Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Homestay di Bangi Yang Selesa Untuk Keluarga Anda!

Terdapat banyak tempat menarik di Bangi yang anda boleh kunjungi bersama keluarga seperti Taman Tema Bangi Wonderland. Bagi yang datang dengan keluarga yang besar dan ramai, anda pasti menginginkan tempat istirehat yang selesa, kan? Homestay adalah pilihan yang terbaik untuk keluarga anda beristirehat! Jadi, kami telah menyenaraikan 8 homestay yang selesa di Bangi untuk anda jika anda datang bercuti di sini.

6 Homestay di Bangi yg Best & Murah


1. Homestay Jannatul Firdausi, Bangi Gateway

 Homestay Jannatul Firdausi, Bangi Gateway

Terletak berdekatan dengan Tol Bangi dan Bandar Baru Bangi, Homestay Jannatul Firdausi merupakan antara pilihan ramai keluarga untuk menginap. Dengan harga yang berpatutan anda boleh mendapat semua kemudahan yang ada di homestay ini. 

Homestay Jannatul Firdausi boleh memuatkan seramai lapan orang pada satu masa. Ia mempunyai tiga bilik tidur yang mempunyai katil berjenis queen. Selain itu, setiap bilik air di sini juga dilengkapi dengan pemanas air.

Jarak perjalanan ke Putrajaya dari Homestay Jannatul Firdausi mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Jadi, dah sampai ke Bangi, bolehlah anda singgah juga Putrajaya untuk menyambung percutian anda!

Alamat: B-15-06 Bangi Gateway Service Apartment, Jalan Gerbang Wawasan 2, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor

Semak Harga


2. HomestayBangi.MY, Vista Bangi

HomestayBangi.MY, Vista Bangi

Homestay yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini cukup memuatkan seramai 6 orang dalam satu masa. Dilengkapi dengan penghawa dingin di setiap bilik membuatkan HomestayBangi ini menjadi salah satu homestay yang paling selesa di Bangi. 

Kemudahan internet disediakan untuk anda jika menginap di sini. Malah, homestay ini juga menyediakan kolam renang! Kolam renang yang bersaiz besar ini sesuai untuk anda bermandi-manda dengan ahli keluarga. 

Bukan itu saja, homestay ini juga terletak di tempat yang sungguh strategik dan mudah untuk anda mencari makanan dan kelengkapan harian. Jadi, tunggu apa lagi? Jom book homestay ini sebelum terlambat!

Alamat: Vista Bangi, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Lokasi


3. Hidayah Homestay Near UKM, Vista Bangi

Hidayah Homestay Near UKM, Vista Bangi

Hidayah Homestay yang terletak di Jalan Reko, Bangi, ini adalah sebuah homestay yang berbentuk apartment. Ia amat sesuai untuk anda jika anda mempunyai keluarga yang kecil dan inginkan sedikit privasi. 

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah bilik yang mempunyai penghawa dingin, toto, bantal tambahan, mesin basuh dan peti ais. Semua kemudahan yang tersenarai ini adalah untuk kegunaan anda jika anda menetap di sini. 

Jika anda ingin melakukan aktiviti bersama keluarga anda, Homestay Hidayah ini mempunyai kemudahan swimming pool untuk anda bermandi-manda dan taman permainan untuk budak-budak. Setelah bermandian, apa kata anda bawa anak-anak anda bermain di taman permainan? 

Namun, anda tak perlu risau dengan keselamatan kereta anda di sini. Hal ini kerana mereka mempunyai kawalan keselamatan 24 jam dan siap memberikan satu parking percuma untuk anda! 

Alamat: Apartment Vista, Vista Bangi, Jalan Reko, 43000 Bangi Selangor

Semak Harga


4. Aya Izumi Homestay, Residensi Adelia

Aya Izumi Homestay, Residensi Adelia

Aya Izumi Homestay ini pasti akan membuatkan anda rasa sayang untuk balik semula ke rumah. Mana tidaknya, segala kemudahan asas di sini cukup serba lengkap! Pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri. Malah, tuan rumah juga memberi layanan yang cukup baik kepada pelanggan mereka. 

Ditambah lagi dengan kemudahan kolam renang, pastinya anak-anak anda tidak akan berasa bosan ketika datang ke Bangi. Setiap bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang akan memberikan keselesaan kepada anda sekeluarga.

Alamat: Blok B, Residensi Adelia, Persiaran Bangi Avenue, 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Semak Harga


5. Anis Homestay Bangi, Kampung Sungai

Anis Homestay Bangi, Kampung Sungai Tangkas

Anis Homestay ini mempunyai dua cawangan, iaitu di Bangi dan Gua Musang, Kelantan. Jika anda mempunyai urusan di Bangi, apa kata anda bermalam di Anis Homestay ini. Sambil menyelesaikan urusan anda, boleh juga bersantai di kolam renang yang ada di sini.

Anis Homestay menyediakan kemudahan tiga bilik tidur yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda. Homestay serba lengkap dan selesa ini memberikan pelbagai kemudahan asas untuk anda. 

Antaranya ialah set ruang tamu yang mempunyai pakej Astro NJOI dan ruang rehat keluarga. Ruang dapur juga disediakan supaya anda boleh memasak di sini. Bukan itu saja, ruang tempat basuh baju turut ada beserta dryer jika cuaca luar tidak panas.

Alamat: Apartment Hijauan Heights, 2, Jalan Vista Emas 3, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor

Semak Harga


6. Homestay Evo Soho, Kompleks Evo

Homestay Evo Soho, Kompleks Evo

Bercirikan sebuah apartment yang serba mewah, pasti anda tidak menjangkakan harga untuk semalam di homestay ini sangat berpatutan. Ruang legar rumah dan bilik tidak ubah seperti hotel mewah yang cukup memberikan keselesaan untuk anda sekeluarga.

Terletak di Pusat Bandar Baru Bangi, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan dan segala kelengkapan harian. Malah, homestay ini disambungkan dengan AEON shopping mall di bawah

Terdapat dua jenis pilihan anda boleh buat mengikut keselesaan keluarga anda: bilik atau ruang tamu serta bilik. Untuk pilihan ruang bilik studio, bilik anda akan menghadap dengan pandangan kolam renang. Menarik, kan?

Alamat: Kompleks Evo, Persiaran Pusat Bandar 2, 9, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Semak Harga


 

Untuk mencari homestay yang terbaik untuk keluarga anda, pelbagai aspek perlu diambil kira selain harga. Antaranya ialah kemudahan yang ada, lokasi yang strategik dan saiz rumah tersebut. Jadi, kami berharap senarai homestay di Bangi ini dapat membantu anda merancang percutian yang menyeronokkan di Bangi!

Jika anda merancang untuk bercuti ke Kuala Lumpur dan mencari tempat penginapan yang selesa, kami ada artikel yang sesuai untuk anda! Mari lihat artikel kami di mana kami senaraikan 10 Homestay di Kuala Lumpur Yang Selesa.

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Klang & Bangi Yang Murah & Best

Bangi merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Namun begitu, banyak juga tempat menarik yang boleh dilawati di Bangi. Ada Bangi...

15+ Tempat Makan Best di Bangi Selangor – Restoran, Cafe, Warung TOP

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga. Alang-alang kalau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x