Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Homestay Cantik dan Tenang di Krabi!

Selain hotel dan resort, ada juga pilihan untuk anda menginap di homestay sekitar Krabi. Kebiasaannya, homestay merupakan pilihan yang popular di kalangan pelancong berkeluarga atau kumpulan besar kerana ia memberikan suasana seperti di rumah dengan ruang yang luas dan selesa.

Berikut adalah beberapa homestay yang menarik di Krabi yang boleh ada pertimbangkan.


5 Homestay Cantik Sesuai untuk Percutian Berkeluarga atau Berkumpulan di Krabi!

1. The Krabi Forest Homestay

homestay-cantik-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travel

Dibina sekitar tahun 1980, homestay ini menawarkan kemudahan bilik yang boleh memuatkan keluarga kerana ia sesuai untuk kapasiti 2 hingga 4 orang dewasa bergantung kepada keluasan premis. Terletak di kawasan persisiran pantai bandar Krabi yang berdekatan dengan pantai-pantai terkenal dan pasar malam. Tetamu boleh meminta perkhidmatan airport transfer ke tempat penginapan untuk sampai ke homestay ini dengan lebih mudah.

Selain daripada kemudahan yang ditawarkan, tempat penginapan ini terletak berhadapan dengan pemandangan pantai dan taman yang menenangkan. Selain itu, homestay ini juga mempunyai pelbagai kemudahan termasuk mesin ATM, akses mudah ke pantai, dan perkhidmatan dobi untuk keselesaan tetamu yang tinggal di sini. Sarapan juga boleh disediakan mengikut permintaan tetamu. 

Alamat: 68 Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan | Phone: 6675661500


2. Pagi-Pagi Villas

homestay-cantik-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travel

Homestay ini terletak kawasan berdekatan pantai Bandar Krabi yang berdekatan pantai-pantai terkenal dan pasar malam yang meriah. Penginapan ini sangat sesuai untuk keluarga atau group trip seramai 2 hingga 4 orang dewasa bergantung kepada saiz premis yang dipilih. Yang lebih menarik, tempat ini menawarkan pilihan harga yang amat berbaloi, membolehkan tetamu memilih antara ‘beach view‘ dan ‘garden view‘ mengikut citarasa masing-masing. 

Selain itu, tempat ini juga membenarkan pelancong membawa haiwan kesayangan mereka serta menyediakan keselesaan ekstra kepada mereka yang membawa haiwan peliharaan. Homestay ini juga dilengkapi dengan kemudahan akses internet dan Wi-Fi, sistem keselamatan CCTV, dan lain-lain. Bagi mereka yang menggunakan kereta atau menyewa kereta sepanjang berada di sini, villa ini menyediakan tempat letak kereta sebagai kemudahan di sini. Secara keseluruhannya, ia sesuai bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga besar untuk bersantai dan berehat. 

Alamat: 115 Khlong Hang Rd, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan | Phone: 6619490901


3. Otter House Krabi

Kredit Gambar: Google Maps

Terletak di tengah bandar Krabi, homestay di Otter House ini boleh memuatkan seramai 8 orang tetamu dewasa. Ia menawarkan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, dapur, dan bilik tidur yang selesa. Homestay ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 6 bilik air sesuai untuk percutian bersama rakan-rakan atau keluarga. Selain itu, bilik-bilik ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan tempat penyimpanan beg yang besar. Lokasi homestay ini hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai ke beberapa tarikan pelancong seperti Krabi Walking Street dan Krabi Town Night Market.

Anda juga tidak perlu risau untuk dapatkan makanan kerana terdapat banyak restoran di sekitar kawasan homestay ini. Antara kemudahan tersedia dalam homestay ini adalah perkhidmatan dobi, tempat letak kereta, kemudahan Wi-Fi dan internet untuk kemudahan anda semasa tempoh menginap. Tempat penginapan ini sesuai bagi mereka yang menginginkan ‘city view’ apabila datang ke Krabi.

Alamat: Maharaj 6 Alley, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan | Phone: 6953594265


4. The Nature House Ao Nang Krabi

Kredit Gambar: airbnb.com

The Nature House merupakan tempat penginapan yang mengutamakan konsep rumah alam dengan kelengkapan 5 bilik tidur yang boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak dalam setiap unit rumah. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil ramai, penginapan ini adalah tempat paling sesuai untuk didiami kerana mereka boleh belajar mengenali pokok sambil menikmati suasana yang tenang dan segar di tengah bandar Krabi. 

Homestay ini juga mempunyai hot tub yang boleh digunakan seisi keluarga setelah penat berjalan di bandar Krabi. Selain mempunyai akses tempat letak kereta, di sini juga terdapat perkhidmatan sewa basikal untuk tetamu mudah bergerak ke restoran atau pasar berdekatan. Pendek kata, ia sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga untuk bersantai dan berehat sambil menikmati suasana bandar di Thailand.

Alamat: 110/1, Soi Kao Kaew 1, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan | Phone: 6953594265


5. Ao Nang Home Stay (Adult Only)

Kredit Gambar: Google Travel

Terletak hanya 2 km dari Pantai Ao Nang di Laut Andaman, homestay ini mempunyai 6 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu bergantung kepada availability bilik, menjadikannya pilihan terbaik untuk keluarga yang lebih besar atau kumpulan rakan. Anda semestinya akan dapat menikmati keselesaan dan privasi di sini sepanjang percutian anda. 

Selain itu, homestay ini juga mempunyai pemandangan pantai yang cantik serta dilengkapi kemudahan akses internet dan Wi-Fi percuma, televisyen flat-screens, mini fridges, dan kelengkapan membuat kopi atau teh. Anda juga boleh bersantai di ruang balkoni atau verandah sambil menikmati pemandangan indah dan secawan kopi panas atau pergi ke spa untuk dapatkan perkhidmatan urut dari staff. Homestay ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga besar.

Alamat: 262/2 Leela Valley, Aonang Soi 11, Ao Nang, 81000, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan | Phone: 6817321273


Setiap homestay yang tersenarai di Krabi ini menyediakan keselesaan yang luar biasa dan suasana yang santai untuk pengalaman penginapan anda di Krabi. Jadi, pilihlah tempat penginapan yang memenuhi kehendak percutian anda di sana!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Krabi Thailand – Yang POPULAR

Melancong ke luar negara sememangnya impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu. Walaubagaimanapun bukan semua destinasi percutian ke luar negara yang mahal....

Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan...

25+ Tempat & Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan mempesonakan dengan hamparan pantai pasir putih,...

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x