Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana. Anda juga berkesempatan untuk merasainya di Krabi. Berikut adalah antara tempat massage dan rawatan spa di Krabi yang anda boleh cuba semasa berada di sana. Jom kita lihat!


7 Tempat Massage Thai & Rawatan Spa Terbaik Untuk Dicuba Di Krabi Semasa Anda Bercuti Di Sana!

1. Massage Corner

rawatan spa urut krabi
Kredit Gambar: massagecorneraonang.com

Massage Corner adalah destinasi yang sempurna untuk mencuba pelbagai servis lengkap spa dan urut, termasuk spa, traditional Thai massage, dan skrub. Antara servis lain yang disediakan di sini adalah traditional Thai massage, urut aromaterapi, skrub dan masker badan, pedicure, dan hot candle massage yang dapat meningkatkan rasa kesegaran badan. 

Kehangatan dari minyak urut yang digunakan bertujuan untuk membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan aliran darah, dan memberi suasana yang santai, menjadikannya tempat terbaik untuk menghilangkan kepenatan dan mendapatkan semula keseimbangan tubuh dan minda. Nikmati pengalaman santai di Massage Corner dan pulang dengan perasaan yang lebih segar dan tenang.

Anda boleh melawati halaman Facebook dan laman web rasmi mereka untuk info lanjut.

Alamat: 155, 17, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


2. Atta-Rak Massage Ao Nang

rawatan spa urut krabi
Kredit Gambar: Attarak Ao Nang on Facebook

Tempat seterusnya adalah di Atta-Rak Massage Ao Nang. Tempat urut ini yang menawarkan pelbagai servis urutan, termasuk traditional Thai massage, skrub dan rawatan facial yang bagus untuk merawat masalah kulit. Di sini, anda juga boleh menikmati pelbagai servis lain seperti urut tangan dan kaki, urut aromaterapi, urut dengan ramuan Thai yang istimewa, skrub dan masker badan. 

Atta-Rak Massage Ao Nang adalah tempat yang perlu dijadikan salah satu pilihan untuk menghilangkan kepenatan setelah melakukan pelbagai aktiviti sepanjang percutian anda. Jadi, mari kunjungi kedai urut mereka dan nikmati pengalaman urut yang lain daripada yang lain.

Alamat: 86, 2, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook 


3. Isaya Massage

rawatan spa urut krabi
Kredit Gambar: Isaya Massage & Olga Kom on Google Maps

Terletak berhampiran tarikan pelancong popular seperti Krabi Walking Street,  Isaya Massage adalah tempat yang menawarkan pelbagai servis urut dan juga servis hair removal. Di sini, anda boleh menikmati traditional Thai massage serta servis hair removal yang dilakukan oleh tukang urut yang profesional. Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang tempat urut ini, anda boleh layari Facebook Isaya Massage untuk mengetahui servis lain yang ditawarkan dan lain-lain pertanyaan. 

Antara servis yang disediakan termasuk servis waxing badan, Brazilian waxing, dan urut facial. Tempat ini sesuai dalam kalangan pelancong wanita yang ingin mengembalikan kesegaran badan dan juga menjaga penampilan diri.

Alamat: 90, 26 Maharaj Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


4. Sa-bai Thai Massage

rawatan spa urut krabi
Kredit Gambar: Patrick Goh & Sa-Bai Thai Massage on Google Maps

Sa-Bai Thai Massage adalah destinasi yang sempurna untuk pengalaman urut Thai yang pelbagai. Di sini, anda boleh menikmati traditional Thai massage, urut aromaterapi, urut kaki yang melegakan dengan menggunakan produk minyak panas khas bagi tujuan urut. 

Dengan pelbagai pilihan servis yang anda boleh dapatkan di sini, Sa-Bai Thai Massage selalu memastikan setiap pelawat dapat merasai kesegaran dan kesejahteraan diri mereka. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari halaman Facebook Sa-bai Thai Massage untuk mengetahui maklumat lain atau membaca review tentang perkhidmatan di sini.

Alamat: Sa-bai Thai Massage, 12/15 Chao Fa Road, Tambon Pak Nam, Amphoe Mueang Krabi, Krabi 81000

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 9:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


5. Naree Massage

rawatan spa urut krabi
Kredit Gambar: Gaurav Pendey & Naree Massage on Google Maps

Selain daripada urut tradisional Thai yang terdapat di mana-mana kedai urut di Thailand,  Naree Massage juga menyediakan servis seperti manicure dan pedicure. Antara pilihan servis yang ditawarkan termasuk traditional Thai massage menggunakan minyak kelapa panas, skrub badan dan urut facial yang lembut dan juga bagus untuk memulihkan keadaan kulit anda. 

Terdapat juga servis urut aromaterapi dan urutan susu yang lain daripada yang lain. Naree Massage adalah destinasi yang wajib anda lawati jika anda ingin menjaga kecantikan kulit dan badan, serta merasai sendiri pengalaman yang santai dan menenangkan.

Alamat: 99, Utarakit Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


6. Patara Thai Massage

spa urut
Kredit Gambar: Patara Thai on Facebook

Terletak di kawasan Pantai Ao Nang, Patara Spa menawarkan pelbagai servis urut dan rawatan badan. Anda boleh merasai traditional Thai massage, urut kaki, serta Patara Signature Massage iaitu urut remedi seluruh badan selama 60 minit. 

Selain itu, terdapat juga urutan minyak, rawatan badan yang menyegarkan, dan rawatan untuk mengatasi masalah ‘office syndrome’. Pelancong ‘workaholic’ yang menginginkan urutan yang dapat membantu menyegarkan badan mereka patut cuba rawatan urut di spa ini. Tempat ini tempat yang sangat sempurna untuk melepaskan tekanan dan merasai kesegaran tubuh dan ketenangan minda.

Alamat: 1, 10, Ruamjit Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


7. Jane & June Massage

spa krabi
Kredit Gambar: Jane & June Massage on Google Maps

Spa ini yang menawarkan pelbagai servis termasuk skrub badan, rawatan facial, waxing, serta perkhidmatan penjagaan kuku dan rambut. Anda akan mendapatkan urutan di bilik khas dalam suasana yang berlatarbelakangkan bunyi kehidupan fauna. 

Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penjagaan rambut seperti braids dan penjagaan kuku. Anda juga boleh mendapatkan servis pick up dari hotel ke rumah urut ini jika anda penginapan berhampiran kawasan Ao Nang. Sila layari halaman Facebook dan laman web mereka untuk keterangan lanjut!

Alamat: 691, 1 Na Thai So16/1, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook

Baca juga 7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi!


Kesimpulannya, terdapat banyak tempat yang menawarkan servis traditional Thai massage dan rawatan spa di sekitar Krabi untuk anda meluangkan masa dengan memanjakan diri anda sepanjang percutian. Sekiranya anda berminat, terus sahaja menghubungi spa-spa yang disenaraikan di atas untuk membuat temujanji dan berikan diri anda peluang untuk merasai pengalaman urut yang special di sana. Apa tunggu lagi, marilah kita merancang perjalanan ke Krabi!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Cadangan Itinerari Perjalanan 5 Hari 4 Malam Untuk Percutian Panjang Di Krabi!

Percutian yang panjang adalah masa yang paling dinantikan terutamanya bagi pelancong yang berkeluarga dan mereka yang merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan. Cadangan itinerari 5...

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam Buat Pelancong Yang Ingin Bercuti Di Krabi

Percutian bersama keluarga dan rakan boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di Krabi. Dalam itinerari ini, kita akan memberikan cadangan destinasi yang menawarkan...

Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan...

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x