Bercuti dan melancong merupakan terapi untuk semua orang setelah penat bekerja atau belajar. Semasa melancong, sudah pasti kita juga mencari tempat penginapan yang selesa untuk berehat selepas penat bersiar-siar. Anda nak ke mana cuti nanti? Sebagai inspirasi, baca senarai tujuh homestay di Kuala Kangsar paling selesa untuk percutian anda yang akan datang.
7 Homestay di Kuala Kangsar
1. Aneesa Homestay Kuala Kangsar, Taman Chandan Putri 3
Lokasi Aneesa Homestay amat strategik kerana terletak di Taman Chandan Putri 3 yang berdekatan dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Homestay ini sesuai untuk percutian keluarga kecil atau bersama rakan-rakan kerana ruangnya yang agak luas dan terdapat tiga bilik yang disediakan. Barang dan perabot rumah juga lengkap.
Oleh sebab itu, Aneesa Homestay sering mendapat ulasan positif dari tetamu mereka yang amat berpuas hati dengan homestay yang bersih, luas dan lengkap ini. Tuan rumah juga sangat peramah dan sentiasa membantu tetamu mereka.
Jika anda ingin membuat tempahan, sila rujuk akaun Facebook mereka untuk melihat tarikh yang kosong dan hubungi mereka melalui WhatsApp.
Alamat: No. 2120, Persiaran Putri 3A/1, Taman Chandan Putri 3, Kuala Kangsar, 33000 Ipoh, Perak
Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan Pelanggan
2. Homestay Ati Balqisa Kuala Kangsar, Taman Chandan Puteri 3
Homestay Ati Balqisa juga terletak di Taman Chandan Puteri 3. Ia berdekatan dengan tempat-tempat lawatan menarik sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar. Homestay ini lengkap dengan perabot rumah untuk keselesaan tetamu. Harga yang ditawarkan untuk satu malam juga amat berpatutan dengan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur ini.
Homestay ini menjadi kegemaran tetamu yang bercuti bersama keluarga kerana ruangnya yang agak besar untuk keluarga berjumlah enam hingga tujuh orang. Homestay juga sangat kemas, bersih dan selesa untuk para tetamu.
Jika anda berminat, jangan lupa untuk membuat tempahan awal untuk memastikan kekosongan rumah pada tarikh yang dikehendaki.
Alamat: No 1967, Persiaran Putri 3, Taman Chandan Puteri 3, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan PelangganÂ
3. Khalish Homestay Kuala Kangsar Perak, Taman Seri Emas Jaya
Khalish Homestay yang terletak di Taman Seri Jaya ini juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan untuk tetamu. Anda tidak perlu risau untuk mencari kedai makan dan pasar raya untuk membeli keperluan kerana ia sangat dekat dengan rumah.
Walaupun harga homestay untuk satu malam adalah murah, homestay ini tetapi menyediakan tiga bilik yang mempunyai aircond. Khalish Homestay juga sering memperolehi ulasan positif dari tetamu kerana keadaan homestay yang selesa, kemas dan bersih.
Jika anda ingin membuat pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi Khalish Homestay melalui butang WhatsApp di bawah.
Alamat: No 278, Persiaran Emas 12, Taman Seri Emas Jaya, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
4. Selesa Homestay, Jalan Taayah Off, Jalan Ipoh
Selesa Homestay yang terletak di Jalan Taayah Off ini juga berdekatan dengan bandar Kuala Kangsar. Bukan itu saja, ia juga berdekatan dengan kemudahan lain seperti stesen minyak, hospital, pasaraya dan lain-lain.
Perkara menarik yang dikatakan oleh tetamu ialah keluasan homestay yang mempunyai dua ruang tamu yang boleh memuatkan bilangan tetamu yang ramai. Dengan tiga bilik yang disediakan, tetamu rasa amat berbaloi kerana harga satu malam juga berpatutan.
Jika anda ingin bercuti ke Kuala Kangsar dengan jumlah orang yang ramai, Selesa Homestay merupakan antara pilihan yang terbaik. Anda hanya perlu hubungi nombor telefon di bawah dan melayari laman web untuk keterangan lanjut.
Alamat: Lot 5790 Jalan Taayah Off, Jalan Ipoh, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Lokasi | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
5. Aeden Villa, Roomstay & Homestay, Chandan Putri
Aeden Villa adalah homestay yang paling sesuai untuk keluarga besar atau percutian syarikat. Ruang homestay yang dua tingkat dan mempunyai kolam renang ini memang besar dan menjadi kegemaran percutian dengan jumlah orang yang ramai untuk membuat aktiviti berkumpulan.
Suasana dan pemandangan dari homestay ini juga dapat menarik perhatian tetamu yang datang. Selain dari itu, servis dan keselesaan yang tuan rumah berikan juga amat memuaskan hati tetamu.
Jika anda ingin bercuti bersama keluarga yang besar, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda menginap. Anda boleh menghubungi tuan villa ini untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan awal.
Alamat: Persiaran Chandan Puteri, Chandan Putri, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram |Â Email |Â Ulasan PelangganÂ
6. Nurul Homestay Kuala Kangsar, Kampung Sungai Siput
Nurul Homestay adalah tempat yang paling sesuai untuk tetamu yang mencari suasana kampung ketika bercuti di Kuala Kangsar. Hiasan dan dalaman homestay ini akan membuatkan anda rindu dengan suasana kampung halaman anda.
Rumah kayu tersebut juga mempunyai tarikan seperti kolam renang yang bersumber dari bawah tanah dan tanpa klorin. Homestay yang selesa, kemas, cantik dan bersih ini sangat sesuai untuk percutian keluarga yang ramai.
Pemandangan homestay ini juga sudah pasti tidak akan mengecewakan anda yang ingin bercuti dengan tenang dan damai. Jadi apa tunggu lagi? Jom hubungi tuan rumah sekarang!
Alamat: 302, Kampung Sungai Siput, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan Pelanggan
7. Homestay Puncak Bougainvillea Kuala Kangsar, Taman Puncak Bougainvillea
Homestay Puncak Bougainvillea adalah antara pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga. Tengok saja gambar, boleh tahu bahawa hiasan di dalam homestay ini kelihatan sangat moden dan cantik.
Rata-rata tetamu memberikan ulasan positif tentang keselesaan dan kelengkapan rumah ini. Homestay ini telah memberikan mereka pengalaman terbaik ketika bercuti ke Kuala Kangsar. Harga yang ditawarkan satu malam juga berpatutan untuk tetamu yang ramai. Malah, tuan rumah juga sangat mesra dan mudah dihubungi.Â
Alamat: 233, Persiaran Puncak Bougainvillea 6, Taman Puncak Bougainvillea, 33010 Kuala Kangsar, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan PelangganÂ
WhatsApp Homestay Puncak Bougainvillea
Jadikan percutian anda bersama keluarga lebih bermakna dengan memilih tempat penginapan atau homestay yang selesa dan memiliki pelbagai fasiliti di Kuala Kangsar. Hal ini bukan sahaja memberikan kenangan terbaik tetapi juga memudahkan anda ketika menginap.Â
Jika anda melancong ke Perak namun memilih Teluk Intan sebagai destinasi utama, anda boleh melayari artikel Top 6 Homestay Terbaik di Teluk Intan yang Patut Anda Cuba! Jadi apa tunggu lagi? Rancang percutian anda dan segera membuat tempahan awal supaya anda dapat menginap di homestay pilihan.