Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi

Krabi, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan, airnya yang jernih serta menampilkan batu kapur karst yang unik. Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sini. Nak tahu apa dia? Jom kami kongsikan 7 aktiviti yang anda boleh lakukan di destinasi indah ini!


7 Aktiviti Yang Sesuai Untuk Anda Lakukan Bila Bercuti Di Krabi

1. Aktiviti Island Hopping

island hopping
Kredit Gambar: hotels.com & Shutterstock

Aktiviti island hopping adalah salah satu aktiviti yang wajib dicuba apabila melancong ke Krabi. Terdapat empat destinasi island hopping yang terkenal di sini, iaitu Ko Kai (Chicken Island), Ko Poda (Poda Island), Ko Mar (Mar Island), dan Ko Thap (Thap/Tub Island). Setiap pulau menawarkan keunikan dan kecantikan tersendiri.

Anda boleh menikmati pantai berpasir putih yang cantik, melakukan aktiviti seperti snorkelling untuk meneroka dunia bawah laut yang memukau dan merasai ketenangan yang menakjubkan ini. Island hopping adalah cara yang cukup ideal untuk menjelajah keindahan alam semula jadi di Krabi.

Hotel Terdekat


2. Menerokai City Tour Krabi 

aktiviti bercuti krabi
Kredit Gambar: Pinterest & thailandtourism.org

Menyertai lawatan City Tour Krabi antara salah satu aktiviti yang sesuai dilakukan apabila anda tiba di Krabi. Selain menikmati keindahan pulau dan pantainya yang begitu indah, terdapat juga beberapa tarikan pelancong yang best dan berbaloi dikunjungi di kawasan bandar Krabi. Antara tempat-tempat tersebut adalah Wat Tham Seua Krabi (Tiger Cave Temple) yang merupakan sebuah tapak keagamaan penuh dengan seni binanya yang unik dan kompleks.

Jangan lupa juga untuk singgah bergambar di Mud Crabs Sculptures, arca ikonik di Krabi dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk sesi bergambar. Aktiviti ini sesuai bagi mereka yang mahu melihat sisi pemandangan Krabi yang lain selain daripada pulau-pulau, pantai dan pemandangan lautnya yang memukau.

Hotel Terdekat


3. Mencuba Variasi Hidangan Makanan Thai

thai food
Kredit Gambar: nomadette.com & Geanina Livia (Pinterest)

Buat foodie lovers yang datang ke Krabi, aktiviti ini amat sesuai untuk anda! Di Krabi, anda harus mencuba hidangan Tom Yam Seafood kerana bahan-bahannya begitu segar; fresh from the sea dan rasa kesegaran itu membuatkan hidangan itu lebih lazat. Tidak ketinggalan juga untuk merasa Banana Pancake sesuai untuk dinikmati sepanjang waktu petang hingga ke malam. Selain itu, hidangan makanan Thai lain seperti Som Tam Goreng dan Mango Sticky Rice juga patut anda cuba di sana! Info tambahan, hidangan Mango Sticky Rice di Krabi ini boleh didapati dalam bentuk ala fusion yang dihidangkan bersama aiskrim untuk menjadikan rasanya lebih sedap dan menyelerakan.

Hotel Terdekat 


4. Meneroka Panorama & Keindahan Alam Dengan Melakukan Aktiviti Outdoor

aktiviti bercuti krabi
Kredit Gambar: S.O. & Yazmin Vilches (Google Map)

Aktiviti outdoor di Krabi amat sesuai dilakukan. Selain daripada menikmati percutian anda di sekitar pantai dan kawasan tempat penginapan, terdapat destinasi tarikan pelancong bernama Thapom Klong Song Nam atau dikenali sebagai Green Emerald Pool yang berbaloi untuk anda lawati. Anda akan mendapati suasana di sana sangat menenangkan dengan pantulan daripada permukaan airnya yang jernih kebiruan.

Selain itu, Hot Stream Krabi atau Namtok Ron menawarkan perkhidmatan sebuah spa semula jadi dengan air panas yang menyegarkan sesuai untuk menyegarkan tubuh badan. Disarankan juga untuk mencuba menaiki boat yang membawa anda melihat pemandangan gunung batu kapur berkembar, Khao Khanab Nam. Lawati juga Ao Nang Beach & Railay Beach untuk menikmati detik petang anda dengan  angin pantai yang tenang sambil menikmati panorama laut Krabi.

Hotel Terdekat


5. Jalan-Jalan Santai Sambil Terokai Tempat Untuk Membeli Cenderahati

aktiviti bercuti jalan
Kredit Gambar: weseektravel.com & cktravels.com

Terdapat beberapa port membeli cenderahati yang popular di Krabi dalam kalangan pelancong yang datang ke sini. Ao Nang Landmark Night Market yang terletak berdekatan pantai Ao Nang adalah destinasinya. Selain daripada menjadi tempat hiburan pada waktu malam, ia juga terkenal dengan menjual pelbagai Thai street food, barangan harian dan juga menjual cenderahati seperti keychain, baju, magnet peti sejuk dan lain-lain. Pasar malam lokal ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dan kebiasaannya bermula pada waktu petang bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Selain daripada Ao Nang Landmark Night Market, Krabi Town Night Market berlokasi di tengah bandar Krabi turut menjual barangan yang sama. Pasar tempatan di tengah bandar Krabi ini mempunyai suasana hiburan campuran tradisional dan moden. Pasar tempatan ini mempamerkan produk tangan hasil daripada penduduk tempatan dengan pilihan yang lebih banyak untuk pelancong pilih. Pasar ini buka dari Jumaat hingga Ahad pada waktu petang dari sekitar jam 6 petang hingga 10 atau 11 malam. Alternatif lain, anda boleh singgah ke Railay Walking Street yang menawarkan barangan seni dan kraf tangan hasil penduduk tempatan dengan tawaran jualan yang memuaskan berlatarbelakangkan panorama pantai yang indah terutama menjelang matahari terbenam.

Hotel Terdekat 


6. Menerokai Suasana Malam Krabi

night life market krabi
Kredit Gambar: trip.com & thrillophilia.com

Apabila malam waktu, anda berpeluang untuk meneroka kehidupan malam di Krabi dengan menyaksikan perubahan suasana di sana terutama sekali di kawasan pasar tempatannya seperti di Krabi Night Town Market, Ao Nang Landmark Night Market dan Railay Walking Street. Nikmati juga suasana tenang di restoran berhampiran pantai seperti Reeve Beach Club sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Jangan lupa untuk melihat persembahan api pada jam 8 malam setiap hari di sana. Destinasi yang dinyatakan ini sangat sesuai untuk dilawati lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana anda berpeluang merasai kehidupan malam yang meriah di Krabi. 

Hotel Terdekat 


7. Manjakan Diri Anda dengan Rawatan Spa & Urut

aktiviti thai massage
Kredit Gambar: thaisquarespa.com & masaztajskizakopane.pl

Bagi mereka yang mencari cara untuk memanjakan diri semasa melancong di Krabi, rawatan spa dan urut adalah pilihan yang sangat baik. Krabi menawarkan pelbagai spa yang menenangkan dan perkhidmatan urut yang membantu anda melepaskan stres dan mengembalikan tenaga. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis rawatan, termasuk urut Thai tradisional, urut aromaterapi, dan banyak lagi semasa berada di sana. 

Hotel Terdekat 


Krabi, Thailand, adalah destinasi yang menarik dan serba boleh untuk pengembaraan. Dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, Krabi menawarkan pelbagai pilihan yang menarik khas buat mereka yang menginginkannya. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti dan nikmati keindahan yang ditawarkan oleh Krabi!

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...

Cadangan Itinerari Perjalanan 5 Hari 4 Malam Untuk Percutian Panjang Di Krabi!

Percutian yang panjang adalah masa yang paling dinantikan terutamanya bagi pelancong yang berkeluarga dan mereka yang merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan. Cadangan itinerari 5...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x