Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Krabi Thailand – Yang POPULAR

Melancong ke luar negara sememangnya impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu. Walaubagaimanapun bukan semua destinasi percutian ke luar negara yang mahal. Ada juga yang kosnya berpatutan dan salah satunya ialah ke negara jiran iaitu di Krabi, Thailand.

Untuk kali ini, mari kita terjah beberapa tempat menarik di Krabi, Thailand yang sering menjadi pilihan pelancong dan lokasi yang strategik untuk menginap yang berdekatan dengan tempat makan yang halal. Maklumlah, Thailand.


Tempat penginapan di Krabi dekat dengan makanan halal ?

Bergantung dengan bajet anda, salah satu tempat di Krabi yang popular dan strategik untuk menginap ialah di Pantai Ao Nang. Di sini terdapat pelbagai jenis hotel murah dan juga yang mahal. Dan yang paling penting, area Pantai Ao Nang ni mempunyai banyak kedai-kedai makan halal seperti tom yam, ikan bakar, nasi berlauk dan sebagainya.

>>Klik untuk lihat Penginapan di Pantai Ao Nang<<

Selain itu, di sini juga mempunyai banyak ejen pelancongan yang menawarkan pakej-pakej tour ke tempat-tempat menarik di Krabi samada untuk half day tour atau full day tour. Kalau nak membeli barangan cenderahati sepeti keychain, t-shirt, seluar Hawai dan lain-lain, kedai-kedai di sekitar Pantai Ao Nang pun banyak. Berada di Pantai Ao Nang ni ibarat melancong/Island Hopping di Kota Kinabalu atau di Pantai Cenang di Langkawi. Strategik.


1. Island Hopping di Krabi – Aktiviti menarik yang wajib di Krabi

tempat menarik di krabi thailand

Melancong ke Krabi tapi tak pergi snorkeling umpama ‘naik motor tiada kedua-dua tayar’. Memang tak kena kan.. Antara trip atau tour yang popular di Ao Nang ialah ‘island hopping’ secara grouping ke beberapa pulau yang terkenal di sini. Antara pulau yang popular ialah Phi Phi Island, Koh Poda, Koh Gai (Chicken Island), Koh Tub dan juga Koh Mor.

aktiviti menarik di krabiPantai Phra Nang Cave – Kebiasaanya island hopping ini anda akan berhenti ke beberapa tempat menarik seperti di Pantai Phra Nang Cave yang terletak di Railway Peninsular. Pantai ini tidak boleh diakses melalui kenderaan darat dan merupakan salah satu pantai yang paling cantik di dunia.

Koh Poda – Merupakan pantai yang pasirnya putih dan kawasan perairan penyu. Terdapat batu yang besar di hadapannya yang sering menjadi mercu tanda Krabi di dalam poster atau di dalam poskad. Jangan lepaskan peluang kalau ke sini untuk ‘selfie’ dengan batu yang besar ini.

Koh Gai (Chicken Island) – Yang paling best di sini kalau air laut sedang surut, anda boleh berjalan di sepanjang pantai kecil yang menghubungkan tiga pulau iaitu Koh Gai dan dua pulau kecil ( Koh Mor dan Koh Tub).

Phi Phi Islands – Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang dan hidupan marin yang cantik seperti ikan dan penyu (kalau bernasib baik) pasti membuatkan anda terasa kepenatan perjalanan seharian ke sini hilang. Selain itu, di Phi Phi Island juga ada beberapa tempat untuk shopping barangan cenderahati seperti baju-baju dan kraftangan. Kalau nak tahu, di area Phi Phi Island sinilah pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo Decaprio dilakukan.

Selain pulau-pulau di atas, banyak lagi pulau-pulau lain yang menarik untuk aktiviti snorkeling seperti Tup Island  sebagainya. Terpulang kepada bajet pakej yang anda pilih dan pulau mana yang anda pergi.


2. Tiger Cave Temple (Wat Tham Suea) – destinasi melihat sunset terbaik

tiger cave temple krabi

Salah satu tempat menarik di Krabi yang paling popular di kalangan pelancong ialah di Tiger Cave Temple yang terletak di atas puncak bukit. Cabaran nak naik ke puncaknya, anda kena menaiki anak tangga sebanyak 1237 anak tangga ! Memang tinggi dan memerlukan stamina kalau nak naik ke atas kerana tangga dia lebih curam kalau nak dibandingkan dengan anak-anak tangga di Batu Caves.

Bila dan sampai ke kemuncak, anda dapat lihat pemandangan seluruh Krabi termasuk pantainya nun di hujung sana. Kalau datang ke Krabi tak ambil gambar di atas sini memang rugi besar. Walaupun penat nak naik ke atas tetapi ‘worth it’ la.

Tokong Buddha ini telah dibina sejak tahun 1975 lagi dan betul-betul di kemuncak bukit. Seperti juga di Batu Caves, di sini juga ada sebuah patung Buddha ‘bersila’ yang seolah-olah sedang memerhati Krabi dari puncaknya. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, patung ini dibina bertujuan untuk menjaga Krabi. Apa-apa pun, bagi saya yang lebih menarik di sini ialah pemandangannya yang ‘saujana mata memandang’ terutamanya time matahari terbenam.


3. Emerald Pool (Sa Morakot) – tempat menarik di Krabi yang paling unik

pelancongan di krabi thailand

Terletak kira-kia 30 minit memandu dari bandar Krabi. Kolam Emerald merupakan sebuah kolam semulajadi yang hijau dan jernih airnya yang terletak di dalam hutan. Kalau anda melancong ke Krabi dan tak datang ke sini memang rugi kerana kat Malaysia, memang susah nak cari kolam sebegini dan mungkin tiada.

Luas Emerald Pool ini lebih kurang suku padang bola dan dikelilingi oleh pokok-pokok hutan semulajadi. Kalau berenang di sini memang best ! Air kolam datangnya dari sumber bukit yang berdekatan dan nak cakap betapa jernihnya air dia, anda boleh lihat dasar kolam ini dari permukaan atas.

Setiap hari memang ramai yang datang ke Emerald Pool untuk mandi samada pelancong luar ataupun tempatan. Satu tempat menarik di Krabi yang sangat unik untuk dilawati.


4. Hot Stream – sauna semulajadi

melancong ke krabi thailand

Tak jauh dari Emerald Pool terletaknya sebuah kolam air panas semulajadi yang juga tidak kurang menariknya. Sekali sampai di sini, anda mungkin lihat Hot Stream ini seperti anak sungai yang biasa, namun bila dah celup ke dalam baru anda tahu betapa agak panasnya dan ‘refreshing’nya mandi di sini.

Tidak seperti di kebanyakan kolam air panas di Malaysia, kebanyakannya menyediakan kolam buatan manusia. Di sini, semua struktur dan pembentukan kolam air panas adalah yang semulajadi dan yang paling best, ada arus air panas yang mengalir secara bertingkat.

Anda boleh berendam dan santai di tepi batu sambil menadah badan melalui arus Hot Stream ini. Kawasannya agak kecil dan kalau ‘time’ ramai orang, mesti sesak. Apa-apa pun, satu kombinasi menarik kalau berendam air panas di sini selepas mandi air sejuk di Emerald Pool.


5. Naik Bot Panjang di Sungai Krabi – jumpa pak Nippon di gua

aktiviti best di krabi thailandSatu lagi aktiviti menarik yang boleh dicuba ialah menaiki bot panjang (bot macam dalam movie Ong Bak) menyusuri Sungai Krabi.

Di sepanjang Sungai Kerabi ini, anda akan berhenti ke beberapa tempat menarik dan salah satunya ialah di Khao Khanbnam Eco-Tourism and Community Life. Di sini terdapat sebuah gua yang telah wujud beribu-ribu tahun lamanya.

Pada perang dunia kedua dahulu, gua ini pernah menjadi markas tentera Jepun. Di sini anda boleh lihat beberapa patung buatan manusia yang menyerupai tentera Jepun dan juga patung-patung manusia pra-sejarah.

Sambil-sambil melancong boleh belajar sekali tempat tinggal orang-orang zaman dulu. Di sini juga ada beberapa replika tembikar dan perkakasan orang pra sejarah. Dan yang paling menarik, di sini terletaknya beberapa rangka tulang manusia yang dipercayai berusia 43 000 tahun dan ada juga yang berusia 40 juta tahun.

Seterusnya anda akan dibawa ke perkampungan nelayan tepi Sungai Kerabi. Di sini anda boleh lihat perusahaan perternakan ikan sangkar, pembuatan bot panjang dan barangan kraftangan.


>>Klik untuk lihat Penginapan di Pantai Ao Nang<<

Itulah dia beberapa tempat menarik di Krabi Thailand yang popular yang sering menjadi pilihan pelancong kalau bercuti untuk 2 atau 3 hari.

4.7/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...

7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi

Krabi, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan, airnya yang jernih serta menampilkan batu kapur karst yang unik. Terdapat pelbagai aktiviti menarik...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

8 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
hafiz bangi
hafiz bangi
5 years ago

please pm detail untuk pakej pelancong ini

Pakej Krabi 3D2N RM349

Gambar Cantik sekali …

bukit angin
7 years ago

PAKEJ MAMPU MILIK KL KE KRABI!!! ================================== – Kami menawarkan pakej percutian dengan bayaran deposit serendah RM50 seorang, bayaran bakinya secara ansuran. – JOM SERBU KRABI :- – Pakej Krabi 4 Hari 3 Malam – High Season (November) – RM559/pax >> Pakej bermula daripada KL SENTRAL << **Tarikh: 10-13 dan 24-27 November 2016 TAHUN DEPAN ? 2 – 5 Mac 2017 23 – 26 Mac 2017 13 – 16 April 2017 20 – 23 April 2017 Pakej termasuk: – Train Tiket ETS ( KL-Pdg Besar-KL) -Transport (Van) sepanjang 4 hari – Pemandu pelancong – Penginapan (1 bilik 2 orang) –… Read more »

atie
atie
7 years ago
Reply to  bukit angin

private tour ade x?

Noriah abdul malit
Noriah abdul malit
6 years ago
Reply to  bukit angin

Ada ta package untuk kami yg dari sabah joint melancung ke karabi ni dan berapa kos

mgen
mgen
7 years ago

Tqvm for the information…helps me a lot

Hanim
Hanim
7 years ago

tq for.sharing…
sweet sgt dpt info yg manfaat mcm ni.

Noriza Rahman
8 years ago

Cantiknya pemandangan dan tempat yang dilawat kat Krabi ni..

Hubungi Kami

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x