Panduan Bercuti ke Semporna Daerah Tercantik di Sabah

Kalau sebut Semporna Sabah, pasti anda mula terbayang kan laut birunya yang jernih, pulau tropika yang memukau dengan pengalaman snorkeling bertaraf dunia. Terletak di pantai timur Sabah, destinasi ini memang syurga buat pencinta laut, kaki hiking dan pasangan yang mencari percutian romantik. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan bercuti ke Semporna dengan menerokai pulau-pulau tercantik serta tarikan menarik yang wajib anda singgah.

Jom lihat!

Cuaca & Masa Terbaik Dalam Panduan Bercuti ke Semporna


Musim Kering (Mac – Oktober)

Jika anda ingin ke sini, boleh pilih tarikh dari bulan Mac hingga Oktober. Musim ini dianggap waktu terbaik bercuti kerana laut lebih tenang dan sesuai untuk anda melakukan aktiviti laut seperti berkayak, snorkeling, diving serta island hopping.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @adventures_borneo
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @klooksg
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @adrianasharmaine

Kalau anda suka aktiviti diving pula, waktu terbaik diving sekitar April hingga September. 

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @syainal.ogie

Musim ini juga sunset kelihatan lebih cantik dan langit biasanya cerah. Rugi la kan kalau datang ke sini tapi dapat permandangan yang kurang menarik? 

Tapi, ada sikit yang tak bestnya sebab musim ini adalah peak season (Mac-September), jadi hotel dan pakej cepat penuh. 


Musim Hujan (November – Februari)

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @benjamintai808

Kalau boleh dan seboleh-bolehnya cuba elakkan untuk datang ke sini pada bulan November hingga Februari. Sebabnya musim ini hujan lebih kerap terutama Disember dan Januari.

Laut pula boleh bergelora dan sesetengah trip bot mungkin terpaksa dibatalkan. Dengan keadaan macam ini, mood bercuti anda pun mungkin kelaut!

Musim ini pula pelancong lebih kurang dan harga penginapan biasanya jauh lebih murah, sesuai sangat untuk anda yang mahukan suasana lebih tenang.

Musim Pelancongan:

  • Peak: Mac-September
  • Shoulder: Oktober & Februari
  • Low: November-Januari

Cara ke Semporna

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @ngeukeat17
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @klooksg
  • Penerbangan ke Tawau

Untuk datang bercuti ke Semporna, anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Tawau (TWU). Terdapat penerbangan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan beberapa bandar utama melalui AirAsia, Malaysia Airlines dan Firefly, jadi anda perlu menempah lebih awal untuk dapatkan harga yang lebih berpatutan.

  • Pengangkutan Darat ke Semporna

Perjalanan anda dari Tawau ke Semporna pula akan mengambil masa sekitar 1.5 jam. Untuk ke sini, anda boleh pilih teksi, Grab, van persendirian atau menggunakan shuttle hotel.

  • Pemindahan Bot ke Pulau
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @yujunnn.y

Bot pula akan berlepas dari jeti Semporna ke pulau-pulau seperti:

  • Pulau Mabul
  • Pulau Sipadan
  • Pulau Kapalai

Jadual perjalanan bot bergantung pada musim dan cuaca, jadi kami syorkan anda membuat semakan sebaik sahaja tiba.

Pulau & Tempat Menarik di Semporna


1. Bohey Dulang Hike Overlook

Bohey Dulang Hike Overlook
Kredit gambar: Instagram @sabah.island4u
Bohey Dulang Island
Kredit gambar: Instagram @youmi_tt

Antara ikon utama di Semporna Sabah. Di sini terdapat bukit yang boleh anda daki. Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda perlu mendaki sekitar 20-45 minit.

Pendakian anda ini bergantung kepada pace anda. 

Bohey Dulang Hike Overlook
Kredit gambar: Instagram @coel80
Bohey Dulang Hike Overlook
Kredit gambar: Instagram @micnienie

Sewaktu pendakian, anda perlu lebih berhati-hati kerana laluan awalnya agak licin, lebih-lebih lagi selepas hujan. Namun jangan risau, sebabnya di sini disediakan tali dan laluan kayu untuk keselamatan pendaki.

Bohey Dulang Hike Overlook
Kredit gambar: Instagram @sabah.island4u

Sampai sahaja di atas, anda akan ditemani dengan pemandangan lagun hijau kebiruan yang dikelilingi pulau-pulau kecil yang memang akan buat penat anda terus hilang. 

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @_13zcxdl0626
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @_13zcxdl0626
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @_13zcxdl0626
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @_13zcxdl0626
Bohey Dulang Hike Overlook
Kredit gambar: Instagram @micnienie

Tapi dalam keasyikan anda melihat panorama indah di atas puncak ini, jangan lupa bergambar di dek yang disediakan untuk abadikan kenangan!

Alamat: Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah, Malaysia.

Lokasi 


2. Pulau Sibuan

Pulau Sibuan
Kredit gambar: Instagram @icint4

Pulau Sibuan merupakan pantai berpasir putih halus dan air laut jernih. Keindahannya ini menjadikan ia lokasi snorkeling yang sangat digemari ramai pelancong.

Pulau Sibuan
Kredit gambar: Instagram @icint4
Pulau Sibuan
Kredit gambar: Instagram @icint4

Pulau Sibuan dihuni dengan pelbagai hidupan marin dan batu karang yang sangat cantik dan berwarna-warni.

Pulau Sibuan
Kredit gambar: Instagram @jwlynnn
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @gretabandula

Kawasannya juga cetek sesuai untuk anda melakukan aktiviti berenang santai.

Alamat: JMX4+9M, Semporna, Sabah

Lokasi 


3. Pulau Mataking

Pulau Mataking
Kredit gambar: Instagram @hey.azhar

Selain Pulau Sibuan dan Pulau Bohey Pulang, Pulau Mataking juga terkenal dengan pengalaman menyelam unik termasuk kotak pos bawah air.

Pulau Mataking
Kredit gambar: Instagram @john.wong.5667
Pulau Mataking
Kredit gambar: Instagram @makoto_shigehara

Snorkeling di sini juga antara yang terbaik di mana anda boleh melihat penyu dengan mudah, batu karang berwarna-warni dan ikan tropika yang sangat cantik.

Alamat: MATAKING ISLAND, Sabah

Lokasi 


4. Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom
Kredit gambar: Instagram @xplore_sabah
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @marioagos_photo
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @marioagos_photo

Kalau anda sedang mencari destinasi bulan madu, Pulau Pom Pom tempat paling best.

Airnya sangat jernih, tenang membolehkan anda boleh menikmati snorkeling sambil melihat ikan berwarna-warni, penyu, tapak sulaiman dan pelbagai lagi hidupan marin yang lain.

Pulau Pom Pom
Kredit gambar: Instagram @minettipang
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @nurul_yazid
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @traccborneo
Pulau Pom Pom
Kredit gambar: Instagram @minettipang
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @cindyjiangxy

Di sini juga terdapat resort bergaya desa dengan suasana romantik, sesuai untuk anda dan pasangan menghabiskan waktu-waktu romantis bersama.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @marinawind

Alamat: Semporna, Sabah

Lokasi 


5. Pulau Mabul

Pulau Mabul
Kredit gambar: Instagram @travelfromsardinia

Pulau Mabul pula sangat terkenal dengan selaman makro dan fotografi bawah air. Anda boleh lihat airnya cukup jernih dan kaya pula dengan hidupan laut kecil yang sangat unik.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @ekinmohtar

Menariknya, pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan yang popular dalam kalangan penyelam antarabangsa.

Bolehlah anda menjelajah dan meneroka kedua-dua pulau ini dengan mudah!

Alamat: Pulau Mabul, Semporna, 91300, Sabah, Malaysia.

Lokasi 


6. Pulau Kapalai

Suka keindahan Maldives? Siapa sangka di Semporna juga ada tempat sebegitu. Pulau Kapalai sering kali digelar sebagai tempat yang mempunyai pengalaman percutian ala Maldives.

Pulau Kapalai
Kredit gambar: Instagram @adventures_borneo
Pulau Kapalai
Kredit gambar: Instagram @adventures_borneo
Pulau Kapalai
Kredit gambar: Instagram @adventures_borneo

Di sini juga terdapat penginapan chalet terapung yang mana anda boleh melihat penyu dan ikan secara terus dari bilik. Best kan?

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @maaliyaya

Suasana di Pulau Kapalai ini juga sangat tenang, bersih dan sesuai untuk percutian santai sambil anda menikmati keindahan laut yang terbentang luas di depan mata.

Alamat: Kapalai, Pulau Sipadan, 91000 Semporna, Sabah, Malaysia.

Lokasi 


7. Tanjung Parapat

Tanjung Parapat
Kredit gambar: Instagram @kkcity

Kalau nak cari spot sunset paling best dan penuh dengan tarikan, jom ke Tanjung Parapat.

Tanjung Parapat
Kredit gambar: Instagram @safwan_lalli

Lokasi ini merupakan spot kegemaran ramai pelancong yang ingin duduk santai sambil menikmati matahari terbenam.

Tanjung Parapat
Kredit gambar: Instagram @spyros57

Di Tanjung Parapat ini juga terdapat chalet yang lebih privasi dan berdekatan dengan bukit untuk aktiviti hiking ringan.

Alamat: Kampung Tanjung Parapat Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi 


8. Tun Sakaran Marine Park

Tun Sakaran Marine Park
Kredit gambar: Instagram @cascadiameetsfin
Tun Sakaran Marine Park
Kredit gambar: Instagram @cascadiameetsfin

Tun Sakaran Marine Park merangkumi lapan pulau dan kawasan terumbu karang yang luas. Tempat menarik di Semporna ini sangat popular untuk island hopping dan snorkeling.

Tun Sakaran Marine Park
Kredit gambar: Instagram @cascadiameetsfin
Tun Sakaran Marine Park
Kredit gambar: Instagram @cascadiameetsfin
Tun Sakaran Marine Park
Kredit gambar: Instagram @cascadiameetsfin

Kawasan ini juga termasuk Pulau Bohey Dulang. Dari jeti Semporna, perjalanan bot anda akan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai.

Alamat: Semporna, Sabah

Lokasi 


9. Semporna Seafest View

Semporna Seafest View
Kredit gambar: Instagram @edwardguanjuenkeng

Jika anda mencari spot bergambar paling ikonik, boleh singgah ke Semporna Seafest View.

Semporna Seafest View
Kredit gambar: Instagram @aliyyakinah

Lokasi ini popular dikalangan pengunjung untuk bergambar dengan latar papan tanda laut dan panorama pelabuhan.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @laucheehuat
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @laucheehuat
bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @laucheehuat

Bukan keindahan sahaja yang jadi tarikan, tempat ini juga berhampiran restoran dan kafe.

Bolehlah anda mengisi perut dengan keenakan rasa makanan laut yang fresh dan sedap!

Alamat: 1, Jln Kastam, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi 


10. Muzium Tun Sakaran

Muzium Tun Sakaran
Kredit gambar: Instagram @cullank

Tak lengkap rasanya berkunjung ke mana-mana tempat tanpa mengetahui dan mempelajari sejarahnya. Di Semporna, anda dipelawa datang berkunjung ke Muzium Tun Sakaran. Tak usah risau pasal bayaran, kerana di sini anda boleh masuk secara percuma. 

Muzium dua tingkat ini memaparkan sejarah serta budaya masyarakat Bajau dan kehidupan Tun Sakaran Dandai. Ia dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Alamat: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi 


11. Taman Rekreasi Pakalangan Pantai

Taman Rekreasi Pakalangan Pantai
Kredit gambar: Instagram @fhinaameera
Taman Rekreasi Pakalangan Pantai
Kredit gambar: Instagram @fhinaameera

Untuk menambah keseronokan bercuti terutama jika anda datang bersama anak-anak, jom bawa mereka ke Taman Rekreasi Pakalangan Pantai.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @pakalanganbayofficial

Yuran masuk hanyalah RM2, sesuai untuk bawa keluarga bersantai, terutama ketika air pasang. 

Taman Rekreasi Pakalangan Pantai
Kredit gambar: Instagram @fhinaameera

Tempat menarik Semporna ini dibuka dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat: Jalan Pangkalangan, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi 


Aktiviti Wajib Cuba Ketika Bercuti ke Semporna

Island Hopping ke Pulau Cantik

Banyak aktiviti boleh dilakukan di Semporna namun yang wajib pastinya island hopping yang merupakan aktiviti paling popular di kawasan ini.

Kebanyakan pelancong biasanya akan melawat beberapa pulau terkenal dalam satu hari dan antara pulau yang sering menjadi pilihan utama Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sipadan dan Pulau Bohey Dulang.

Snorkeling dan Diving

Pulau Kapalai
Kredit gambar: Instagram @adventures_borneo

Semporna terkenal sebagai lokasi snorkeling dan diving yang diakui dunia.

Airnya yang jernih membolehkan anda melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan berwarna-warni, terumbu karang yang sangat cantik, penyu serta hidupan marin yang lain dengan cukup mudah.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @sabah.island4u

Semporna juga merupakan salah satu lokasi menyelam terbaik di dunia.

Kalau anda nak tahu, ramai penyelam profesional dari seluruh pelusuk dunia sanggup datang ke sini untuk menikmati pengalaman menyelam yang unik dan melihat keindahan dunia bawah laut.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti laut lain seperti meluncur air atau surfing.


Menikmati Makanan Laut Segar Semasa Trip Bercuti ke Semporna

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @sabah.island4u

Selain aktiviti laut, satu lagi perkara yang wajib anda cuba ialah merasai kenikmatan makanan laut segar di Semporna.

Ramai menggelar Semporna sebagai syurga seafood kerana hasil lautnya cukup segar dan harganya pula sangat berpatutan.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @joseph_lou

Antara hidangan popular wajib anda cuba ialah sotong bakar, ketam cili, tehe-tehe dan lobster segar.

Semua jenis masakan ini mempunyai keenakan rasanya yang cukup manis dan segar kerana kebanyakan hasil laut ini diperoleh terus daripada nelayan tempatan.


Tempat Menginap Semasa Bercuti ke Semporna Sabah

Tak tahu nak menginap di mana? Jangan risau! Di bawah ini kami kongsikan kepada anda beberapa pilihan terbaik tempat menginap di Semporna yang menarik serta menawarkan pemandangan sangat cantik.

Antara tempat menginap yang sering menjadi pilihan ramai pelancong yang boleh anda cuba adalah:

Mabul Water Bungalows

Mabul Water Bungalows
Kredit gambar: Instagram @nitzus

Mabul Water Bungalows merupakan sebuah penginapan banglo atas air yang terkenal dengan pemandangan laut tropika yang sangat cantik.

Banglonya luas, bersih dan mempunyai balkoni yang membolehkan anda menikmati panorama laut yang menenangkan.

Panorama pulau dengan pantai putih dan hidupan marin di Mabul Water Bungalows menjadikannya sebagai destinasi pilihan ramai pelancong. 

Alamat: Lot A-1-G, Block A, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100, Malaysia, 88100, Sabah

Lokasi | Website | Instagram | Facebook


Crystal Resort

Crystal Resort 
Kredit gambar: Instagram @myvisitmalaysia

Jom menginap di Crystal Resort, sebuah penginapan pulau paling hebat dengan perkhidmatannya yang luar biasa.

Bilik -bilik yang tersedia di sini cukup cantik dan selesa dengan pemandangan laut indah yang menjadikan pagi anda di sini cukup-cukup istimewa.

Crystal Resort 
Kredit gambar: Instagram @myvisitmalaysia

Bukan itu sahaja, salah satu tarikan utama di resort ini ialah kawasan snorkelingnya sendiri, yang mudah diakses dan dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan di sekitar terumbu karang yang menakjubkan.

Jika di tempat lain, ada had waktu namun di resort ini anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dengan bebas.

bercuti ke semporna
Kredit gambar: Instagram @sabah.island4u

Menariknya lagi, resort ini turut menawarkan satu pelayaran matahari terbenam percuma setiap hari di atas kapal layar supercar, yang sangat cantik dan menyeronokkan.

Mereka juga mempunyai perahu dengan dasarnya kaca membolehkan anda melihat terus pemandangan dasar laut yang cukup cantik.

Dengan semua tarikan ini, penginapan di resort ini bakal menjadi pengalaman yang benar-benar tidak akan anda dapat lupakan.

Untuk memudahkan urusan percutian dan penginapan anda, jom tempah pakej pelancongan menarik di SINI!

Alamat: Bum-Bum island, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi | Facebook


Sipadan Kapalai Dive Resort

Resort Sipadan Kapalai Dive
Kredit gambar: Instagram @sipadankapalaidiveresort

Pilihan penginapan yang seterusnya adalah Sipadan Kapalai Dive Resort yang merupakan sebuah resort unik. Ia dibina sepenuhnya di atas tiang di tengah Laut Sulu.

Resort ini menawarkan pengalaman percutian atas air yang sangat menenangkan.

Anda boleh terus turun ke laut untuk meneroka terumbu karang yang cantik.

Aktiviti menyelam pantai juga percuma, dan anda berpeluang melihat hidupan laut seperti penyu, jerung serta ikan tropika yang cantik dan unik.

Resort Sipadan Kapalai Dive
Kredit gambar: Instagram @sipadankapalaidiveresort

Suasana di resort ini juga sangat tenang dan sesuai untuk anda berehat selepas letih melakukan aktiviti menyelam.

Di sini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti paviliun terbuka yang menempatkan restoran, bar dan ruang santai dengan buaian, TV satelit serta dek berjemur menghadap laut.

Anda boleh menggunakan kayak untuk meneroka kawasan sekitar dan melihat kecantikan terumbu karang Kapalai.

Untuk memudahkan urusan anda, boleh semak pelbagai tawaran menarik melalui pakej-pakej pelancongan terbaik di SINI!

Alamat: Semporna, Sabah, Malaysia

Lokasi | Website | Instagram | Facebook


Tips Penting Jika Ingin Bercuti ke Semporna Sabah

Tempah Awal Penginapan dan Aktiviti

Hotel serta pakej island hopping di Semporna biasanya cepat penuh terutama pada musim puncak pelancongan seperti Jun hingga Ogos serta Disember.

Jadi kami cadangkan supaya anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan masalah kehabisan bilik.

Sediakan Bajet Aktiviti Laut Semasa Bercuti ke Semporna

Kos untuk island hopping, snorkeling dan diving pula berbeza bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Untuk elak dari masalah kewangan semasa bercuti di sini, sebaiknya anda rancang terlebih dahulu bajet yang anda mampu sebelum datang bercuti.

Pilih Pakaian Sesuai

Nak bercuti terutama jika anda berkunjung ke destinasi pulau atau ingin melakukan aktiviti lasak, pastikan semua ini anda sudah siapkan seperti:

  • pakaian ringan
  • baju renang
  • sunblock
  • kasut hiking

Jaga Alam Sekitar

Pergi ke mana-mana sekalipun, pastikan anda menjaga alam sekitar. Jika melakukan aktiviti laut, anda perlu elakkan dari menyentuh karang atau membuang sampah ke dalam laut.

Ini penting sangat untuk menjaga ekosistem marin.

Cuaca Tidak Menentu Semasa Bercuti ke Semporna

Jika cuaca tidak mengizinkan dan aktiviti laut terpaksa anda batalkan, jangan stress!

Anda masih boleh meluangkan masa berjalan di bandar Semporna, melawat pasar tempatan atau menikmati makanan laut segar.

Semak Info di Sabah Tourism Board

Untuk mengetahui lebih banyak perkara, anda boleh buat semakan tempat dan info terkini di Sabah Tourism Board.


Semporna menawarkan pengalaman percutian pulau yang lengkap dan destinasi yang sangat istimewa.

Tempat best ini juga sesuai untuk pelbagai jenis percutian sama ada bercuti bersama keluarga, honeymoon romantik ataupun trip santai bersama rakan.

Jika anda merancang percutian ke Semporna, sebaiknya buat perancangan lebih awal supaya perjalanan menjadi lebih lancar dan pengalaman bercuti ke syurga pulau Sabah ini benar-benar berbaloi.

Baca juga: 6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10+ Aktiviti Menarik Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom merupakan sebuah kepulauan terumbu yang indah di negeri Sabah yang merupakan destinasi yang hebat untuk pengunjung yang mengingingkan percutian yang sukar...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

Bercuti Di Semporna Nusakuya Resort, Memang BEST!

Bercuti di dalam Malaysia memang menjamin pengalaman yang menarik kepada para pelancong. Banyak sungguh tempat-tempat menarik yang boleh di pergi untuk menenangkan fikiran dan...

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang...

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x