Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa Klang & Bangi Yang Murah & Best

Bangi merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Namun begitu, banyak juga tempat menarik yang boleh dilawati di Bangi. Ada Bangi Wonderland untuk mandi-manda di taman tema air, ada Resort Golf Bangi yang direka oleh Ronald Fream iaitu pereka padang golf terbaik dunia dan banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh dilawati. Di Bangi, banyak juga tempat makan yang best yang wajib anda cuba. Alang-alang dah sampai Selangor, singgah lah makan di tempat makan best di Bangi. Antaranya ialah Mee Tarik Warisan Asli Bangi dan Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi. Pehhh dengar nama pun rasa terliur dah kan. Haa, kenalah cuba okay.

Kalau rasa tak puas jalan-jalan kat Bangi, anda boleh jalan-jalan di Klang pula. Apa yang menarik kat Klang ni? Eh, banyak tau tempat-tempat menarik kat Klang ni. Contohnya, tempat membeli-belah yang besar dan best, banyak taman rekreasi, tempat-tempat bersejarah dan lain-lain. Nak pergi banyak-banyak tempat adalah lebih mudah kalau menaiki kenderaan sendiri. Anda boleh sewa kereta di Klang atau Bangi agar perjalanan anda lebih lancar. Di sini kami senaraikan beberapa kereta sewa sebagai rujukan.

Kereta Sewa Di Klang


1.  Kereta Sewa Klang – KLezcar Bukit Tinggi

Kereta Sewa Klang - KLezcar Bukit Tinggi

Klezcar Bukit Tinggi adalah antara cawangan dari syarikat KLezcar Travel & Tours. Mereka telah berkembang sehingga lebih dari 70 cawangan di Malaysia. Dengan pengalaman dan sikap profesional mereka, jadi tidak hairanlah KLezcar semakin maju dan berkembang. Kadar kereta sewa sama ada harian, mingguan atau bulanan adalah cukup berpatutan dan mesra poket. Ditambah pula dengan layanan mesra dan peramah oleh staf mereka, memang dapat memuaskan hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Kereta akan diselenggara secara berkala dan sentiasa dalam keadaan bersih dan wangi. Anda boleh hubungi nombor yang tertera untuk buat tempahan atau lawati laman web utama KLezcar.

Alamat: No 17-2 1, Lorong Batu Nilam 10A, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-7461717

Whatsapp KLezcar Bukit Tinggi


2.   Car Rental Jalan Kebun

CAR RENTAL JALAN KEBUN

Mencari kereta sewa dengan harga yang murah? Car Rental Jalan Kebun amat sesuai menjadi pilihan anda. Mereka ada pelbagai jenis kereta untuk disewa mengikut citarasa dan kapasiti yang anda mahukan. Ada kereta Perodua Axia, Viva, Alza, Honda City dan lain-lain lagi. Anda ingin sewa kereta sehari atas tujuan urusan persendirian, korporat atau hal tertentu, segera hubungi mereka untuk buat tempahan.

Ulasan dari pelanggan mereka mengatakan servis mereka adalah terbaik dan mudah untuk berurusan. Hubungi terus nombor di bawah untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jln Abdullah, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3102032

Whatsapp Car Rental Jalan Kebun


3. Kereta Sewa Starex Meru, Klang

KERETA SEWA STAREX MERU, KLANG

Anda mempunyai ramai penumpang untuk bercuti atau ada urusan di Klang? Kereta Sewa Starex yang terletak di Meru ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Keadaan kereta mereka memang superb dan selesa serta luas boleh letak banyak barang. Dijamin tidak menyesal menggunakan perkhidmatan mereka kerana servis yang superb dan terbaik. Di samping itu, mereka juga mempunyai kereta sewa jenis kecil dan sedan. Senang kata, banyak pilihanlah untuk anda.

Pada sesetengah musim perayaan, mereka ada menjalankan harga promosi. Nak tahu bila mereka ada tawarkan harga promosi, boleh lawati Facebook dan laman web mereka atau hubungi terus nombor melalui pautan di bawah.

Alamat: 2066, Jalan Belimbing, Meru, 42200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3724880

Whatsapp Kereta Sewa Starex Meru, Klang


4. Vellfire Rental Selangor

Vellfire Rental Selangor

Bagi yang mencari kereta sewa yang besar, anda boleh sewa dengan Vellfire Rental Selangor. Sangat sesuai kalau mempunyai penumpang yang ramai, atau banyak barang yang besar-besar. Harga sewa mereka yang berpatutan sangat berbaloi untuk percutian anda. Vellfire mereka sentiasa dalam keadaan bersih kerana dijaga dengan rapi agar pengguna dapat menggunakannya dengan selesa dan tenang.

Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan dari mereka berpuas hati dengan servis yang diberikan. Mudah dan pantas berurusan dengan mereka. Katanya lagi, kereta dalam keadaan baik, bersih dan selesa. Anda boleh hubungi mereka segera untuk pertanyaan lebih lanjut.

Alamat: No 32a Jalan Mahligai 2a/ku2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-2622344

Whatsapp Vellfire Rental Selangor


5.  Van rental klang

Van rental klang

Van Rental Klang menyediakan perkhidmatan kereta sewa berserta pemandu atau secara pandu sendiri. Walaupun namanya van rental, namun mereka juga mempunyai kereta ekonomi untuk disewa. Jadi mengikut pilihan kereta sewa yang anda inginkan, mereka sedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Nak sewa bas pun mereka ada. Tempoh minima sewaan adalah sehari. Pakej harga yang lebih murah akan ditawarkan sekiranya sewa untuk tempoh masa yang lebih lama. Kenderaan mereka akan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan. Oleh itu, tidak perlu ragu-ragu dengan keselamatan. Staf mereka akan memastikan kereta dalam keadaan bersih sebelum dan selepas disewakan.

Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran kereta di Airport. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian, walk-in atau hubungi terus dengan pihak mereka. Daftar keahlian dengan Van Rental Klang untuk mendapatkan diskaun dan promosi yang menarik.

Alamat: No 65, Jalan Rimau 1, Taman Bukit Kemuning 42450 Klang, 42450, Lebuhraya Kemuning – Shah Alam, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-6707408

Whatsapp Van Rental Klang


Kereta Sewa Di Bangi


6.  Kereta Sewa Murah – Bangi, Serdang & Bukit Mahkota, Selangor

Kereta Sewa Murah - Bangi, Serdang & Bukit Mahkota, Selangor

Mereka berpengalaman dalam menyediakan pelbagai jenis kereta sewa sejak tahun 2008. Wah cukup lama dan sangat berpengalman kan. Jadi tak perlu ragu-ragu dengan servis mereka. Servis mereka adalah sangat bagus dan cukup memuaskan. Good job! Harga sewa kereta yang ditawarkan juga adalah sangat murah. Boleh lihat sendiri di laman web mereka mengenai senarai harga dan jenis kereta. Harga yang ditunjukkan mereka adalah harga yang anda akan bayar, tiada cas tersembunyi yang mereka kenakan.

Mereka juga menawarkan penghantaran kereta secara percuma di sekitar Bangi dan Kajang. Whatsapp atau telefon mereka untuk pertanyaan lebih lanjut.

Alamat: Jln Kelisa 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9.00 am – 5.00 pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0183558455

Whatsapp Kereta Sewa Murah – Bangi


7.  KERETA SEWA BANGI (ADING CAR RENTAL)

KERETA SEWA BANGI (ADING CAR RENTAL)

Ading Car Rental menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang menggunakan kereta baharu dan sudah pasti kereta dalam keadaan baik. Sekiranya anda ada masalah kereta rosak, nak pergi bercuti dengan keluarga, anda boleh mendapatkan kereta sewa dengan harga yang murah dari Ading Car Rental. Mereka ada menawarkan penghantaran kereta ke beberapa lokasi. Jadi, kalau ada anak kecil bersama, anda tidak perlu bersusah-payah ke tempat mereka. Anda boleh sewa untuk jangka masa yang lama mahupun pendek.

Boleh lawati laman web mereka untuk melihat harga dan jenis kereta yang ada. Atau hubungi mereka untuk membuat tempahan.

Alamat: Near, 36, Jalan BM 2/18, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.40pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-6020698

Whatsapp ADING CAR RENTAL


8.  Kereta Sewa Murah Kajang Bangi Putrajaya KL

Kereta Sewa Murah Kajang Bangi Putrajaya KL

Sewa dengan Kereta Sewa Murah ini, banyak kereta yang mereka sediakan. Ada lebih 40 buah kereta sedia untuk disewakan. Ada kereta sedan, MPV dan kereta kecil. Minimum sewaan adalah 12 jam untuk hari kerja dan sewa kereta secara pandu sendiri. Kereta sewa mereka adalah transmisi auto kerana mudah untuk digunakan. Sekiranya ada apa-apa berlaku ketika menyewa kereta, mereka sedia memberi pertolongan 24 jam.

Mereka menjanjikan kereta sewa yang wangi, bersih dan kemas. Servis dari staf mereka juga adalah terbaik dan memuaskan. Segera buat tempahan agar anda tidak terlepas promosi yang dijalankan atau terlepas kereta sewa yang ada.

Alamat: No 3G, Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-2047396

Whatsapp Kereta Sewa Murah Kajang Bangi Putrajaya KL


9.  Bangi Car Rental @ FAREGO

Bangi Car Rental @ FAREGO

Farego menawarkan servis kereta sewa yang terbaik untuk anda. Mereka berpengalaman dalam sewaan kereta lebih dari 5 tahun. Harga yang ditawarkan adalah cukup berpatutan. Kalau sewa kereta dengan Farego, anda tidak perlu risau dengan kereta bau rokok, aircond tak sejuk, keadaan keselamatan kereta dan segala perkara yang merunsingkan. Mereka akan memastikan anda mendapat servis kereta sewa yang terbaik dan sangat memuaskan.

Mereka akan memberi layanan level kayangan kepada pelanggan yang disayangi. Telah banyak ulasan positif yang diberikan pelanggan mereka. Terus hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan kereta sewa.

Alamat: Almyra Residensi, Jalan, Laman Puteri 3, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-4663034

Whatsapp Bangi Car Rental @ FAREGO


10.  Kereta Sewa Termurah Bangi (GLE Sewa Kereta Termurah Enterprise)

Kereta Sewa Termurah Bangi (GLE Sewa Kereta Termurah Enterprise)

GLE Sewa Kereta Termurah telah beroperasi sejak 2018 dan menyediakan kereta sewa secara pandu sendiri. Tengok nama je pun boleh agak harga kereta sewa dari mereka memang murah. Bagaimana pula dengan servis dan kereta? Tentang itu, anda boleh baca sendiri ulasan pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Memang semuanya berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Di laman web mereka juga ada menjanjikan, kereta sewa yang jimat minyak, aircond kereta sejuk, keadaan kereta yang baik dan staf yang sangat mesra. Mereka sedia memberi bantuan 24 jam sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dalam tempoh sewaan. Tempahan boleh dilakukan dengan whatsapp nombor di bawah.

Alamat: NO D 1-11A, Jalan 3/38A Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-9900073

Whatsapp GLE Sewa Kereta Termurah Enterprise


 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

15 Kedai Makan TERBAIK di Klang

Klang dikenali sebagai bandar di-raja dan merupakan salah satu bandar bersejarah yang popular di Negeri Selangor. Di Klang bukan sahaja mempunyai pelbagai tempat menarik...

6 Homestay di Bangi Yang Selesa Untuk Keluarga Anda!

Terdapat banyak tempat menarik di Bangi yang anda boleh kunjungi bersama keluarga seperti Taman Tema Bangi Wonderland. Bagi yang datang dengan keluarga yang besar...

Tempat Menarik di Klang, Selangor

Daerah Klang merupakan satu kawasan yang sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan juga boleh dikatakan kawasan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kalau anda ke...

15+ Tempat Makan Best di Bangi Selangor – Restoran, Cafe, Warung TOP

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga. Alang-alang kalau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x