25+ Tempat & Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan mempesonakan dengan hamparan pantai pasir putih, hutan yang menghijau dan lebih daripada 200 pulau yang cantik yang sedia diterokai. Selain daripada tempat menarik, Krabi tidak kurangnya dengan aktiviti yang menarik juga, aktiviti seperti island hopping, ATV di hutan simpanan, merendam di air kolam panas dan zipline merupakan pelbagai aktiviti yang paling disukai ramai semasa melancong di Krabi.

Bulan sesuai dan terbaik untuk bercuti di Krabi adalah di antara November dan April kerana cuaca di Selatan Thailand pada tempoh ini adalah lebih kering, kebanyakan tempat aktiviti di Krabi beroperasi pada tempoh ini dan ada juga yang beroperasi sepanjang tahun.

Pilihan penginapan di Krabi juga sangat banyak, daripada hostel yang bajet ke resort tepi pantai yang bertaraf tinggi dan menarik. Antara tempat yang paling menarik dan disukai ramai adalah Aonang, terdapat banyak pilihan penginapan di sini yang sesuai sama ada anda datang dengan keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja untuk team building.

Lapangan terbang Krabi juga telah membuka lebih banyak perjalanan dan jadual penerbangan yang lebih kerap dari sebelumnya. Jadi anda boleh datang dan meneroka pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan di sini. Sama sama kita menerokai tempat tempat dan aktiviti yang menarik di Krabi, teruskan membaca.


25+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

1. Pantai & Gua Railay


Pantai Railay mempunyai potensi sebagai pantai yang paling menarik di Thailand, hanya boleh di akses menggunakan bot kerana tebingnya yang tinggi memisahkan pantai ini dari tanah besar. Disini anda akan dapat menyaksikan keindahan pasir pantai yang memutih, pemandangan yang mempesonakan dan tebing batu kapur yang hebat. Apabila anda berada di Railay, anda tidak akan nampak satu pun jalan atau kereta kerana lokasinya yang terasing dari jalan utama. Cuma ada beberapa bot dan bar untuk anda meluangkan petang anda di sini. Tempat ini sememangnya sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.

Anda juga boleh mencuba pakej setengah hari ‘rock climbing’ di Pantai Railay (termasuk pengangkutan dari hotel dan pelatih profesional).

Hotel Terdekat Peta Lokasi

  • Bot Mula Beroperasi : 8.00 am
  • Bot Terakhir Ke Pantai Railay : 5.00 pm

  • 200 Baht (RM 27.51)/seorang

  • Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


2. Sewa Bot Untuk Pandu Sendiri Atau Bot Dengan Pemandu

Terdapat lebih kurang 200 pulau yang terletak sepanjang pantai Krabi, sesetengah hanyalah batu kecil yang timbul di permukaan air, dan sesetengahnya lebih besar tapi masih tidak dihuni dan sesetengahnya pula telah dihuni oleh manusia. Anda boleh menyewa bot dari bandar Krabi atau Ao Nang dan meneroka ke pulau-pulau dengan sendiri sekiranya anda seorang pengemudi bot yang hebat. Ataupun anda boleh memilih untuk menyewa bot dengan kemudahan pemandu supaya anda boleh berehat sambil menikmati keindahan pulau. Waktu yang paling bagus untuk melawat Krabi adalah di antara bulan November dan April untuk mengelakkan cuaca yang sukar diramal.

  • Bot Mula Beroperasi : 8.00 am
  • Bot Terakhir Ke Pantai Railay : 5.00 pm

  • Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


3. Saksikan Kecantikan Tiada Banding Di Taman Semula jadi Hutan Thung Teao

Di Taman Semula jadi ini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang menarik.  Satu lagi bahagian yang menarik di sini adalah Crystal Lagoon. Juga dikenali sebagai Emerald Pool, airnya yang tidak terlalu sejuk dan jernih membolehkan anda untuk berenang dan melupakan sebentar dunia luar sementara mengagumi keindahan air terjunnya. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat burung Pita Gurney yang terdahulunya disangka telah pupus tetapi telah dilihat muncul di taman ini beberapa kali.

  • Setiap hari dari pukul 7.30am-5.30pm

  • 200 Baht (RM 27.48)

  • Khlong Thom Nuea, Khlong Thom District, Krabi 81120, Thailand


4. Melawat Kuil Di Dalam Gua Wat Tham Sua

Satu daripada keajaiban semula jadi yang berbaloi untuk dilawati adalah gua yang terletak di dalam hutan dan dihuni oleh sami-sami yang tinggal dan beribadat di sini. Legenda mengatakan yang dahulunya kuil ini dihuni oleh seekor harimau dan nama kuil ini juga diambil dari sini. Apabila anda masuk dan terokai gua ini, anda akan dapat melihat pelbagai replika di dalamnya. Pastikan anda melawat ‘footprint of the Buddha’ (tapak kaki Buddha) semasa berada di sini. Anda perlu mendaki 1,237 anak tangga untuk ke sini dan ianya bukanlah perkara yang mudah. Tetapi anda akan dapat melihat pemandangan 360 darjah Laut Andaman dan beberapa lagi pulau yang cantik di sekitarnya.

  • Setiap hari dari 7.30am -7.30pm

  • Percuma

  • Krabi Noi, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


5. Pulau Phi Phi

Selepas digunakan sebagai lokasi penggambaran filem ‘The Beach’, Pulau Phi Phi telah menjadi terkenal dan menerima kunjungan pelancong tanpa henti. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bot laju yang mengambil masa 45 minit dari Krabi. Phi Phi terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Phi Phi Don dan Phi Phi Leh. Phi Phi Don merupakan pulau telah dihuni dan menjadi tumpuan para pelancong. Terkenal dengan air lautnya yang biru kehijau-hijauan dan pemandangan yang memukau. Jika anda merancang untuk pergi kesini, anda dinasihatkan untuk memulakan perjalanan pada awal pagi kerana keadaan akan menjadi semakin sibuk dan sesak dengan pelancong.

  • Kawasan Pulau

  • Harga Tiket Bot dari Krabi ke Pulau Phi Phi:
  • Sekitar 400 Baht (RM 55)

  • Phi Phi Islands, Krabi, Thailand


6. Berendam Di Dalam Kolam Mata Air Klong Thom

Kolam mata air Krabi ini dikelilingi oleh hutan hujan yang indah. Batu-batu di sekeliling kolam mata air ini telah diubah suai menjadi batu yang licin dan airnya juga datang dari mata air termal yang terdapat dalam kawah gunung berapi. Suhu air boleh mencecah 40 darjah Celsius dan mengandungi garam mineral semula jadi yang mempunyai banyak kebaikan untuk membantu proses penyembuhan. Anda dapat merehatkan diri disini dan selepas itu anda boleh berendam di dalam anak sungai di mana mengalirnya air yang lebih sejuk dan menyegarkan. Kolam mata air ini juga terletak berdekatan dengan Emerald Pool jadi anda boleh mencuba kedua-duanya.

Cadangan tempat pelancongan: Kolam Mata Air Panas Wareerak Spa dan Rawatan Urutan di Hutan hujan Krabi

  • 7.00am-6.00pm

  • 90 Baht (RM 12.37) untuk kolam air panas sahaja
  • 200 Baht (RM 27.48) untuk kolam air panas, Khao Phra Bang Kram Nature Reserve dan Kolam Kristal/Emerald

  • Huai Nam Khao, Khlong Thom District, Krabi 81120, Thailand


7. Khao Khanab Nam – The Landmarks Of Krabi

Gunung Khao Khanab Nam adalah mercu tanda yang paling terkenal di Krabi, ianya terletak bersebelahan dengan sungai dan merupakan keajaiban semula jadi yang sebenar. Dua gunung ini terletak di atas deretan gua, dan terdapat banyak tulang manusia yang mungkin daripada manusia yang terperangkap ketika banjir. Salah satu dari gunung tersebut boleh didaki dan menawarkan latar belakang yang cantik untuk bergambar apabila anda sampai ke puncak.

  • 12.00am-11.55pm
  • Tetapi anda disarankan untuk berada disitu sehingga pukul 5.00pm sahaja

  • Harga Tiket Bot dari Chao Fa Pier Krabi ke Khao Khanab Nam sekitar 300 Baht (RM 41.23)

  • Sai Thai sub-district, Krabi Town, Krabi 81000


8. Bersantai Di Koh Lanta

Koh Lanta Yai adalah sebuah pulau yang terletak dua jam dari pekan Krabi, pulau kecil ini mempunyai keluasan sepanjang 20 kilometer. Pulau ini mempunyai penduduknya yang tersendiri dan juga terdapat banyak rumah tumpangan dan resort untuk di sewa disini. Pulau ini sendiri mempunyai pantai-pantai yang cantik dan sunyi tetapi memukau. Jika anda inginkan waktu untuk berehat selama beberapa hari dengan tenang ini merupakan tempat yang paling ideal. Harga barang disini juga masih rendah kerana kadar pelancongan disini masih tidak sepopular Pulau Phi Phi. Di Koh Lanta juga terdapat banyak sekolah menyelam yang diiktiraf dan mereka bersedia untuk membawa anda meneroka keindahan hidupan marin dan batu karang yang ada di sini. Satu jambatan sedang dibina yang akan menghubungkan pulau ke Koh Lanta Noi dan memberi pelancong lebih banyak tempat untuk diteroka.

  • Kawasan Pulau

  • Ko Lanta District, Krabi 81150, Thailand


9. Kembali ke Masa Silam Di Pekan Krabi

Berbeza dengan tempat pelancongan yang lain, Pekan Krabi mempunyai kelainannya yang tersendiri. Walaupun menerima jumlah pelancong yang banyak, pekan ini masih mengekalkan keasliannya dan memilih untuk tidak berubah untuk memenuhi keperluan pelancong. Ianya masih mengekalkan suasana ‘local’. Sungai yang mengalir di tengah pekan juga selalu dapat dilihat dipenuhi dengan bot-bot nelayan yang membawa hasil tangkapan mereka untuk dihidangkan terus ke meja makan di restoran. Pekan ini mempunyai keasliannya yang tersendiri dengan kewujudan bar-bar tempatan dan restoran yang menawarkan rasa asli masakan Thailand kepada pengunjung yang datang.

  • Kawasan pekan

  • Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


10. Keajaiban Geologi Susan Hoi

Terjadi sekitar 25 dan 40 juta tahun yang terdahulu dan terletak sepanjang 200 meter adalah tapak fosil kerang-kerang. Lebihan batu-batuan kapur yang ada di dalam air meliputi kerang dan menjadikannya fosil. Hanya terdapat tiga ‘kuburan’ kerang seperti ini di dunia. Jika anda sukakan keadaan geologi seperti ini, Susan Hoi adalah tempat yang harus anda lawati. Disini juga ada tokong Cina dan hutan bakau yang boleh dilawati.

  • Setiap hari dari 7.00am-6.00pm

  • Susan Hoi terletak di dalam kawasan National Park. Jadi pengunjung perlu membayar 400 Baht (RM 54.97) untuk masuk ke sini.

  • Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


11. Pergi ke Four Island

Salah satu tempat yang popular di kalangan pelancong yang ke Krabi adalah Four Island. Anda akan dibawa melawat ke pulau-pulau yang berbeza seperti Tup Island, Phra Nang Cave, Chicken Island dan Poda Island. Anda akan menaiki bot Panjang dan bot ini akan berhenti di setiap lokasi untuk beri anda masa berenang, berjemur di bawah cahaya matahari, meneroka dan makan tengah hari. Bot ini biasanya boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa dan pemandu pelancong akan berdiri di depan bot untuk memberi penerangan tentang tempat-tempat yang ada dalam Bahasa Inggeris dan memastikan semuanya lengkap sepanjang perjalanan.

Pelancongan yang terkenal: Matahari terbit di Pulau Phi Phi Krabi & Melawat 4 Pulau dengan Bot Laju

  • Lawatan ke empat pulau ini tersedia setiap hari:
    • Pickup: 8.30-9.0am/12.30pm
    • Return: 4.00pm/7.00pm

  • Harga Sewa Bot Untuk Ke Four Island
    • Bot Laju: 1100 Baht (RM 151.16)/seorang
    • Bot Panjang: 800 Baht (RM 109.94)/seorang
  • Atau
    • Bot Laju Peribadi (1-10 orang): 16000 Baht (RM 2198.73)
    • Bot Laju Peribadi (11-20 orang): 30000 Baht (RM 4122.61)
    • Bot Laju Peribadi (21-30 orang): 38000 Baht (RM 5221.98)
    • Bot Panjang Peribadi (1-8 orang): 10000 Baht (RM 1374.20)

  • Pranang Beach,Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, 81000 Thailand
  • Tup Island,Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, 81000 Thailand
  • Chicken Island, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
  • Poda Island, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


12. Membeli-belah di Pasar Malam

Pekan Krabi sama seperti kebanyakan pekan besar yang lain di Thailand, ianya mempunyai pasar malam. Pasar ini dibuka pada setiap petang Jumaat sehingga Ahad dan peluang untuk ke sini pastinya tidak boleh dilepaskan. Terdapat lebih 70 kedai menjual makanan dan juga warga tempatan yang menjual cenderamata. Pelajar-pelajar sekolah tempatan juga akan mengadakan persembahan sekali-sekala disini untuk mengumpul duit buat sekolah mereka atau aktiviti kebajikan. Disini juga ada sebuah kedai yang istimewa dan pelancong perlu tahu akan kewujudannya. Aiskrim kelapa disini sangat terkenal kerana kesedapannya. Walaupun banyak kedai lain menjual benda yang sama tapi rasanya berlainan.

  • Dibuka setiap hari Jumaat- Ahad dari 6.00pm-9.30pm

  • Kawasan pasar

  • Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


13. Kagumi Keindahan Pantai Phra Nang

Dipilih sebagai satu daripada sepuluh pantai yang tercantik di dunia, anda pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk ke sini. Ia hanya mengambil masa 20 minit jika anda menaiki bot Panjang dari Ao Nang dan pantai ini mempunyai pemandangan yang sangat indah dan cantik untuk berenang. Pantai ini sempurna dengan pasirnya yang memutih dan diapit dengan tebing yang tinggi. Anda tidak akan menjumpai satu pun jet ski atau kegiatan-kegiatan lain, jadi anda boleh menikmati suasana dan pemandangan yang memukau di sini tanpa sebarang gangguan.

  • 8.00am-6.00pm

  • Harga tiket bot panjang dari Ao Nang ke Pantai Phra Nang
    • Sekitar 100 Baht (RM 13.74)/sehala

  • Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand


14. Melawat Pusat Pelindungan Gajah

Pastikan anda melawat Pusat Pelindungan dan ketahui kenapa anda TIDAK PATUT menunggangnya (walaupun malangnya perkhidmatan ini ditawarkan di seluruh Krabi). Gajah-gajah disini dirawat dengan baik dan anda akan terpegun dengan betapa cantiknya pusat pelindungan ini. Anda juga berpeluang untuk memberi makan, memandikan dan berjalan dengan gajah.

  • Dibuka setiap hari dari 7.00am-6.00pm

  • 2500 Baht (RM 343.55)/seorang

  • 83/13 Ao Luek Tai, Ao Luek District, Krabi 81110, Thailand


15. Melawat Kuil Wat Kaew

Wat Kaew adalah sebuah kuil yang terletak di tengah-tengah bandar Krabi. Ianya bukanlah sebuah kuil yang terbesar tetapi kuil ini mempunyai dekorasi dinding yang cantik di dalamnya. Dindingnya berwarna biru dan dipenuhi dengan pelbagai lukisan Buddha.  Di hujung kuil ini juga terdapat satu patung emas Buddha besar yang menjadi tumpuan kuil ini. DI sekitar kuil ini juga terdapat pelbagai kedai menjual makanan dan penjual yang menjual tangkal dan azimat.

Dibuka setiap hari dari 8.30am-3.30pm

  • 500 Baht (RM 68.71) termasuk tiket masuk ke Grand Palace

  • Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


16. Habiskan Masa Petang dengan aktiviti ‘Rock Climbing

Pendaki dari seluruh negara datang ke Krabi untuk menawan batuan kapur yang banyak terdapat di kawasan ini. Pelbagai kelas ada di sini untuk memenuhi permintaan pendaki-pendaki yang tiada pengalaman mendaki untuk berlatih. Pendaki yang baru pertama kali mahu mencuba mendaki akan berasa lebih selamat kerana terdapat cangkuk kekal yang diletakkan dilengkapi dengan tali, sekiranya anda hilang imbangan anda tidak akan jatuh lebih dari 50 cm. Untuk pendaki yang berpengalaman terdapat lebih 700 tempat untuk didaki disini sesuai untuk semua tahap dari F4(mudah) ke F8c(profesional)

Bandingkan ulasan untuk pelbagai ‘rock climbing’ disini

  • Bergantung kepada pakej yang anda ambil.

  • Bergantung kepada pakej yang anda ambil.
    • Harga pakej sekitar 2000-3000 Baht (RM 300.00)

  • Bergantung kepada pakej yang anda ambil.


17. Kelas Memasak Makanan Thai

Kelas masakan agak terkenal di seluruh Thailand termasuklah di Krabi. Semua pulau di Krabi ada sekurang-kurangnya satu kelas. Tiada tempat yang lebih baik untuk belajar memasak makanan tempatan selain daripada penduduk tempatan sendiri. Kelas ini akan menyediakan semua bahan-bahan yang diperlukan dan kelas juga diajar oleh orang Thailand yang berpengalaman lama dalam bidang memasak. Mereka boleh mengajar anda menggunakan teknik dan bahan-bahan  untuk memasak ‘green curry’ atau pad thai yang betul. Di akhir kelas, anda akan berpeluang untuk merasa makanan yang anda sediakan sendiri.

  • Bergantung pada kelas yang anda ambil

  • Bergantung pada kelas yang anda ambil

  • Bergantung pada kelas yang anda ambil


18. Manjakan Diri Anda di Spa Krabi

Jika anda ingin melupakan kehidupan seharian anda untuk sebentar dan meluangkan masa untuk diri sendiri spa di Krabi adalah tempat yang paling sesuai untuk dituju. Anda boleh mendapatkan khidmat ,body wraps’, skrub dan rawatan muka menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di Thailand seperti kelapa dan asam jawa. Lawatan anda ke sini tidak akan lengkap tanpa memanjakan diri dengan urutan Thai yang terkenal di seluruh dunia kerana boleh mengembalikan tenaga dan menstabilkan kembali badan anda setelah rawatan selesai. Urutan ini boleh merangsang organ dan darah dalam badan memberikan anda kesegaran apabila toksin dikeluarkan.

  • Bergantung kepada Spa yang anda pilih

  • Bergantung kepada pakej yang dipilih

  • Sekitar Krabi


19. Berakit di Jeram, Krabi

Peluang untuk berakit di jeram ini agak baru di Krabi. Ianya boleh dilakukan di Sungai Songprak yang berukuran 7 kilometer Panjang. Latihan penuh ada disediakan apabila anda sampai ke sini sekali dengan kelengkapan yang diperlukan. Mereka juga akan memastikan anda bersedia sepenuhnya sebelum anda bermula. Tahap kesusahan bermula dari tahap 2-4 membuatkan ianya sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman langsung sebelumnya. Pelatih juga akan turut berada dalam bot sepanjang aktiviti untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang masalah. Sukan ini akan membuatkan adrenalina anda mengalir dengan laju dan ianya tidak sesuai untuk mereka yang lemah.

  • Mengikut Pakej yang Anda Ambil

  • Sekitar 800 Baht (RM 110.65) / Mengikut Pakej

  • Song Phraek, Mueang Phang-nga District, Phang-nga 82000, Thailand


20. Kayak

Bagi mereka yang mencari aktiviti air yang kurang mencabar dari aktiviti di atas ini anda boleh mencuba berkayak. Terdapat beberapa tempat di Krabi yang sesuai untuk berkayak dengan kelebihan yang berbeza di setiap satu. Ao Thalane menyediakan pemandangan hutan bakau, Bor Thor pula anda dapat melihat gua batu kapur yang lama dan di Koh Hong pula ada lagun yang tersembunyi di tengahnya. Di setiap lokasi mata akan disajikan dengan pemandangan yang cantik dan hidupan liar yang menarik (mungkin juga dapat melihat monyet) sepanjang berada di atas kayak.

Lawatan menarik: Krabi: Berkayak di Ao Thalane & Pulau Hong

  • 8.00am-5.00pm

  • Harga Sewa Kayak Setengah Hari Bermula dari 400 Baht (RM 55.03)

  • 120 เขาทอง Tambon Khao Thong, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


21. Melihat Kelainan yang ditawarkan Pulau Koh Klang

Berlainan dengan pulau-pulau lain yang disebut di atas, Koh Klang tidak mempunyai pantai pasir putih untuk anda kagumi. Sebaliknya, pulau ini terkenal sebagai pulau nelayan di mana penduduk di sekitar sini bergantung hidup dengan hasil dari laut. Telah dihuni lebih dari 100 tahun dan sekarang jumlah penduduk yang tinggal secara tetap disini telah mencecah 5000 orang. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan ataupun petani padi. Pulau ini akan menawarkan sisi yang berbeza kerana anda dapat melihat kehidupan seharian penduduk dengan lebih dekat tanpa perlu pergi ke kawasan pendalaman. Penduduk disini terdiri daripada komuniti Muslim yang hidup dengan ciri-ciri tradisional jadi anda dinasihatkan untuk berpakaian dengan sopan semasa melawat ke sini. Pulau ini hanya terletak 5 minit sahaja dari Bandar Krabi dengan menaiki bot.

  • Kawasan pulau

  • Harga Tiket Bot Dari Pekan Krabi – Ko Klang

Sekitar 400-500 Baht (RM 50-60)

  • Khlong Prasong, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


22. Melawat Wat Kaew Korawaram

Wat Kaew Korawaram adalah tokong Buddha yang sangat besar dan terletak di atas bukit dengan berlatarbelakangkan Bandar Krabi. Anda akan mendaki barisan tangga emas yang akan membawa anda terus ke puncak dan disini terletaknya teres berukuran 2,500 sqm yang menempatkan kuil itu sendiri. Berlainan dengan tokong-tokong lain di Thai yang selalunya menggunakan warna merah dan emas, tokong ini di dekorasi dengan dinding berwarna putih dan atapnya berwarna biru gelap. Dinding-dinding di tokong ni juga dihias dengan pelbagai lukisan yang cantik dan barang-baran antik yang boleh dilihat disini. Terdapat juga kedai-kedai menjual cenderahati dan makanan di kawasan sekitar jika anda memerlukan makanan atau minuman setelah penat mendaki ke puncak.

  • Selasa – Ahad, 10.00am -5.00pm

  • Percuma

  • Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand


23. Mendaki ke To Khao Ngon Nak Viewpoint

Lebih kurang 30km dari arah utara Bandar Krabi terdapat sebuah tempat yang dipanggil Nong Thale, disini anda boleh memulakan pendakian menuju ke puncak dan berjalan menyusuri trek sepanjang 4 km yang akan mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke puncak. Khao Ngon Nak bermaksud Gunung Puncak Naga dan perjalanan anda menuju ke puncak akan terasa seperti pengembaraan yang sebenar. Semasa pendakian anda akan dapat melihat sungai, air terjun dan juga beberapa tempat untuk melihat pemandangan. Walaubagaimanapun, benda yang paling menarik menanti anda di puncak di mana anda boleh melihat pemandangan sekitar anda pada ketinggian 565 meter dari paras laut.

  • 8.00am – 4.00pm

  • Percuma

  • Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

5+ Port Shopping Souvenirs Berbaloi & Cantik Di Krabi

Krabi, bandar yang terletak di selatan Thailand merupakan sebuah bandar tarikan pelancong yang sesuai untuk aktiviti santai jalan-jalan dan membeli cenderahati yang unik dan...

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran...

3 Aktiviti Menarik Sesuai Dilakukan Untuk Menerokai Suasana Malam Di Krabi

Krabi, Thailand terkenal dengan tempat-tempat menarik dengan suasana malam yang memukau. Terletak di selatan Thailand, adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti malam yang...

Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x