4 Cara Untuk Sampai Ke Hat Yai (Murah & Mudah)

Hat Yai, destinasi yang popular dalam kalangan pelancong terutama pelancong dari Malaysia. Bagi mereka yang ingin melancong ke HatYai, kami kongsikan beberapa informasi ringkas untuk ke sana melalui bas, kereta api, kereta/kereta sewa dan kapal terbang.


4 Cara-Cara Untuk Sampai Ke Hat Yai Dari Malaysia Dengan Mudah

1. Menaiki Bas

Salah satu cara yang popular untuk pergi ke Hatyai adalah dengan menaiki bas. Banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan dari pelbagai destinasi di Malaysia ke Hatyai. Bas ini biasanya berhenti di stesen bas di Hatyai yang terletak di tengah bandar Hatyai. Jika anda ingin melancong secara individu atau berkumpulan, menaiki bas adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Untuk semak harga tiket bas dan memeriksa jadual perjalanan bas sebagai rujukan, ini rekomendasi laman pembelian tiket bas:

easybook.com | redBus Malaysia | BusOnlineTicket.com | TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | BusOnlineTicket.co.th

Antara stesen bas di Malaysia ke stesen bas di Hatyai secara terus (direct bus):

  • TBS (Terminal Bersepady Selatan)
  • Hentian Duta Bas Terminal Kuala Lumpur
  • Terminal Bas Kajang
  • Bas Kepong @ Desa Complex Kepong
  • Terminal Bas Shah Alam Seksyen 17
  • Klang Sentral
  • Terminal Bas 1 Seremban
  • Terminal Meru Raya (Ipoh Amanjaya)
  • KPB Bas Express JB Merlin Tower
  • Terminal Larkin Johor Bahru

2 Prosedur ringkas perjalanan ke Hatyai dari Malaysia dengan menaiki bas:

1. Membuat tempahan tiket secara online atau melalui kaunter tiket di stesen bas.

Kebiasaannya laluan bas dari Kuala Lumpur menghala ke sempadan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.

2. Pemeriksaan imigresen akan dijalankan di stesen imigresen sempadan Malaysia-Thailand.

Pastikan anda mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk masuk ke Thailand.

Hotel Terdekat


2. Menaiki Kereta Api 

Terdapat perkhidmatan kereta api di Malaysia yang membolehkan anda akses ke Hatyai, Thailand. Menaiki kereta api ke Hatyai ini sesuai untuk perjalanan secara solo, backpackers atau kumpulan kecil yang ingin menikmati pengalaman pemandangan sepanjang perjalanan. Untuk semak harga tiket, periksa jadual dan mencari stesen kereta api berdekatan sebagai rujukan, ini rekomendasi laman sesawang:

KTMB | Padang Besar (Thai) Railway Station | 12GO Asia

Terdapat laluan stesen kereta api di Malaysia ke sempadan Thailand dengan pertukaran kereta api ke laluan stesen kereta api di Thailand iaitu:

  • KTM Padang Besar, Perlis

4 Prosedur ringkas perjalanan ke Hatyai dari Malaysia dengan menaiki kereta api:

1. Tempahan tiket ke dari destinasi anda ke Padang Besar

Anda perlu membuat tempahan tiket kereta api daripada destinasi stesen kereta api yang sesuai untuk anda memulakan perjalanan yang menghala ke Padang Besar.

Rujuk KTMB untuk info lanjut

2. Pembelian Tiket di Padang Besar ke Hatyai

Sebaik tiba ke stesen kereta api Padang Besar, anda perlu membuat pertukaran kereta api dari stesen kereta api Malaysia ke stesen kereta api Thailand dengan terus ke tingkat atas untuk pembelian tiket kereta api Special Railway Thailand (SRT) berharga sekitar 50 Baht (RM7) dan dapatkan borang kad putih daripada polis bantuan berdekatan.

Anda juga perlu mendapatkan cop di passport anda dan lampirkan sijil vaksinasi (jika perlu).

3. Pemeriksaan imigresen

Setelah selesai isi borang putih berserta dengan dokumen sokongan yang lain, terus ke Kaunter Imigresen Malaysia & Kaunter Imigresen Thailand menggunakan laluan yang disediakan.

4. Pertukaran ke ‘Special Railway Thailand’ (SRT)

Sebaik selesai, terus ke platform no.2 untuk menaiki tren ke Hat Yai yang mengambil masa kurang dari 2 jam perjalanan. Terdapat 2 waktu pelepasan kereta api ke Hatyai sahaja iaitu kereta api nombor 947 yang berlepas pada pukul 7:30 pagi dan nombor 949 pada pukul 2 petang.

Rujuk 12GO Asia untuk info lanjut.

Hotel Terdekat


3. Menaiki Kereta/Kereta Sewa

Jika anda lebih suka melancong dengan kenderaan sendiri atau kereta sewa, anda hanya perlu memandu ke Hatyai melalui sempadan Malaysia-Thailand. Pastikan anda mempunyai dokumen yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan anda. Berikut merupakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Malaysia – Thailand:

4 Prosedur ringkas perjalanan ke Hatyai dari Malaysia dengan menaiki kereta/kereta sewa:

1. Sediakan dokumen perjalanan yang lengkap

Pastikan pasport anda mempunyai baki sah laku sekurang-kurangnya enam bulan dan dinasihatkan untuk membawa salinan pasport dan dokumen pengenalan lain sebagai dokumen sokongan.

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Maklumat TM2 Borang Pengangkutan. (2 salinan)
  • Borang Senarai Penumpang TM3 (Hanya jika anda menunggang/memandu dengan penumpang). (2 salinan)
  • Kad TM6 (Kad putih Ketibaan/Berlepas). (Boleh didapati di kaunter imigresen)
  • Borang Import/Eksport sementara kastam yang dipermudahkan. (Akan diberikan oleh Thailand)
  • Lesen memandu diiktiraf di Thailand. (Diperlukan sama ada lesen memandu ASEAN atau IDP)
  • Salinan Cukai Jalan dan Insurans yang sah (Fotokopi boleh diterima tetapi anda perlu mendapatkan pengesahan dokumen di balai polis berhampiran sempadan)
  • Kad pendaftaran kenderaan ( Setelah disahkan, pegawai akan memberikan slip kepada anda)

2. Pilih pusat pemeriksaan sempadan (ICQS)

ICQS Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Padang Besar di Perlis adalah dua pusat pemeriksaan yang sering digunakan. Selidik dan pilih pusat pemeriksaan yang paling sesuai untuk rancangan perjalanan anda.

3. Pemeriksaan imigresen

Teruskan ke pusat pemeriksaan imigresen Thailand dan serahkan dokumen perjalanan anda kepada pegawai imigresen Thailand. Jawab sebarang soalan atau berikan maklumat tambahan jika diminta.

4. Pemeriksaan kastam

Lanjutkan ke pemeriksaan kastam bagi menjalani pemeriksaan bagasi. Patuhi arahan yang diberikan dan isytiharkan apa-apa perkara yang diperlukan bagi meneruskan perjalanan anda ke Hat Yai.

Rujuk Embassy of Malaysia, Bangkok untuk informasi lanjut tentang perjalanan ke Thailand.

Hotel Terdekat


4. Menaiki Kapal Terbang

Selain daripada ia sesuai dinaiki oleh semua pelancong, menaiki kapal terbang adalah pilihan yang cepat dan sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan masa perjalanan dan memilih keselesaan. Untuk memeriksa jadual penerbangan sebagai rujukan, ini rekomendasi laman sesawang:

Batik Air (Malindo Air) | Airasia | Kiwi.com

Antara syarikat penerbangan yang membuat penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa di Hatyai secara terus (direct):

  • Batik Air (Malindo Air)
  • Thai Airasia
  • Airasia
  • Thai Lion Air

3 Prosedur ringkas perjalanan ke Hatyai dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang:

1. Membuat tempahan tiket penerbangan dari bandar utama di Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.

2. Lalui proses pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

3. Teruskan perjalanan ke Hatyai dari Malaysia.

Hotel Terdekat


Sekiranya anda ingin melancong ke Hatyai, alternatif di atas dapat membantu anda merancang perjalanan yang mudah dan menyeronokkan. Pastikan anda merujuk kepada jadual dan syarat-syarat pengangkutan yang terkini sebelum membuat keputusan perjalanan. Disarankan untuk mencari Hotel Terdekat untuk memudahkan pergerakan dan selamat bercuti di Hatyai!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Hotel Sesuai Untuk Honeymoon Di Hat Yai

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Jika anda merancang untuk berbulan madu di Hat Yai, terdapat beberapa...

3 Itinerari Perjalanan Percutian Di Hat Yai & Songkhla

Jika anda ada perancangan untuk ke Hat Yai mahupun Songkhla tapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di sana, kami sediakan cadangan...

20+ Tempat Menarik di Hat Yai & Songkhla – Yang POPULAR

Hatyai dan Songkhla, dua destinasi menakjubkan di Thailand selatan, menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang menarik untuk dinikmati oleh para pelancong. Dikenali dengan keunikan panorama...

6 Tempat Menarik Untuk Dilawati Pada Waktu Malam Di Hat Yai

Hat Yai, sebuah bandar yang terkenal di selatan Thailand, menawarkan pelbagai pilihan tempat menarik untuk dilawati pada waktu malam. Dari pasar malam yang meriah...

8 Budget-Friendly Hotel Di Hat Yai

Apabila merancang percutian ke Hat Yai, Thailand, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah tempat penginapan. Berikut adalah senarai tempat penginapan budget-friendly yang...

Top 5 Muslim-Friendly Kafe Di Hat Yai

Apabila melancong ke Hat Yai, para pelancong Muslim terutama dari Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai pilihan kafe yang mesra-Muslim. Kafe-kafe ini tidak hanya menawarkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x