Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan Thai asli berkonsepkan tropikal dan makanan laut. Jom kami kongsikan dengan anda 10 hidangan makanan Thai yang anda harus cuba bila sampai di Krabi!


Top 10 Hidangan Makanan Thai Lazat & Enak Yang Harus Anda Cuba di Krabi, Thailand

1. Tom Yam Goong

mencuba variasi makanan thai
Kredit Gambar: nomadette.com & ladycoquilette.fr

Tom Yam Goong atau dikenali sebagai Sup Tom Yam Udang adalah hidangan makanan Thai yang ikonik dan perlu dicuba bila anda berada di Krabi. Hidangan yang merupakan sup udang gabungan unik rasa masam, pedas, dan manis ini membuatkan setiap suapan dapat dinikmati penuh selera. Anda pasti akan terpukau dengan kelazatan hidangan Tom Yam Goong yang pasti akan membuka selera anda dengan rasa Thainya yang asli di sana.

Hotel Terdekat


2. Massaman Curry 

mencuba variasi makanan thai
Kredit Gambar: @minimalistbaker & @insightflavour (Pinterest)

Massaman Curry adalah sejenis hidangan kari yang lazat dan kaya dengan rasa serta berbau wangi. Dalam hidangan ini, anda dapat menikmati dagingnya yang lembut dinikmati juga bersama kentang, dan kacang panggang yang dimasak dengan sempurna. Hidangan ini mempunyai aroma yang wangi dan rasa yang memukau, dengan perisa rempah ratus seperti bunga cengkih, kayu manis, dan lada hitam. Confirm anda akan rasa puas hati bila mencuba hidangan ini!

Hotel Terdekat


3. Pad Thai

mencuba variasi makanan thai
Kredit Gambar: @lazycatkitchen & @thechezjorge (Pinterest)

Pad Thai merupakan hidangan mi tumis klasik yang sangat popular di Thailand dan pastinya menjadi makanan yang anda perlu cuba apabila anda berada di Krabi. Hidangan ini mempunyai rasa yang seimbang antara masam, manis, dan masin, yang datang daripada campuran bahan seperti udang, tauhu, kacang tanah, dan asam jawa dilengkapi dengan Mi yang lembut dimasak dengan sempurna menjadikan rasanya unik penuh kesimbangan. Walaupun Pad Thai ini mudah didapati namun Pad Thai yang dihasilkan di Krabi membawa kelainan yang lebih berbanding di kawasan Thailand yang lain. 

Hotel Terdekat


4. Som Tam

mencuba variasi makanan thai
Kredit Gambar: chezmamaly.com & aline-made.com

Som Tam, atau lebih dikenali sebagai salad betik hijau segar, adalah hidangan yang sangat menyegarkan. Hidangan ini dibuat dengan cara memotong dan menghiris buah betik muda dan mencampurnya dengan cili api, limau nipis, sos ikan, dan kacang tanah. Hidangan yang penuh rasa ‘kuat’ campuran rasa masam, pedas dan manis ini cukup sempurna dengan rasanya yang well-combined. Bagi anda yang menggemari makanan yang segar dan sedikit berkuah, Som Tam adalah pilihan yang tepat untuk dicuba!

Hotel Terdekat


5. Khao Soi

mencuba khao sai
Kredit Gambar: notquitenigella.com & somuchfoodblog.com

Khao Soi adalah hidangan sup berkuah kelapa berkrim pekat yang lazat disediakan bersama mi gandum yang berasaskan campuran gandum dan telur ini ibarat seperti mi kari ala Thai utara. Dagingnya yang lembut ini menyerap pelbagai rempah ratus yang menjadikannya kaya dengan rasa dan bau yang sungguh menyelerakan. Dengan rasa kari yang kaya dan tekstur mi yang sempurna dihidangkan bersama, Khao Soi adalah salah satu hidangan yang harus dicuba bila tiba di Thailand, terutama sekali di Krabi.

Hotel Terdekat


6. Grilled Seafood

mencuba seafood grilled
Kredit Gambar: @nitrudy & @joyvongsouvanh (Pinterest)

Makanan laut bakar adalah juadah yang sangat popular di Krabi. Anda boleh menikmati pelbagai jenis ikan, udang, dan sotong yang segar dan enak, semuanya dipanggang dengan sempurna di tepi laut. Proses memanggang akan menghasilkan elemen rasa berasap yang khas dan sangat sesuai dinikmati bersama dengan pemandangan laut yang menakjubkan di Krabi. Dengan hidangan ini, anda dapat menikmati kelazatan makanan laut sambil menikmati suasana indah alam semula jadi di pantai Krabi. 

Hotel Terdekat


7. Hoy Tod

hoy tod
Kredit Gambar: hotelworld.com & ieatishootipost.sg

Hoy Tod adalah hidangan yang perlu anda cuba terutama sekali jika anda pencinta makanan laut. Hidangan ini dibuat daripada telur dadar ala Thai dihiasi dengan tiram yang digoreng dengan sempurna, memberikan tekstur rangup yang amat menyelerakan. Hidangan Hoy Tod ini berbeza mengikut tempat jadi ada yang menghidangkannya dengan tiram yang segar dan melazatkan seperti di Krabi. Sangat berbaloi bagi anda yang mahu mencubanya apabila tiba di Krabi yang kaya dengan hidangan makanan laut tempatan.

Hotel Terdekat


8. Mango Sticky Rice

mencuba mango sticky rice
Kredit Gambar: her86m2.com & omnivorescookbook.com

Mango Sticky Rice adalah pencuci mulut yang sangat menarik kerana hidangan ini menyajikan mangga yang segar dan nasi pulut yang disaluti dengan krim kelapa yang pekat. Gabungan rasa tiga-tiga bahan ini menjadikan Mango Sticky Rice ini sangat menyelerakan. Hidangan ini juga berbaloi untuk dicuba terutama sekali ketika sedang bersantai di kawasan pantai Krabi terutama pada waktu petang ditemani dengan tiupan angin yang lembut. 

Hotel Terdekat


9. Khao Mok Gai

mencuba khao
Kredit Gambar: marionskitchen.com & tasteatlas.com

Khao Mok Gai, atau juga dikenali sebagai Nasi Briyani Ayam ala Thai ini merupakan antara makanan yang sesuai dinikmati apabila tiba di Krabi, Thailand. Hidangan ini merupakan nasi berempah dengan ayam yang dimasak sehingga empuk berserta herba aromatik dan rempah ratus. Keenakan hidangan ini terletak pada kombinasi rasa yang kaya dan wangian yang menggugat selera sesuai bagi mereka yang ingin mencuba hidangan selain daripada hidangan masakan Thai panas di Krabi. 

Hotel Terdekat


10. Penkek Krabi Berperisa

mencuba penkek krabi
Kredit Gambar: authenticfoodquest.com & Geanina Livia (Pinterest)

Penkek Krabi ini merupakan salah satu pencuci mulut manis yang terkenal di Krabi menyajikan pelbagai perisa dan inti yang menggoda selera pelancong. Terdapat pelbagai pilihan topping dan inti yang pelancong boleh pilih mengikut citarasa mereka tersendiri. Antara inti yang menjadi pilihan adalah jagung, coklat dan pisang manakala topping pula kebiasaannya memilih coklat atau susu pekat. Makanan ini sesuai dimakan sebagai snek atau pencuci mulut. Penkek Krabi yang berperisa ini adalah salah satu makanan tempatan yang perlu anda cuba ketika melancong ke Krabi.

Hotel Terdekat


Kesimpulannya, terdapat pelbagai variasi makanan ala Thai yang enak dan menarik untuk dirasa di Krabi yang mencerminkan kekayaan warisan masakan Thailand penuh dengan rasa dan pengalaman unik untuk dinikmati. Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya apabila sampai ke Krabi nanti!

Ayuh kita bercuti di Krabi!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....

20+ Hotel Family-Friendly Pilihan Utama Pelancong di Krabi

Setiap percutian pastinya memerlukan destinasi penginapan yang selesa dengan ruang bilik yang luas dan berada di lokasi yang strategik terutamanya apabila anda bercuti bersama...

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

3 Aktiviti Menarik Sesuai Dilakukan Untuk Menerokai Suasana Malam Di Krabi

Krabi, Thailand terkenal dengan tempat-tempat menarik dengan suasana malam yang memukau. Terletak di selatan Thailand, adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti malam yang...

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...

Info Penting Khas Untuk Percutian Honeymoon Di Krabi!

Setiap pasangan pasti menginginkan destinasi percutian bulan madu yang sempurna dan penuh privasi untuk meluangkan masa yang berharga bersama orang tersayang. Krabi, Thailand merupakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x