Isi Kandungan
Teluk Batik merupakan salah satu tempat kunjungan yang menarik di Perak. Rugi rasanya sekiranya tidak pergi ke semua tempat menarik di daerah itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, bukan?
Homestay yang besar, selesa dan bersih penting untuk memastikan setiap ahli keluarga dapat berehat dengan tenang dan selesa selepas penat berjalan-jalan di sekitar Teluk Batik. Di sini kami telah senaraikan tujuh homestay best di Teluk Batik untuk anda!
7 Homestay Best di Teluk Batik!
1. Homestay Villa Teluk Batik, Taman Tiara Idaman PT 8720
Tidak hairanlah Homestay Villa Teluk Batik ini memperoleh 5.0 bintang di Google Review. Semua pelanggan yang telah menginap di homestay ini memberikan 5 bintang untuk homestay ini, sekaligus membuktikan bahawa homestay ini sangat selesa dan best! Bukan hanya selesa, tetapi kemas dan mempunyai banyak fasiliti yang disediakan. Antaranya kawasan luas untuk parkir kenderaan, penghawa dingin di dalam semua bilik termasuk ruang tamu, Wi-Fi, Netflix, kemudahan dapur serta dibenarkan untuk melakukan aktiviti BBQ .
Rata-rata pelanggan yang telah menginap di Homestay Villa Teluk Batik ini juga memuji keramahan owner homestay ini yang sangat tiptop terhadap para pelanggan. Mereka amat bergembira dengan penginapan mereka di homestay tersebut. Mungkinkah selepas ini giliran anda pula?
Alamat: Taman Tiara Idaman PT 8720, 32200 Lumut, Perak
 Lokasi | Ulasan PelangganÂ
2. D’ Naimz Home, Jalan Teluk Muroh
D’Naimz Home merupakan sebuah rumah yang mempunyai halaman yang luas. Sesuai untuk anda yang datang bercuti ke Teluk Batik secara konvoi bersama ahli keluarga yang lain kerana anda boleh parkir kenderaan anda dengan selesa dan selamat. Homestay ini juga memperoleh 5.0 bintang di Google Review, dan tempat penginapan ini pasti akan memberikan anda pengalaman gembira dan selesa sepanjang penginapan anda di sini.
Mana tidaknya, terdapat ruang bersantai di bahagian luar homestay ini. Sesuai untuk anda untuk berborak dan bersembang santai dengan ahli keluarga atau kawan-kawan pada waktu malam. Best, bukan? Kanak-kanak juga dapat menikmati homestay ini kerana telah disediakan sebuah kolam plastik di bahagian luar rumah.Â
Alamat: Lot 2060 A, Jalan Teluk Batik, Jalan Telok Muroh, Lumut, Perak
 Lokasi | Ulasan PelangganÂ
3. Homestay by YAR Legacy, Manjung Point Seksyen 2
Homestay ini dilengkapi dengan empat bilik tidur yang selesa dan bersih, serta dua bilik air yang turut dilengkapi dengan mesin basuh 8.3kg, sesuai untuk anda yang mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang ramai.
Jangan risau sekiranya anda datang menginap di sini dengan membawa lebih lima kenderaan kerana kawasan parkir juga luas dan selesa. Kemudahan memasak di dapur juga disediakan untuk anda yang mungkin ingin memasak sarapan pagi.
Alamat: Taman Desa, 66, Persiaran Desa Manjung Point 2/4, Manjung Point Seksyen 2, 32200 Lumut, Perak
4. D’ Leemaz Homestay, Jalan Teluk Muruh
Anda risau akan kuantiti ahli keluarga yang anda bawa bersama untuk bercuti di Teluk Batik ini terlalu ramai untuk sesebuah homestay? Jangan risau, anda boleh memilih untuk menginap di D’Leemaz Homestay ini kerana kawasan luar dan dalamnya sangat luas! Cukup luas untuk anda yang ramai itu.
Bukan itu sahaja, kawasan luar homestay ini juga sejuk mata memandang kerana landskap tumbuh-tumbuhan yang bersih dan terjaga. Di bahagian dalam homestay pula, kawasan ruang tamu yang luas, selesa untuk ahli keluarga beristirahat semasa touch down. Selain itu, bilik tidur yang luas, dilengkapi dengan penghawa dingin, amat selesa dan kemas serta ruangan dapur yang cantik, berkonsep moden, selesa untuk para ibu untuk menyediakan juadah untuk family.Â
Alamat: Jalan Teluk Muruh, 32200 Lumut, Perak
5. Homestay Teluk Batik, Teluk Batik
Adakah anda sedang mencari sebuah homestay yang mempunyai suasana kampung? Lebih – lebih lagi yang berada dekat dengan kedai-kedai makan? Jika ya, maka homestay ini tepat untuk citarasa anda. Homestay Teluk Batik yang telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review ini juga mempunyai 67 ulasan pelanggan yang rata-rata sangat berpuas hati sepanjang mereka menginap di sini.
Mana tidaknya, setiap pelanggan yang pernah menginap di sini memuji tahap keselesaan dan kebersihan homestay ini di samping owner homestay yang juga ramah terhadap pelanggan. Homestay ini juga dikatakan homestay yang perlu diinap sekiranya bercuti ke Teluk Batik kerana lokasinya yang juga strategik.Â
Alamat: No 32, Taman Batik Puteri 1, Jalan Teluk Batik, Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak
 Lokasi | Ulasan PelangganÂ
6. Siti Sarah Homestay Teluk Batik, Jalan Teluk Muroh
Seronoknya sekiranya dapat menginap di sebuah homestay yang tidak ubah seperti rumah sendiri, bukan? Selesa, bersih dan mempunyai halaman depan yang luas. Inilah homestay yang anda cari, iaitu Siti Sarah Homestay Teluk Batik. Homestay ini yang telah memperoleh 4.1 bintang di Google Review sangat sesuai untuk anda yang bercuti ke Teluk Batik bersama keluarga.
Anda juga tidak perlu risau akan fasiliti yang disediakan di homestay ini kerana segala lengkap. Antaranya, tuala, comforter, penghawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu, mesin basuh, iron dan juga penapis air Cuckoo. Menarik, bukan? Bukan itu sahaja, sekiranya anda ingin ke Marina Island, anda hanya mengambil masa 4 minit sahaja untuk ke sana dengan kereta.Â
Alamat: Teluk Muroh Villa, Lot 8730, Jalan Teluk Muroh, Perak, 32100 Lumut
 Lokasi | Ulasan PelangganÂ
7. D’Aini Homestay, Jalan Batik Puteri 3
Anda inginkan sebuah homestay yang bersederhana tetapi luas dan bersih? Inilah homestay yang menepati citarasa anda itu, iaitu D’Aini Homestay. Bahagian porch yang luas dan dilengkapi dengan pagar, untuk keselamatan. Lantai di bahagian luar juga berjubin, bukanlah simen , untuk keselesaan anda.
Selain itu, homestay yang telah memperoleh 4.0 bintang di Google Review ini juga mempunyai fasiliti yang serba lengkap. Bilik tidurnya luas dan dilengkapi dengan sejadah, penghawa dingin serta bahagian ruang tamu juga yang luas dan selesa. Ia juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin, set sofa dan TV.
Alamat: No 42 Taman Batik Puteri, Jalan Batik Puteri 3, 32200 Lumut, Perak
 Lokasi | Ulasan PelangganÂ
Kami harap tujuh homestay di Teluk Batik yang disenaraikan ini memenuhi citarasa anda dalam pencarian homestay yang besar, selesa, bersih dan kemas untuk ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda.Â
Sukacita kami ingatkan untuk anda sentiasa menjaga kebersihan sepanjang berada di homestay nanti. Dan sekiranya anda ingin bersiar-siar di Johor tetapi tidak tahu hendak ke mana, mari lihat artikel 56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati untuk tahu lebih banyak tempat pelancongan di Johor!