Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan dengan cita rasa atau impian mencipta kenangan terindah bersama pasangan. Jika anda merancang untuk berbulan madu di Krabi, senarai tempat penginapan istimewa yang sesuai ini akan membantu anda merealisasikan the honeymoon of your dream!


15 Hotel Honeymoon Istimewa Romantis Buat Pasangan Berbulan Madu!

1. Dusit Thani Krabi Beach Resort

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: dusit.com

Dikelilingi dengan flora tropika berhampiran pantai berpasir putih cantik, Dusit Thani Krabi Beach Resort adalah resort mewah yang menawarkan akses kepada private beach dan layanan terbaik dari staff profesional. Selain pilihan bilik dan suite yang luas, kolam renang tepi pantai, restoran yang menyajikan hidangan makanan dari sumber halal. Kemudahan spa dalam taman tropika juga menjadikan resort ini pilihan terbaik untuk anda dan pasangan.

Luangkan masa berharga bersama pasangan dengan melihat pemandangan matahari terbenam dan bersantai sambil menikmati panorama laut yang indah di beberapa tarikan pelancong iaitu di Klong Muang Beach dan Tubkaek Beach. Anda juga boleh bersinggah ke 7-Eleven atau Mother Marche Supermarket untuk membeli barangan keperluan atau anda juga boleh mendapatkan kemudahan car rental di Klong Muang untuk memudahkan perjalanan honeymoon anda di sini.

Alamat: 155 Moo 2, Nong Thale, Muang, Krabi, Thailand 81180, Klong Muang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Rayavadee Hotel 

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: rayavadee.com

Rayavadee Hotel terletak di Semenanjung Pharang, Krabi yang terkenal dengan kecantikan alam semula jadi serta kehidupan laut yang menakjubkan merupakan hotel bertaraf 5 bintang sesuai untuk penginapan honeymoon anda. Flora dan fauna di sekeliling hotel ini dijaga rapi untuk mengekalkan imej ‘tropical paradise’ yang eksklusif untuk pasangan yang mencari pengalaman berbeza daripada hotel biasa. Hotel ini menyediakan fasiliti seperti airport transfer, outdoor swimming pool dan Wi-Fi serta internet berkelajuan tinggi untuk keselesaan tetamu. 

Menarik untuk pasangan berbulan madu, hotel ini menawarkan juga tawaran eksklusif bagi termasuk pakej spa dan 75-minute Thai massage, BBQ dinner dan aktiviti menarik seperti Thai cookery class. Antara aktiviti lain yang sesuai dilakukan anda dan pasangan adalah melawati Phra Nang Cave Beach dan Princess Cave Railay yang berada tidak jauh dari hotel atau berpiknik di Bamboo Island. Selain itu, anda wajib berkunjung ke D’Oasis Cafe Railay untuk meluangkan masa bersama sambil bersinggah ke Rayavadee Boutique Gift Shop untuk membeli cenderahati sebagai tanda kenangan! 

Alamat: 214 Moo 2, Tambol Ao-nang, Amphur Muang, Railay, Krabi, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Centara Grand Beach Resort & Villa Krabi

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels

Berada lebih kurang 55 minit masa perjalanan dari Krabi International Airport, Centara Grand Beach Resort & Villas merupakan penginapan yang berhadapan dengan pemandangan indah Laut Andaman. Menggabungkan daya tarikan pulau yang mewah, resort ini adalah penginapan bulan madu yang sempurna bagi pasangan yang ingin mencari penginapan private. Resort ini menawarkan bilik yang luas dan elegan serta dilengkapi pelbagai fasiliti moden seperti bilik yoga, beachfront dan servis shuttle. 

Nikmati pakej honeymoon retreat di spa resort untuk para honeymooners memanjakan diri setelah melakukan pelbagai aktiviti adventure seperti scuba diving, boat tours atau snorkelling di sini. Menggabungkan daya tarikan pulau yang mewah, Centara Grand Krabi adalah tempat yang sempurna bagi pasangan yang mencari penginapan private. Selain terdapat pelbagai ameniti berdekatan seperti mesin ATM, anda dan pasangan juga boleh menghabiskan masa yang romantis di Dao Art Gallery dan bersantai di Ao Nang Beach.

Alamat: 396-396/1 Moo 2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Sofitel Krabi Phokeethra Golf & Spa Resort 

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels

Diiktiraf sebagai salah satu hotel terbaik, Sofitel Krabi Phokeethra Golf & Spa Resort ini terletak berdekatan tarikan utama Krabi iaitu Klong Muang Beach. Hotel ini menggabungkan elemen mewah Western dan Thai yang pasti akan memberi pengalaman penginapan honeymoon yang unforgettable buat anda dan pasangan di Krabi. Fasiliti yang disediakan di sini termasuk on-site golf course, valet parking dan watersports equipment rentals untuk pasangan yang ingin melakukan aktiviti air di pantai berdekatan. 

Selain berkunjung ke Klong Muang Beach dan pantai berdekatan yang lain, anda dan pasangan juga boleh merasai pengalaman meriah nightlife di pasar tempatan seperti Klong Haeng Saturday Market dan Wednesday Evening Market. Bonus bagi pasangan Muslim, penginapan ideal ini terletak di kawasan yang kebanyakannya adalah masyarakat Muslim, jadi anda boleh mencari restoran yang menghidangkan makanan halal dengan mudah. 

Alamat: 200 Moo 3 T. Nongtalay, A. MUANG, Klong Muang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. The Tubkaak Krabi Boutique Resort

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: tubkaakresort.com

Tubkaak Resort adalah destinasi penginapan eksklusif dan romantik untuk pasangan baru berkahwin. Resort butik ini terletak berhadapan Laut Andaman yang memukau di antara pegunungan Hang Nak dan pantai yang terkenal di Thailand. Bilik dan villa yang selesa beserta kemudahan bilik lengkap dengan Wi-Fi dan internet yang pantas pasti memberikan pengalaman romantis yang tidak dapat dilupakan. 

Selain itu, private sanctuary ini adalah penginapan yang sesuai untuk bersantai dalam suasana romantis sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Antara fasiliti yang disediakan ialah bicycle rental, kemudahan aktiviti eco dan adventure seperti hiking dan canoeing serta tawaran spa, bilik sauna dan servis urutan Thai tradisional. Berdekatan dengan tarikan pelancong seperti Dragon’s Crest Nature Trail dan Tubkaak Beach, anda dan pasangan boleh merancang aktiviti yang sesuai dilakukan semasa menginap di sini. 

Alamat: 123 Moo 3, Tumbol Nongtalay, Amphur Muang, Tub Kaek Beach, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Amari Vogue Krabi

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: amari.com

Amari Vogue Krabi ialah penginapan moden yang berlokasi strategik di hujung Tubkaek Beach dan terletak hanya 40 minit dari Bandar Krabi sangat sesuai untuk ber-honeymoon. Hotel bertaraf 5 bintang ini dilengkapi dengan akses private beach dan pemandangan pantai menakjubkan serta kemudahan lain seperti fasiliti BBQ, kolam renang dan banyak lagi. Di sini, anda dan pasangan boleh meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti eco dan adventure seperti half-day tour di Koh Hong Island menaiki longtail boat atau menikmati suasana tenang sambil merehatkan diri di Chaonang Spa yang termasuk dalam pakej Romantic Beach Escape. 

Pasangan baru berkahwin boleh mengunjungi Silanto Beach atau Laem Bong Beach yang berdekatan untuk meluangkan masa bersama sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan terutamanya pada waktu matahari terbenam. Jangan lepaskan peluang juga untuk berkunjung ke Ao Nang Landmark Market yang terkenal dengan pelbagai street food untuk dicuba dan cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Setelah penat seharian melakukan banyak aktiviti, anda dan pasangan wajib mendapatkan perkhidmatan urutan tradisional Thai di spa dan sauna di sini.  

Alamat: 149 Moo 3, Tambol Nongtalay. Amphur Muang, Tub Kaek Beach, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Phulay Bay, a Ritz-Carlton Reserve

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: ritzcarlton.com

Di sebalik gunung kapur di Laut Andaman Thailand, dikelilingi hutan hujan tropika, pantai dan air terjun jernih, terbina satu secluded paradise iaitu Phulay Bay, Ritz-Carlton Reserve. Penginapan mewah dan mempesona ini sangat sesuai untuk penginapan romantis yang menginginkan pengalaman hidden retreat untuk meluangkan masa yang bersama. Rasai pengalaman ultimate romance dengan tawaran seperti dawn floral bath semasa malam pertama di vila mewah, 90 minit spa honeymoon ritual dan private dinner untuk anda dan pasangan.

Antara salah satu fasiliti menarik adalah aktiviti horseback riding yang jarang ditawarkan di hotel lain menjadikan penginapan ini destinasi yang istimewa untuk menginap. Selain itu, anda dan pasangan berpeluang untuk melakukan aktiviti yoga di Tubkaek Beach, menjelajahi Dragon Crest Mountain, dan makan malam candlelight dengan pemandangan laut waktu senja yang sangat menakjubkan. 

Alamat: 111 Moo 3, T. Nongthalay, Klong Muang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. The Sea Shell Krabi

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels

Nikmati kemewahan penginapan di The Shellsea Krabi untuk percutian honeymoon anda! Villa mewah dan beach resort Krabi di Fossil Shell Beach ini menawarkan percutian private dengan pengalaman yang sukar dilupakan. Kemudahan bilik yang luas dan swimming pool serta aktiviti ecotourism seperti canoeing, kayaking dan berbasikal dapat mengisi masa terluang anda dengan pasangan ketika bercuti sambil kekal aktif. Pilihan bilik mewah seperti Seashell Ocean, Seaview Pool Access, Garden Pool Villa dan Seaview Pool Villa yang selesa juga didatangkan dengan fasiliti seperti complimentary dinner, aktiviti island hopping di Hong Island dan diskaun makanan dan minuman sebanyak 10%. 

Selain itu, anda boleh berkunjung ke tarikan pelancong seperti Fossil Shell Beach (Susan Hoi), Ao Nam Mao Beach dan Krabi Walking Street untuk bersiar-siar pada waktu malam bersama pasangan. Berdekatan resort ini juga terdapat Port Takola Yacht Marina & Boatyard Krabi di mana anda boleh menikmati hidangan lazat di kafe sambil melihat pemandangan laut yang tenang dan damai. 

Alamat: 999 Moo 6 Saithai , Ao Num Mao Bay, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Anana Ecological Resort Krabi

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels

Alami pemandangan panorama 360 darjah kehijauan alam yang tenang dikelilingi oleh bukit batu kapur khas untuk honeymooners di Anana Ecological Resort Krabi. Konsep ‘living with nature’ dengan hospitaliti ekologi yang terbaik ini terletak hanya 8 minit dari pantai tarikan pelancong, Ao Nang Beach, Wednesday Evening Market, restoran, dan pelbagai hiburan. Pilihan Spa Suite atau Pool Access Suite sangat sesuai untuk pasangan yang menginginkan romantic getaway yang perfect dengan bilik private terrace yang mempunyai akses ke private pool dengan pemandangan batu kapur yang sangat cantik. 

Resort yang dibina khas untuk percutian bulan madu ini menyediakan fasiliti kolam renang dan basikal untuk kegunaan tetamu. Selain itu, pusat urut yang selesa dan terkenal iaitu Atta-Rak Massage juga berada tidak jauh dari sini, jadi rugi jika anda tidak mendapatkan perkhidmatan urutan di sana! Anda dan pasangan pasti dapat meluangkan masa yang berkualiti sambil menikmati keindahan alam semula jadi semasa ber-honeymoon di sini.

Alamat: 1004 Moo.2, Soi Suan Tu Rian, Tambol Aonang, Amphoe Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Ban Sainai Resort

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: bansainairesort.com

Terletak lebih kurang 2 km dari Ao Nang Beach, Ban Sainai Resort menawarkan persekitaran resort yang cantik berlatar belakangkan keindahan alam memukau di Krabi. Fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan seperti shuttle service, airport transfer dan internet Wi-Fi yang pantas pasti dapat menjamin pengalaman penginapan honeymoon yang menyenangkan untuk pasangan berbulan madu di Krabi. Dua pilihan bilik jenis cottage, 90 minit urutan kaki, special set dinner dan one-time join dalam pilihan excursions yang ditawarkan dalam Magic Honeymoon Package merupakan antara keistimewaan yang anda dan pasangan boleh dapatkan di sini. 

Selain Ao Nang Beach, anda juga boleh berkunjung ke Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti island hopping, scuba diving atau snorkelling di pantai air jernih. Resort ini juga berdekatan dengan ameniti seperti kedai runcit Tops Daily dan Rabiangsuan Halal Restaurant bagi pasangan Muslim yang ingin mencuba hidangan authentic Thailand di Krabi. 

Alamat: 550 Soi Aonang 11/1, M.2, Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


11. Avani Ao Nang Krabi Resort

penginapan-untuk-honeymoon-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels

Tersembunyi di lereng tebing dan dikelilingi oleh hutan hujan, penginapan di Avani Ao Nang Cliff Krabi Resort menawarkan pasangan honeymoon penginapan yang sangat selesa dengan bilik moden yang luas serta akses ke swimming pool dengan mudah. Terdapat juga on-site golf course dan luggage storage untuk kemudahan tetamu di sini.

Momen berharga seperti melihat matahari terbenam yang menakjubkan di rooftop bar bersama pasangan anda pastinya satu momen yang diimpikan oleh semua pasangan baru berkahwin. Di samping itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan longtail boat untuk berkunjung ke Railay Bay yang dikenali satu dunia atau Sea Gypsy Divers (Diving Center) untuk mendapatkan perkhidmatan diving dari instructor yang bertauliah.

Alamat: 328 Moo 2, Ao Nang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


12. Pakasai Resort

resort bulan madu
Kredit Gambar: pakasai.com

Pakasai Resort menawarkan percutian romantis yang santai di bawah sinar matahari dalam suasana taman tropika yang indah. Berada tidak jauh dari Ao Nang Beach iaitu pantai paling popular di Krabi, resort ini menyediakan penginapan chalet dan suite 4 bintang dalam suasana environmentally-conscious bertujuan untuk memberi keselesaan sepanjang percutian. Honeymoon chalet di sini menampilkan bilik tidur luas dengan dalam suasana tropika yang dilengkapi dengan katil selesa, dan balkoni yang luas menghadap hutan hijau yang subur, ditambah dengan bilik mandi dan bathtub, serta kemudahan mandian seperti di spa.

Di sini anda dan pasangan boleh menggunakan fasiliti seperti kolam renang dan ruang yoga atau berkunjung ke tarikan pelancong seperti Tonsai Beach yang sering menjadi hotspot untuk rock-climbers. Antara ameniti berdekatan adalah Massage Corner, mesin ATM Krungsri Bank dan kedai runcit Tops Daily untuk anda mendapatkan snek atau keperluan harian. 

Alamat: 88 Moo 3 Tumbol Ao Nang Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


13. Aonang Fiore Resort

resort bulan madu
Kredit Gambar: Google Travels

Satu lagi tempat penginapan bertaraf 4 bintang adalah Aonang Fiore Resort. Resort ini merupakan salah satu penginapan romantis yang unforgettable kerana ianya menyediakan pilihan bilik dan villa yang luas dan selesa bagi pasangan berbulan madu. Bilik dan villa yang menampilkan private balcony, kemudahan jacuzzi, katil King-size yang mewah, serta hot water shower dalam bilik berhawa dingin pasti akan menjadikan pengalaman bermalam ini lebih istimewa bersama pasangan.  

Fasiliti outdoor swimming pool, on-site golf course dan servis spa dalam suasana resort yang tenang pasti menjadikan penginapan honeymoon di Krabi lebih berbaloi. Selain itu, resort ini terletak di kawasan berdekatan Ao Nang Beach di mana anda dan pasangan boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di pantai ini dan seterusnya mengunjungi Krabi Town Night Market pada waktu malam untuk aktiviti night strolling sambil window shopping di sini.

Alamat: 764 Moo 2 Aonang,Muang,Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


14. Andakiri Pool Villa Panoramic Sea View

bulan madu
Kredit Gambar: Google Travels

Andakiri Pool Villa merupakan a paradise hideaway on earth di Krabi yang dibina di sepanjang lereng bukit Ao Nang. Terkenal dengan pemandangan seaview, resort ini mempunyai 20 villa satu bilik tidur dan 11 villa dua bilik tidur, setiap unit dilengkapi dengan private swimming pool dan beranda yang menawarkan pemandangan indah gunung hijau serta Ao Nang Beach yang menakjubkan. 

Apabila anda menginap di sini, pastikan anda bersiar-siar di sepanjang Ao Nang Beach atau Noppharat Thara Beach bersama pasangan anda untuk mencipta kenangan romantis bercuti di sini sambil melihat keindahan pantai. Tidak lengkaplah percutian anda jika anda dan pasangan tidak berkunjung ke Klong Haeng Saturday Market untuk membeli belah. Antara fasiliti yang terdapat di villa ini ialah perkhidmatan airport transfer dan shuttle service, servis urutan dan spa, serta kemudahan Wi-Fi dan internet berkelajuan tinggi. 

Alamat: Klonghang Road, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web 


15. Sand Sea Resort

bulan madu
Kredit Gambar: krabisandsea.com

Percutian romantis anda akan menjadi lebih lengkap dengan menikmati pemandangan cantik Railay Beach di Sand Sea Resort dengan latar belakang pemandangan gunung batu kapur dan lautan biru pantai di Laut Andaman. Pilihan penginapan rumah bungalow dan suite mewah, bilik yang luas dan akses pantai yang mudah adalah sangat sesuai untuk pasangan yang menginginkan pengalaman honeymoon istimewa. 

Antara fasiliti yang disediakan adalah airport transfer, BBQ facilities dan perkhidmatan rental car boleh membantu anda merancang destinasi yang akan dikunjungi dengan teratur dan baik. Jika anda dan pasangan menginginkan suatu adventurous semasa percutian romantis, anda boleh melakukan aktiviti rock climbing di Tex Rock Climbing atau King Climbers di Phra Nang Cave Beach. Terdapat juga mesin ATM di dalam resort ini untuk memudahkan anda membuat urusan kewangan semasa bercuti bulan madu. 

Alamat: 192 Moo 5, Saitai, Muang Krabi Thailand 81000, Railay, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


Adakah anda telah membuat keputusan untuk menginap di salah satu penginapan yang disyorkan? Pilihlah penginapan yang serasi dengan cita rasa anda dan pasangan untuk mencipta kenangan manis semasa berbulan madu di Krabi, Thailand!

Tunggu dulu! Sebelum memulakan percutian bulan madu, anda perlu mengetahui beberapa info penting khas tau.

Jom baca: Info Penting Khas Untuk Percutian Honeymoon Di Krabi!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...

25+ Tempat & Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan mempesonakan dengan hamparan pantai pasir putih,...

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Tempat Menarik di Krabi Thailand – Yang POPULAR

Melancong ke luar negara sememangnya impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu. Walaubagaimanapun bukan semua destinasi percutian ke luar negara yang mahal....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x