Bak kata orang, kecil-kecil cili padi. Walaupun cili padi lebih sinonim dengan Negeri Sembilan namun apa yang saya nak maksudkan adalah negeri Melaka ini walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling top. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur binaan bangunannya. Hari ini kita lihat semua destinasi percutian popular di Melaka termasuk hotel, tempat shopping, hiburan keluarga, medan ikan bakar dan sebagainya.



Destinasi Percutian di Melaka

Bergantung kepada minat dan tahap keterujaan anda di sesuatu tempat percutian di Melaka, sila pilih pautan di bawah yang berkenaan untuk terus membaca:

  1. Taman Tema, Hiburan Keluarga & Galeria di Melaka
  2. Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka
  3. Tarikan Zoo & Taman Haiwan di Melaka
  4. Pantai & Alam Semulajadi di Melaka
  5. Tempat Shopping Best di Melaka
  6. Tempat Makan Best di Melaka
  7. Medan Ikan Bakar popular di Melaka


1. Taman Tema, Hiburan Keluarga & Galeria di Melaka

senarai tempat menarik di melaka 2017

Kalau bercuti di Melaka bersama anak-anak, destinasi sebegini sememangnya lebih menjadi pilihan utama mereka daripada hanya melawat tempat bersejarah. Jadi negeri Melaka memang tidak ketinggalan untuk mempunyai begitu banyak pilihan untuk aktiviti percutian berkeluarga baik di resort yang bertaman tema, galeri dan hiburan keluarga yang lain.


resort a famosa penginapan bestTaman Tema Air A’Famosa Resort – Mempunyai banyak pilihan gelongsor air yang mencabar dan sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Salah satu tarikan yang paling teruja untuk golongan muda sudah tentu high speed water slide yang merupakan gelongsor air yang tinggi dan curam yang pasti memberi ledakan adrenalin yang maksimum.


melaka wonderland resort hotelMelaka Wonderland Theme Park & Resort – Destinasi percutian keluarga yang sangat ideal juga untuk mereka yang ingin bermalam di resort di Melaka sambil melakukan aktiviti permainan air. Di sini mempunyai banyak gelongsor air untuk semua peringkat umur seperti tornado chaser, kamikaze race, adventure island dan wave pool. Terletak di Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh, Melaka.


rumah terbalik di melaka tourismGaleri Rumah Terbalik di Melaka – Kalau anda ada anak-anak kecil, bolehlah bawa mereka ke sini untuk merangsang sel-sel otak mereka supaya lebih berhubung. Mana taknya kerana setiap susunan perkakasan di dalam galeri di sini semuanya dalam keadaan tunggang terbalik. Sesuai untuk lawatan bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama. Rumah Terbalik Melaka ini terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka.


menara taming sari melaka cutiMenara Taming Sari Melaka – Satu tempat menarik di Melaka yang wajib dicuba sekiranya anda berada ke Bandar Melaka. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar bandar Melaka seperti Muzium Samudera,  Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya.


resort percutian best di melaka 2017Bayou Lagoon Park Resort – Resort yang menawarkan tarikan taman tema air yang mempunyai gelongsor air yang mungkin lebih sesuai untuk golongan kanak-kanak. Sekiranya anda menganjurkan aktiviti berkumpulan seperti team building bolehlah melakukan aktiviti sukaneka air di sini seperti acara giant slipper, ballon race ataupun chopsticck crazy.


tempat menarik melaka malaysia 2017Melaka Skytex – Destinasi yang ideal di Melaka untuk anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan yang sukakan cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal & mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabarannya yang boleh anda pilih dan apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan.

Lihat semua destinasi hiburan >


2. Tempat Bersejarah, Muzium dan Mercu Tanda di Melaka

tempat bersejarah menarik melaka 2017

Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya di samping mempunyai campuran budaya-budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan ataupun Baba & Nyonya. Dalam bahagian ini anda boleh terokai lagi kesemua tempat-tempat menarik di Melaka yang bersejarah termasuk dengan destinasi mercu tanda yang mana sesuai untuk dilawati bersama anak-anak dan keluarga.


panduan bercuti tempat menarik melakaKota A’Famosa – Destinasi yang paling ikonik untuk dilawati kalau bercuti ke Melaka terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk lebih mendekati tentang sejarah Melaka. Binaan kubu berbongkah batu ini yang berusia lebih 500 tahun telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan penentangan penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.


muzium kapal selam penginapanMuzium Kapal Selam (Submarine Museum) – Salah satu muzium yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai. Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri Melaka.


muzium samudera melaka kapal layarMuzium Samudera (Flora de la Mar Maritime Museum)  – Aktiviti yang paling teruja di sini sudah tentulah bergambar di dek utama kapal perang ini seperti ala-ala watak Jack Sparrow. Lokasinya terletak tidak jauh dari Jonker Street dan merupakan sebuah replika kapal perang Portugis. Destinasi ini pasti memberi anda satu pengalaman yang unik yang konsep persembahan penceritaan sejarahnya yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak. Terdapat pameran-pameran dan replika lain di dalam muzium kapal ini berserta dengan paparan informasi yang lengkap.


Muzium Kesultanan Melayu MelakaMuzium Istana Kesultanan Melaka – Kalau nak merasa bagaimana berada dalam Istana Melayu lama seperti dalam filem XX Ray II bolehlah ke muzium ini yang merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke-15. Terdapat pelbagai galeri/balai-balai/balairong yang mempamerkan ciri-ciri & adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Istana kayu ini dibina pada tahun 1984 dan yang menariknya ianya dibina dengan bersendikan pasak kayu yang merupakan satu teknik yang mashur dalam seni pertukangan rumah tradisional Melayu di negeri Melaka.


mercu tanda masjid selat melakaMasjid Selat Melaka – Satu mercu tanda baru yang menjadi kebanggaan orang Melaka yang terletak di Pulau Melaka. Lokasi masjid yang betul-betul mengadap Selat Melaka pasti memberi pengalaman menunaikan solat di sini yang berlainan dengan bayu laut yang sentiasa bertiup menyejukkan suasana dalam masjid. Turut dikenali sebagai Masjid Terapung Melaka, senibina unik & pemandangan menarik pada waktu senja membuatkan destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong & kaki kamera untuk bergambar.


kota belanda st john melakaKubu St John ( Kota Belanda) – Kalau penjajah Portugis terkenal dengan kubu A’Famosa, penjajah Belanda pula tidak kurang dengan Kota Belanda yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina pada kurun 18. Di sini juga terdapat beberapa laras meriam yang menjadi tarikan serta kawasannya yang berbukit menawarkan pemandangan sekeliling yang cantik. Kota Belanda ini terletak di Bukit Senjuang yang juga dikenali dengan Bukit St John dalam 1 km dari Kota A’Famosa.

Lihat Semua Tempat Bersejarah/Mercu Tanda Melaka >

3. Tarikan Zoo dan Taman Haiwan di Melaka

zoo taman haiwan menarik melaka

Sekiranya anda mencari destinasi-destinasi yang lebih membuatkan anak-anak teruja seperti zoo, akuarium, taman rama-rama atau taman haiwan sila terokai bahagian ini. Destinasi sebegini yang ada di Melaka untuk mereka yang sukakan haiwan dan binatang memang tidak mengecewakan.


zoo melaka night safariZoo Melaka  – Destinasi yang paling popular kalau pelancong ingin beramah mesra dengan pelbagai spesis binatang yang dibawa khas baik dari dalam mahupun luar negara. Di sini juga ada persembahan yang mencuit hati terutamanya ketika melihat gelagat burung-burung yang jinak bergurau senda bersama pelatihnya yang diadakan pada setiap hari. Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah Safari Tour yang beroperasi setiap hujung minggu di mana pengunjung berpeluang melihat binatang-binatang liar pada waktu malam.


Taman Burung Melaka bestTaman Burung Melaka – Destinasi yang pasti akan menghilangkan segala kusut di minda. Taman burung secara terbuka ini terletak di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka. Konsepnya lebih kurang sama dengan Taman Burung KL di mana pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak serta memerhati burung melalui skywalk setinggi 12 meter. Walaupun pilihan burung belaan di sini tidak sebanyak di Taman Burung KL, namun spesis-spesis burung di sini tetap eksotik yang susah untuk dilihat di tempat lain.


Taman Rama-Rama reptilia melakaTaman Rama-Rama & Reptilia – Satu destinasi yang sangat sesuai untuk dilawati oleh pasangan yang sedang berbulan madu di Melaka. Suasananya yang romantis dengan kecantikan rama-rama eksotik di sini di samping bunga-bunga yang berwarna-warni pasti memberi anda satu kenangan bulan madu yang indah. Selain itu rama-rama, terdapat juga spesis-spesis reptilia seperti ular, buaya, iguana, labah-labah, kura-kura, pelbagai spesis ikan, serangga dan sebagainya. Tarikan yang paling menggerunkan di sini ialah terdapat sebuah bilik yang menempatkan ular-ular pada pokok yang hanya di atas kepala anda.


Taman Buaya Melaka ayer kerohTaman Buaya Melaka – Satu lagi destinasi yang menyeronokkan untuk kanak-kanak melihat dengan lebih dekat tarikan utama di sini iaitu taman buaya dan yang paling mendebarkan sudah tentu menyaksikan pertunjukkan aksi berani pelatih bersama buaya-buaya di sini. Selain itu, di sini juga menempatkan beberapa tarikan lain seperti mini zoo & taman rekreasi air. Kalau anda ke Ayer Keroh, Melaka bolehlah singgah di sini.

Lihat Semua Tarikan Taman Haiwan Melaka >


4. Pantai, Pulau & Tarikan Alam Semulajadi di Melaka

pantai menarik di melaka bercuti

Kalau nak ke pantai dan pulau yang cantik di Terengganu dari Kuala Lumpur mungkin jauh dan memerlukan masa percutian yang lama. Jadi kalau nak dekat bolehlah ke Melaka. Melaka juga mempunyai beberapa tarikan alam semulajadi yang tidak kurang menariknya baik pantai, pulau, taman bunga dan tasik rekreasi. Sesuai untuk datang riadah atau berkelah bersama keluarga di hujung minggu atau mungkin ingin menyepikan diri dari kesibukan bandar.


pantai klebang melaka malaysiaPantai Klebang Melaka – Destinasi tarikan pelancongan pantai yang paling popular dan lokasinya juga tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Pantai ini mempunyai pesisiran berpasir yang lapang dan luas. Sering menjadi kunjungan orang ramai baik untuk riadah pagi/ petang atau sekadar lepak-lepak bersama kawan-kawan. Di sini juga terkenal dengan minuman coconut shake Klebang dan tidak jauh dari kawasan pantai terdapat beberapa destinasi restoran menarik untuk makan lauk popular Melaka iaitu asam pedas.


tempat mandi manda di melakaTaman Rekreasi Air Panas Jasin – Satu tempat mandi mandi di Melaka yang sangat ideal untuk mereka yang suka berendam di dalam kolam air panas semulajadi untuk tujuan kesihatan kulit. Jasin Hot Spring ini terletak di Kampung Air Panas, Bemban, Jasin dan berjarak 20 km dari Bandar Melaka. Kemudahan di sini lengkap untuk pengunjung seperti bangsal, taman tema air mini kanak-kanak dan tempat parking kereta. Yang paling penting kolam air panas di sini terjaga dan bersih.


melaka tourism 2017Hutan Rekreasi Sungai Udang – Merupakan sebuah taman rekreasi yang popular di kalangan orang setempat untuk beriadah seperti jogging. Selain itu hutan rekreasi ini juga mempunyai trail untul junggle trekking. Trailnya tidak terlalu mencabar seperti menaiki bukit dan sesuai sekiranya anda sekeluarga ingin merasai suasana masuk hutan berlagukan kicauan unggas dan burung hutan.

Lihat Semua Tarikan Alam Melaka >


5. Tempat Menarik di Melaka untuk Shopping

tempat shopping menarik di melaka

Destinasi berikut merupakan antara tempat shopping di Melaka yang popular yang sering menjadi kunjungan pelancong untuk membeli belah samaada untuk mencari cenderahati, barangan kraftangan mahupun barangan branded. Destinasi membeli belah ini lebih merujuk kepada pasar ataupun shopping mall.


Dataran Pahlawan Megamall di MelakaDataran Pahlawan Megamall Melaka – Sebuah pasaraya yang menempatkan lot kedai yang menawarkan produk kelas pertengahan sehingga yang high end baik pakaian, gajet telefon, aksesori wanita, barangan bayi dan sebagainya. Di sini juga mempunyai banyak restoran serta foodcourt yang sesuai untuk lepak santai bersama keluarga sesudah penat shopping. Terletak hanya bersebelahan dengan Melaka Raya Mall dan Hotel Hatten.


jonker walk street melakaJonker Walk Street– Kalau di KL ada Petaling Street di Melaka pula ada Jonker Street. Destinasi ini merupakan tempat menarik di Melaka yang unik untuk mencari barangan antik, kraftangan ataupun cenderahati di mana Jonker Walk ini menempatkan deretan gerai ala bazar. Waktu operasi untuk pasar malam pada hujung minggu kebiasaannya dari petang sehingga lewat malam. Bagi muslim mencari makanan halal di sekitar sini memang agak sukar kerana majoriti masyarakat di sini adalah berbangsa Cina.


melaka premium outlet Freeport A Famosa OutletFreeport A’Famosa Outlet – Bagi yang ingin mencari barangan berjenama samaada ada fesyen atau gadget peribadi bolehlah ke sini yang merupakan satu shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Mall ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barangan dan lebih kepada produk berjenama seperti Playboy, Nike, G2000 dan sebagainya. Ada juga sesetengah pelancong dan masyarakat setempat membandingkan destinasi ini seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang menawarkan harga barangan berjenama pada harga yang agak berpatutan.


tempat membeli cenderahati melakaMahkota Parade – Boleh dikatakan merupakan pasaraya di Melaka yang paling popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong. Di sini menempatkan ratusan lot kedai baik untuk shopping mahupun mencari makan-makan di restoran dan food court di dalamnya. Hiburan untuk keluarga seperti panggung wayang turut ada di sini.

Lihat semua tempat shopping Melaka >


6. Tempat Makan Best di Melaka & Makanan Popular

tempat menarik di melaka waktu malam

Kalau datang ke Melaka, sudah tentu wajib kita mencari makanan sedap yang sinonim dengan negeri Melaka seperti asam pedas, satey celup, roti canai kayu arang, roti john, coconut shake, nasi lemak ikan bakar dan juga masakan nyonya. Berikut merupakan destinasi popular yang boleh anda cuba kelak.


warung sarapan pagi melaka bestWarung Nenek Munah – Kalau anda berada di Melaka dan inginkan destinasi sarapan pagi yang menarik dan sedap, jemput singgah di Warung Nenek Munah yang terletak di Sungai Petai, Melaka. Pelbagai pilihan sarapan pagi yang ada seperti roti canai Melayu, mee kari, lontong, soto, mee sup dan sebagainya. Kena datang awal kerana selalunya dalam pukul 9 pagi kebanyakan menu sudah habis.


roti canai kayu arang bachang melakaRoti Canai Kayu Arang – Seperti nama kedainya, menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung yang bersarapan pagi di sini ialah roti canainya yang dimasak khas menggunakan kayu arang dan bukannya dapur gas. Rasa asap arang yang membangkitkan aroma unik untuk roti canai di sini ditambah pula dengan kari Melayu yang pasti membuatkan anda nak datang breakfast di sini lagi. Datang sini kena awal pagi dan kena sabar sikit sebab memang selalu ramai orang.


restoran asam pedas claypot melakaAsam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana – Asam pedas merupakan satu menu popular di Melaka dan kalau anda mencari asam pedas yangs sedap di Melaka, bolehlah mencuba di restoran ini yang menyajikan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang dihidangkan di dalam claypot.


coconut shake pantai klebang melakaOriginal Coconut Shake Klebang – Minuman santai yang sangat popular di Melaka yang terletak di Pantai Klebang. Kalau dah terlajak lepak di Pantai Klebang jangan lepaskan peluang untuk mencuba coconut shake yang mashur seantero dunia Malaya ini. Di sekitar Klebang ini ada beberapa kedai yang menjual coconut shake jadi pilihlah yang betul yang menjadi kegilaan pelancong.


satey celup melaka halalSatey Celup Warisan – Bukan senang nak cari satay celup halal di Melaka. Namun salah satu yang boleh anda lawati ialah di CelopCelop /Satey Celup Warisan di Taman 1 Lagenda, Melaka. Sekali pandang satey celup atau dikenali dengan luk luk ni hampir sama dengan stimboat namun yang berbezanya satey celup ini dimasak di dalam kuah kacang dengan campuran rempah sebelum dimakan panas-panas.


restoran barkat roti john melakaBarkat Roti John Asli & Ayam Golek – Roti John di sini memang tidak sama di pasar malam atau bazar-bazar kerana resepinya memang lain dari yang lain dan rotinya segar dan dibuat sendiri. Itu kata rata-rata pengunjung yang pernah ke sini. Nak tahu rasa apa kita kenalah cuba sendiri roti john & ayam golek yang terletak di Taman Bachang Utama, Melaka.


7.Medan Ikan Bakar di Melaka yang Popular

ikan bakar melaka best

Untuk makan malam, negeri Melaka terkenal dengan medan-medan ikar bakar yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang menarik. Banyak destinasi ikan bakar yang popular di sekitar Melaka yang boleh anda lawati untuk acara makan malam. Satu perkara yang mencuri tumpuan saya tentang medan ikan Melaka adalah, nasi lemak merupakan sajian yang kebiasaannya dimakan bersama lauk pauk di sini. Memandangkan medan ikan bakar di Melaka memang  popular maka pada hujung minggu terutamanya selepas maghrib memang kebanyakannya akan penuh sesak. Tak nak tunggu lama datanglah sebelum Maghrib atau hari weekday. Berikut merupakan 4 destinasi popular ikan bakar Melaka berdasar pendapat orang ramai.


ikan bakar sungai duyong melakaIkan Bakar Melaka Sungai Duyung – Lokasinya di terletak tepat di muara Sungai Duyong. Di muara ini terdapat beberapa pilihan medan ikan bakar yang menjadi pilihan orang ramai. Namun yang paling popular di sini ialah Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lokasinya di muara memang sangat ideal untuk menikmati juadah makanan laut sambil melihat pemandangan laut yang indah.


ikan bakar parameswara melakaIkan Bakar Parameswara Umbai – Satu lagi destinasi medan ikan bakar yang popular yang mengadap Selat Melaka yang sememangnya memberi satu kombinasi yang terbaik untuk santapan malam. Pilihan makanan lauk yang ada di sini juga banyak serta tempat letak kereta dan kedainya yang terbuka lapang agak tidak menyesakkan terutamanya pada hujung minggu.


medan ikan bakar serkam melakaMedan Ikan Bakar Melaka Serkam – Terletak di tepi pantai di Merlimau, Jasin dan landmark terdekat ialah Masjid Jamek Serkam. Medan nasi lemak ikan bakar ini memang popular sebagai destinasi persinggahan kalau anda dari Muar menuju ke Melaka. Medan ikan bakar ini mempunya beberapa lot kedai ikan bakar dan yang paling mendapat sambutan orang ramai ialah di kedai lot no 1.


restoran ikan bakar melakaMedan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay – Mempunyai beberapa pilihan kedai di sini untuk santapan makanan laut dan yang paling mendapat sambutan/ review yang bagus ialah lot kedai  Hj Nasir, Hj Musa & di Mukmin Ikan Bakar. Lokasinya juga terletak berhampiran muara di Alai, Melaka dan hanya 10-15 minit perjalanan dari bandar Melaka.


TAWARAN Penginapan di Melaka >

Wow ! Banyak sungguh destinasi pelancongan yang unik di Melaka baik tempat bercuti, kawasan bersejarah, resort bertaman tema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Semoga panduan tempat menarik di Melaka yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak. Sila SHARE dengan orang-orang kampung anda. Wassalam.