Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Tempat Menyelam Terbaik Dan 9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Walaupun ia dipanggil sebuah pulau ia sebenarnya sebuah bar pasir yang terletak di Terumbu Ligitan dengan sebuah resort yang amat eksklusif dengan vila yang cantik dibina di atas tiang. Dua ratus tahun dahulu Kapalai merupakan sebuah pulau cantik yang diliputi oleh tumbuhan yang menghijau. Hakisan bertahun-tahun telah menjadikan pulau ini apa yang ada sekarang yang hanya boleh dilihat ketika arus rendah.

Di tebing pasir Pulau Kapalai, terdapat tarikan-tarikan marin menarik yang akan memegunkan anda dan mungkin boleh menyebabkan anda asyik kembali! Gelagat makhluk yang ada di Pulau Kapalai juga akan menarik perhatian anda.

Segalanya tentang Pulau Kapalai ialah tentang menyelam permukaan (snorkeling) dan menyelam. Mereka yang tidak reti menyelam mungkin lebih baik pergi ke Pulau Mataking dengan pulaunya yang indah. Waktu yang terbaik untuk melawat Pulau Kapalai ialah di antara April dan September.


10+ Tempat Menyelam Terbaik di Pulau Kapalai Sabah

1. The Jetty

Dinamakan tapak selaman kelima terbaik di dunia tahun lalu. Inilah terumbu karang Pulau Kapalai dan di sini terletak 5 kapal yang karam. Tapak selaman ini mempunyai campuran makhluk pelagik dan kecil yang hebat!


2. Mid Reef

Turun ke garis bola sekitar 25m dari sini dan arusnya mungkin deras jadi ini merupakan tapak selaman yang lebih sesuai untuk penyelam yang berpengalaman. Tapak selaman in terkenal dengan kuda laut pigminya.


3. Mandarin Alley

Cerun sebanyak kira-kira 20 meter, terumbu keras dan pasir banyak terdapat di sini. Tapak selaman ini mendapat nama daripada dragonet yang dijumpai di sini dan ia mempunyai warna yang cantik seperti mandarin Chna. Ia hidup pada waktu siang di bawah tunjang  urchin laut. Terdapat pelbagai jenis ikan, dan juga terumbu cendawan (Heliofungia a.) di dalam pasir dengan sedikit ikan paip anemone putih (Siokunichthys n.) yang hidup di dalamnya.


4. Gurnard Point

Selaman terumbu yang cetik dengan jarak penglihatan jelas dan dasar yang berpasir, tapak ini dipenuhi dengan kehidupan marin di sekitar terumbu, anda boleh melihat beratus-ratus ikan pari dan ikan, dan juga makhluk makro dan udang.


5. Sweetlips Table

Beberapa minit dari barat laut pulau ini, tapak ini dikenali dengan kumpulan ikan sweetlipsnya. Oriental Sweetlips dikenali dengan wajah kuningnya yang jelas, tubuhnya yang berjalur hitam dan putih, dan ekornya yang bertompok. Walaupun ia kerap makan pada waktu malam, ikan unik ini boleh dilihat ketika siang hari. Pastikan juga untuk melihat ke dalam terumbu untuk nudibranch, moray dan udang.


6. Frontier Reef

Juga di bahagian utara pulau ini ialah terumbu berwarna-warni yang menjadi habitat kepada berbilang makhluk yang unik. Anda tentunya akan berasa seperti anda menakluki dunia yang baharu kerana anda akan mendapati ikan-ikan dan udang yang jarang dilihat di mana-mana tempat lain di dunia.


7. Mantis Ground

Satu lagi syurga untuk selaman makro, tapak ini dipenuhi nudibranch, ketam anemone, udang, dan ikan daun. Tetapi tempat ini sebenarnya dikenali dengan udang mantisnya yang kelihatan garang yang boleh membesar sehingga kepanjangan 30 cm. Tapak selaman Mantis Ground boleh mencapai kedalaman 19 meter.


8. Flambo Reef

Pastikan anda melihat sotong cantik yang berwarna-warni sementara anda menyelam di sekitar Pulau Kapalai. Makhluk yang hebat ini berwarna ungu, merah jambu dan kuning dan boleh mengubah warnanya untuk mengelirukan pemangsa atau mangsa. Pastikan juga untuk melihat sotong dan ikan yang di sekeliling tapak ini.


9. Black Ray Channel

Ini merupakan terusan berpasir dengan terumbunya di satu belah. Ikan istimewa yang anda akan dapati di sini ialah ikan naga (Pegasus). Haiwan kecil ini hidup berpasangan dan memakan invertebra. Terdapat beberapa jenis ikan juga di sini.


10. Stingray City

Terkenal dengan pelbagai ikan pari bertompok biru, yang menyamar di sebalik permukaan pasir dan pelbagai makhluk yang lain. Lazimnya diilhat di sini ialah ikan singa, udang mantis dan ikan buaya.


9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai Malaysia (Pakej Pulau Kapalai 2020)

1. Menyelam Scuba

Menyelam amat mudah dan cetek tetapi agak mengagumkan: Dasar yang berpasir mempunyai makhluk-makhluk kecil yang masih belum diklasifikasi, lalu menjadikan selaman di sini pengalaman sukar dilupakan oleh mana-mana jurugambar dan peminat kehidupan makro. Selain daripada syurga makro ini, pastikan juga untuk menyelam ke Pulau Sipadan yang berdekatan, yang terkenal dengan selaman dindingnya dan pelbagai spesies penyu, jerung dan barracuda yang ada. Menyelam di Pulau Sipadan memerlukan bayaran tambahan RM 40 untuk yuran pemuliharaan seorang setiap hari.


2. Menyelam Permukaan (Snorkeling)

Anda boleh bersantai sahaja dalam air yang jernih di sekitar resort, atau mendapatkan topeng menyelam permukaan dan fin untuk melihat kehidupan marin dengan lebih jelas di dasar laut.


3. Berkayak

Berkayak di lautan boleh disewa daripada resort tempatan.


4. Membaca

Kebanyakan hari di sini boleh diluangkan sahaja dengan bersantai di atas cadar yang dilentangkan, dan membaca buku dari rumah atau perpustakaan.


5. Kursus PADI

Terdapat pusat menyelam yang menawarkan pelbagai kursus PADI, termasuk Discover Scuba Diving, Open Water, Advanced Open Water, dan Pengenalan ke Selaman Malam


6. Bersantai di atas pantai

Dek matahari, tempat kegemaran orang ramai, merupakan tempat yang hebat untuk menggelapkan diri dan menikmati pancaran matahari yang terik.


7. Jelajah Pulau-ke-Pulau (Island Hopping)

Pusat selaman boleh mengatur perjalanan selaman untuk anda. Pengunjung boleh menjelajah tapak-tapak di sekeliling Pulau Kapalai atau menjelajah ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Si Amil, Roach Reef, Pulau Mataking, atau Pulau Ligitan.


8. Makan hidangan bufet di SIPADAN KAPALAI DIVE RESORT

Makanan dihidangkan dengan gaya bufet di teres terbuka yang besar dengan pemandangan lautan berpanorama. Penyelam juga boleh membeli minuman di dek matahari untuk berborak dan bekongsi video selaman mereka, atau bersosial di bilik permainan resort.


9. Matahari terbenam

Terdapat dek matahari barat yang besar dengan kawasan duduk di sekitar resort yang membenarkan penyelam untuk mimum petang atau berborak dengan pemandangan matahari terbenam tropika Pulau Kapalai yang terkenal.


Resort Pulau Kapalai:

Hanya ada satu hotel Pulau Kapalai di pulau ini iaitu Sipadan-Kapalai Dive Resort. Sipadan-Kapalai Resort sebenarnya merupakan resort bergaya kampung yang dibina di atas air. Semua struktur didirikan di atas air dan anda boleh melihat gelagat sotong dan ikan dari balkoni chalet anda.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang...

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...

10+ Aktiviti Menarik Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom merupakan sebuah kepulauan terumbu yang indah di negeri Sabah yang merupakan destinasi yang hebat untuk pengunjung yang mengingingkan percutian yang sukar...

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x