Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Lokasi Menarik Di Kuala Kangsar – POPULAR & ‘HIDDEN GEM’

Anda nak hilangkan tekanan di tempat kerja? Tetapi, terikat dengan had perbelanjaan. Apa kata anda pertimbangkan untuk datang ke Kuala Kangsar. Pasti anda tertanya-tanya lokasi apa yang menarik di Kuala Kangsar. Anda pasti tak tahu bahawa Bandar Diraja Kuala Kangsar ini banyak destinasi pelancongan yang boleh anda kunjungi.

Kami telah menyenaraikan destinasi tarikan pelancongan untuk anda. Daripada tempat bersejarah, istana yang pernah menjadi kediaman sultan serta port swafoto yang klasik pasti akan membuatkan anda kagum akan keindahan Kuala Kangsar. Anda nak tahu lokasi tersebut? Teruskan membaca hingga ke penghujung.


9 Lokasi Menarik Di Kuala Kangsar

1. Istana Iskandariah

CariDestinasi Istana Iskandariah

Sebut sahaja nama Istana Iskandariah pasti anda sudah tahu mengenai istana yang tersergam indah ini. Mana taknya, inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-Raja negeri Perak sejak tahun 1933 lagi. Nama istana juga diambil bersempena dengan nama Sultan Iskandar Shah kerana baginda bertanggungjawab atas pembinaanya dahulu. Istana ini juga menjadi istana protokol bagi acara rasmi Sultan Perak, upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri dan hal-hal lagi berkenaan Paduka Seri Sultan.

Istana ini dibina menghadap matahari terbit serta mempunyai pemandangan indah Sungai Perak. Bangunan Istana ini terdiri daripada 2 tingkat, lantai bawah dan lantai atas yang dikenali sebagai Roof Lounge. Jika anda nak tahu, ada dua ruang besar yang digunakan sebagai Dewan Muzik dan Dewan Negara. Di tingkat bawah pula ada Ruang Makan, Balai Menghadap, Bilik Jamuan Negeri dan banyak lagi. Manakala, ruangan di tingkat atas menjadi ruang istirehat bagi putera dan puteri. Melihat pada keindahan seni bina dan merupakan istana terbesar di negeri Perak memang wajarlah ianya menjadi Istana rasmi sejak tahun 1993 lagi.

Alamat: Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak 

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9 A.M – 5 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 01126079350


2. Istana Kenangan @ Muzium Diraja Kuala Kangsar

CariDestinasi Istana Kenangan

Lihat pada gambar, nampak seperti bukan istana kan? Tetapi, inilah Istana Kenangan yang pernah didiami sementara oleh Sultan Iskandar Shah. Apa yang uniknya mengenai istana ini, ianya dibina sepenuhnya menggunakan kayu tanpa paku. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana dinding cat istana tersebut berwarna kuning.

Pada tahun 1896, Istana Kenangan telah menjadi Muzium Diraja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak. Warna hitam dan putih pada dinding istana pula melambangan bendera negeri Perak itu sendiri. Ianya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah pada 9 Mac 2009.

Alamat: Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 A.M – 4 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 057765500


3. Masjid Ubudiah

CariDestinasi Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah atau juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah masjid negeri yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid negeri ini dianggap sebagai salah satu masjid yang terindah di Malaysia dan menjadi simbol kebanggaan dan kepercayaan umat Islam di Perak.

Anda nak tahu mengenai sejarah Masjid Ubudiah yang tersergam indah ini? Terbinanya masjid ini kerana, Sultan Idris pada ketika itu telah bernazar sekiranya baginda sembuh daripada penyakitnya baginda akan membina sebuah masjid di Bukit Chandan. Jadi jika anda dah datang ke Kuala Kangsar, anda memang wajib datang menunaikan kewajipan anda di Masjid Ubudiah. Jangan lepaskan peluang untuk beribadah di masjid yang tersergam indah ini!

Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9 A.M – 12 P.M, 3 P.M – 4 P.M, 5:30 P.M – 6 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:01117696364


4. Masjid Ihsaniah Iskandariah

CariDestinasi Masjid Ihsaniah Iskandariah

Lihat pada reka bentuknya sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya seni bina Melayu pada waktu dahulu. Memang rare masjid ini kerana jika dilihat pada jauh ia menyerupai sangkar burung. Lokasinya juga memang strategik dan senang diakses. Hanya terletak 4.8 kilometer daripada pusat bandar dan 2 kilometer daripada Plaza Tol Plus.

Berkongsi keunikan yang sama seperti Istana Kenangan, Masjid Ihsaniah Iskandariah tidak menggunakan sebarang paku semasa pembinaanya. Dinding masjid dibina berasaskan anyaman buluh minyak. Jika anda datang ke sini, anda akan dapat melihat aktiviti mengaji Al-Quran dijalankan di tingkat bawah. Anda boleh ke tingkat atas untuk solat. Ada ruang mihrab juga disediakan untuk anda.

Alamat: Kampung Kuala Dal, 33700 Padang Rengas, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


5. Galeri Sultan Azlan Shah

CariDestinasi Galeri Sultan Azlan Shah

Anda dah pergi ke Masjid Ubudiah? Anda wajib datang ke sini kerana lokasi Galeri Sultan Azlan Shah terletak hanya di seberang jalan Masjid Ubudiah. Anda hanya perlu berjalanan kaki sahaja. Alang-alang dah dekat tu, pergi sahaja. Istana ini pernah menjadi kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah I pada tahun 1887-1916. Kemudiannya, galeri dibuka untuk orang awam bagi tujuan pendedahan ilmu yang lebih mendalam mengenai kehidupan seorang Sultan.

Galeri ini menyimpan barang-barang peninggalan Sultan Azlan Shah. Bumbung yang berbentuk piramid pula dipengaruhi oleh seni bina Aceh.

Alamat: Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Email | Phone:057775362


6. Victoria Bridge

CariDestinasi Victoria Bridge

Jambatan yang merentasi Sungai Perak ini merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1897, Victoria Bridge juga dikenali dengan nama lain, iaitu, Jambatan Enggor. Mungkin kerana lokasinya yang terletak di daerah Enggor.

Namun, Victoria Bridge kini dibuka kepada orang awam dan dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Anda boleh berjalan di atas jambatan ini sambil berswafoto dan OOTD. Ada juga yang menggunakan lokasi ini untuk penggambaran bagi mengambil gambar pra-perkahwinan. Mana tidaknya, jambatan ini klasik dan bersejarah.

Anda juga boleh melawat Gallery Victoria Bridge yang terletak berdekatan dengan Victoria Bridge. Bolehlah, anda mengetahui lebih dalam berkenaan sejarah Victoria Bridge itu sendiri. Sambil bercuti dapat tambah ilmu pengetahuan. Best bukan? Bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’

Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0133937997


7. Pavilion Tower

CariDestinasi Pavillion Tower

Pavilion Tower dikenali sebagai The Pagoda of Malaysia yang merupakan salah satu mercu tanda di Kuala Kangsar ini terletak di Jalan Bendahara. Lokasinya agak terpinggir walaupun ianya terletak di bersebelahan Dewan Jubli Perak dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK). Ianya juga salah satu bangunan yang mempunyai sentuhan seni paling indah ada di Kuala Kangsar.

Zaman dahulu, Pavilion Tower ini digunakan sebagai tempat rekreasi untuk isteri para pegawai dan orang penting istana bagi sebarang perayaan istimewa. Sultan Iskandar Shah juga pernah beristirehat disini selepas bermain polo. Namun, kini menjadi tarikan pelancongan di Kuala Kangsar dah dijaga rapi oleh pihak majlis daerah.

Alamat: Jalan Tun Razak, Taman Mawar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Email | Phone:05-776 3199


8. Win Kraf

Win Kraf memang terkenal dengan penghasilan labu sayong. Perusahaan labu sayong Win Kraf ini merupakan perusahaan keluarga sejak turun-temurun lagi. Kini, ia telah diusahakan oleh pemilik generasi ketiga. Bagi meningkatkan kemahiran, pengusahanya menjalani kursus di Jepun selama setahun.

Ada pelbagai jenis labu sayong yang terdapat di Win Kraf. Antaranya ialah labu gelugor dan labu licin bagi penyimpanan air. Selain itu, cenderahati berasaskan labu sayong seperti lampu tidur, tepak sirih, bekas telur dan pasu bunga juga ada dijual disini. Harga pula bermula dari RM30 – RM300. Dah datang ke Kuala Kangsar jangan lupa bawa pulang buah tangan labu sayong yang memang terkenal di negeri Perak.

Alamat: 11, Jalan Kampung, Kampung Sayong Lembah, 33040 Kuala Kangsar, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone:0125615524

Whatsapp Win Kraft


9. Extreme Craft Deco & Pottery

CariDestinasi Extreme Craft Deco & Pottery

Extreme Craft Deco & Pottery kedainya agak kecil tetapi memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Pelancong daripada luar negara juga sering datang ke sini untuk mendapatkan labu sayong yang asli. Pemiliknya tidak berat mulut untuk berkongsikan cara pembuatan labu sayong kepada pelanggan yang datang.

Anda boleh memilih pelbagai jenis labu sayong dan kraf tangan yang dijual di sini. Memang anda akan rambang mata. Ada pelbagai jenis labu sayong, lampu tidur, hiasan dalaman rumah, labu air, water dispenser dan periuk tanah dijual disini. Sudah tentu semuanya berasaskan tanah liat. Pemiliknya juga menerima tempahan cenderahati dan harga istimewa akan diberikan untuk anda jika anda menenpah dalam kuantiti yang banyak.

Alamat: 12, Jalan Kampung, Kampung Batang Kulim, 33040 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9 A.M – 6 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone:0122922884

Whatsapp Extreme Craft Deco & Pottery


Menarik bukan lokasi-lokasi yang disenaraikan? Jadi apa yang anda tunggu lagi? Bawalah keluarga, anak-anak dan yang tersayang melawat destinasi menarik di Kuala Kangsar ini. Tak banyak kos pun yang perlu anda keluarkan kerana kebanyakkan destinasi masuk secara percuma. Selain dapat bercuti, dapat juga anda rasai pengalaman melawat Bandar Diraja di negeri Perak Darul Ridzuan.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Paling Selesa untuk Percutian Keluarga di Kuala Kangsar

Bercuti dan melancong merupakan terapi untuk semua orang setelah penat bekerja atau belajar. Semasa melancong, sudah pasti kita juga mencari tempat penginapan yang selesa...

10 Tempat Makan di Kuala Kangsar yg Best

Berada kira-kira 48 kilometer dari Bandaraya Ipoh, Kuala Kangsar adalah sebuah daerah yang dikenali sebagai Bandar Diraja dan terkenal dengan produk tempatannya iaitu labu...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Rawi
Mohd Rawi
9 months ago

Terima kasih di atas perkongsian. Banyak tempat menarik di kuala kangsar yang boleh explore lagi macam chalet di tepi sungai perak, air terjun dan sebagainya. Terbaik.

Cari Destinasi
Admin
9 months ago
Reply to  Mohd Rawi

Ya tuan, banyak tempat best di Perak yang boleh explore, terutamnya tempat eco.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x