Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Info Penting Khas Untuk Percutian Honeymoon Di Krabi!

Setiap pasangan pasti menginginkan destinasi percutian bulan madu yang sempurna dan penuh privasi untuk meluangkan masa yang berharga bersama orang tersayang. Krabi, Thailand merupakan destinasi honeymoon terunggul yang terkenal dengan keindahan alam dalam suasana romantis.


Info Penting untuk Pasangan yang Ingin Berbulan Madu di Krabi

Tempat Penginapan

bulan madu
Kredit Gambar: Pinterest

Terdapat banyak hotel yang sesuai untuk honeymoon di Krabi. Rata-rataya mempunyai pemandangan bilik yang memukau dan selesa buat pasangan untuk berbulan madu. Hotel ini juga menyediakan pilihan aktiviti adventure yang menarik yang termasuk di dalam pakej honeymoon. Selain itu, terdapat banyak fasiliti dan kemudahan hotel yang disediakan untuk menjadikan pengalaman percutian bulan madu lebih bermakna.

Antara hotel yang special untuk honeymoon adalah:

  1. Anana Ecological Resort Krabi
  2. Sofitel Krabi Phokeethra Golf & Spa Resort
  3. Rayavadee Hotel
  4. Dusit Thani Krabi Beach Resort
  5. The Tubkaak Krabi Boutique Resort

Ingin tahu lanjut? Jom baca lagi: Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Hotel Terdekat 


Aktiviti Khas Untuk Honeymooners

1. Berjalan-jalan santai di tepi pantai

info-penting-honeymoon-krabi
Kredit Gambar: Pinterest

Berjalan-jalan santai di sepanjang pantai semasa matahari terbit atau terbenam. Terokai pantai sambil menikmati kebersamaan antara satu sama lain. Luangkan hari bersama dengan bersantai di pantai Krabi yang indah & nikmati matahari, pasir, dan air yang jernih.

Hotel Terdekat


2. Ber-Island Hopping

info-penting-honeymoon-krabi
Kredit Gambar: Pinterest

Terokai pulau berdekatan seperti Phi Phi Islands, Hong Islands dan Bamboo Islands yang boleh didapati di beberapa hotel yang menawarkan pakej island hopping. Nikmati pengalaman melakukan aktiviti snorkelling, berenang dan berehat di pantai terpencil yang menakjubkan.

Hotel Terdekat


3. Mencuba Sunset Cruises

info-penting-honeymoon-krabi
Kredit: Pinterest & krabisunsetcruise.com

Mulakan pelayaran romantis matahari terbenam di Laut Andaman. Nikmati pemandangan yang menakjubkan ketika matahari terbenam di kaki langit ketika ber-honeymoon di Krabi.

Hotel Terdekat


4. Menikmati Couple’s Spa Treatment

bulan madu
Kredit Gambar: sofitelkrabiphokeethra.com

Manjakan diri dalam rawatan spa yang menenangkan bersama-sama. Nikmati urutan, rawatan muka dan terapi kesihatan dalam suasana yang tenang.

Hotel Terdekat


5. Menikmati Private Candle Light Dinner

info-penting-honeymoon-krabi
Kredit Gambar: Pinterest

Hayati momen mesra makan malam dengan hidangan istimewa yang disajikan secara eksklusif di restoran hotel atau resort. Meja yang dihiaskan dengan dekorasi dan cahaya lilin yang romantik, anda dan pasangan dapat meluangkan masa berkualiti bersama semasa honeymoon di Krabi tanpa gangguan.

Hotel Terdekat


6. Melakukan Aktiviti Outdoor Bersama

info-penting-honeymoon-krabi
Kredit Gambar: Pinterest

Libatkan diri dalam sukan air seperti berkayak, paddleboarding dan snorkelling. Cuba mendaki batu atau mendaki di Railay Beach untuk memacu adrenalin. Mendaki ke viewpoint seperti di Tab Kak Hang Nak Hill untuk pemandangan panoramik dan merakam gambar landskap dan pantai yang menakjubkan. Pergi menyelam untuk melihat terumbu karang yang meriah dan hidupan marin serta alami dunia bawah air dengan melakukan aktiviti snorkelling. Terokai kars dan gua batu kapur Phang Nga Bay sambil & lawati James Bond Island yang terkenal dan landskapnya yang unik.

Hotel Terdekat


Tempat Makan Romantis

1. De’ Fish Seafood Restaurant

info-penting-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: aonangfiore.com

De’ Fish Seafood Restaurant ialah sebuah restoran di Aonang Fiore yang terletak bersebelahan gunung. Restoran ini menampilkan suasana santai dan romantis sesuai untuk pasangan yang berbulan madu. Terdapat pilihan menu makanan halal dan vegetarian yang dihidangkan khas untuk pasangan Muslim. Menu di sini menghidangkan makanan laut segar, Asian-Thai Cuisine dan juga Western Europe Cuisine sesuai dengan citarasa semua pelanggan. Restoran ini hanya beroperasi semasa waktu makan tengah hari dan makan malam sahaja, jadi sebelum anda datang ke sini, pastikan anda membuat reservation untuk menempah meja terlebih dahulu.

Alamat: 764, Moo 2, Ao Nang, Mueang Krabi District, 81000, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


2. Khaothong Hills

info-penting-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Instagram Khaothong Hills

Kafe dengan pemandangan indah bukit di Krabi adalah di Khaothong Hills yang juga merupakan destinasi makan sempurna untuk pasangan. Restoran ini berada di kawasan bukit dikelilingi hutan menampilkan suasana tenang sambil menikmati pemandangan indah kehijauan alam. Hidangan makanan ala western cuisine dan pastries, makanan thai ala moden, serta makanan yang kebiasaannya ditawarkan di kafe lain memang sangat berbaloi dicuba di restoran muslim-friendly yang beroperasi untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam ini. Pasangan yang berhasrat untuk datang ke sini digalakkan untuk membuat reservation bagi menempah meja kerana tempat ini sering mendapat tumpuan para pelancong yang lain.  

Alamat: 764, Moo 2, Ao Nang, Mueang Krabi District, 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Instagram


3. Arundina @ The Tubkaak Krabi Boutique Resort

info-penting-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: tubkaakresort.com

Terletak di dalam Tubkaak Krabi Boutique Resort yang bersebelahan persisiran pantai iaitu Arundina @ The Tubkaak Krabi Boutique Resort menampilkan suasana santai sambil menikmati hidangan lazat. Restoran ini menyediakan pilihan hidangan vegan dan gluten-free mengikut permintaan pelanggan dan makanan Asian-Thai cuisine dengan makanan western. Anda dan pasangan boleh menikmati makan sarapan dan makan malam romantis di sini tetapi jangan lupa untuk membuat reservation untuk menempah meja khas untuk romantic dinner pilihan anda.

Alamat: 123 Moo 3, Tumbol Nongtalay, Amphur Muang, Tub Kaek Beach, Krabi, Thailand, 81180

Waktu Operasi: Setiap hari (7 pagi – 12 tengah malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


4. Romantic Dining di Restoran @ Dusit Thani Krabi Beach Resort

info-penting-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: dusit.com & FB Dusit Hotels & Resorts

Gembirakan pasangan anda dengan menempah meja khas melalui reservation untuk romantic dinner anda di Romantic Dining Restoran @ Dusit Thani Krabi Beach Resort. Restoran yang berada di dalam Dusit Thani Krabi Beach Resort ini terletak bersebelahan persisiran pantai yang tenang dengan suasana santai. Di sini, anda boleh menikmati pilihan hidangan seafood segar, Asian-Thai cuisine, Western dan Italian cuisine bergantung kepada beberapa restoran lain di dalam resort ini. Selain romantic dinner, anda juga boleh menikmati makan sarapan kerana restoran ini beroperasi pada waktu pagi juga.

Alamat: 155 Moo 2, Nong Thale, Muang, Krabi, Thailand 81180, Klong Muang, Krabi, Thailand, 81180

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 11 pagi & 6 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


5. Romantic Dining di Restoran @ Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi

info-penting-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: centarahotelsresorts.com

Cipta kenangan manis di Restoran @ Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi semasa romantic dining pada waktu malam bersama pasangan anda. Restoran yang beroperasi setiap hari tetapi bergantung kepada tempahan ini terletak di dalam Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi yang bersebelahan persisiran pantai dengan pemandangan air laut biru jernih yang tenang. Tempat ini menghidangkan makanan laut, makanan Asia-Thai dan Japanese, makanan antarabangsa dan grilled food bergantung kepada beberapa restoran di dalam resort ini. Pastikan anda membuat reservation untuk menempah meja khas bagi menikmati makan malam romantis pilihan anda di sini. 

Alamat: 396-396/1 Moo 2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Waktu Operasi: Setiap hari (6:30 pagi – 10:30 malam & 12 tengah hari – 11:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


10 Tips Ringkas Buat Honeymooners

bulan madu
Kredit Gambar: Pinterest
  1. Pilih Masa yang Terbaik untuk Bercuti
    Biasanya bulan November dan April sesuai untuk dilawati terutama sekali apabila cuaca kering dan menyenangkan. Disarankan untuk merujuk info cuaca terkini!
  2. Pilih Tempat Penginapan yang Bersesuaian
    Selidik dahulu dan tempah penginapan anda lebih awal mengikut kriteria yang anda inginkan seperti dekat dengan pantai, tempat makan dan sebagainya.
  3. Rancang Aktiviti yang Akan Dilakukan di Sana
    Buat senarai aktiviti yang anda berdua ingin alami dan tempah aktiviti yang anda ingin lakukan bagi memudahkan percutian honeymoon anda.
  4. Bercutilah Mengikut Budget yang Berbaloi
    Tetapkan budget yang realistik. Disarankan untuk menggunakan khidmat travel agensi yang menawarkan all-in pakej bagi memudahkan pengiraan belanja anda.
  5. Memilih Mod Pengangkutan yang Bersesuaian
    Digalakkan untuk menyewa skuter atau menaiki grabcar untuk pengangkutan tempatan yang mudah.
  6. Sentiasa Mempunyai Wang Tunai
    Sediakan mata wang tempatan Baht Thai (฿) untuk kecemasan atau sebagai wang tambahan untuk kegunaan lain.
  7. Pastikan Anda Mengemas Beg dengan Bijak
    Pastikan beg anda tidak terlalu berat dengan bawa pakaian yang selesa dan sebarang ubat yang mungkin anda perlukan ketika bercuti nanti.
  8. Jangan Lupa untuk Mencuba Makanan Unik Thai Semasa Percutian Anda
    Nikmati masakan Thai tempatan di restoran tepi pantai dan gerai makanan jalanan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan laut yang segar.
  9. Jangan Lupa untuk Aturkan Makan Malam Romantis Anda Di Sana
    Untuk makan malam penuh romantis memerlukan tempahan. Jadi, anda perlu pastikan tempahan dibuat sebelum anda bercuti.
  10. Sentiasa Membawa Dokumen Penting Semasa Anda Bercuti
    Dokumen seperti passport, Insuran Travel (jika ada) dan lain-lain berkaitan penting untuk anda bawa sebagai dokumen sah anda semasa bercuti di sana.

Hotel Terdekat


Tambahan 7 Tips Untuk Anda Apabila Bercuti!

bulan madu
Kredit Gambar: Pinterest
  1. Memakai Sun Protection
    Jangan lupa pelindung matahari, topi dan cermin mata hitam untuk melindungi diri anda daripada matahari.
  2. Memakai Mosquito Repellent
    Bawa ubat nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga.
  3. Memakai Pakaian yang Bersesuaian
    Memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti pantai, serta beberapa pilihan yang lebih cantik untuk makan malam romantis anda.
  4. Menghormati Budaya Tempatan
    Menghormati budaya dan adat tempatan semasa anda bercuti. Sentiasa berpakaian sopan dan berinteraksi dengan penduduk tempatan dengan mesra.
  5. Mempelajari & Kenali Asas Bahasa Tempatan
    Mempelajari beberapa frasa asas Thai juga boleh meningkatkan pengalaman anda.
  6. Membawa Kamera untuk Menangkap Gambar Kenangan
    Abadikan kenangan anda dan pasangan dengan merakam atau menangkap foto pemandangan yang menakjubkan.
  7. Sentiasa Memastikan Keselamatan Sepanjang Bercuti Terjaga
    Utamakan keselamatan anda dan pasangan semasa melakukan aktiviti air dan ikut arahan mereka yang terlatih dan profesional.

Hotel Terdekat


Dengan kecantikan alam semula jadi, keunikan budaya, dan pelbagai pengalaman romantis yang ditawarkan, Krabi merupakan destinasi impian untuk percutian honeymoon yang istimewa. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan manis dan bermakna di sini. Krabi sedia menanti untuk menyambut kehadiran anda bersama pasangan!

Kalau anda masih belum tahu nak menginap di hotel mana satu semasa ber-honeymoon, jom baca sini!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10+ Makanan Selatan Thai Wajib Cuba di Krabi!

Makanan adalah salah satu tarikan terbaik dalam pengalaman percutian, dan Krabi menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Mari kita cuba makanan yang wajib kita cuba...

Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam Buat Pelancong Yang Ingin Bercuti Di Krabi

Percutian bersama keluarga dan rakan boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di Krabi. Dalam itinerari ini, kita akan memberikan cadangan destinasi yang menawarkan...

8 Destinasi Berbaloi Menerokai Keindahan Alam Di Krabi

Keistimewaan di Krabi adalah keindahan alam semula jadinya. Dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik, tebing-tebing batu kapur yang megah, dan hutan-hutan bakau yang subur, Krabi...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x