Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pusat Karaoke yang Menarik di Kuala Lumpur!

Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk kita rehatkan otak dan luangkan masa melakukan aktiviti untuk menghilangkan tekanan selepas penat bekerja. Salah satu darinya kami boleh sarankan adalah untuk pergi ke pusat karaoke bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.  Jadi, di sini, kami senaraikan 10 pusat karaoke yang menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi.

10 Pusat Karaoke di Kuala Lumpur


1. KBAR Karaoke Bar & Lounge, TREC Kuala Lumpur

KBAR Karaoke Bar & Lounge, TREC Kuala Lumpur

Terletak di TREC Kuala Lumpur, pusat karaoke ini sesuai bagi non-muslim untuk meluangkan masa bernyanyi dan berhibur bersama rakan-rakan. Pusat karaoke ini juga mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti bar dan pool. 

Sekiranya anda sudah penat menyanyi, anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain pool. Suasana yang cozy dan cantik menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke sini.

Selain itu, layanan yang diberikan oleh staff juga sangat baik. Anda boleh cuba untuk datang ke sini menikmati karaoke di tempat yang eksklusif dengan harga yang berbaloi di Kuala Lumpur.

Alamat:  Unit H-1-08, The Hive, TREC KL, Lot 436 & 438, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa – Ahad (7.00 pm – 5.00 am), Isnin (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-906 9999

WhatsApp KBAR


2. The ARK Family Karaoke & Dining Bar, Mont Kiara

The ARK Family Karaoke & Dining Bar, Mont Kiara

Sekiranya anda membawa keluarga atau rakan-rakan yang ramai di Kuala Lumpur, anda boleh cuba datang ke pusat karaoke ini. Pusat karaoke ini merupakan pusat karaoke yang mempunyai konsep Jepun.

Lagu-lagu di dalam pusat ini juga kebanyakannya adalah lagu Jepun. Bagi penggemar lagu Jepun, anda bolehlah luangkan masa dan menyanyi lagu Jepun kegemaran anda di pusat karaoke ini.

Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dari pelbagai pilihan dengan harga yang berbaloi. Bila dah penat menyanyi bolehlah isi perut anda dengan memesan hidangan dari pusat karaoke ini. Mudah kan? Tidak perlu keluar untuk mencari makanan kerana semuanya sudah tersedia di dalam pusat karaoke ini. 

Alamat: 18-1, Jalan Solaris 3, Solaris, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.30 am – 1.30 am), Isnin (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6206 1822

WhatsApp The ARK


3. Ratu Karaoke Kuala Lumpur (News KTV), Bukit Bintang

Ratu Karaoke Kuala Lumpur (News KTV), Bukit Bintang

Kalau anda nak rasa dan nak feeling jadi ratu bila menyanyi, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Pusat karaoke yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini sering menjadi tarikan pelanggan yang datang kerana reka bentuknya yang sangat mewah dan cantik.

Anda bukan sahaja boleh menyanyi melepaskan tekanan di sini, anda juga boleh menyanyi seperti berada di satu pertandingan yang best! Hal ini kerana persekitarannya yang cantik dan tampak mewah bagaikan dalam suatu majlis ternama!

Anda juga boleh ber-OOTD di beberapa sudut untuk kenangan bersama rakan-rakan. Mikrofon dan sistem bunyi juga sangat bagus, jadi bolehlah anda tayangkan suara anda yang merdu itu kepada rakan-rakan atau keluarga anda, kan?

Selain itu, bilik-bilik di pusat karaoke ini antara yang besar jika dibandingkan dengan pusat lain di Kuala Lumpur. Sesuai untuk anda yang inign mengadakan majlis sambutan hari lahir atau keraian di sini.

Alamat: Ratu Karaoke, Imbi Plaza, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2144 3232


4. Diva Karaoke Shamelin, Cheras

Diva Karaoke Shamelin, Cheras

Kalau anda nak menyanyi ala-ala diva sambil menikmati suasana yang mewah, mungkin pusat karaoke ini boleh menjadi pilihan anda. Terletak di 1 Shamelin Mall, Cheras, pusat karaoke ini sering menjadi pilihan anak muda untuk menyanyi dan luangkan masa bersama rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur.

Di sini, anda bukan sahaja boleh berkaraoke, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti membuat majlis keraian atau bermain dart. Ruang bilik dan kawasan yang luas dan selesa membolehkan anda untuk membawa rakan-rakan dah ahli keluarga lain meluangkan masa di sini untuk melepaskan tekanan dengan menyanyi. 

Alamat: L3A-020 & 021, Tingkat 3A, 100, Jalan 4/91, 1 Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9282 7299

WhatsApp Diva Karaoke


5. CEO Karaoke Box, Bukit Bintang

CEO Karaoke Box, Bukit Bintang

Terletak di tingkat 4 dan 5 Fahrenheit88 yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pusat karaoke yang tampak mewah dan eksklusif ini mempunyai kelebihan dan tarikannya tersendiri.

Ramai pelanggan yang datang ke sini berpuas hati dengan servis yang diberikan di sini. Kualiti bunyi mikrofon dan sistem teknikal yang terbaik membuatkan ramai pelanggan akan datang semula ke sini untuk menikmati suasana karaoke yang eksklusif.

Antara tarikan lain yang ada di sini ialah anda bukan sahaja boleh menyanyi berhibur bersama rakan-rakan anda, anda juga boleh menikmati menu buffet yang disediakan di pusat karaoke ini. Wahh, betul-betul mewah ni kan? Bukan sahaja dapat berhibur tapi anda juga boleh menikmati pelbagai makanan yang disediakan di sini. 

Ruang bilik yang bersih dan luas juga memberikan suasana yang selesa dan nyaman untuk berehat sambil berhibur bersama rakan-rakan. Jadi, bolehlah anda cuba datang ke sini untuk mendapatkan experience karaoke yang unik!

Alamat: 179, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 4.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2148 2600


6. V KBOX Family Karaoke, Sentul

V KBOX Family Karaoke, Sentul

Terletak di Sentul, pusat karaoke ini menawarkan pelbagai promosi yang menarik untuk anda yang ingin berkaraoke di Kuala Lumpur. Anda boleh dapatkan banyak promosi menarik dan info yang terkini tentang pusat ini daripada laman sesawang di bawah.

Selain dari menawarkan khidmat tempat untuk berkaraoke, mereka juga menawarkan tempat untuk bermain snooker. Sementara menunggu giliran untuk dapatkan bilik karaoke, anda bolehlah meluangkan masa bermain snooker dengan harga hanya RM3 untuk satu pusingan. Murah, kan? 

Alamat: No.86, 1st Floor, Menara Sentul, Sentul Pasar, Jalan Sentul Permai, Sentul Pasar, 51000 Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 2.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-396 4088

WhatsApp V KBOX


7. Karaoke Manekineko, EkoCheras Mall

Karaoke Manekineko, EkoCheras Mall

Karaoke MANEKINEKO ini mula membuka cawangannya di Malaysia mulai tahun 2019. Dalam tempoh setahun pusat karaoke ini telah membuka sehingga 8 cawangan Lembah Klang dan Selangor. Jadi, anda boleh pilih untuk pergi ke pusat karaoke yang berhampiran dengan anda.

Untuk semua cawangan yang terletak di dalam Lembah Klang, mereka ada menyediakan minuman ringan secara PERCUMA untuk semua pelanggan mereka yang datang ke sini. Wah, menarik kan?

Selain itu, anda juga boleh memesan makanan kegemaran anda di sini. Sambil berhibur menyanyi bersama rakan-rakan, bolehlah anda lepak santai makan bersama di dalam bilik ini. Tidak perlu beratur dan bersesak di luar untuk mengisi perut anda. Lepas makan, anda boleh sambung semula menyanyi lagu kegemaran anda bersama rakan-rakan.

Alamat: Lot S-23, EkoCheras Mall, No.693, Batu 5, Jalan Cheras, Taman Mutiara Barat, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 1.30 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9133 7371

WhatsApp Manekineko


8. MusicWorld Family Karaoke, Sri Petaling

MusicWorld Family Karaoke, Sri Petaling, Kuala Lumpur

MusicWorld Family Karaoke ini turut menawarkan pusat karaoke yang best untuk keluarga dan rakan-rakan anda di Kuala Lumpur. Bilik yang luas dengan konsep LED yang cantik pastinya menarik perhatian pelanggan yang datang untuk berhibur.

Lagu-lagu yang disediakan di sini juga semuanya yang terkini. Jadi, anda bukan sahaja boleh menyanyi lagu-lagu lama, tapi boleh layan dan menyanyi lagu baru yang trending. Harga untuk satu sesi juga murah. Malah, anda juga boleh dapatkan makanan dengan harga yang murah di sini selepas penat menyanyi.

Alamat: 59-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (2.00 pm – 12.00 am), Jumaat & Ahad (12.00 pm – 12.00 am), Sabtu (12.00 pm – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9055 9202


9. Firezone Family KTV, Melawati Mall

Firezone Family KTV, Melawati Mall

Pusat karaoke Firezone Family KTV ini terletak di dalam Melawati Mall, Kuala Lumpur. Jadi, sekiranya anda sudah penat membeli belah di Melawati Mall, anda boleh luangkan masa berehat sambil berhibur di pusat karaoke ini.

Firezone Family KTV juga mempunyai bilik dan ruang luas, sesuai untuk anda datang  beramai-ramai bersama rakan-rakan dan keluarga anda ke sini. Tambahan pula, pelanggan yang telah kunjungi pusat ini telah memberikan komen yang baik tentang sistem bunyi dan mikrofon. Bolehlah anda menyanyi sepuasnya di sini.

Alamat: Unit No. L5-24, Melawati Mall, No. 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 1.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4162 6668

WhatsApp Firezone Family


10. Loud Speaker Family Karaoke, Setapak

Loud Speaker Family Karaoke, Setapak, Kuala Lumpur

Pusat karaoke Loud Speaker ini mempunyai bilik karaoke yang luas dan selesa untuk anda menyanyi dan berkaraoke di sini.

Anda bukan sahaja boleh berkaraoke di sini, anda juga boleh membawa makanan masuk ke dalam sambil berhibur di dalam bilik karaoke anda. Selain itu, bagi anda yang membeli air di sini, anda boleh menambah minuman anda secara percuma sahaja.

Bagi anda yang suka untuk datang ke sini, anda disyorkan untuk menjadi pelanggan setia supaya boleh menikmati diskaun dan potongan harga ketika karaoke. Banyak boleh jimat, kan? Cubalah datang ke sini bersama rakan-rakan anda. 

Alamat: No. 3-3, Wisma Setapak 33 No, 3 Jalan 2/23D, Off, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7499 2288

WhatsApp Loud Speaker


Kami dah senaraikan 10 pusat karaoke yang menarik di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi untuk mengisi masa lapang anda bersama insan tersayang. Anda boleh memilih pusat karaoke yang terbaik berhampiran dengan anda. Semoga artikel ini membantu! 

Jika anda juga ingin mencari tempat makan best di area Kuala Lumpur, anda boleh layari artikel 40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makanan Menarik Mesti Cuba.

4.6/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Pilihan Spa Terbaik di Kuala Lumpur yang Wajib Anda Cuba!

Memanjakan diri selepas seharian berhempas pulas melakukan tugas harian merupakan salah satu aktiviti yang ramai gemari. Ditambah pula dengan wangian dan aroma terapi yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x