Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

itinerari-3-hari-krabi

Table of Contents

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3 hari 2 malam yang ringkas untuk memudahkan perjalanan percutian anda! Cadangan itinerari ini sangat sesuai untuk percutian berbulan madu kerana walaupun masanya singkat, anda tetap boleh melakukan banyak aktiviti berbaloi di sini.


Cadangan Itinerari Perjalanan 3 Hari 2 Malam Ke Krabi Sesuai untuk Percutian Keluarga, Rakan-Rakan dan Berbulan Madu

1. Hari Pertama

itinerari-3-hari-krabi
Kredit Gambar: theaureview.com & Google Maps

Perjalanan ke Krabi selalunya akan mengambil masa lebih kurang separuh hari terutamanya jika anda melancong ke sini dengan menggunakan pengangkutan bas. Jadi, anda boleh memulakan percutian anda pada waktu petang.

Petang:

  1. Tiba di Krabi International Airport (KBV).
  2. Menuju ke tempat penginapan menggunakan perkhidmatan airport transfer secara percuma dan mudah.
  3. Daftar masuk ke tempat penginapan.

Lewat Petang/Malam:

  1. Makan Malam di Kedai Makan Ao Nang Krabi (Halal Restaurant).

Jika anda berminat, anda boleh berjalan-jalan sekitar Ao Nang Beach untuk bersantai.

Hotel Terdekat 


2. Hari Kedua 

itinerari-3-hari-krabi
Kredit Gambar: Pew-Ins & Laurent Spinelli on Google Maps

Pagi:

  1. Sarapan
  2. Bertolak untuk Phi Phi Island Day Tour.
    • Phi Phi Island Day Tour merangkumi:
      • Lawati Bamboo Island untuk aktiviti berenang & snorkelling.
      • Menerokai Tonsai Beach & Monkey Beach serta nikmati makan tengah hari di Beachside Restaurant berdekatan.
      • Terokai lautan biru dalam dengan melawati Viking Cave & Pi Leh Bay (Pi Leh Lagoon)
      • Lawati Loh Samah Bay untuk melakukan aktiviti snorkelling di dalam lautan air yang jernih.
      • Akhiri Day Tour dengan menerokai Maya Beach, yang pernah menjadi pemandangan latar belakang untuk filem terkenal The Beach karya Leonardo DiCaprio. 

Tengah Hari:

3. Makan tengah hari di Beachside Restaurant (termasuk dalam pakej Phi Phi Island Day Tour)

Petang/Malam:

4. Kembali ke hotel untuk berehat.

5. Lawati Ao Nang Landmark Night Market untuk bersantai, membeli-belah, dan juga makan malam.

Jika berkesempatan, anda boleh bersiar-siar sambil menikmati suasana malam dan membeli belah cenderamata tempatan yang unik.

Hotel Terdekat 


3. Hari Ketiga 

plan
Kredit Gambar: cktravels.com & Amazing Klang (Google Maps)

Pagi:

  1. Sarapan di hotel.

Tengah Hari:

2. Check-out dari tempat penginapan & bergerak pulang.

Hotel Terdekat 


Dengan panduan itinerari ini, anda dapat merancang perjalanan anda dengan lebih mudah. Untuk pelancong yang gemar menerokai tempat baru seperti Krabi, peluang bercuti ini akan dapat mendedahkan anda dengan lebih banyak tarikan dan keunikan yang ditawarkan oleh Krabi. Pilihlah hotel terdekat dengan banyak tarikan utama supaya mudah untuk anda mengunjungi tempat tersebut. 

Jom segara rancang perjalanan ke Krabi dan rasai pengalaman menarik bercuti di sini!

Tengah mencari itinerari untuk 4 hari 3 malam? Jom baca: Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam buat Pelancong yang Bercuti di Krabi.

5/5 - (1 vote)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 26 Feb, 2021
Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan...
  • 14 Sep, 2023
Krabi, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan, airnya yang jernih serta menampilkan batu kapur karst...
  • 27 Sep, 2023
Krabi, bandar yang terletak di selatan Thailand merupakan sebuah bandar tarikan pelancong yang sesuai untuk aktiviti santai jalan-jalan...
  • 27 Sep, 2023
Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang,...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination