beli Cenderahati dengan Harga Berbaloi di Khlong Hae Floating Market

Kredit Gambar: Thai2Siam.com

Jika anda berminat untuk membeli barangan cenderahati dengan harga yang murah lagikan berpatutan, anda perlu pergi ke Khlong Hae Floating Market. Di sana, anda akan menemui pelbagai barangan seperti tembikar, pakaian, dan makanan dalam pek dengan kadar harga yang berpatutan dan berbaloi. Pastikan anda menjelajahi pasar terapung ini untuk pengalaman beli-belah yang unik dan menyeronokkan.

Hotel Terdekat


Kesimpulannya, selain daripada mencari Hotel Terdekat, dengan mengetahui tips penting sebelum melancong ke Hat Yai anda dapat menjadikan pengalaman melancong anda berjalan dengan lebih lancar dan menyeronokkan. Jadi, Selamat melancong ke Hat Yai!

4.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Budget-Friendly Hotel Di Hat Yai

Apabila merancang percutian ke Hat Yai, Thailand, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah tempat penginapan. Berikut adalah senarai tempat penginapan budget-friendly yang...

3 Tempat Menarik Di Trang, Bandar Berdekatan Hat Yai

Jika anda merancang perjalanan ke Trang setelah puas berjalan-jalan di Hat Yai, pastikan anda ketahui destinasi popular ini. Trang, sebuah wilayah di selatan Thailand menawarkan...

8 Fasiliti Am Di Hat Yai Yang Anda Patut Tahu

Percutian adalah satu pengalaman yang membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kehidupan kita. Salah satu destinasi popular di Thailand yang menawarkan pelbagai tarikan pelancongan adalah...

15+ Restoran & Kafe Muslim-Friendly / Halal Di Hat Yai

Hat Yai ialah destinasi popular untuk pelancong Malaysia, terutamanya bagi pencinta makanan. Di Hat Yai, terdapat juga pilihan tempat makan mesra Muslim atau Halal...

4 Cara Untuk Sampai Ke Hat Yai (Murah & Mudah)

Hat Yai, destinasi yang popular dalam kalangan pelancong terutama pelancong dari Malaysia. Bagi mereka yang ingin melancong ke HatYai, kami kongsikan beberapa informasi ringkas...

4 Tempat Urut Thai Selesa Untuk Pelancong Di Hat Yai

Salah satu cara terbaik untuk berehat ialah mengalami keajaiban urutan Thai yang terkenal di dunia. Terdapat banyak spa dan pusat urut di Hat Yai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x