Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa wilayah yang menarik untuk dikunjungi selain Krabi. Semua bandar berdekatan Krabi kaya dengan sejarah, budaya dan hidangan tempatan yang berbaloi untuk dijadikan destinasi pelancongan. Mari kita lihat beberapa bandar menarik yang terdapat di Thailand selain Krabi.


8 Bandar Yang Berbaloi Dilawati Selepas Bercuti di Krabi

1. Nakhon Si Thammarat

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: leavelyourdailyhell.com & Yun Yun (Google Maps)

Sebuah pusat budaya utama dan mempunyai sejarah tertua di Thailand iaitu Bandar Nakhon Si Thammarat mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam 40 minit berdekatan Bandar Krabi. Wat Phra Mahathat Woramahawihan adalah salah satu kuil terpenting di wilayah ini. Candi Buddha utama di sini menempatkan beberapa Buddha relics yang sangat berharga. Kuil-kuil lain seperti Wat Phra Ngam dan Wat Chai Na Meditation Centre juga sangat menarik untuk dilawati. Pelancong juga boleh menikmati keindahan alam gunung hijau dan air terjun yang menawan di tempat tarikan pelancongan seperti Khao Luang National Park dan Hin Lat Waterfall

Selain itu, Nakhon Si Thammarat menawarkan suasana bandar yang tradisional dan hidup dengan peninggalan sejarah dan warisan budaya. Lawatilah tempat seperti Old City Wall, Old City Fort of Sridramasokarad dan The National Museum of Nakhon Si Thammarat untuk merasai kehebatan budaya Thai yang sebenar. Pasar tradisional seperti Hua Thanon Fish Market, pertunjukan seni dan kegiatan komuniti tempatan di Bannang Thalung Suchart Subsin (Shadow Play) adalah sebahagian aktiviti yang dilakukan penduduk tempatan di kehidupan bandar yang menarik ini. Nakhon Si Thammarat adalah destinasi menarik untuk melihat dan mengalami warisan budaya dan alam semula jadi Selatan Thailand.

Hotel Terdekat | Lokasi 


2. Trang 

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: hotels.com & Mr. Vicky (Google Maps)

Trang, sebuah bandar berdekatan Krabi, di selatan Thailand, menawarkan pelbagai destinasi menarik dan aktiviti untuk para pelancong. Rasai keunikan alam semula jadi dan destinasi hidden gem yang menjanjikan pengembaraan yang unforgettable. Percutian di sini pasti dapat menarik minat ramai pelancong yang gemar melakukan aktiviti adventurous.

Jika anda menginginkan percutian yang lebih santai, dengan keindahan semula jadi dan suasana damai, aktiviti berjalan-jalan di sepanjang pantai dan berjemur di bawah sinaran matahari sangat sesuai dilakukan di sini. Selain keindahan alam, bandar Trang juga memberi pengalaman budaya tempatan yang meriah dengan banyak hidangan Thai yang lazat. Di sini juga terdapat banyak kraftangan unik dan cenderamata untuk dibawa pulang. 

Baca selanjutnya di sini!

Hotel TerdekatLokasi 


3. Phang-nga

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: hotels.com & Khao Lak (Google Maps)

Phang-nga ialah sebuah provinsi yang terletak di wilayah Selatan Thailand. Bandar berdekatan Krabi ini terkenal dengan keindahan pulau dan alam semula jadi ini sangat berbaloi untuk dikunjungi. Ko Yao Noi dan Ko Yao Yai merupakan dua pulau di Ko Yao Archipelago yang sangat terkenal dengan kecantikan pantai dan dive sites. Selain itu, Ao Phang-Nga National Park adalah salah satu daya tarikan utama pemandangan batu kapur yang menjulang tinggi dari laut. Menariknya, James Bond Island, yang muncul dalam filem “The Man with the Golden Gun,” terletak di taman negara ini. 

Selain destinasi pelancongan seperti Samet Nangshe Viewpoint dan Lampi Waterfall yang menawarkan pemandangan alam semula jadi, Wat Suwan Khuha pula merupakan gua besar yang menakjubkan dengan patung Buddha yang indah dan stalaktit yang menarik. Gua ini juga dikenali sebagai Monkey Temple kerana kera-kera liar sering ditemui di sekitar kawasan gua. Khao Lak Beach juga adalah destinasi pantai yang indah di sepanjang Laut Andaman. Pantai ini menawarkan pasir putih yang halus dan air laut yang jernih. Ia adalah tempat yang sesuai untuk bersantai dan menikmati keindahan alam.

Hotel Terdekat | Lokasi 


4. Surat Thani

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: Phichaiwit Khaosanit (Google Maps) & tripadvisor.com

Surat Thani adalah destinasi yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan warisan budaya dan kehidupan bandar. Ia adalah pintu gerbang untuk meneroka keunikan selatan Thailand. Destinasi ini merupakan pintu gerbang untuk melawat pulau-pulau terkenal seperti Koh Samui, dan pantai indah seperti Chaweng Beach. Setiap destinasi ini mempunyai keunikannya sendiri, dari pantai pasir putih hingga aktiviti air seperti scuba diving yang menyeronokkan.

Tarikan lain pula iaitu Khao Sok National Park yang terletak di sebelah utara Surat Thani adalah salah satu taman negara tertua di Thailand. Ia menawarkan hutan hujan tropika yang menakjubkan, dan tasik buatan yang besar, yang dikenali sebagai Rajjaprabha Dam atau Cheow Lan, di tengah-tengahnya. Manakala di Teluk Thailand pula, Mu Ko Ang Thong National Marine Park adalah taman nasional laut yang terdiri dari sekitar 42 pulau yang menawarkan keajaiban hidupan marin di wilayah ini. 

Selain itu, candi Buddha Wat Phra Boromathat Chaiya ini terletak di bandar Chaiya, sebuah bandar bersejarah di Surat Thani yang merupakan pusat keagamaan dan juga Wat Khunaram pula adalah sebuah kuil Buddha yang menyimpan jasad seorang sami kuno dikenali sebagai “The Mummy Monk”. Di Lamai Beach pula terjadi hakisan batu-batu unik, memiliki bentuk seakan organ reproduksi manusia iaitu Grandfather and Grandmother Rocks (Hin Ta Hin Yai) yang dijadikan sebagai lagenda tentang pasangan tua yang terjatuh di laut dan menjadi batu sebagai tanda kebahagiaan mereka.

Hotel TerdekatLokasi


5. Phuket

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: bucketlistly.blog & Saeed Ullah (Google Maps)

Phuket, sebuah pulau berdekatan Bandar Krabi di selatan Thailand, menempatkan pelbagai destinasi pelancongan yang menyeronokkan. Tarikan utama seperti Cape Phrom Thep iaitu destinasi popular untuk melihat pemandangan matahari terbenam, Karon View Point yang juga popular dengan pemandangan menakjubkan dari tiga pantai utama di Phuket sesuai untuk pencinta alam. Pantai seperti Patong Beach iaitu pusat hiburan utama dengan suasana nightlife yang sibuk kerana sepanjang pantai ini terdapat pelbagai restoran, bar, dan aktiviti hiburan. Berbeza dari Patong Beach, Kata Noi Beach, menawarkan suasana lebih tenang dan santai sesuai untuk aktiviti berjemur di bawah sinaran matahari. 

Selain itu, di puncak bukit Nakkerd Hill pula berdirinya satu patung Buddha gergasi yang dikenali sebagai “The Big Buddha” yang juga merupakan tempat keagamaan terpenting di pulau ini. Wat Chaithararam (Wat Chalong) pula adalah salah satu kuil terkenal dengan seni bina yang cantik dan menjadi tempat pemujaan penduduk tempatan. Jangan lepaskan peluang juga untuk menjelajahi Old Phuket Town iaitu kawasan ala retro dengan bangunan berwarna-warni bergaya kolonial, galeri seni, kafe yang unik, dan mural jalanan yang kreatif.

Hotel Terdekat | Lokasi 


6. Satun

bandar-menarik-berdekatan-krabi/
Kredit Gambar: Natthawat Rattanaphon & Oleg Vaganov (Google Maps)

Wilayah Satun kaya dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan hidupan ekosistem yang pelbagai, pantai yang bersih dan hidupan marin menawan, destinasi ini adalah syurga untuk pencinta alam semula jadi. Pelbagai destinasi utama pelancongan sering menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong yang berkeluarga, malah para honeymooners juga. Destinasi ini menawarkan pelbagai tempat yang well-preserved secret yang masih tidak diketahui ramai pelancong menjadikan Satun salah satu bandar yang sangat special

Ingin ketahui lebih lanjut tentang bandar menarik ini? Jom baca 7 Tempat Menarik di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai.

Hotel TerdekatLokasi


7. Phatthalung

bandar phatthalung
Kredit Gambar: Owaychai Saelim & Fiona Wang (Google Maps)

Phatthalung merupakan sebuah kawasan kecil yang jauh dari bandar dan menawarkan suasana lebih tenang berbanding kawasan lain. Di sini, pelancong yang datang sering melawat destinasi pelancongan yang penuh dengan hidupan flora dan fauna. Taman rekreasi yang menarik, kawasan sawah padi yang menghijau serta suasana udara yang segar sesuai untuk nature lovers yang ingin menerokai alam di sini. Terdapat juga kuil yang menjadi simbol keagamaan utama oleh penduduk tempatan. 

Jom baca selanjutnya tentang 5 Tempat Menarik di Phatthalung, Bandar Berdekatan Hat Yai.

Hotel Terdekat | Lokasi 


8. Hat Yai

bandar
Kredit Gambar: adventuresofjellie.com & Jeab47tj (Google Maps)

Hat Yai adalah antara destinasi pelancongan popular di Thailand yang menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti pusat beli-belah moden di tengah bandar, pasar tempatan yang menjual variasi street food Thailand yang lazat dan cenderahati unik. Di sini juga terdapat banyak restoran yang menyajikan hidangan authentic dan pusat hiburan untuk semua pelancong. Selain itu, Hat Yai juga mempunyai pelbagai destinasi tarikan utama flora dan fauna serta pemandangan kota yang menakjubkan. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Hat Yai? Baca sini!

Hotel TerdekatLokasi


Semua wilayah di Thailand ini dapat memberikan pengalaman pelancongan yang serba lengkap. Keindahan alam, suasana nightlife yang energetic, dan warisan budaya yang kaya dengan adat memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Dari pantai yang eksotik hingga pasar malam tempatan, setiap bandar menawarkan daya tarikan unik, menambahkan warna dan kepelbagaian kepada percutian di Thailand.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan...

25+ Tempat & Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan mempesonakan dengan hamparan pantai pasir putih,...

7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi

Krabi, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan, airnya yang jernih serta menampilkan batu kapur karst yang unik. Terdapat pelbagai aktiviti menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x