Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Kedai Makan TERBAIK di Klang

Klang dikenali sebagai bandar di-raja dan merupakan salah satu bandar bersejarah yang popular di Negeri Selangor. Di Klang bukan sahaja mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan tetapi terdapat juga banyak kedai makan yang terbaik dan patut untuk anda cuba. Pelbagai jenis lauk atau makanan boleh didapati dengan tawaran harga yang hebat.

Di sini anda boleh mencari pelbagai jenis makanan yang anda idami kerana terdapat pelbagai hidangan yang ditawarkan dan bukan sahaja lauk kampung malah terdapat juga makanan Western, masakan Thailand, masakan Cina, masakan India, pencuci mulut yang menarik dan banyak lagi. Oleh itu, jangan terlepas untuk berkunjung ke kedai makan di Klang yang telah kami senaraikan ini. Semestinya anda akan berpuas hati dan akan menyukai tempat ini.

Kedai Makan Yang Patut Cuba Di Klang 


1. Nasi Kukus Sotong Besar, Klang

Nasi Kukus Sotong Besar, Klang

Sekiranya anda merupakan penggemar lauk sotong, anda wajib untuk berkunjung ke kedai makan Nasi Kukus Sotong Besar yang berlokasi di Klang ini kerana hidangan sotong besar di kedai ini merupakan antara hidangan yang terbaik. Bukan lauk sotong sahaja yang boleh didapati di sini tetapi terdapat hidangan lain lagi seperti daging panggang, sup daging, nasi kerabu dan banyak lagi. Harga yang ditetapkan untuk hidangan yang ditawarkan juga memang sangat berpatutan.

Yang hebatnya tentang kedai makan di Klang ini ialah mereka pernah masuk ke beberapa rancangan TV3 seperti Wanita Hari Ini dan Jalan-Jalan Cari Makan. Sekiranya anda tinggal di kawasan Klang atau Shah Alam tetapi tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke kedai ini, anda boleh membuat pesanan secara atas talian sahaja iaitu di laman web mereka. Bagi senarai makanan dan harga juga boleh didapati di laman web kedai ini. Makanan yang dipesan akan selamat tiba di tangan anda kerana ia akan dihantar sendiri oleh pekerja mereka.

Alamat: No.1 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1B/KU3, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 11.30am – 10.30pm, Selasa tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3358 4590


2. Restoran Rahmat Tan

Restoran Rahmat Tan

Restoran Rahmat Tan menawarkan pelbagai hidangan masakan Cina yang sedap dan halal untuk dimakan bagi orang muslim. Kedai makan di Klang ini bukan sahaja  boleh didapati di Klang kerana mereka telah berjaya membuka cawangan lain di pelbagai tempat di dalam Malaysia. Jika anda khuatir kedai mereka akan dipenuhi orang ramai, anda boleh Whatsapp mereka terlebih dahulu untuk booking meja sebelum berkunjung ke sana.

Dijamin makanan yang ditawarkan di sini memang sedap dan tidak boleh didapati di kedai makan lain di Klang. Yang menariknya, hidangan di sini akan dihias terlebih dahulu dengan hiasan yang kreatif sebelum dihidangkan kepada anda. Selain itu, anda juga boleh menyambut hari jadi keluarga atau kawan-kawan anda di kedai ini kerana kedai mereka luas dan mempunyai meja yang boleh memuatkan ramai orang.

Alamat: 51-00-1, Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-379 3393

Whatsapp Restoran Rahmat Tan


3. Warong Warisan Asli

Warong Warisan Asli

Warong Warisan Asli merupakan antara kedai makan yang terbaik dan telah menjadi pilihan orang ramai. Mereka menyediakan pelbagai menu istimewa yang dijamin mampu menepati selera anda. Antara hidangan yang ditawarkan ialah masakan lauk melayu asli, masakan Thailand dan banyak lagi. Kedai ini juga dihias dengan pelbagai hiasan lampu yang cantik sehingga membuatkan ia kelihatan elegant. Jika anda memilih untuk makan di sini, anda akan mendapatkan suasana yang santai dan tenang ketika makan.

Jika anda tidak ingin terlepas sebarang promosi hebat yang ditawarkan, anda perlu mengikuti Facebook rasmi kedai ini kerana mereka sering memuat naik info tentang kedai ini di situ. Anda juga boleh menempah secara atas talian untuk makanan di kedai ini melalui aplikasi Grabfood atau Foodpanda. Anda juga mungkin akan diberikan bubur pulut hitam yang sedap secara percuma jika anda membuat pesanan makanan melebihi RM 70 di aplikasi Grabfood.

Alamat: No. 2, Jalan Bayu Tinggi 2A/KS6, Taman Bayu Tinggi, Selangor, 41200 Klang

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3318 3490

Whatsapp Warong Warisan Asli


4. Khunthai Village Restaurant

Khunthai Village Restaurant

Tidak perlu untuk ke Thailand jika anda teringin untuk makan makanan Thailand kerana anda boleh mendapatkannya di kedai makan Khunthai Village Restaurant. Kedai ini mempunyai konsep pendesaan. Sangat selesa dan tenang untuk makan di sini kerana kedai ini mempunyai hiasan yang cantik di samping mempunyai reka bentuk yang moden. Tidak akan sunyi jika anda makan di kedai ini kerana mereka akan memutarkan lagu-lagu popular Thailand.

Yang menariknya, tukang masak di sini memang berasal daripada negara Thailand dan makanan yang ditawarkan di sini juga memang sangat berbaloi. Kedai makan Khunthai Village Restaurant telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah berjaya membuka cawangan lain di merata tempat dalam Malaysia.

Alamat: Taman Perindustrian Air Hitam 1 & 2, 14, Jln Permata 1A/KS 09, Pusat Perniagaan Bestari, 42000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-515 3081

Whatsapp Khunthai Village Restaurant


5. Nyonya Kitchen & Caterers Sdn Bhd

Nyonya Kitchen & Caterers Sdn Bhd

Merupakan pakar dalam memasak masakan nyonya, semestinya hanya boleh didapati di kedai makan Nyonya Kitchen & Caterers Sdn Bhd. Kepada penggemar hidangan nyonya, jangan terlepas untuk berkunjung ke kedai ini kerana anda akan mendapat pelbagai hidangan nyonya yang sedap dan dijamin akan menepati cita rasa anda. Mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan hidangan yang anda pesan.

Tahap kebersihan kedai ini memang boleh dijamin dan sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang buruk tentang kedai ini di ruangan ulasan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai pekerja yang baik dan friendly. Bukan dine in masakan nyonya sahaja, mereka juga menyediakan pengambilan tempahan untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan katering.

Alamat: 220 Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3324 1151

Whatsapp Nyonya Kitchen & Caterers Sdn Bhd


6. Restoran TSY

Restoran TSY

Restoran TSY merupakan antara kedai makan terbaik yang menawarkan pelbagai jenis makanan Cina yang halal dan sedap. Harga yang ditawarkan untuk hidangan makanan di sini juga memang tidak boleh didapati di kedai lain. Antara menu terkenal di sini ialah mee kari claypot yang berharga RM 25 dan boleh dikongsi dengan tiga orang. Ia dimasak dengan pelbagai jenis ramuan sehingga ia mampu menarik selera anda.

Kedai ini juga terletak di lokasi yang mudah dicari dan telah beroperasi selama lebih 40 tahun. Tidak rugi jika anda datang ke sini walaupun anda tinggal jauh kerana makanan mereka sememangnya berbaloi untuk dicuba. Pelbagai lagi menu menarik yang ditawarkan di sini yang patut untuk anda cuba sebagai penggemar makanan Cina.

Alamat: 10, Jalan Goh Hock Huat, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 5.00pm – 11.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-214 2625

Whatsapp Restoran TSY


7. Bukku Cafe

Bukku Cafe

Sekiranya anda masih mencari kafe yang menarik untuk bersantai, anda patut cuba untuk berkunjung ke Bukku Cafe yang terletak di Klang, Selangor ini. Antara menu utama yang disediakan di sini dan telah menjadi pilihan ramai orang yang berkunjung adalah set ayam dan daging cheese untuk dua orang dengan harga serendah RM 45. Jika anda tidak ingin makan nasi anda boleh membuat pilihan lain seperti pasta, burger, homemade chicken ball, sup mushroom dan dessert.

Yang menariknya di sini ialah anda boleh makan sambil bersantai dengan membaca buku yang disediakan. Kafe ini juga dihias dengan sangat cantik dan moden. Antara tawaran menarik yang pernah ditawarkan di sini ialah beli kopi satu percuma satu. Sememangnya berbaloi dan terbaik. Jika anda tidak ingin terlepas sebarang tawaran hebat seperti tawaran kopi itu, anda perlu untuk mengikuti Facebook rasmi mereka kerana mereka sering memuat naik info kedai di sana.

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-567 7392

Whatsapp Bukku Cafe


8. Ikhwan Cafe Bandar Bukit Raja

Ikhwan Cafe Bandar Bukit Raja

Ikhwan Cafe Bandar Bukit Raja merupakan antara kedai makan yang terbaik dan patut untuk anda cuba. Jika anda ingin mencari sarapan pagi seperti pelbagai jenis kuih muih, roti canai dan nasi lemak anda boleh mendapatkannya di sini. Bukan itu sahaja, pelbagai lauk masakan kampung untuk makan tengahari atau malam juga ada disediakan.

Dijamin anda akan berpuas hati jika memilih untuk makan di kedai ini kerana makanan mereka sememangnya terbaik dan menyelerakan. Di samping itu, kedai ini juga mempunyai kebersihan yang baik. Jika anda rindu akan masakan ibu di kampung, anda perlu cuba lauk kampung yang mereka tawarkan di sini.

Alamat: No. 1, Jalan Rodat 2A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 7.30am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-1150 7026

Whatsapp Ikhwan Cafe Bandar Bukit Raja


9. Warung Pak Din Grove, Klang

Warung Pak Din Grove, Klang

Sekiranya anda mencari kedai makan yang menawarkan pelbagai jenis lauk, anda boleh berkunjung ke kedai makan Warung Pak Din Grove. Bukan lauk tengahari sahaja yang ada ditawarkan di sini, malah untuk sarapan pagi juga anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih muih tradisional yang terkenal seperti karipap, kuih lopez, pulut panggang, cucur jawa, kacang hijau dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga makanan masakan utara seperti laksa utara dan nasi daging utara. Antara menu yang menarik perhatian orang ramai ialah nasi lemak daun pisang. Sememangnya ia sedap dan menyelerakan. Untuk maklumat anda, kedai ini telah mula beroperasi pada tahun 1979. Dengan mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam perniagaan makanan, ini dapat membuktikan yang kedai makan ini memang terbaik.

Alamat: 44, Jalan Ladang, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 12.00pm – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-598 1474

Whatsapp Warung Pak Din Grove Klang


10. Kukus, Klang

Kukus, Klang

Kedai makan Kukus yang terletak di Klang ini adalah kedai makan yang membawa selera Pahang ke Selangor kerana di sini menawarkan pelbagai jenis masakan Pahang. Tidak perlu untuk ke Pahang jika anda teringin untuk makan ikan patin masak tempoyak kerana ia boleh didapati di kedai ini. Selain itu, terdapat pelbagai lagi hidangan terbaik yang disediakan di sini.

Kedai makan ini juga mempunyai konsep ala-ala kampung yang mampu membuatkan anda mengimbas kembali nostalgia anda di kampung dahulu. Ketika makan di kedai makan ini, anda akan didendangkan dengan lagu-lagu P Ramlee. Jadi, anda boleh bersantai dengan baik ketika makan di kedai ini.

Alamat: 70, Jln Tepi Sungai, Taman Wangi, 41100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 3.30pm, Rabu tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-202 0802

Whatsapp Kukus Klang


11. Sate Famili

Sate Famili

Sekiranya anda merupakan penggemar sate, kedai makan Sate Famili adalah tempat yang tepat untuk anda kerana kedai ini merupakan antara kedai sate yang tersedap di Selangor. Di sini bukan sahaja anda dapat menikmati sate ayam malah sate kambing, sate daging dan sate perut juga. Bagi harga untuk secucuk sate ayam atau sate daging ialah dalam RM 1 tetapi untuk sate perut atau sate kambing ia berharga lebih kurang RM 1.50 secucuk.

Yang uniknya di kedai ini ialah mereka menyediakan lontong sebagai ganti nasi impit dan sebatang lontong dijual dengan harga RM 2. Jika anda inginkan hidangan lain selain sate, di sini juga ada menawarkan nasi lemak, sizzling claypot, mee kari, otak-otak dan laksa. Mereka juga ada menawarkan set combo family untuk sate yang boleh dimakan dengan lebih 5 orang.

Alamat: Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-4000 9966

Whatsapp Sate Famili


12. Warung Soto Kedai Basikal

Warung Soto Kedai Basikal

Warung Soto Kedai Basikal menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik dengan tawaran harga yang berpatutan. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk sarapan pagi hingga ke minum petang. Kedai makan ini juga merupakan antara yang terkenal dan menjadi pilihan penduduk berdekatan. Keenakan masakan di kedai ini juga memang terbaik dan tidak boleh diragukan lagi.

Antara menu yang popular di sini ialah nasi goreng, nasi ayam, lontong dan soto. Selain menu hidangan lauk, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan western di sini. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi orang yang tinggal di kawasan Rantau Panjang. Jangan risau tentang parking sekiranya anda ingin berkunjung ke kedai ini kerana di sini ada menyediakan kawasan yang luas untuk parking kereta.

Alamat: Jalan Genting, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8.00am – 4.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-253 2000

Whatsapp Warung Soto Kedai Basikal


13. Restoran Roda Klang

Restoran Roda Klang

Sekiranya anda mencari kedai makan yang menawarkan pelbagai lauk masakan kampung yang sedap dengan harga yang murah, anda boleh mengunjungi kedai makan Restoran Roda yang terletak di Klang ini. Kedai makan ini telah mula beroperasi sejak tahun 1985. Dengan mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun ia dapat membuktikan kedai makan ini sememangnya yang terbaik dan boleh dipercayai.

Anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan untuk sarapan pagi sehingga ke hidangan  makan tengahari. Kedai ini mempunyai gaya yang simple dan santai. Anda juga boleh mendapatkan senarai harga bagi makanan yang ditawarkan di sini di Facebook rasmi kedai ini. Anda akan berpuas hati jika makan di sini kerana keenakan masakan mereka memang tiada tandingan.

Alamat: Kampung Batu Belah, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3216 5574


14. Tetra House of Briyani

Tetra House of Briyani

Kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan orang india dan nasi briyani yang terbaik, semestinya hanya di kedai makan Tetra House of Briyani. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis nasi briyani seperti nasi briyani udang, nasi briyani ikan, nasi briyani sayur dan nasi briyani ayam. Hidangan makanan mereka bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malah ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Yang menariknya di sini ialah anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 5% jika anda membuat tempahan secara atas talian di laman web mereka. Selain itu, anda juga boleh menempah meja sebelum datang ke kedai ini bagi menggelakkan daripada tidak mempunyai meja kerana kedai ini memang sering menjadi pilihan dan rebutan ramai. Kepada pengemar makanan India, anda wajib untuk berkunjung ke sini kerana anda akan berpuas hati dengan pelbagai jenis menu makanan India yang disediakan.

Alamat: 10-00, 1, Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 7.30am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3885 1277

Whatsapp Tetra House of Briyani


15. Restoran Ikan Bakar Sambal 7

Restoran Ikan Bakar Sambal 7

Restoran Ikan Bakar Sambal 7, seperti namanya, di sini menawarkan pelbagai jenis menu ikan bakar yang wajib untuk anda cuba sekiranya anda merupakan seorang yang menggemari hidangan ikan bakar. Bukan ikan bakar sahaja yang mereka tawarkan di sini malah shell out, makanan western, makanan masakan utara dan makanan Itali juga boleh didapati. Antara menu yang popular di sini ialah gulai kawah daging dan ayam kampung panas. Ia memang akan menepati citarasa anda.

Jangan risau jika anda tidak sempat untuk singgah makan di kedai ini kerana anda boleh membuat tempahan dengan hanya Whatsapp mereka. Anda boleh melihat menu makanan yang disediakan di Facebook rasmi kedai ini. Mereka akan menghantar makanan anda dengan baik dan harga yang perlu dibayar untuk penghantaran makanan ialah mengikut pada kawasan yang anda tinggal. Keenakan masakan mereka memang tidak boleh diragukan lagi.

Alamat: Jalan Petola, Kampung Raja Uda, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Waktu Operasi: 4.30pm – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-644 4131

Whatsapp Restoran Ikan Bakar Sambal 7


Apa salahnya jika sekali sekala kita mencuba makanan berbeza untuk mendapatkan pengalaman yang baru. Kebersihan kedai makan ini memang sangat terjamin dan keenakan makanan di kedai ini memang tidak boleh dinafikan lagi kerana memang sedap makanan mereka.

Jadi, jangan terlambat atau ragu-ragu lagi untuk mencuba makanan di kedai makan di Klang yang ada disenaraikan di atas. Kami yakin anda tidak akan menyesal!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Klang & Bangi Yang Murah & Best

Bangi merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Namun begitu, banyak juga tempat menarik yang boleh dilawati di Bangi. Ada Bangi...

Tempat Menarik di Klang, Selangor

Daerah Klang merupakan satu kawasan yang sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan juga boleh dikatakan kawasan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kalau anda ke...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x