Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan pemandangan pantainya yang memukau, pulau eksotik yang terletak berdekatan pantai, batu karst yang megah, dan air terjun yang indah, Krabi telah menjadi tarikan pelancong popular dari seluruh dunia.


Kenapa Krabi?

Bandar Krabi sendiri menawarkan gabungan harmoni antara keindahan alam semula jadi dan kemudahan moden, menjadikannya destinasi ideal untuk pelancong dari pelbagai negara. Jom kami tunjukkan keistimewaan yang ada di Krabi untuk anda teroka terutamanya untuk pencinta alam semula jadi!

1. Keindahan Pantai yang Memukau

krabi
Rasai pengalaman snorkelling di Pantai Ao Nang

Ketika mengunjungi Krabi, anda berpeluang untuk merasai pengalaman luar biasa yang datang dari keindahan ekosistem laut yang dijaga dengan sangat baik. Formasi batu karst yang mempersona di Krabi menyerlahkannya sebagai daya tarikan tersendiri, menciptakan lanskap yang sangat menarik dan memukau. Laut Krabi adalah syurga bagi para penyelam dengan lokasi menarik seperti Phi Phi Island dan James Bond Island. Dalam air lautan yang jernih ini, anda berpeluang untuk menyaksikan kehidupan bawah laut yang mempesona, dari terumbu karang yang berwarna-warni hingga berbagai spesies ikan yang menawan dan luar biasa.

Hotel Terdekat


2. Syurga Makanan Thai yang Terkenal

Krabi Thai Food
Nikmati kelazatan Tom Yam Goong dan Mango Sticky Rice yang memikat jiwa.

Selain keindahan alam semula jadi, Krabi juga menawarkan hidangan makanan Thailand yang lazat. Anda dapat mencuba masakan laut segar dengan cita rasa khas Thai, seperti Tom Yam Seafood yang pedas dan menyegarkan kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang segar terus dari laut untuk dihidangkan kepada anda. Selain itu, hidangan Pad Thai adalah salah satu hidangan klasik masyarakat Thai yang wajib anda cuba.

Hotel Terdekat


3. Destinasi Ideal untuk Bersantai

Krabi Keindahan Alam
Lawati Pantai Railay dan Ao Nang Landmark Market.

Bukan itu sahaja, suasana kampung yang tenang dan mesra di sekitar Krabi menjadikannya tempat ideal untuk bersantai dan melepaskan tekanan. Aktiviti seperti berjalan-jalan di pasar, mengenali dan berbual dengan penduduk setempat, atau menikmati pemandangan matahari terbenam di pinggir pantai menjadikan Krabi destinasi yang istimewa bagi mereka yang mencari kesempurnaan alam yang memukau, masakan yang enak, dan keramahan penduduk yang mesra.

Hotel Terdekat


Bila Masa yang Sesuai untuk ke Krabi?

Krabi Low Season/High Season
Perayaan Songkran, antara salah satu perayaan yang popular di Thailand.

Jika anda merancang perjalanan ke Krabi, waktu melancong yang paling sesuai adalah antara bulan November hingga bulan April, yang dikenali sebagai Dry Season. Pada tempoh ini, cuaca panas membolehkan anda menikmati sinar matahari dan aktiviti luar tanpa gangguan.

Selain Dry Season, anda juga dapat mengunjungi Krabi sepanjang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Songkran, yang merupakan perayaan air tradisional Thailand. Anda akan berkesempatan untuk merasa budaya dan tradisi orang Thai secara langsung. Perayaan Songkran, khususnya, merupakan perayaan di mana orang ramai mengambil bahagian dalam acara air yang meriah dan penuh warna, yang menjadikannya pengalaman yang sangat berharga.

Hotel Terdekat


8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi

Kawasan selatan Thailand menawarkan pelbagai bandar dan destinasi yang menarik untuk dilawati.

1. Nakhon Si Thammarat

Krabi Wat Phra Mahathat Woramahawihan
Wat Phra Mahathat Woramahawihan antara tarikan utama pelancong di Nakhon Si Thammarat.

Nakhon Si Thammarat hanya mengambil masa sekitar satu jam perjalanan dari Krabi. Di sini terdapat kuil yang bernama Wat Phra Mahathat Woramawihan yang penuh bersejarah. Ia juga dikenali sebagai rumah kepada peninggalan gigi suci (home to a scared tooth relic) yang dipercayai milik Tuhan Buddha. Buat pelancong yang hadir, kuil ini juga menawarkan kedai cenderamata bagi mereka yang berminat untuk membawa pulang buah tangan.

Hotel Terdekat


2. Trang

Krabi Marakot Cave
Marakot Cave, tarikan pelancong utama di Trang, Thailand.

Anda turut berpeluang untuk melawati Trang yang memakan masa dua jam perjalanan menaiki kereta daripada Krabi. Emerald Cave, yang juga dikenali sebagai Morakot Cave antara tarikan pelancong popular di Trang. Ia menjadi antara lokasi yang wajib dikunjungi kerana keunikan geologinya yang menjadikan air di lokasi tersebut kontra antara perairan yang gelap dan terang serta ideal untuk bergambar. Pendek kata, Emerald Cave ini antara hidden gems di Thailand yang berbaloi dilawati.

Hotel Terdekat


3. Phang-Nga

Krabi Phang-Nga
Ko Yao Noi, tempat menarik di Phang-Nga.

Phang-Nga, suatu destinasi yang terkenal dengan tarikan menarik seperti Ko Yao Noi, pulau besar berpenghuni di Kepulauan Ko Yao yang terkenal dengan pantai dan diving spot. Jarak perjalanan dari Krabi ke Koh Yao Noi adalah kira-kira 35 km dengan feri atau bot dari Ao Nang atau Pantai Railay. Satu-satunya cara untuk sampai ke sini adalah dengan menaiki high-speed ferry atau speedboat.

Hotel Terdekat


4. Surat Thani

Surat Thani
Keunikan alam Rajjaprabha Dam di Surat Thani.

Destinasi seterusnya dikenali sebagai Surat Thani. Antara salah satu tarikan pelancong adalah Rajjaprabha Dam iaitu empangan luar bandar atau landmark yang panjang setinggi 308 kaki untuk membekalkan elektrik dan pengairan pada tahun 1987. Destinasi ini adalah antara salah satu destinasi yang cantik dengan air yang jernih. Empangan ini juga menawarkan kemudahan tempat letak kereta dan pintu masuk yang mesra pengguna kerusi roda. Bandar ini terletak hanya dua jam perjalanan, menjadikannya mudah untuk pelancong melihat daya tarikan dan keunikan setiap tempat.

Hotel Terdekat


5. Phuket

Phuket
Suasana pantai yang indah di Cape Phrom Thep, Phuket.

Bandar Phuket, terletak di selatan Thailand, juga merupakan salah satu bandar yang terkenal dengan Cape Phrom Thep. Destinasi ini popular dengan tarikan pelancong iaitu tanjung atau lookout point menghadap pemandangan Laut Andaman yang indah. Lokasi ini juga dikatakan paling sensasi di internet kerana keunikan pemandangannya perairannya yang sangat jernih terutama sekali pada waktu matahari terbenam menjadikan gambar yang ditangkap lebih fotogenik.

Hotel Terdekat


6. Satun

Satun
Tarikan utama pelancong Satun ialah Ko Lipe.

Seterusnya, Ko Lipe ialah salah satu tarikan pelancong di Satun. Destinasi ini menawarkan pelbagai tarikan aktiviti air seperti diving, snorkelling dan boat tour serta hotel dan restoran berhadapan pantai yang menjadikan bandar ini salah satu bandar yang patut dikunjungi.

Hotel Terdekat


7. Phatthalung

Sampao Thai
Sampao Thai, tarikan pelancong popular di Phatthalung.

Selain itu, terdapat destinasi menarik seperti Sampao Thai di bandar Phatthalung. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keunikan destinasi ini sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Bandar ini mengambil masa 3 jam perjalanan menggunakan kenderaan.

Hotel Terdekat


8. Hat Yai

 Kim Yong Market
Kim Yong Market selalu menjadi tumpuan pelancong di bandar terkenal Hat Yai.

Bandar terakhir iaitu Hat Yai, mengambil masa dalam empat jam perjalanan pula menawarkan gabungan budaya, hidangan, dan hiburan yang menarik seperti Kim Yong Market. Pengunjung berpeluang untuk membeli-belah barangan atau makanan ringan import seperti kekacang dan cenderahati.

Hotel Terdekat


Kesimpulannya, Krabi adalah destinasi yang istimewa bagi para pelancong yang mencari keindahan alam semula jadi dan aktiviti santai yang dikelilingi oleh kecantikan flora yang memukau. Mari jadikan Krabi sebagai destinasi kunjungan anda yang seterusnya!

Haa, menarik tak? Dah rasa nak melancong ke Krabi tetapi tak tahu caranya? Jom baca ini!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Info Penting Khas Untuk Percutian Honeymoon Di Krabi!

Setiap pasangan pasti menginginkan destinasi percutian bulan madu yang sempurna dan penuh privasi untuk meluangkan masa yang berharga bersama orang tersayang. Krabi, Thailand merupakan...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

5+ Port Shopping Souvenirs Berbaloi & Cantik Di Krabi

Krabi, bandar yang terletak di selatan Thailand merupakan sebuah bandar tarikan pelancong yang sesuai untuk aktiviti santai jalan-jalan dan membeli cenderahati yang unik dan...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Taka
Taka
7 months ago

Full of information about thailand Good job

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x