Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Pilihan Homestay Terbaik di Jitra yang Menepati Citarasa Anda!

Selamat datang ke Jitra, destinasi yang menawarkan keindahan semulajadi, budaya yang kaya, dan suasana yang menenangkan. Apabila melawat Jitra, mencari penginapan yang selesa dan memenuhi citarasa anda adalah sangat penting. Oleh itu, dalam artikel ini, kami menghidangkan 7 homestay terbaik di Jitra yang menjanjikan pengalaman luar biasa dan kenangan yang akan terpahat di hati anda!

Dari kesederhanaan desa yang mempesonakan hingga kemewahan moden, terdapat pilihan yang sesuai untuk semua jenis pelancong. Sambutlah kehangatan dan keramahan setempat ketika anda berada di homestay ini sambil menikmati kemudahan yang disediakan. Bersiaplah untuk mengecap pengalaman yang tidak akan terlupakan di Jitra yang menarik hati ini!

7 Homestay di Jitra


1. TSA Jitra Homestay, Taman Sri Aman 

TSA Jitra Homestay, Taman Sri Aman 

TSA Jitra Homestay ini sering menjadi pilihan para pengunjung sekiranya ingin menginap di Jitra. Homestay ini mampu memuatkan sehingga tujuh orang, di mana terbukti ianya cukup selesa untuk anda menginap bersama keluarga anda. Homestay ini juga sering menjadi pilihan kerana ruangnya yang luas dan sangat selesa.

Antara keistimewaan lain yang menjadi punca pilihan utama para pengunjung adalah, homestay ini turut menyediakan kemudahan memasak dan beberapa makanan seperti biskut dan roti khas untuk mereka yang menginap di sini. Kami pasti anda tidak akan hampa dengan layanan baik dan istimewa yang diberikan oleh pemilik homestay ini!

Alamat: 361, Taman Sri Aman, 06000 Jitra, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp TSA Jitra


2. Bungalow Mat Hj Limah, Alor Setar

Bungalow Mat Hj Limah, Alor Setar

Jika anda mencari homestay dengan suasana kampung yang tenang dan aman, kami pasti Bungalow Mat Hj Limah ini adalah pilihan yang tepat untuk anda! Terletak di Alor Setar, iaitu lebih kurang 20 minit daripada Jitra, kami pasti homestay ini pastinya menepati citarasa anda. Hal ini kerana ianya bukan sebagai tempat penginapan sahaja, namun anda turut dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti di sini.

Homestay ini terletak di kawasan bendang, jika anda berpeluang anda akan dapat melihat sawah padi yang tengah menghijau. Di homestay ini turut terdapat sebuah kolam yang membolehkan para pengunjung untuk memancing di sini.

Sekiranya anda mencari homestay terbaik dengan pemandangan yang cantik serta harga yang berpatutan, anda patut cuba untuk menginap di sini!

Alamat: No 9, Kampong Besar, Padang Hang, 06570 Alor Setar, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mat Hj Limah


3. Jitra Homestay, Taman Sri Aman

Jitra Homestay, Taman Sri Aman

Jitra Homestay ini sering mendapat tempat di hati para pengunjung yang mencari tempat untuk menginap di kawasan Jitra. Servis dan layanan baik yang diberikan oleh pemilik homestay sering menjadi pujian dan oleh kerana itu, homestay ini merupakan antara homestay terbaik di Jitra.

Jangan tertipu dengan luaran sahaja, jika anda melihat ke dalamnya, anda pastinya akan jatuh hati kerana kawasannya yang luas dan cukup selesa untuk menginap bersama keluarga.

Anda juga akan disediakan dengan beberapa bahan masakan dan keperluan lain yang pastinya membantu anda ketika menginap di sini. Tunggu apa lagi, klik saja link-link di bawah dan tempahlah sekarang!

Alamat: 129, Jalan Kelubi Dalam, Taman Sri Aman, 06000 Jitra, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Jitra Homestay


4. Singgahan Keluarga Jitu, Taman Sri Aman

Singgahan Keluarga Jitu, Taman Sri Aman

Singgahan Keluarga Jitu merupakan sebuah homestay yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang pastinya menepati citarasa anda untuk menginap di sini. Keadaan homestay ini yang agak bersih dan lokasinya yang strategik dengan beberapa tempat menarik menjadikan homestay ini sering dipilih sebagai tempat untuk menginap.

Jika anda mencari tempat menginap yang sederhana dan berpatutan, anda boleh cuba untuk menginap di sini. Walaupun harganya agak murah berbanding homestay yang lain, namun servisnya yang bagus dan suasana tempatnya yang selesa pastinya memuaskan hati anda!

Alamat: 481, Taman Sri Aman, 06000 Jitra, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Singgahan Keluarga Jitu


5. Cutez Homestay Jitra, Taman Tunku Intan Safinaz

Cutez Homestay Jitra, Taman Tunku Intan Safinaz

Cutez Homestay Jitra merupakan salah satu homestay yang turut menjadi pilihan utama para pengunjung untuk menginap. Lokasinya yang strategik, berhampiran dengan pelbagai tempat menarik seperti Fantasia Aqua park dan Tasik Darul Aman.

Di samping itu, homestay ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa di setiap bilik, yang mana ianya pasti membuatkan anda selesa untuk menginap di sini.

Walaupun homestay ini cukup lengkap dan selesa untuk para pengunjung, namun anda tidak perlu risau. Harga yang ditawarkan untuk homestay ini amatlah berpatutan dan pastinya anda akan berpuas hati!

Alamat: Jalan Impian 2, Taman Tunku Intan Safinaz, Bandar Darulaman, 06007 Jitra, Kedah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Cutez


6. Homestay Kampung Paya D Jitra, Kampung Paya Pulau Dudor

Homestay Kampung Paya D Jitra, Kampung Paya Pulau Dudor  

Walaupun kurang dikenali dan kurang mendapat ulasan di laman web Google, namun kebanyakan dari pengunjung yang telah menginap di homestay ini telah memberikan respons yang positif. Melihat sahaja pada namanya, pasti anda sudah dapat membayangkan suasana di homestay ini yang pastinya tenang dan selesa. 

Homestay ini berkonsepkan studio dan ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dapur gas, peti ais, katil dan televisyen. Homestay ini sesuai untuk anda yang datang secara kumpulan kecil ataupun pasangan suami isteri.

Salah satu tarikan istimewa yang homestay ini miliki adalah anda akan dapat melihat pemandangan sawah padi yang cantik di kawasan belakang rumah. Menarik bukan?

Alamat: No 20A, Lorong Aman, Kampung Paya Pulau Dudor, 06000 Jitra, Kedah

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D Jitra


7. Lynn Homestay Jitra, Taman Tengku Maheran

Lynn Homestay Jitra, Taman Tengku Maheran

Jika anda mencari homestay yang selesa tetapi mengikut bajet keperluan anda, Lynn Homestay Jitra adalah jawapan yang tepat untuk anda. Homestay ini dilengkapi dengan pendingin hawa di bilik utama dan juga beberapa keperluan lain yang pastinya membantu anda ketika menginap di sini.

Homestay ini mempunyai 4 buah bilik, ruangnya agak luas dan pastinya selesa untuk anda sekiranya datang dengan jumlah keluarga yang kecil. Jika anda berminat untuk menginap di sini, anda boleh klik sahaja link di bawah dan tempahlah sekarang!

Alamat: 1048, Jalan Tengku Maheran 33, Taman Tengku Maheran, 06000 Jitra, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Blog | Facebook | WhatsApp Cutez

WhatsApp Lynn


Kami yakin percutian ke Jitra ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang ingin bercuti dan meluangkan sedikit masa tidak kira secara bersendirian mahupun yang tersayang. Namun, kami pasti dengan adanya tempat penginapan yang selesa, ianya sedikit sebanyak mempengaruhi percutian anda.

Jadi, kami harap dengan adanya senarai tujuh pilihan homestay terbaik di Jitra ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat. Semoga membantu, dan selamat bercuti!

Jika anda juga sedang mencari homestay di sekitar Gambang, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 7 Homestay di Gambang yang Pasti Memberi Kenangan Manis.

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x