Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati di sekitar bandar ini. Mari kita terokai dan terus mengenali lebih lanjut tentang destinasi tarikan pelancong menarik di Bandar Krabi (Krabi City Tour)!


Top 6 Destinasi Menarik Tarikan Pelancong Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi Khas Untuk Anda!

1. Lawati Wat Tham Seua Krabi (Tiger Cave Temple)

terokai bandar krabi
Kredit Gambar: wheretoflow.com

Destinasi Wat Tham Seua Krabi, yang juga dikenali sebagai Tiger Cave Temple, merupakan salah satu destinasi menarik dalam Krabi City Tour. Kuil yang cantik ini terkenal dengan suasana yang tenang yang sesuai untuk meditasi dan kesejahteraan rohani. Anda berpeluang melihat pemandangan kuil dan patung Buddha besar semasa menaiki tangga yang curam untuk sampai ke puncak.  

Pemandangan panorama Krabi dari puncak gua ini adalah salah satu pemandangan yang tidak akan dilupakan. Walaupun anda perlu mendaki tangga yang curam, tetapi pengalaman one in a lifetime ini pasti akan rasa berbaloi apabila anda sampai di puncak. Jadi, bagi mereka yang mencari pengalaman spiritual dan pemandangan alam yang indah, Wat Tham Seua adalah destinasi yang sangat sesuai untuk anda lawati.

Alamat: 35, Krabi Noi, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 4 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


2. Lawati Khao Khanab Nam (Twin Mountain) 

terokai bandar krabi
Kredit Gambar: tourismthailand.org & Mickaël on Google Maps

Semasa melawat Krabi, jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi Khao Khanab Nam, yang juga dikenali sebagai Twin Mountain. Ia merupakan simbol terkenal di kawasan Krabi yang terletak di Krabi River. Untuk melihat pemandangan twin mountain ini secara menyeluruh, anda disarankan untuk menaiki bot yang tersedia ada di sekitar sungai ini. Keindahan semula jadi destinasi ini menjadikannya tumpuan utama pelancong yang menyelusuri sungai ini. 

Selain menikmati pemandangan yang mempesona semasa menaiki bot, anda juga boleh meneroka gua yang terletak di dalam pergunungan berkembar ini. Khao Khanab Nam Cave, yang berada di dalam salah satu dari dua gunung ini, adalah gua yang menarik perhatian ramai pelancong disebabkan aspek sejarah dan geologi yang unik. Pembentukan batu stalaktit dan stalagmit di dalam gua ini adalah sesuatu yang perlu dilihat dan dikagumi, menjadikannya salah satu destinasi wajib terokai di bandar Krabi.

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


3. The Mud Crabs Sculpture

terokai bandar krabi
Kredit Gambar: Taweechai Tang & Xanie Ahmad on Google Maps

Pastikan anda mengunjungi The Mud Crabs Sculpture, yang juga dikenali sebagai The Black Crab Statue. Senang saja untuk pelancong datang ke tempat ini dan melihat sendiri tempat arca ikonik kerana tarikan ini terletak di pusat bandar Krabi. Jadi anda tidak perlu berjalan jauh kerana destinasi ini juga berdekatan dengan salah satu tarikan lain iaitu Krabi Night Market. 

Destinasi ini merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar, mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan menghargai seni tempatan. Arca ini menjadi simbol yang unik dan menarik dalam bandar ini, dan pengunjung semestinya jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan arca ini sebagai kenangan dan tanda menghargai kesenian masyarakat di Krabi.

Alamat: Pak Nam, Amphoe Mueang Krabi, Krabi 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


4. Lawati Fossil Shell Beach (Susan Hoi)

terokai bandar krabi
Kredit Gambar: mapio.net & Mark 3563 on Google Maps

Jika anda adalah seorang pecinta alam semula jadi dan ingin mengetahui kisah keajaiban geologi, pastikan anda melawat Fossil Shell Beach, yang juga dikenali dengan nama Susan Hoi di kalangan penduduk tempatan Krabi. Terletak berdekatan Ao Nang dan lebih kurang 17 km jarak jauh dari Bandar Krabi, peninggalan kerang fosil purba ini boleh di lihat di sepanjang pinggir pantai berdekatan Khao Khanab Nam. 

Fossil Shell Beach ini sering dianggap sebagai tapak pendidikan atau educational site yang memberikan pemahaman mendalam tentang kehidupan marin prasejarah di sini. Terdapat pusat maklumat untuk pelancong mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang sejarah kejadian alam semula jadi di sini. Jadi, sambil anda terokai keindahan alam semula jadi di Krabi, anda juga boleh memperluaskan pengetahuan tentang sejarah bumi dan kisah-kisah geologi yang menarik.

Alamat: Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


5. Krabi Town Night Market & Krabi Walking Street

terokai bandar krabi
Kredit Gambar: thailandee.com & thailandtourismdirectory.go.th

Pelancong yang ingin merasai budaya tempatan Krabi wajib melawat Krabi Town Night Market dan Krabi Walking Street semasa berkunjung ke sini. Pasar ini terletak berhampiran Vogue Department Store di pusat bandar Krabi. Ianya ini bukan saja memaparkan budaya tempatan yang unik tetapi juga menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan dan ‘street food’ untuk anda cuba. 

Selain itu, produk-produk kraftangan tempatan yang kreatif dan hiburan tradisional yang lain daripada yang lain menjadikan destinasi ini sebuah tempat yang meriah lebih-lebih lagi anda akan dengar banyak persembahan ‘live’ di sekitar kawasan ini. Krabi Town Night Market dan Krabi Walking Street membuka peluang yang baik untuk para pelancong mencuba makanan tempatan Thai, berinteraksi dengan penduduk tempatan, dan membawa pulang beberapa cenderahati sebagai kenangan.

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat hingga Ahad (6 petang – 10/11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


6. Hat Nappharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park 

krabi
Kredit Gambar: Natkrita Jaikham & Juchay Thongmont on Google Maps

Salah satu daripada empat Taman Negara Marin di Krabi adalah Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park. Taman negara ini terkenal dengan keindahan pantai berpasir putih dan formasi batu kapur yang ikonik. Berkeluasan sebanyak 400 meter persegi, taman ini menjadi salah satu taman negara terbesar di Thailand dengan kewujudan pantai dan pulau-pulau di sekitar kawasan taman negara ini. 

Destinasi ini sangat sesuai untuk merasai pengalaman snorkelling dan diving yang luar biasa dengan pemandangan terumbu karang yang cantik dan kehidupan laut yang pelbagai. Air yang jernih membolehkan pelancong melihat keindahan alam semula jadi bawah laut dan kehidupan marin yang jarang kita lihat dan terokai di pantai bandar Krabi. Banyak jenis hidupan marin seperti parrot fish, clown fish dan juga Black Tip Reef Sharks dikatakan hidup di kawasan taman ini. Tempat ini adalah destinasi yang sesuai untuk menikmati alam semula jadi dan melakukan aktiviti air yang menyeronokkan.

Alamat: 79, 5, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


Lagi Destinasi Menarik Tarikan Pelancong Yang Mendapat Perhatian Pelancong Di Bandar Krabi!

1. Lawati Mangrove Walkway

krabi
Kredit Gambar: Danai Winairat & Lukáš Lapatovský on Google Maps

Mangrove Walkway yang juga dikenali sebagai “Krabi Urban Forest Walkway” merupakan destinasi yang sesuai untuk nature lovers terutama sekali di kalangan bird watchers! Terdapat banyak spesis burung yang dapat dijumpai terutamanya paga waktu pagi di kawasan ini. Di sini, anda akan dapat menemui pelbagai flora dan fauna yang unik sepanjang laluan pejalan kaki bertingkat melalui hutan bakau yang subur. 

Suasana alam semula jadi menawarkan peluang untuk melihat kehidupan laut dan ekosistem hutan bakau yang hidup secara harmoni di sini. Pengalaman ini bukan sahaja membolehkan pelancong terokai keindahan alam semula jadi di Krabi, malah anda akan dapat merasai ketenangan alam di tengah-tengah kawasan bandar.

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


2. Lawati Krabi Elephant Shelter 

krabi
Kredit Gambar: Wojtek & Luki Luki

Krabi Elephant Shelter ialah salah satu destinasi yang memberi pengalaman yang istimewa di mana anda boleh melawati dan melihat gajah-gajah yang menarik. Tempat ini dibina dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada gajah yang sebelum ini disalah gunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan gajah yang terancam. Haiwan ini dijaga dengan baik oleh pusat perlindungan ini dengan tujuan pemuliharaan dan menyediakan penjagaan dan keperluan hidup yang sihat kepada mereka. 

Selain itu, pelancong berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti memberi makan dan memandikan mereka di sungai atau di dalam lumpur atau nama lainnya ialah mud bath. Aktiviti ini memberi peluang untuk memahami lebih mendalam tentang kehidupan dan keperluan gajah-gajah ini sambil memberikan sokongan kepada usaha pemuliharaan mereka.

Alamat: 334, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


3. Lawati BanNaTeen Green Village

krabi
Kredit Gambar: visitandamanlocal.com

BanNaTeen Green Village merupakan satu komuniti eco-friendly kecil di Krabi yang memberi peluang untuk pelancong memahami gaya hidup sustainable living dan pertanian organik. Antara aktiviti yang dilakukan di sini termasuk perikanan pantai, ladang getah dan kelapa serta dusun. 

Semasa lawatan ini, pelancong akan diberi peluang untuk melihat bagaimana penduduk tempatan menjalankan kehidupan yang mesra alam. Pelancong juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam bengkel dan aktiviti kebudayaan seperti menangkap ikan, menoreh getah dan memasak masakan tempatan menggunakan bahan-bahan yang segar. Peluang ini juga memberi ruang kepada pelancong untuk mempelajari lebih mendalam tentang kebudayaan tempatan dan melibatkan diri dalam pengalaman gaya hidup yang lebih lestari.

Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut 


4. Lawati Wat Kaew Korawaram 

krabi
Kredit Gambar: Stefan Saur & suntorophotolibrary.blogspot.com

Terletak di atas bukit menghadap pusat bandar Krabi, Wat Kaew Korawaram merupakan kuil yang juga merupakan tapak suci Buddha yang besar dengan seni bina tempatan yang unik. Keindahan seni bina kuil dengan tembok putih dan bumbung berwarna biru gelap menjadikan tarikan ini lain dari kuil yang biasa kita dapat lihat di Thailand. 

Kesenian kuil ini memberi peluang kepada mereka yang ingin mempelajari tentang budaya tersebut. Pelancong akan dapat menikmati suasana tenang mengelilingi kuil ini serta mengagumi keindahan seni bina dan aura kerohanian di kawasan kuil ini. Wat Kaew Korawaram adalah tempat yang ideal untuk mencari ketenangan dan mempelajari tentang agama dan kepercayaan budaya lain.

Alamat: Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


5. Lawati Muzium Andaman Cultural Study

teroka
Kredit Gambar: Nguyen Khanhlinh & CY Lee on Google Maps

Muzium Andaman Cultural Study merupakan satu sumber pusat pembelajaran untuk seni, budaya dan sejarah di kawasan daerah Krabi. Muzium ini menceritakan sejarah kaya bandar Krabi sebagai bandar pelabuhan yang bermula sejak 2,000 tahun lalu sehingga kini yang jarang pelancong terokai. Terdapat juga Muzium Manik yang menceritakan sejarah manik purba atau ancient beads untuk pengetahuan pelancong yang datang ke sini. 

Destinasi ini memberi peluang yang hebat untuk anda menghayati warisan budaya yang kaya dengan sejarah. Muzium ini juga mempamerkan pelbagai artifak dan pameran tradisional yang menggambarkan sejarah dan adat istiadat tempatan Krabi Thai. Pelancong yang datang bersama keluarga atau rakan akan dapat lebih memahami dan menghargai keunikan adat dan tradisi tempatan yang berharga semasa menerokai bandar Krabi!

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


Selepas anda terokai pelbagai tempat menarik di sekitar bandar Krabi dan menikmati keindahan warisan budaya serta alam semula jadi yang memukau, tidak lengkaplah percutian anda di Krabi jika tidak bersantai di kawasan pantai Ao Nang yang terkenal. Mari kita ke Krabi kerana Krabi menanti kedatangan anda!

Jom baca: 10+ Pantai Tumpuan Pelancong di Krabi

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran...

Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan...

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

Tempat Menarik di Krabi Thailand – Yang POPULAR

Melancong ke luar negara sememangnya impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu. Walaubagaimanapun bukan semua destinasi percutian ke luar negara yang mahal....

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x