Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran wang yang boleh dipercayai. Tak semua destinasi tarikan pelancongan di suatu negara menerima kad kredit atau pembayaran online maka amat kritikal untuk membawa duit tunai sebagai backup. Terdapat beberapa tempat pertukaran wang terbaik di Krabi yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan mata wang tempatan bagi memastikan kelancaran pengalaman bercuti.


5 Tempat Pertukaran Wang Yang Terbaik dan Trusted di Krabi Untuk Anda Cuba

1. Smart Exchange

pertukaran-wang-krabi
Kredit Gambar: www.sembo.dk & Google Maps

Smart Exchange di Chao Fah Park merupakan pusat pertukaran wang yang dipercayai dan boleh memenuhi keperluan kewangan pelancong yang meneroka destinasi menakjubkan ini. Terletak di lokasi strategik, pusat pertukaran ini menyediakan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan mata wang tempatan. Disebabkan keperluan wang tunai semasa melancong sangat penting, Smart Exchange memastikan akses kepada wang tunai, terutamanya di tempat-tempat di mana kad kredit atau pembayaran online mungkin tidak diterima.

Dengan menawarkan kadar pertukaran yang kompetitif dan perkhidmatan yang cekap, Smart Exchange boleh menukarkan wang anda kepada pelbagai mata wang, memberikan pengalaman yang lancar dan dipercayai untuk pelancong di Krabi. 

Alamat: 7, ถนนคงคา Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi – 8 malam), Ahad (2 petang – 6 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


2. Best Rate Exchange 

pertukaran-wang-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Best Rate Exchange di Krabi adalah tempat pertukaran mata wang dengan kadar yang paling kompetitif. Pusat pertukaran ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong yang bijak dengan menjamin harga pertukaran yang terbaik. Mereka menawarkan perkhidmatan yang pantas dan cekap untuk memastikan pengalaman pelanggan yang memuaskan.

Best Rate Exchange juga memberikan kelebihan dengan menyediakan wang tunai sebagai alternatif yang praktikal bagi pelancong yang ingin melakukan sebarang transaksi offline apabila membeli-belah. Dengan komitmen terhadap kepuasan pelanggan, Best Rate Exchange adalah pilihan yang bijak untuk memenuhi keperluan pertukaran wang semasa melawat Krabi.

Alamat: หมู่ที่ 2, 834, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (8 pagi – 10:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


3. Currency Exchange 

rate
Kredit Gambar: Internet

Currency Exchange di Krabi adalah tempat pertukaran mata wang yang trusted dan efisien. Pusat pertukaran ini menyediakan pelbagai perkhidmatan menukar wang dengan menjamin harga pertukaran terbaik. Mereka menawarkan perkhidmatan yang pantas dan cekap demi memastikan pengalaman pelanggan yang memuaskan. Dengan komitmen terhadap kepuasan pelanggan, Currency Exchange menjadi pilihan bijak untuk memenuhi keperluan pertukaran wang semasa melancong di Krabi.  

Alamat: 2RJC+GVG, 4203, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (9 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


4. Krabi Exchange Currency

pertukaran-wang-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Dengan kadar pertukaran mata wang yang sangat bersaing, Krabi Exchange Currency dapat memenuhi keperluan pelancong bijak dengan memberikan nilai yang tinggi. Terletak di lokasi strategik, money exchange ini menawarkan pelbagai perkhidmatan pertukaran wang yang efisien dan dikendalikan oleh pekerja yang profesional. Mereka juga sangat mengutamakan keselesaan pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian mata wang yang boleh ditukarkan dengan mudah dengan pantas dan teliti.

Melalui perkhidmatan terbaik dan komitmen kepada kepuasan pelanggan yang tinggi, Krabi Exchange Currency menjadi salah satu pilihan utama pelanggan yang melancong ke Krabi. 

Alamat: 2RJF+Q79, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (8 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


5. Currency Exchange Booth @ Krabi International Airport

money exchange
Kredit Gambar: fanclubthailand.co.uk

Apabila anda mendarat ke Krabi International Airport (KBV), anda akan dapat menjumpai beberapa Currency Exchange Booths yang berada di ruang arrival hall, booth ini menawarkan perkhidmatan pertukaran wang yang efisien. Menurut review di TripAdvisor, anda akan mendapat kadar pertukaran mata wang yang lebih baik jika anda menukar wang di Thailand, jadi, disarankan untuk tidak menukar kesemua jumlah duit yang telah dibajetkan untuk percutian ini sebelum anda sampai ke Krabi.

Penting untuk diingatkan juga bahawa kadar mata wang kerap berubah setiap hari maka sentiasa periksa papan maklumat di kaunter booth tersebut sebelum membuat sebarang pertukaran mata wang.  

Alamat: 133 Phet Kasem Rd, Nuea Khlong, Nuea Khlong District, Krabi 81130, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi 


5 Tips Semasa Berurusan Dengan Pertukaran Wang Yang Anda Perlu Tahu

  1. Bandingkan kadar di gerai pertukaran yang berbeza untuk mendapatkan tawaran terbaik.
  2. Berhati-hati dengan tempat yang menawarkan kadar yang jauh lebih tinggi daripada yang lain, kerana ini boleh menjadi tanda penipuan.
  3. Semak yuran atau komisen tersembunyi sebelum membuat transaksi.
  4. Kira wang anda dan pastikan anda menerima jumlah yang betul sebelum meninggalkan gerai pertukaran.
  5. Pertimbangkan untuk menggunakan bank atau ATM tempatan untuk pertukaran mata wang, kerana mereka sering menawarkan kadar yang kompetitif.

Di Krabi, pertukaran wang mudah dengan kadar yang kompetitif, memberikan keselesaan dan kelancaran dalam urusan kewangan. Tempat-tempat pertukaran wang di sana menawarkan nilai terbaik dengan kepelbagaian mata wang. Jadi sentiasa berhati-hati semasa menguruskan duit untuk memastikan percutian yang selamat!

Dah tukar duit mestilah kena shopping sikit. Nak tahu port shopping yang best di Krabi? Klik sini!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

20+ Hotel Family-Friendly Pilihan Utama Pelancong di Krabi

Setiap percutian pastinya memerlukan destinasi penginapan yang selesa dengan ruang bilik yang luas dan berada di lokasi yang strategik terutamanya apabila anda bercuti bersama...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x