Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Elektrik di Kuala Terengganu Yang Perlu Anda Tahu!

Kehidupan pada zaman sekarang memang tidak dapat dipisahkan dengan barang elektrik. Daripada sekecil-kecil barangan elektrik seperti suis dan lampu sehingga barang elektrik yang besar seperti peti ais dan mesin basuh, anda pasti menggunakannya setiap masa.

Jadi semestinya anda mahu mencari barangan elektrik yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, bukan? Di sini, kami senaraikan 7 kedai elektrik di Kuala Terengganu yang terbaik sama ada dari segi kualiti barang, harga dan pilihan produk mengikut citarasa anda.

7 Kedai Elektrik yang Top di Kuala Terengganu


1. senQ, KTCC Mall

Kedai Elektrik senQ, KTCC Mall Kuala Terengganu

senQ® merupakan jenama di bawah Senheng New Retail Berhad, yang juga memiliki Senheng. senQ pertama kali bermula pada Disember 2003, dan telah berkembang menjadi lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia. Kedai elektrik ini menjadi salah satu kedai peralatan elektrik premium terkemuka di Malaysia. 

Kedai elektrik senQ yang terletak di dalam Kuala Terengganu City Centre Mall ini menawarkan pelbagai jenis barangan elektrik yang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik.

Di samping itu, staf mereka juga peramah dan sedia membantu anda mencari peralatan elektrik yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda. Kedai yang luas dan berhawa dingin ini juga akan memberi suasana yang selesa untuk anda membeli-belah di sini.

Anda digalakkan untuk menyertai membership senQ untuk menikmati pelbagai faedah dan promosi. Kaedah pembayaran mereka juga fleksibel, jadi anda boleh membayar barangan elektrik berdasarkan kemampuan anda. 

Alamat: KTCC MALL (Kuala Terengganu City Centre), Lot 1-25, First Floor, Muara Selatan, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1088 7879


2. Hee Electrical Sales & Services Sdn Bhd, Kampung Surau Besar

Hee Electrical Sales & Services Sdn Bhd, Kampung Surau Besar

Kedai Hee Electrical ini telah menjual barangan elektrik pelbagai jenama melebihi 27 tahun di Kuala Terengganu. Antara jenama yang terdapat di sini adalah Panasonic, LG, Toshiba, Pensonic, Cornell, Khind, Daikin, dan lain-lain.

Staf di sini memberi servis yang terbaik kepada para pelanggan. Tambahan pula, terdapat pelbagai tawaran menarik yang mereka menyediakan untuk para pelanggan mereka di sini. Harga peralatan yang berkualiti tinggi yang dijual di sini juga berpatutan.

Anda boleh mengikuti Facebook mereka untuk melihat promosi terkini. Selain itu, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan elektrik yang cepat.

Alamat: 46-F, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Surau Besar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.00 am – 7.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hee Electrical


3. Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn Bhd, Jalan Sultan Ismail

Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn Bhd, Jalan Sultan Ismail

Ditubuhkan pada tahun 1969, Seng Huat adalah salah satu premis elektrik tertua dan paling terkenal di Terengganu. Mereka menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan menjual produk elektrik pada harga yang sukar untuk ditandingi.

Selain menjual produk elektrik, kedai elektrik ini turut menjual gajet seperti smartphone, laptop dan aksesori telefon bimbit. Jadi, jika anda teringin membeli barangan elektrik dan juga gajet terbaru, apa kata anda singgah ke kedai ini?

Kedai elektrik yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini mempunyai staf yang mesra pelanggan dan sangat berpengetahuan tentang produk elektrik. Harga barangan juga boleh dirunding dan perkhidmatan penghantaran mereka juga cepat. Perkara-perkara inilah menjadikan kedai elektrik ini salah satu kedai elektrik yang popular di Kuala Terengganu.

Alamat: 39, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 9.30 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Seng Huat


4. Siang Electricals Kuala Terengganu, Dataran Austin

Kedai Elektrik Siang Electricals Kuala Terengganu, Dataran Austin

Siang Electricals ditubuhkan pada tahun 1976 di Jawi, Pulau Pinang. Kini, syarikat ini telah berkembang dan mempunyai 18 cawangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. 

Barangan elektrik utama yang dijual di kedai elektrik di Kuala Terengganu ini adalah televisyen, mesin basuh, peti ais dan penghawa dingin. Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan elektrik rumah dan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 35347 & 35348 Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Siang Electrical


5. Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn. Bhd., Dataran Austin

Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn. Bhd., Dataran Austin

Kedai elektrik seterusnya pilihan kami ialah salah satu cawangan Seng Huat Electrical yang lain di Kuala Terengganu. Seng Huat Electrical yang terletak di Dataran Austin ini merupakan satu-satunya kedai Seng Huat yang buka pada hari Jumaat, jadi anda boleh datang membeli barangan elektrik pada hari tersebut.

Alamat: Dataran Austin, Lot PT-35413, 35414, 35415, 35416, Jalan Austin 2, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 9.30 pm), Jumaat (9.30 am – 12.30 pm, 2.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Seng Huat


6. Senheng Electric, Dataran Austin

Senheng Electric, Dataran Austin

Senheng Electric merupakan salah satu jenama kedai elektrik yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1989, Senheng kini memiliki lebih 100 kedai di seluruh Malaysia.

Dengan jaminan kualiti dan harga yang berpatutan, Senheng memberikan kepuasan yang terbaik kepada pelanggan yang datang. Selain itu, produk elektrik mereka sentiasa up-to-date dengan fungsi dan reka bentuk yang terbaru. Anda boleh mencari dan mendapatkan barangan elektrik kegemaran anda daripada pelbagai jenama terkemuka di sini.

Alamat: Lot PT35320 & 35321, Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kampung Wak Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1088 7879

WhatsApp Senheng


7. Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn. Bhd., Jalan Masjid Abidin

Seng Huat Electrical & Home Appliances Sdn. Bhd., Jalan Masjid Abidin

Kedai yang terletak di Jalan Masjid Abidin ini merupakan ibu pejabat bagi Seng Huat Electrical & Home Appliances. Terdapat pelbagai barangan elektrik berjenama yang dijual dengan harga yang berpatutan, tambahan pula anda juga boleh berunding harga di sini. 

Kualiti barangan elektrik di sini tidak perlu diragui kerana sememangnya setiap pelanggan yang membeli barangan di sini berpuas hati dengan kualiti barangan mereka. Selain itu, perkhidmatan pelanggan mereka juga terbaik bermula anda melangkah masuk ke kedai sehinggalah barangan elektrik sampai di rumah. 

Alamat: 86-A, B&C, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 9.30 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Seng Huat


Berikut merupakan 7 kedai elektrik di Kuala Terengganu yang kami rasa rugi kalau anda tidak kunjungi! Kami harap senarai kedai ini dapat membantu anda mencari barangan elektrik bersesuaian di Kuala Terengganu dengan bajet dan citarasa anda.

Pastikan anda mengikuti laman web atau media sosial kedai-kedai ini untuk melihat promosi-promosi yang sedang berlangsung. Terdapat banyak promosi yang dijalankan sepanjang tahun, jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan tawaran yang terbaik!

Jika anda sedang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk ke kedai elektrik, jom lihat artikel kami mengenai 10 kedai elektrik terbaik di Shopee yang patut dikunjungi. Anda boleh mencari dan membeli barangan elektrik di hujung jari sahaja. Menarik kan? Selamat membeli-belah!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Kedai Komputer Best di Kuala Terengganu

Barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi di kala musim PKP ini memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar melakukan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x