Senarai Tempat Menarik di Kuching, Sarawak

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan semestinya mempunyai pelbagai tempat menarik di sini terutamanya di ibu negerinya, Kuching. Satu kesimpulan yang boleh saya buat sebagai orang semenanjung, tempat menarik di Kuching ini memang sangat unik dan beberapa tarikan di sini susah nak dapat di Semenanjung Malaysia.


Destinasi pelancongan di Sarawak ini tidak kurang sama seperti di Sabah, banyak tempat bercuti dan peranginan yang indah dan taman negara yang masih terjaga rapi. Jom kita lihat senarai penuh tempat-tempat menarik di Kuching, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini.


Taman Negara & Hutan Simpan di Kuching


taman negara bako kuchingTaman Negara Bako – Taman Negara yang telah dibangunkan sejak tahun 1957 lagi menawarkan pengenalan yang paling ideal bagi mengenali hidupan liar dan hutan simpan di Negeri Sarawak. Taman ini merangkumi kawasan Muara Tebas yang berkeluasan 27km persegi.

Taman Negara Bako mungkin tidak sebesar Taman Negara lain yang ada di Sarawak, namun menyediakan pelbagai kawasan yang sangat menarik untuk dilawati dari Kuching. Kat sinilah anda boleh melihat monyet, orang utan, babi hutan, biawak besar, ular, burung-burung yang unik dan bermacam lagi hidupan liar. Dan binatang liar yang paling menarik ialah proboscis monkeys (monyet hidung besar) yang menjadi maskot tahun melawat Malaysia 2015.

Di Taman Negara Bako ini juga ada pantai yang cantik dan terpencil yang masih belum diganggu oleh pembangunan. Kalau nak berehat di tepi pantai secara privasi boleh la ke sini selepas penat mendaki dan bejalan melalui trail di dalam hutan. Di sepanjang pantai di Taman Bako ini disempadani oleh cerun batu kapur dan batuan pasir dan oleh ombak-ombak pantai telah membentuk binaan batuan besar yang sangat unik dan cantik seperti Sea Stack.


taman negara semengguh kuchingHutan Simpan Semenggoh – Di sinilah salah satu tempat di Kuching untuk melihat orang utan dan terletak lebih kurang 20km dari bandar utama Kuching. Program yang dibangunkan untuk memelihara populasi orang utan di sini telah dijalankan lebih 20 tahun. Kebanyakan orang utan di sini dilatih sejak dari kecil dan merupakan yang tiada ibu bapa. Jadi mereka dilatih oleh ranjer-ranjer bagaimana untuk hidup di hutan sebelum dilepaskan ke hutan belantara apabila mencapai umur yang matang.

Waktu terbaik untuk melawat Semenggoh ialah di waktu pagi dan tengahari ketika waktu makan. Waktu ini anda berpeluang melihat orangutan yang agak liar pulang ke pusat pemeliharaan untuk mendapatkan makanan. Masa memberi makan sekita 9-10 pagi dan 3-3.30 petang. Selain orangutan, terdapat pelbagai lagi spesis-spesis binatang liar lain yang dipelihara dan dipulihara di sini.


Taman Negara Gunung GadingTaman Negara Gunung Gading – Gunung Gading inilah tempat untuk mencari dan melihat sendiri bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Reflesia dan boleh membesar sehingga berdiameter 1 meter ! Namun bukan selalu pokok bunga ini ada mengembang dan tidak mempunyai musim yang tetap. Waktu terbaik yang disarankan adalah untuk datang ketika musim hujan kerana kemungkinan besar anda akan berpeluang melihat pokok bunga raflesia yang mengembang.

Pokok Raflesia ini menganmbil masa 8-9 bulan untuk mencapai tahap matang dan hanya akan berbunga penuh selama 4-5 hari sebelum mati. Dan bila mengembang pokok ini biasanya akan mengeluarkan satu bau yang agak pelik untuk menarik serangga terbang hinggap di atasnya. Laluan dan trail hutan juga tersedia bagi memudahkan pelancong mendaki naik ke Gunung Gading untuk melihat bunga ini atau untuk jungle trekking.


kuching wetland national parkKuching Wetlands National Park – Terletak lebih kurang 14 km daripada bandar Kuching dan hanya 4 km dari Pantai Damai dan Taman Negara Kuching Wetland ini merangkumi kawasan yang seluas lebih daripada 6000 hektar berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu.

Di sini (kawasan yang agak berpaya bakau) juga anda boleh menjumpai pelbagai jenis binatang liar seperti proboscis monkey ( monyet hidung besar), biawak monitor, buaya, burung-burung hutan, helang laut dan banyak lagi. Untuk mengembara di taman negara ini anda perlu ke sungai dengan menaiki bot dan ada beberapa pengusaha (tour guide) yang boleh membawa anda pusing-pusing di sekitar taman negara ini. Anda boleh mendapatkan contact untuk tour guide ini di hotel anda.


taman negara kubah di sarawakTaman Negara Kubah – Seperti di Taman Negara lain, di sini juga menempatkan pelbagai spesis hidupan liar dan tumbuhan hutan yang menarik. Dan di Taman Negara Kubah ini menjadi tarikan kepada mereka yang gemarkan pokok orkid kerana banyak variasi pokok bunga orkid liar di sini.

Binatang liar pun tak kurang banyak juga seperti rusa, babi hutan, burung dan monyet. Hidupan amfibia dan reptilia juga terdiri daripada pelbagai spesis pelik dan jarang-jarang dijumpai di tempat lain. Namun bukan senang nak jumpa binatang-binatang liar di sini kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman hutan. Kalau nak tengok binatang liar dengan mudah lebih baik ke Taman Nagara Bako.

Taman Negara Kubah mempunyai 6 tril hutan dan menuju ke puncak Gunung Serapi dan perjalanan mengambil masa 5-6 jam ! Pondok-pondok kayu juga disediakan di sepanjang trail hutan ini untuk berehat ketika mendaki.


taman negara menarik sarawakFairy Cave & Wind Cave di Bau – Kedua-dua gua batu kapur yang popular ini terletak di Bau dan merupakan destinasi popular untuk aktiviti rock climbing. Fairy Cave ini dinamakan bersempena dengan struktur stalagmit di bahagian masuk pintu gua yang kelihatan seakan-akan seperti dewa masyarakat orang Cina. Di dalam gua anda akan mendapati perbezaan yang ketara kecerahan cahaya matahari yang masuk di pintu gua dan kegelapan yang menyuram apabila semakin dalam dan membuatkan batuan-batuan gua seolah-olah berubah warna.

Wind Cave pula dinamakan kerana sentiasa ada angin sejuk yang memasuki melalui corong-corong pintu gua. Di sini juga terdapat kelawar-kelawar liar dan aliran air yang dingin di dalam gua yang sangat cantik. Cerita menarik di gua-gua ini oleh pelancong asing di dalam video ini.


borneo highland kuchingBorneo Highland – Seperti juga di Cameron Highland di Semenanjung, di Sarawak pula ada Borneo Highland dan di sinilah terletaknya Borneo Highland Resort dan juga Hornbill Gold dan Jungle Club. Lapangan golf di sini mempunyai 18 lubang dan sangat mencabar kerana suhu yang sejuk dan agak berkabus, seolah bermain golf di awangan begitu.

Terletak kira-kira 80km dari Kuching dan resort di sini terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan pada ketinggian altitud 600- 1000 meter ! Di kaki bukit Borneo Highland pula menempatkan Rumah Panjang Annah Rais etnik Bidayuh. Di sini juga mejadi tempat acara tahunan iaitu Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung.


pantai damai kuching sarawakPantai Damai – Pantai Damai terletak berdekatan dengan hutan hujan tropika yang tertua di duni dan di kelilingi dengan ceruman pokok hutan tropika bermula dari atas Gunung Santubong dan di sini juga ada resort (Damai Beach Resort) yang menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian di tepi pantai di Kuching. Berdekatan dengan Pantai Damai juga ialah Kampung Budaya Sarawak. Boleh tengok video apa yang ada di sini.


Mercu Tanda di Kuching

tempat menarik kuching kanak kanakTaman Buaya Jong – Seperti di Miri, di Kuching juga ada Taman Buaya ! Dah namapun negara Bujang Senang ! Dan kalau nak tahu Taman Buaya Jong (Jong’s Crocodile Farm) di Kuching ini merupakan taman buaya dan tempat pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia dan menempatkan lebih seribu ekor buaya.

Dan yang paling best di sini semesti melihat aksi ganas buaya menyambar ayam busuk melalui tali rentang. Jadi datanglah ke sini waktu buaya di beri makan. Selain buaya, ada juga mini zoo yang menempatkan binatang lain seperti burung, beruang dan monyet. Kalau nak shopping barangan cenderahati yang berkonsepkan buaya pun ada dijual. Daging buaya untuk dijual pun ada di sini kalau anda rasa nak makan.


kuching civic centre sarawakKuching Civic Centre – Menara yang sangat unik dan begitu futuristik ini menawarkan pemandangna 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekelilingnya. Masuk ke sini cuma RM 2 dan kalau waktu cerah anda juga boleh nampak Gunung Serapi, Gunung Santubung dan beberapa gunung di Kalimantan. Di sini juga menempatkan Planetarium Sultan Iskandar.


orchid garden di kuchingOrchid Garden – Taman bunga orkid yang sangat cantik dan hanya di seberang sungai dari waterfront. Anda boleh naik bot teksi (50 sen) yang mengambil masa sekitar 15 minit untuk ke Taman Orkid ini. Kemasukan ke Orchid Garden adalah percuma. Memang banyak pokok orkid yang terjaga dan pelbagai pokok tropika yang menarik di sini.


Masjid Kuching sarawakMasjid Kuching ( Masjid Negeri Lama) – Dulu Masjid Kuching ini merupakan masjid negeri sebelum Masjid Negeri yang baru di bina di Petra Jaya. Masjid ini mempunyai rekaan bentuk sangat cantik dengan dinding berwarna merah jambu dan kubah berwarna keemasan. Rekaan bangunan ini dibina semula pada tahun 1968 bagi menggantikan struktur bangunan kayu yang lama yang pada asalnya dibina sejak tahun 1852 lagi ! Kalau di Waterfront, boleh melihat keindahan struktur bangunan masjid ini di waktu senja dan jangan lupa untuk photoshot.


tugu kuching sarawakTugu Kuching – Kalau di Langkawi ada replika Helang dan di Kuching sudah tentu ada tugu nya tersendiri. Sebelum berangkat pulang dari Kuching, jangan lupa untuk bergambar di sini yang membuktikan anda pernah ke sini.


Muzium dan Kebudayaan Sarawak


Kampung Budaya SarawakKampung Budaya Sarawak – Bagi yang nak lebih mengenali budaya dan cara hidup etnik-etnik utama di Sarawak, bolehlah ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) atau juga dikenali sebagai Muzium Kehidupan. Di sini anda boleh melihat pelbagai replika rumah dan bangunan yang mewakili etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti Iban, Bidayuh, rumah panjang Orang Ulu, penempatan Penan, rumah tinggi Melanau, rumah orang Melayu Sarawak, pagoda orang Cina dan sebagainya.

Setiap bangunan di sini menempatkan staff dari setiap etnik yang bepakaian tradisional masing-masing dan menjalankan aktiviti tradisional. Dan anda akan diterangkan oleh staff yang berpengalaman mengenai kehidupan etnik dan aktiviti mereka. Kalau nak ambil gambar pun boleh.

Selepas melihat perkampungan dan bangunan etnik ini, anda akan dipersembahkan pula dengan tarian tradisional di dalam sebuah dewan. Di sini juga ada restoran dan kedai kraftangan yang menarik. Di sini juga menjadi tempat bagi mereka yang nak melangsungkan perkahwinan samaada dengan cara Bidayuh, Iban, Orang Ulu atau pun Melayu.


muzium kuching sarawakMuzium Kucing – Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian ala kucing dan juga cenderahati ala kucing. Menempatkan lebih 4000 koleksi.

Muzium ini terletak di aras ground floor di bangunan City Hall dan mempunyai 4 galeri utama yang merangkumi keluasan binaan lebih 1000 meter persegi. Kemasukan ke Muzium Kucing di Kuching ini PERCUMA namun kalau ingin mengambil gambar, cas akan dikenakan iaitu RM3 dan RM 5 untuk camera video. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan dibuka dari pukul 9 pagi sehinggalah ke 5 petang.


muzium sarawak di kuchingMuzium Sarawak – Seperti di kebanyakan muzium negeri lain, di sini Muzium Sarawak pula menempatkan barangan, artifak dan bahan bersejarah mengenai negeri Sarawak dan Borneo. Dan dikatakan muzium ini mempunyai koleksi barangan bersejarah yang terbaik di Asia Tenggara.

Muzium ini mempunyai beberapa wing (bahagian) dan bahagian yang paling lama di buka pada tahun 1891 lagi ! Di sini menempatkan pelbagai pameran info bersejarah mengenai etnik-etnik di Sarawak dan juga industri minyak mentah di negeri Sarawak. Bahagian Muzium yang baru pula digunakan untuk majlis dan pameran rasmi dan di aras bawah pula menempatkan sebuah akurarium, taman botani dan memorial pahlawan-pahlawan terbilang tempatan dahulu kala.


muzium cina kuching sarawakMuzium Sejarah Cina Sarawak – Terletak berdekatan dengan Waterfront berhadapan dengan tokong Tua Pek Kong. Di sini pelbagai maklumat sejarah mengenai komuniti kaum Cina di Sarawak boleh dijumpai. Pameran bersejaran di muzium ini menempatkan cerita mengenai perdagangan dan migrasi awal orang Cina dulu dari pelbagai kawasan di Tanah Besar China.


Sarakraft Pavillion kuchingSarakraft Pavillion – Merupakan satu bangunan rumah besar yang menempatkan bengkel dan pelbagai barangan kraftangan di pamerkan. Di sini juga banyak barangan kraftangan yang autentik dijual dan pelawat juga boleh mendaftar di sini untuk belajar skil-skil membuat barangan kraft di sini termasuk kelas tarian tradisional.


Rumah Panjang Annah Rais BidayuhRumah Panjang Annah Rais Bidayuh – Kalau anda ke Sarawak Cultural Village anda menjumpai pelbagai jenis REPLIKA rumah panjang beberapa etnik. Itu hanya replika jadi kalau anda nak melihat sendiri bagaimana rupa real Rumah Panjang, bolehlah ke Rumah Panjang Annah Rais. Rumah Panjang Annah Rais ini merupakan penempatan etnik Bidayuh yang terletak lebih kurang 90km ke arah selatan bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Berhampiran dengan Rumah Panjang ini, ada beberapa kolam air panas yang sangat popular dan asli.


muzium tekstil kuching sarawakMuzium dan Galeri Tekstil – Destinasi ini semestinya akan membuatkan kaum wanita teruja. Muzium dan Geleri ini menempatkan koleksi yang menarik seperti tekstil atau fabrik yang berkonsepkan kebudayaan orang Sarawak samaada yang antik atau pun rekaan yang moden. Di sini juga anda boleh melihat barangan kemas orang Iban. Juga merupakan tempat yang ideal untuk anda mencari hadiah yang mencirikan kebudayaan Sarawak.


Tempat menarik di Kuching untuk membeli belah

Berikut merupakan senarai tempat menarik di Kuching untuk aktiviti shopping dan melihat gelagat peniaga-peniaga .


Kuching Waterfront sarawakKuching Waterfront – Di sini merupakan tempat menarik di Kuching yang semestinya dilawati kalau nak membeli cenderahati kerana banyak kedai-kedai kraftangan (di Sarawak Steamship Building).

Antara barangan yang boleh anda beli ialah hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Anda boleh lepak-lepak di tepi sungai Sarawak dan makan-makan di kedai makan yang best di sini. Dari sini juga anda boleh naik bot untuk menikmati keindahan di sepanjang sungai.


Kompleks Kubah Ria kuchingKompleks Kubah Ria  – Kalau di Miri ada Tamu Muhibah dan Tamu Khas sebagai pasar yang menawarkan pelbagai barangan kering dan basah tempatan yang segar, dan di Kuching pula tempat atau pasar yang konsepnya sama ialah di Kubah Ria Kompleks.

Kubah Ria Kompleks ini masih baru dan menempatkan pelbagai barangan basah dan kering tempatan yang menarik dan di sini juga ada kedai makan yang best kalau anda nak merasa makanan harian orang Sarawak. Dan kalau anda nak cari ikan terubok masin Sarawak, Kubah Ria Kompleks semestinya tempat menarik yang mesti anda datang di Kuching.


pasar satok kuching sarawakPasar Satok – Pasar hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di Medan Niaga Satok tidaklah semeriah dahulu kerana banyak peniaga sudah berpindah ke Kompleks Kubah Ria. Namun masih ada beberapa peniaga-peniaga yang menjual barangan kering dan basah seperti buah-buahan, herba hutan, madu hutan, barangan kraftangan dan sebagainya.


tempat shopping kuching sarawakPasar Serikin – Pasar Serikin ni pula agak jauh dari bandar utama Kuching iaitu kira-kira 1 jam perjalanan. Walaupun agak jauh namun sentiasa menjadi tumpuan warga kota Kuching bahkan pelancong asing untuk mencari barangan kraftangan pada harga yang sangat murah ! Antara barangan yang popular di sini ialah hasil rotan, tikar, bubu, kain batik, makanan harian tempatan dan sebagainya. Memang satu tempat shopping barangan hasil hutan yang best di Kuching.


Semoga senarai tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak ini memberi kita inspirasi dan rujukan untuk melancong kelak. Selamat cuti cuti satu Malaysia di Sarawak 🙂


Senarai Hotel TERBAIK di Kuching>>SEMAK HARGA<<