10+ Tips Penting Perlu Anda Tahu Jika Merancang Bercuti Di Krabi

Krabi, adalah salah satu destinasi yang menarik dan eksotik yang menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan dengan pantainya yang berpasir putih dan pemandangan yang indah untuk dinikmati. Sebelum merancang perjalanan anda untuk bercuti di Krabi, ada beberapa tips yang berguna untuk anda pertimbangkan supaya pengalaman bercuti anda menjadi lebih lancar dan menyeronokkan.


13 Tips Penting Perlu Yang Anda Tahu Jika Merancang Untuk Bercuti Di Krabi, Thailand

1. Kenali High Season & Low Season Di Krabi

tips merancang ke krabi
Kredit Gambar: www.thailandtourism.net & thethaiger.com

Tips ini amat penting untuk anda merancang percutian anda pada awal perancangan. Terdapat dua musim yang anda perlu tahu sebelum anda memilih tarikh percutian anda di Krabi iaitu Musim Kemuncak (high season) dan Musim Rendah (low season). High season di Krabi bermula dari bulan Disember hingga Februari. Dalam tempoh tersebut, Krabi akan dipenuhi dengan pelancong yang kebanyakannya datang daripada negara Eropah yang mengalami musim dingin. Maka, anda akan melihat ramai pelancong eropah bercuti sambil menikmati kehangatan matahari di Krabi. 

Low season di Krabi pula bermula dari bulan April hingga Oktober. Dalam tempoh tersebut, kadar harga tempat penginapan akan ditawarkan dengan lebih murah dibandingkan semasa waktu high season. Pakej aktiviti watersport seperti island hopping, diving dan aktiviti lain juga akan ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.

Tetapi perlu diingatkan juga, pelancong yang datang semasa low season ini kemungkinan besar tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang ada kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan kurang sesuai untuk melakukan aktiviti air disebabkan hujan lebat dan ombak yang bergelora yang boleh membahayakan keselamatan.

Hotel Terdekat


2. Rancang Mode Transportation Yang Ingin Digunakan

tips merancang ke krabi
Kredit Gambar: ctrl-alt-travel.com & yourkrabi.com

Penting untuk anda merancang terlebih dahulu mod pengangkutan yang anda ingin gunakan supaya dapat memudahkan perjalanan anda sepanjang percutian nanti. Semasa mengkaji mod pengangkutan yang sesuai untuk anda gunakan, anda perlu mempertimbangkan keperluan dan jarak perjalanan yang akan anda lalui dengan teliti supaya anda dapat menganggarkan perbelanjaan yang anda perlukan sepanjang perjalanan.

Terdapat beberapa pilihan mod pengangkutan yang ada untuk ada pilih seperti Grab, tuk-tuk, dan songthaew tersedia sesuai untuk perjalanan singkat di sekitar bandar atau destinasi pelancongan berdekatan. 

Hotel Terdekat


3. Sentiasa Membawa Dokumen Pengenalan Diri

tips merancang ke krabi
Kredit Gambar: datasonic.com.my & imi.gov.my

Sebagai pelancong, anda perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana yang anda pergi terutama sekali bila melancong ke luar negara seperti di Krabi, Thailand. Pastikan juga passport anda sah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempohnya. Langkah ini penting untuk memastikan anda mempunyai akses ke negara yang anda lawati dan untuk menjaga keselamatan perjalanan secara sah. 

Hotel Terdekat


4. Bawa Kipas Tangan Atau Kipas Elektrik Untuk Keselesaan

tips ke krabi
Kredit Gambar: ubuy.com.my & lazada.com.my

Sebelum pergi ke Krabi, disarankan untuk anda membawa bersama kipas tangan atau kipas elektrik mudah alih. Ini kerana kebanyakan restoran atau kedai makan di Krabi hanya dilengkapi dengan kipas sahaja. Walaupun rata-rata kedai makan di Krabi terletak berhampiran pantai dan anda mungkin dapat rasa tiupan dari laut, tetapi apabila keadaan menjadi sesak akan membuatkan anda tidak selesa terutama apabila mahu makan. Jadi, bawalah kipas tangan untuk memastikan keselesaan anda terjaga. 

Hotel Terdekat


5. Pilih Masa Yang Sesuai Berjalan-Jalan Di Pantai Ao Nang

tips krabi
Kredit Gambar: miidiinii.com & xdaysiny.com

Pantai Ao Nang tidak mempunyai banyak tempat teduhan untuk berteduh dari cahaya matahari. Jadi, jika anda merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Pantai Ao Nang, anda disarankan untuk memilih waktu yang sesuai sama ada waktu awal pagi atau lewat petang. Pada waktu tersebut, suasana di sekitar Pantai Ao Nang lebih sejuk dan matahari tidak terlalu terik menjadikannya lebih selesa dan nyaman untuk dilawati.

Hotel Terdekat


6. Periksa Persekitaran Kedai Makan/Restoran Terlebih Dahulu

Kredit Gambar: yourkrabi.com & Halal Thai App (Google Play)

Sebelum makan di kedai makan atau restoran tempatan, disarankan untuk periksa persekitaran kedai tersebut terlebih dahulu. Langkah ini adalah penting untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dan memastikan makanan yang anda makan adalah selamat. Selain itu, bagi mereka yang beragama Islam, anda disarankan untuk bertanya dahulu kepada pelayan atau pemilik kedai sama ada kedai makan tersebut ‘muslim-friendly’ atau tidak sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan makanan yang dihidangkan itu mematuhi hukum agama Islam.

Hotel Terdekat


7. Pilih Lokasi Tempat Penginapan Yang Strategik

Kredit Gambar: krabiresort.com-krabi.com & thenorthernboy.com

Krabi menawarkan pelbagai pilihan hotel yang luas dan sesuai mengikut citarasa yang tersendiri. Bagi memastikan percutian anda berbaloi, amatlah disarankan untuk anda memilih tempat penginapan yang mempunyai lokasi yang strategik supaya anda dapat berpuas hati sepanjang percutian anda. Jika anda mahukan pemandangan laut yang memukau, pilihlah tempat penginapan yang menawarkan bilik seaview seperti di Dusit Thani Krabi Beach Resort. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan panorama kawasan alam semula jadi Krabi dengan memilih Andakiri Pool Villa sebagai lokasi tempat penginapan anda sewaktu bercuti di sana. 

Langkah ini bukan sahaja dapat memudahkan anda dalam memilih tempat penginapan yang sesuai bahkan ia dapat memberikan satu kepuasan untuk anda apabila berjaya memilih tempat penginapan yang bagus lagi berbaloi untuk percutian anda. Tips ini adalah penting ya bagi anda yang inginkan percutian yang sempurna lebih-lebih lagi bila ada bercuti di Krabi!

Hotel Terdekat


8. Pastikan Anda Berurusan Dengan Pihak yang Berdaftar

Kredit Gambar: Holidaygogogo Tours Sdn Bhd (Facebook) & travelprofessionalnews.com

Untuk anda yang mahu melancong menggunakan agensi pelancongan, adalah penting untuk memastikan anda berurusan dengan pihak yang berdaftar atau berlesen yang boleh dipercayai. Terdapat beberapa agensi pelancongan atau pihak yang menawarkan servis menjual pakej aktiviti seperti island hopping, snorkelling dan diving untuk memudahkan anda melakukan aktiviti di sana seperti agensi pelancongan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd. Anda perlu pastikan mereka beroperasi secara sah agar dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. 

Anda disarankan untuk memeriksa lesen perniagaan mereka sebelum membuat sebarang transaksi serta membuat perbandingan harga untuk memastikan anda mendapat tawaran yang berbaloi. Kami suggest untuk anda membuat tempahan secara online melalui platform yang sah atau menerusi agensi pelancongan yang berdaftar untuk menjamin pengalaman percutian yang selamat dan memuaskan. 

Hotel Terdekat


9. Bawa Kelengkapan Yang Sesuai Sepanjang Percutian Anda

Kredit Gambar: @klaudiilalala (Instagram) & holidayst.com

Krabi dikenali oleh ramai pelancong dengan percutiannya di tepi pantai sambil menikmati kemeriahan suasana lokalnya yang harmoni. Pastikan anda membawa kelengkapan yang sesuai agar anda dapat menikmati percutian di tepi pantai dengan selesa apabila melancong ke Krabi. Jangan lupa untuk membawa set pakaian yang selesa dan pakai kasut atau selipar yang sesuai untuk aktiviti yang anda ingin lakukan di sana!

Hotel Terdekat


10. Sediakan Duit Tunai Secukupnya Sebelum Bercuti

Kredit Gambar: thestar.com.my & guide2thailand.com

Anda digalakkan untuk membawa duit tunai yang mencukupi apabila bercuti di luar negara. Hal ini kerana kebanyakan kedai-kedai lebih selesa untuk menerima bayaran secara tunai. Walaupun penggunaan aplikasi untuk membuat pembayaran boleh dilakukan, tetapi ianya kurang dipraktikkan lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan pelancong. Oleh itu, dengan menyediakan duit secara tunai yang mencukupi dapat memudahkan proses pembelian dan juga memantau perbelanjaan anda semasa bercuti.

Hotel Terdekat


11. Tukar Nilai Mata Wang Terlebih Dahulu Sebelum Melancong

Kredit Gambar: agendadaily.com & hotels.com

Sebelum anda melancong ke Krabi, Thailand, pastikan anda tukar terlebih dahulu nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) kepada Baht Thailand (THB). Untuk pengetahuan, kadar pertukaran mata wang Baht Thailand adalah lebih rendah di Malaysia berbanding di Thailand. Setelah anda menukar mata wang Ringgit Malaysia, simpan duit Baht Thailand dalam beg khas yang selamat bagi mengelakkan daripada anda tertukar dengan duit Ringgit Malaysia dan memastikan keselamatan duit anda dijaga rapi. Tips ini dikira penting kerana ia melibatkan perbelanjaan anda ya!

Hotel Terdekat


12. Jangan Lupa Dapatkan Travel Insurans

Kredit Gambar: kurnia.com & bjak.my

Jangan skip tips ini! Pastikan anda mendapatkan travel insurance sebelum melancong ke Krabi, Thailand bagi mendapatkan perlindungan yang penting terutama dari segi kesihatan dan kecemasan perubatan.

Terdapat tiga jenis travel insurance di Thailand:

  • Compulsory Insurance adalah insurans yang wajib pelancong perlu ambil di Thailand.
  • Voluntary Insurance adalah insurans premium yang digalakkan untuk dibeli tetapi tidak wajib.
  • Individual Travel Insurance adalah insurans yang digalakkan dibeli jika pelancong mengembara melalui darat, tetapi ia juga tidak wajib.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapat travel insurance secara sah untuk perjalanan percutian anda seperti yang tersedia dalam laman web Travel Insurance Malaysia & Domestic daripada Holidaygogogo Tours Sdn Bhd yang menawarkan travel insurance kepada mereka yang berminat dengan pakej percutian mereka.

Hotel Terdekat


13. Beli Cenderahati Di Pasar Tempatan Lebih Berbaloi

Kredit Gambar: traveltriangle.com & holidify.com

Terdapat beberapa pasar tempatan yang sesuai untuk dilawati oleh pelancong luar untuk membeli barang-barang seperti cenderahati untuk di bawa pulang. Salah satu pasar tempatan yang menjadi tumpuan pelancong luar di Krabi ini adalah Krabi Night Market dan Ao Nang Night Market. Pasar-pasar tempatan ini menawarkan pelbagai pilihan barangan termasuklah aksesori, pakaian, street food, dan souvenirs yang unik untuk anda pilih. Ini adalah tips yang sesuai untuk anda yang gemar membeli cenderahati untuk kenang-kenangan. 

Hotel Terdekat


Dengan mempertimbangkan tips-tips di atas, pengalaman melancong ke Krabi, Thailand akan menjadi lebih menyenangkan dan lancar. Selamat bercuti dan nikmatilah keindahan alam semula jadi serta budaya indah yang ditawarkan oleh Krabi! 

4.8/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...

Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam Buat Pelancong Yang Ingin Bercuti Di Krabi

Percutian bersama keluarga dan rakan boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di Krabi. Dalam itinerari ini, kita akan memberikan cadangan destinasi yang menawarkan...

10+ Makanan Selatan Thai Wajib Cuba di Krabi!

Makanan adalah salah satu tarikan terbaik dalam pengalaman percutian, dan Krabi menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Mari kita cuba makanan yang wajib kita cuba...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x