Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5+ Port Shopping Souvenirs Berbaloi & Cantik Di Krabi

Krabi, bandar yang terletak di selatan Thailand merupakan sebuah bandar tarikan pelancong yang sesuai untuk aktiviti santai jalan-jalan dan membeli cenderahati yang unik dan menarik untuk dibawa pulang. Korang akan jumpa banyak local markets dan kedai-kedai yang menjual souvenirs yang eksklusif dan bernilai. Jom kami kongsikan 6 tempat membeli souvenirs terbaik di Krabi!


6 Port Shopping Souvenirs Unik, Berbaloi & Cantik Yang Anda Boleh Dapati Bila Bercuti Di Krabi

1. Ao Nang Landmark Night Market

tempat beli souvenirs di krabi
Kredit Gambar: weseektravel.com

Ao Nang Landmark Night Market adalah antara salah satu pasar tempatan di Krabi yang wajib untuk dikunjungi para pelancong. Suasana pasar tempatan ini akan memberikan lifetime experience yang sangat menyeronokkan kerana environment-nya yang sangat lively. Ao Nang Landmark Night Market ini bukan saja dipenuhi dengan jualan makanan, tetapi juga penuh dengan gerai-gerai yang menjual kraftangan tempatan yang exotic dan authentic seperti beg tangan rotan yang sesuai untuk dibawa pulang sebagai souvenirs yang menarik!

Korang juga boleh menikmati makanan ‘street food’ yang sedap-sedap sambil menonton muzik live dan juga menyaksikan persembahan kebudayaan yang mempesonakan di sana. Istimewanya pasar tempatan ini, korang dapat melihat beberapa gerai yang menjual makanan exotic seperti cengkerik goreng, belalang bakar, dan silkworm yang dikatakan mempunyai rasa yang unik dan sedap. Kalau korang nak cuba, meh la try datang ke Ao Nang Landmark Night Market. 

Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (3:30 petang – 12 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


2. Railay Walking Street

tempat beli souvenirs di krabi
Kredit Gambar: thailandmagazine.com & cktravels.com

Kalau korang berada di kawasan Railay ni jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Railay Walking Street. Pasar yang juga dipenuhi dengan gerai-gerai yang berbagai ini terletak di Railay Beach yang pasti menarik minat pelancong yang melalui kawasan tarikan pelancong ini. Berbeza dengan Ao Nang Landmark Night Market, Railay Walking Street ini menawarkan barangan souvenirs yang agak modern sedikit dan lebih kepada citarasa orang-orang muda especially, untuk perempuan.

Kalau rasa-rasa nak beli souvenirs seperti jewelleries macam rantai, earrings dan sebagainya maka Railay Walking Street sesuai sangat untuk add-on dalam list korang ya! Selain itu, korang juga dapat tengok gerai-gerai yang menjual pakaian fashion yang trendy dan cantik-cantik serta hasil seni yang authentic yang dijual di sana. 

Alamat: Railay West Beach, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat hingga Ahad (5 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


3. Krabi Walking Street

tempat beli souvenirs di krabi
Kredit Gambar: thailandtourismdirectory.go.th & Peggy Ng on Google Maps

Krabi Walking Street ini adalah tempat yang perlu korang pergi especially waktu hujung minggu. Dekat sini, korang boleh cuci-cuci mata dan shopping souvenirs yang menarik perhatian korang! Krabi Walking Street ini adalah pasar malam yang menjadi sambutan dalam kalangan pelancong luar di bandar Krabi ini kerana gerai-gerai yang berniaga dekat sini semuanya menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik. Jadi, kalau korang nak cari baju-baju lokal atau pakaian yang menampilkan ala-ala Krabi, ataupun tengah cari aksesori seperti rantai, cincin atau handy craft yang authentic lagikan original dekat Krabi, confirm kena datang sini.

Selain itu, dekat pasar tempatan ini ada banyak tempat duduk untuk korang berehat dan bersantai sambil dengar persembahan muzik live. Bonus info untuk korang, sebenarnya kebanyakan barang dijual untuk target pelancong asing yang datang kat sini, bukan untuk penduduk tempatan. Tetapi, ada juga penduduk tempatan yang datang sini asbab nak rasa suasana best tu. Kalau berkesempatan, cubalah beramah mesra dengan penduduk tempatan atau penjual di sini, mana tahu boleh dapat harga diskaun, lagi best! Untuk korang yang jarang datang sini kenalah shopping sikit. Beli dan cuba-cuba snek tempatan yang ada dijual dekat sini pun jadilah buat souvenirs untuk dibawa pulang nanti. Krabi Walking Street ini adalah lokasi shopping souvenirs yang akan bagi korang pengalaman yang best dan korang dapat bawa balik souvenirs yang eksklusif sebagai memori semasa bercuti di Krabi.

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat hingga Ahad (5:30 petang –10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


4. Vogue Shopping Centre

tempat beli souvenirs di krabi
Kredit Gambar: Vogue Shopping Center & 108siam Siam on Google Maps

Satu lagi port shopping yang berbaloi untuk korang datang adalah Vogue Shopping Centre. Destinasi ini adalah pusat membeli-belah moden dan dipenuhi dengan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan yang popular di sekitar Thailand. Disebabkan mall ini lengkap dengan air-conditioning, korang akan rasa lebih selesa bila nak shopping dan tak rasa panas. Untuk korang yang ada budget lebih dan mencari barang yang tinggi nilai harganya untuk dijadikan sebagai souvenirs boleh datang ke shopping mall ini. Kebanyakan personal shoppers akan shopping ke Krabi juga akan singgah di mall ini mengikut permintaan orang ramai.

Sama seperti shopping mall di Malaysia, ada macam-macam barang yang terjual dari pakaian yang stylish, barang elektronik yang up-to-date, makeup, ubat-ubatan, dan banyak lagi. Walaupun barang-barang ini korang boleh jumpa di Malaysia, tetapi harga yang ditawarkan adalah lebih murah dan kadang-kadang korang boleh dapat design yang one-of-a-kind yang hanya available di outlet sekitar Thailand sahaja seperti botol Tumblr yang dijual dari Starbucks. Dengan banyak pilihan macam ni, Vogue Shopping Centre memang tempat yang best untuk membeli souvenirs, memenuhi keperluan diri sendiri atau nak self-reward di Krabi.

Alamat: 76, 1 Maharaj Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


5. Maharaj Market

beli belah
Kredit Gambar: Roman Uscky & Apichart Wijittunukool on Google Maps

Maharaj Market di Krabi ini lebih dikenali sebagai ‘wet market‘ tempatan yang sangat meriah dan suasananya sangat happening sebab kat sini ada banyak bahan-bahan segar yang dijual. Ringkasnya, tempat ni macam pasar pagi di Malaysia, korang boleh jumpa macam-macam bahan masakan tradisional Thailand dan korang juga boleh bawa balik untuk cuba masak kat rumah dengan bahan-bahan yang korang beli dari sini.

Maharaj Market ni bukan sahaja wet market semata-mata tau, kalau korang jalan-jalan sekitar kawasan pasar ni sekitar waktu pagi, korang akan jumpa beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman lokal yang rasanya begitu authentic ala Thailand. Nanti kalau dah sampai sini, jangan lupa try tau makanan dan minuman dekat gerai-gerai ni. Memang confirm korang akan rasa lain dari yang lain. 

Alamat: 69, Maharaj 7 Alley, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 12 tengah hari)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


6. Chock Dee Handmade Jewelry

beli belah
Kredit Gambar: Craig Graham & Per Juhlander on Google Maps

Chock Dee Handmade Jewelry ni tempat yang confirm, heaven gila untuk perempuan sebab kat sini, korang boleh cari cincin atau rantai yang unik buatan orang tempatan Krabi. Selain rantai dan cincin, ada juga earrings, brooches dan gelang tangan. Jangan risau, lelaki pun boleh shopping sebab design barang kemas kat sini ada untuk lelaki juga!

Kebanyakkan barang kemas kat sini semuanya limited edition sebab korang takkan jumpa design barang kemas sini kat kedai-kedai lain. Kat sini, diorang buat design yang boleh custom-made ikut style korang, jadi semua barang kemas yang dijual memang special, sesuai lah untuk korang yang nak matching dengan bestie! Kualiti barangan kat tempat ini pun setaraf jenama international tau jadi barang kemas kat sini bagus untuk sesiapa yang nak membeli souvenirs untuk kawan-kawan atau keluarga di Krabi.

Alamat: 2, 142/6 Moo, 2 Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


Kesimpulannya, Krabi ni memang best kalau nak shopping pelbagai jenis barang yang lain dari tempat lain. Korang boleh cari hadiah, baju, barang dapur segar, atau barang kemas yang rare sepanjang trip korang kat sini. Dengan shopping experience ni, korang boleh rasa betul-betul budaya tempatan dan bawa balik kenangan special. Jom la kita cuti-cuti Krabi!

Sebelum shopping kena tukar dahulu duit kepada duit tempatan tau! Jangan risau, banyak pilihan tempat pertukaran wang yang ada di sini.

Jom baca: 5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik di Krabi

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

Top 5 Homestay Cantik dan Tenang di Krabi!

Selain hotel dan resort, ada juga pilihan untuk anda menginap di homestay sekitar Krabi. Kebiasaannya, homestay merupakan pilihan yang popular di kalangan pelancong berkeluarga...

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...

Cadangan Itinerari Perjalanan 5 Hari 4 Malam Untuk Percutian Panjang Di Krabi!

Percutian yang panjang adalah masa yang paling dinantikan terutamanya bagi pelancong yang berkeluarga dan mereka yang merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan. Cadangan itinerari 5...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....

8 Destinasi Berbaloi Menerokai Keindahan Alam Di Krabi

Keistimewaan di Krabi adalah keindahan alam semula jadinya. Dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik, tebing-tebing batu kapur yang megah, dan hutan-hutan bakau yang subur, Krabi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x