Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

20+ Hotel Family-Friendly Pilihan Utama Pelancong di Krabi

Setiap percutian pastinya memerlukan destinasi penginapan yang selesa dengan ruang bilik yang luas dan berada di lokasi yang strategik terutamanya apabila anda bercuti bersama keluarga. Jika anda merancang untuk melancong ke Krabi bersama keluarga, terdapat beberapa hotel ‘family-friendly’ yang menawarkan penginapan selesa untuk percutian anda sekeluarga.


26 Hotel ‘Family-Friendly’ Yang Menjadi Pilihan Utama di Kalangan Pelancong di Krabi

1. Holiday Ao Nang Beach Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: holidayresortkrabi.com

Sebuah resort mewah bertaraf 5 bintang dan dikelilingi keindahan tropika kerana berada tidak jauh dari Pantai Nopparat Thara yang cantik adalah di Holiday Ao Nang Beach Resort. Keindahan air terjun, fasiliti kolam renang dan swim-up bars yang khas untuk hiburan seisi keluarga pasti akan menjadikan pengalaman penginapan di sini sangat bermakna. Ruang bilik yang luas dilengkapi dengan Wi-Fi serta penghawa dingin akan memberi keselesaan kepada keluarga anda. 

Selain itu, lokasi resort ini berdekatan dengan tarikan pelancong seperti Ao Nang Landmark Night Market dan beberapa pantai terkenal sangat sesuai untuk anda melakukan banyak aktiviti air. Fasiliti lain yang terdapat disini termasuk fitness center dan perkhidmatan penjagaan anak. Terdapat juga restoran halal seperti Arbadi Halal Restaurant dan May & Zin Restaurant di sekitar kawasan hotel untuk pengunjung beragama Islam.

Alamat: 123, Moo 3, Ao Nang Beach, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook 


2. Andakiri Pool Villa Panoramic Sea View

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: andakiripoolvilla.com & Google Travels

Andakiri Pool Villa ialah sebuah penginapan cantik yang terletak di lereng bukit Ao Nang, iaitu tarikan pelancongan terkenal dunia di Thailand dengan hanya 5 minit masa pemanduan ke pantai dan kira-kira 40 minit masa pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi (KBV). Andakiri Pool Villa adalah kediaman bergaya ‘modern tropical’ yang terbaru di Ao Nang.

Terdapat 20 vila satu bilik tidur dan 11 vila dua bilik tidur dengan private pool dan balcony dalam setiap unit di mana anda akan dapat merasa kenyamanan angin dan pemandangan mountain view di Ao Nang Beach yang indah. Sesuai untuk percutian bulan madu, percutian keluarga atau bersama rakan-rakan yang budget-friendly, villa ini terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Hospital Wattanapat Ao Nang, kedai runcit dan mesin ATM. Selain itu, terdapat banyak tarikan pelancong berdekatan seperti Noppharat Thara Beach dan Klong Haeng Saturday Market.

Alamat: Klonghang Road, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web


3. Aonang Fiore Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: aonangfiore.com

Destinasi penginapan syurga yang terletak berdekatan dengan Ao Nang Beach ini menyediakan kemudahan bilik yang luas dan kolam renang untuk percutian keluarga atau rakan-rakan, tetapi masih ‘budget-friendly’. Anda boleh berjalan dan bersantai di Asean Park yang berada di dalam kawasan resort ini sambil melihat tumbuhan tropika yang hidup di sekitarnya. Terdapat dua jenis bilik iaitu cottage dan villa ditawarkan di sini yang dilengkapi dengan penghawa dingin, katil yang besar serta private balcony sesuai honeymooners.

Kedai-kedai seperti 7 Eleven, Makro Food Service, mesin ATM dan Atta-rak Massage Ao Nang, Makro Food Service, dan Masjid Al-Munawarah Aonang akan memudahkan pengunjung mendapatkan keperluan harian. Jika anda menginap di sini, rugi jika anda tidak melawati tarikan pelancong seperti Krabi Town Night Market, dan Railay Beach. Resort ini juga menyediakan kemudahan WiFi, spa, dan aktiviti ecotourism seperti berkayak.

Alamat: 764, Moo 2, Aonang, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


4. Pakasai Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: pakasai.com

Resort Pakasai menawarkan percutian romantis dalam suasana taman tropika yang cantik di sebelah pantai terkenal di Krabi. Keselesaan menginap di chalet dan suite 4 bintang ini akan memberi anda pengalaman seperti menginap di rumah sendiri. Resort ini sangat sesuai untuk trip bersama keluarga, rakan-rakan atau honeymooners.

Berdekatan dengan pantai, Hospital Wattanapat Ao Nang, dan mesin ATM Krungsri Bank, anda juga boleh melawat tempat menarik seperti Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park dan Ao Nang Landmark Night Market. Resort ini menyediakan kemudahan WiFi, perkhidmatan spa, fitness center, kolam renang, bilik yoga, dan taman permainan kanak-kanak. Anda juga boleh menyewa basikal atau gunakan perkhidmatan bas shuttle untuk melawat tarikan pelancong berdekatan.

Alamat: 88, Moo 3, Tumbol Ao Nang Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


5. Avani Ao Nang Cliff Krabi Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: avanihotels.com

Dikelilingi alam semula jadi yang indah di kawasan gunung batu kapur, Aonang Cliff View Resort menawarkan penginapan jenis bungalow lengkap dengan kemudahan moden seperti TV skrin rata dan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk pasangan berbulan madu, rakan-rakan, atau keluarga serta layanan staf yang mesra akan menjadikan penginapan anda pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Oleh itu, resort ini sangat sesuai untuk pasangan baru berkahwin, percutian keluarga atau bersama rakan. Terdapat kemudahan seperti mesin ATM Krungsri Bank dan tarikan pelancong seperti Phranang Cave Beach dan Dao Art Gallery berdekatan. Selain itu, resort ini juga menyediakan kemudahan lain seperti padang golf dan kemudahan meeting hall dan banquet.

Alamat: 328, Moo 2, Ao Nang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


6. Phu Beach Hotel

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: thephubeach.com

The Phu Beach Hotel adalah hotel 4 bintang yang direka berunsurkan tropical nature’. Bilik-bilik di sini didatangkan dengan akses kolam renang deluxe menggabungkan elemen reka bentuk kontemporari dan suasana santai. Hotel ini menawarkan banyak kemudahan dan fasiliti untuk pengunjung seperti kawasan kolam renang yang luas direka untuk berseronok dan berehat sambil menikmati makanan Thai dan western cuisine.

Hotel ini juga sesuai untuk pelancong yang berkeluarga kerana terdapat kemudahan kolam renang dan bilik yang luas. Salah satu tarikan menarik yang patut dikunjungi para pengunjung adalah Klong Heng Saturday Market yang terletak tidak jauh dari sini. Selain itu, resort ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti front desk 24 jam, restoran dengan hidangan sarapan bufet, serta makanan halal dan banyak lagi.

Alamat: 323, Moo5 Aonang Muang, Nopparat Thara, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


7. Glow Ao Nang Krabi

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: aonang.glowhotels.com

Glow Ao Nang Krabi menawarkan 160 bilik design kontemporari dengan keselesaan dan kemudahan bilik yang memenuhi keperluan pelancong. Hotel ini menyediakan ruang bilik yang luas dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memastikan keselesaan pelancong termasuk Wi-Fi percuma dan kawasan tempat letak kereta. Terdapat kemudahan seperti kedai runcit Tops Soi Khao Keaw, dan 7 Eleven yang berdekatan selain daripada kemudahan hospital dan lapangan terbang.

Anda juga boleh menjelajahi tarikan pelancong seperti Ao Nang Landmark Market dan Noppharat Thara Beach. Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti Kids Club, fitness center, tempat letak kenderaan khas bagi keluarga yang datang ke sini menaiki kenderaan serta WiFi dan internet dengan kadar yang berpatutan. Pengunjung yang menginap di sini boleh bersinggah ke kedai serbaneka seperti Tops Daily Soi Khao Keaw atau 7-Eleven yang dikatakan sangat popular disebabkan oleh kepelbagaian barang yang dijual disini! 

Alamat: 199/46, Moo.3, AoNang Soi 8, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


8. Infinity Ao Nang Krabi

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: infinityaonangkrabi.com

Satu lagi destinasi penginapan yang sesuai untuk pengunjung adalah di Infinity Ao Nang, Krabi. Terletak di lokasi strategik di antara bandar besar dan kawasan persisiran pantai, hotel ini dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi dan menawarkan 71 bilik termasuk 5 bilik besar sesuai untuk keluarga. Terdapat juga beberapa honeymoon suite dengan kemudahan bathtub untuk para honeymooners yang menginap di sini. Antara bilik khas yang ditawarkan untuk pengunjung yang datang bersama rakan adalah bilik studio yang mempunyai akses ke private plunge pool dan jacuzzi.

Hotel ini juga mempunyai fasiliti yang terbaik seperti outdoor swimming pool dan swim-up bars di mana anda boleh menikmati pelbagai snek dan minuman menyegarkan. Lokasi yang berdekatan dengan banyak kemudahan seperti MAKRO Food Service, farmasi dan masjid serta pelbagai tarikan pelancong iaitu, Railay Beach, Tonsai Beach dan Krabi Weekend Night Market akan memudahkan pengunjung mendapatkan keperluan harian. Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti bilik yoga dan WiFi internet yang pantas.

Alamat: 88/88, 2, 9 Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


9. Ao Nang Phu Phi Maan

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: aonangphuphimaan.com

Resort yang menggabungkan konsep kontemporari dan style tradisional Thai di Ao Nang Phu Phi Maan ini pasti akan memberi pengalaman penginapan yang berbaloi untuk anda. Resort ini menyediakan bilik yang cantik dan outdoor swimming pool yang luas serta kemudahan internet dan Wi-Fi untuk semua pengunjung. Selain banyak fasiliti untuk kegunaan pengunjung, anda juga berpeluang melakukan aktiviti menarik ecotourism seperti canoeing dan horseback riding.

Salah satu keistimewaan hotel ini ialah mereka tidak menjual minuman beralkohol kerana hotel ini adalah muslim-friendly dan menyediakan sarapan halal yang sangat sesuai untuk pengunjung beragama Islam. Pada masa terluang, anda boleh berkunjung ke Phra Nang Cave Beach yang berdekatan untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut yang cantik.

Alamat: 86/8 Moo 2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


10. Bluesotel Krabi

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: bluesotelkrabi.com

Bluesotel Krabi adalah pilihan penginapan yang berkonsepkan chic contemporary’ dimana anda bukan sahaja berpeluang untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan keindahan alam tetapi hotel ini juga sangat insta-worthy! Hotel moden ini adalah sebuah urban oasis yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja berjalan kaki ke pantai dan pulau berdekatan. Pilihan pemandangan bilik hotel yang berlatar belakangkan gunung batu kapur atau pemandangan outdoor pool di sini sangat sesuai untuk percutian anda sekeluarga.

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan akses kepada ameniti kerana hotel ini terletak berdekatan dengan ATM, kedai runcit, klinik perubatan, dan banyak lagi. Selain itu, hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti fitness center, perkhidmatan pengangkutan, dan WiFi. Diingatkan juga bahawa makanan di hotel ini tiada sijil halal yang sah tetapi anda boleh mendapatkan makanan halal di restoran berdekatan. Banyak tarikan pelancong seperti Ao Nang Beach yang wajib anda kunjungi jadi rancanglah percutian anda sebaiknya!

Alamat: 778 Moo 2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


11. Ava Sea Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: avaseakrabi.com

Penginapan mewah di tepi pantai terkenal di Ao Nang, Krabi ialah Ava Sea Resort yang menawarkan bilik luas dan ameniti seperti kolam renang, restoran fine dining dan fitness center. Pantai berpasir putih dan air laut yang jernih akan memberikan pemandangan yang breathtaking  di resort yang family-friendly untuk anda. Fasiliti seperti tempat parking yang percuma, kemudahan Wi-Fi percuma di kawasan hotel dan maid service setiap hari tersedia untuk semua pengunjung yang menginap di sini.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan kemudahan BBQ dan bas shuttle untuk memudahkan perjalanan percutian anda. Ameniti seperti klinik, servis longtail boat dan ATM Krungsri Bank juga ada di kawasan ini. Pengunjung boleh mendapatkan keperluan harian di Mother Marche Supermarket atau DeCare Pharmacy & Organics. Antara tarikan pelancong berdekatan adalah Dao Art Gallery dan Krabi Snake Park & Kingcobra Show sesuai untuk reptile lovers.

Alamat: 834 Moo.2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


12. Hula Hula Ao Nang Resort & Spa

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: hulahulaaonang.com

Hula Hula Ao Nang Resort & Spa adalah resort yang menggabungkan budaya lama Thai yang exotic dengan kehijauan alam tropika. Hotel ini berada di lereng gunung hutan hujan menghadap Laut Andaman. Kebanyakan bilik disini dihias dengan konsep under the pineapple’ untuk mengekalkan tropical feel kepada pengunjung. Sebanyak 76 bilik luas dan selesa dilengkapi dengan kemudahan moden seperti televisyen skrin rata dan akses Wi-Fi percuma untuk pilihan para pengunjung.

Terdapat juga kolam renang, fitness center, dan spa untuk pengunjung berkeluarga untuk berseronok dan recharge tenaga setelah seharian berjalan. Hotel penginapan ini juga sesuai untuk pengunjung yang menginginkan suasana tenang semasa bercuti di Krabi untuk bersantai tetapi bagi pelancong yang menginginkan sesuatu adventurous, anda boleh berjalan ke Noppharat Thara Beach untuk melakukan pelbagai aktiviti air. Di sini tersedia banyak fasiliti termasuk pelbagai perkhidmatan, penyimpanan beg, dan valet parking untuk keselesaan anda.

Alamat: 222, Moo 3, Klonghaeng Road, Aonang, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan | Laman Web | Facebook


13. Sugar Marina Cliffhanger Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Sugar Marina Cliffhanger Resort adalah sebuah hotel butik yang berada berdekatan dengan rock-climbing paradise di Ao Nang, Krabi. Pilihan bilik yang luas dengan kolam renang di satu lokasi strategik sangat sesuai untuk keluarga, trip berkumpulan yang budget-friendly. Selain daripada bilik deluxe yang stylish, pengunjung dapat merasai suasana tenang dari pemandangan tebing yang menakjubkan dan swimming pool yang bercahaya pada waktu malam. Staff hotel ini dilatih untuk memberikan pelayanan yang sangat baik supaya dapat memastikan kepuasan para pengunjung.

Hotel ini juga menyediakan servis pickup pergi dan balik ke Ao Nang Beach berdekatan. Banyak ameniti tersedia di sekitar hotel butik ini seperti supermarket, klinik, masjid, restoran, dan mesin ATM. Selain itu, hotel moden ini juga menyediakan fasiliti seperti front desk 24 jam, airport transfer dan banyak lagi. Jangan risau jika anda malas untuk keluar membeli makanan di restoran luar kerana mereka juga boleh menyediakan hidangan halal melalui room service.

Alamat: 873 Moo 2, Ao Nang Beach, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web 


14. Krabi Front Bay Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Krabi Front Bay Resort berada betul-betul di Ao Nang-Nuch Bay berhadapan Laut Andaman dengan pemandangan hutan pokok bakau di Koh Klang. Resort rendah yang unik menggabungkan gaya tradisional Morocco dan gaya moden Thailand Selatan ini boleh memuatkan pengunjung yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan private balcony, fasiliti yang terbaik dan akses yang mudah untuk ke kolam renang. Resort ini juga berdekatan dengan tarikan pelancong seperti HM Lanta Warship Museum, Wat Tham Suea, dan banyak lagi.

Anda jangan risau, resort ini telah mendapat kesahihan sijil halal untuk perkhidmatan sarapan yang ditawarkan sahaja tetapi anda boleh mengunjungi Pak Nam Krabi Seafood untuk menikmati hidangan halal untuk makan tengah hari dan makan malam. Di samping itu, terdapat juga banyak restoran halal di sekitar hotel dan bandar Krabi. Krabi Front Bay Resort adalah pilihan ideal bagi pengunjung yang mencari hiburan, honeymooners, keluarga, serta incentive travellers.

Alamat: 140/1 Moo 7, Tambon Saithai, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


15. Sea Seeker Resort Krabi

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: seaseekerkrabiresort.com

The Sea Seeker Krabi Resort merupakan penginapan baru di Ao Nang yang memberikan pengalaman lokal dan keramahan penduduk selatan Thai yang baik kepada pengunjung. Anda berpeluang untuk menikmati ketenangan disini yang menawarkan sebanyak 233 bilik yang elegan dengan pemandangan yang istimewa. Restoran di hotel ini menghidangkan pelbagai pilihan terbaik makanan tradisional Thai dan Western Cuisine.

Hotel ini juga terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah, restoran, dan tarikan pelancongan seperti Ao Nang Landmark Night Market, memudahkan keluarga dalam merancang aktiviti harian mereka. Selain perkhidmatan yang biasa ditawarkan di resort lain, resort ini juga menyediakan servis penjagaan kanak-kanak untuk kemudahan keluarga semasa bercuti.

Alamat: 963 Moo. 2, T.Aonang, Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


16. Red Ginger Chic Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: redgingerkrabi.com

Hotel moden dan chic berwarna merah Red Ginger menawarkan penginapan selesa dalam suasana yang tenang dan menjadi tempat penginapan percutian yang sempurna dengan pemandangan indah Nopparat Thara National Park. Dengan hanya 63 bilik dan restoran menyajikan masakan Thai, Red Ginger terletak 200 meter dari Ao Nang Beach, di wilayah Krabi, bahagian selatan Thailand. Setiap bilik disini lengkap dengan penghawa dingin, safe deposit box, mini bar dan beach basket untuk memudahkan pengunjung untuk menyimpan barang.

Lokasi strategik di tengah-tengah Ao Nang Beach dan Nopparat Thara Beach adalah syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti snorkelling, scuba diving, kayaking, atau rock climbing. Berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, ATM, Krabi International Airport (KBV), Massage Corner, dan banyak lagi, hotel ini juga berada dekat dengan tarikan pelancong seperti Khlong Haeng Saturday Market untuk dilawati seisi keluarga. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan spa, aktiviti canoeing, kolam renang, fitness center, WiFi, serta perkhidmatan sewa basikal.

Alamat: 168, Moo 3, Amphur Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


17. Holiday Style Ao Nang Krabi

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: holidaystyleresortkrabi.com

Jika anda ingin mencari simplicity with a twist, lokasi yang indah dan tidur yang nyenyak semasa bercuti, Holiday Style Ao Nang Krabi adalah pilihan terbaik untuk keluarga dan trip berkumpulan. Hotel yang berkedudukan strategik ini hanya mengambil masa sekitar 3 minit menaiki motor untuk ke Ao Nang Beach dan seminit ke Noppharat Thara Beach.

Hotel ini mengutamakan keselesaan tidur dengan memberikan tilam katil yang empuk dan black-out curtains serta suhu bilik yang perfect untuk para pengunjung! Selain daripada lokasi hotel yang dekat dengan pelbagai kemudahan, resort ini juga menyediakan fasiliti hotel seperti front desk 24 jam, indoor swimming pool dan dobi. Pengunjung juga boleh mendapatkan barang keperluan harian mereka di Mother Marche Supermarket, DeCare Pharmacy & Organics sertia MR DIY di Ao Nang.  

Alamat: 123/3, Moo 3, Ao Nang Beach, Muang, Ao Nang Beach, Krabi 81180, Thailand

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


18. Navinda Krabi Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: navindahotel.com

Terletak di jalan berhadapan Ao Nang dan Noppharat Thara Beach, resort 4 bintang Navinda Krabi menawarkan suasana bilik yang cantik berkonsepkan ‘asian chic’ untuk penginapan seisi keluarga. Di sini, keselesaan para pengunjung adalah sangat penting untuk memastikan mereka berpuas hati menginap di sini. Anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi rooftop infinity pool.

Resort ini berada dekat dengan pelbagai kemudahan seperti ATM Krungsri Bank dan tarikan utama pelancong seperti Ao Nang Landmark Night Market jadi senang untuk anda melawat semua tempat tersebut. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan resort ini melalui perkhidmatan front desk 24 jam serta kemudahan BBQ, dan jacuzzi untuk kegunaan para pengunjung.

Alamat: 167, Moo 3, Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


19. Sand Sea Resort

hotel-family-friendly-di-krabi
Kredit Gambar: krabisandsea.com

Sand Sea Resort merupakan pilihan resort 3 bintang terbaik untuk percutian anda kerana bukan sahaja lokasinya yang perfect di pantai terkenal Krabi iaitu Railay Beach tetapi juga pemandangan gunung batu kapur pasti akan memberi pengalaman penginapan yang memorable! Resort ini memiliki bilik jenis bungalow dan suite yang dilengkapi dengan minibar, peti sejuk, dan TV dengan saluran kabel. Hot shower dan perlengkapan mandi juga disediakan di setiap bilik mandi en suite untuk pengunjung yang menginap di sini.

Antara ameniti berdekatan di kawasan resort ialah SOS Railay Clinic dan mesin ATM untuk pengunjung mengeluarkan wang simpanan. Anda juga boleh melawati pelbagai tarikan pelancong seperti pasar tempatan, rock-climbing school, dan pantai-pantai yang menarik. Resort ini juga menyediakan kemudahan seperti Kids Club, watersport equipment rentals dan perkhidmatan sewa kereta.

Alamat: 192, Moo 5, Saitai, Muang Krabi Thailand 81000, Railay, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


20. Aonang Silver Orchid Resort

aonangsilver
Kredit Gambar: aonangsilverorchidresort.com

Aonang Silver Orchid Resort adalah sebuah resort moden yang dimiliki oleh keluarga Muslim yang telah menerima pengunjung di Ao Nang selama 25 tahun. Terletak di lokasi tenang berhadapan tebing Ao Nang yang ikonik, resort terbaru ini menawarkan bilik family-friendly yang selesa dan penginapan yang lengkap dengan ameniti yang sangat convenient. Resort ini sesuai untuk keluarga atau pelancong yang mencari percutian ‘budget-friendly’. Anda akan dilayan dengan baik oleh staff yang friendly, menikmati hidangan 100% halal di restoran dan berpeluang untuk menyertai island-hopping day tours yang dikendalikan oleh pihak resort sendiri. Jadi, mudahlah untuk anda melakukan aktiviti water sports di kepulauan Krabi!

Resort ini berada dekat pelbagai tarikan pelancong seperti pasar malam, pantai, dan Dao Art Gallery, ada juga terdapat aktiviti menarik termasuk karaoke, memancing, dan snorkelling untuk para pengunjung lakukan. Disebabkan lokasinya yang majoriti penduduk tempatan adalah Muslim, penginapan ini terletak berdekatan dengan Masjid Aonang dan banyak restoran halal seperti Pattani Langkasuka Restaurant. Anda juga boleh melawati Nang An Pier dan Ao Nang Beach menaiki perkhidmatan shuttle percuma.

Alamat: 672, M.2, T. Aonang Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


21. Tinidee Hideaway Beach Resort

tinidee
Kredit Gambar: tinideekrabiresort.com

Terletak di Tonsai Beach, Tinidee Hideaway Beach Resort ini berada di lokasi strategik antara Ao Nang dan Railay Beach sesuai untuk percutian keluarga dan rakan. Bagi pengunjung nature lovers, resort ini adalah tempat penginapan yang sesuai kerana dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa dan tebing batu kapur yang memukau di Krabi. Resort yang mempunyai pilihan bilik seperti private villa menghadap pantai, Thai longhouse dengan bilik tidur hostel-style serta lengkap dengan fasiliti awam menjadikan resort ini “a perfect beach escape” untuk pengunjung rock-climbers, adventurers dan sesiapa sahaja yang mengidamkan percutian santai.

Terdapat banyak kemudahan awam di sekitar kawasan ini dan yang menariknya ialah pelancong berpeluang untuk mencuba rock-climbing apabila mengunjungi Tonsai Beach. Antara fasiliti yang disediakan termasuk servis shuttle, restoran dan bar untuk hiburan ramai. Selain itu, terdapat beberapa ameniti berdekatan yang available untuk keperluan pengunjung seperti mesin ATM Krungsri Bank, Mother Marche Supermarket dan McDonald’s Ao Nang. 

Alamat: 1057, Moo 2, Tambon Ao Nang, Tonsai Beach, Ampur Mung, Ton Sai, Krabi, Thailand, 81000 

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


22. Krabi SeaBass Hotel

seabass
Kredit Gambar: krabiseabasshotel.com

Konsep rumah penginapan di Krabi SeaBass Hotel berfokus kepada konsep sea and underwater world’ yang mewah dan moden. Terletak di tengah-tengah bandar Krabi, hotel ini menyediakan bilik yang sederhana luas serta kolam renang untuk kegunaan pengunjung. Hotel ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dan trip berkumpulan bersama rakan dengan bajet yang rendah.

Kemudahan seperti 7 Eleven yang menjual pelbagai snek Thailand tempatan untuk anda cuba. Setelah penat seharian mengunjungi tarikan yang berdekatan seperti Andaman Cultural Center atau Tiger Cave Temple, anda berpeluang untuk memanjakan diri di steam room dan spa yang disediakan di sini. Restoran di hotel ini juga menghidangkan makanan halal untuk pengunjung beragama Islam.

Alamat: Taguathung, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web 


23. Aonang Viva Resort

ao nang viva
Kredit Gambar: Google Maps

Aonang Viva Resort adalah antara salah satu resort yang sering menjadi pilihan utama pengunjung apabila di Krabi. Resort ini mendapat reviu yang tinggi di Google kerana lokasinya yang strategik dan kemudahan bilik resort yang luas serta indoor swimming pool yang boleh diakses oleh semua pengunjung. Selain restoran dan bar yang terletak di Aonang Beach dengan akses WiFi percuma, anda juga boleh menikmati secawan kopi dan santai minum petang di kedai kopi berdekatan.

Tempat penginapan ini hanya berjarak 5 minit berjalan kaki ke Noppharat Thara Beach dan 700 meter dari Ao Nang Krabi Boxing Stadium. Setiap unit di Resort Aonang Viva dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV kabel skrin rata dan balkoni untuk keselesaan pengunjung. Dengan unit yang luas dengan harga berpatutan, resort ini adalah resort yang sering menjadi pilihan utama pengunjung yang datang ke Krabi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: 194 Moo 3, Aonang Soi 8 Road, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


24. COSI Krabi Hotel

cosi
Kredit Gambar: Google Maps

Di COSI Krabi Hotel, hotel ini mementingkan konsep simplicity’ dengan moden dan minimalist design sesuai untuk pengunjung yang menginginkan rumah penginapan yang simple but worthy. Kemudahan bilik yang moden seperti 360 rotating LED lamps mengikut kehendak anda akan menjadikan pengalaman penginapan di sini satu pengalaman yang unforgettable. Selain itu, hotel ini juga menawarkan fasiliti seperti fitness center, pelbagai pilihan restoran dan kafe, serta luggage storage.

Kemudahan integrasi telefon pintar, kredit harian, pakej makanan dan minuman percuma, serta Wi-Fi yang pantas, COSI Krabi memberikan anda kebebasan dan melancarkan perjalanan percutian anda. Jangan lepaskan peluang juga untuk melawati pantai-pantai terkenal seperti Tonsai Beach dan Railay Beach jika anda menginap di sini. Bagi pengunjung yang gemar dengan sukan lasak, anda boleh mencuba pengalaman rock-climbing di Phra Nang Cave Beach atau berkunjung ke Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park.

Alamat: 1125, Soi Ao Nang 15, Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


25. Lario Hotel Krabi

lario
Kredit Gambar: Google Maps

Terletak di kawasan Ao Nang, Lario Hotel menawarkan percutian yang sesuai untuk keluarga, trip berkumpulan dan budget trip. Tarikan pelancong seperti Pai Plong Beach hanya mengambil masa 10 minit perjalanan menggunakan kenderaan wajib dikunjungi jika anda menginap di sini. Pastikan juga anda meluangkan masa untuk melawat Poda Island dan Ao Nang Beach berdekatan.

Antara fasiliti dan aktiviti ecotourism yang boleh dilakukan di sini adalah canoeing, hiking dan horseback riding yang jarang ditawarkan di hotel lain. Rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti berbaloi di sini! Hotel 3 bintang ini juga merupakan hotel berkualiti tinggi yang menyediakan akses kepada steam room, sauna dan on-site golf course khas untuk peminat sukan golf.

Alamat: 849 Moo 2, Ao Nang Soi 2/1, Ao Nang, Muang Krabi, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Facebook


26. The Seens Hotel

the seens
Kredit Gambar: Google Maps

Terletak di tengah Bandar Krabi, tema seni bina dan hiasan di The Seens Hotel menampilkan sentuhan halus budaya dan gaya Eropah klasik. Hotel ini berada di bandar Krabi, bertentangan dengan hospital, berdekatan tarikan pelancong Khao Khanab Nam, The Mud Crabs Sculpture dan Poo Dam Night Market mudah untuk para pengunjung menerokai bandar tersebut. Hotel ini juga dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan penyimpanan bag, Kids Club, dan juga outdoor swimming pool.

Selain itu, anda boleh mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan internet tanpa wayar percuma serta rooftop bar dengan pemandangan indah Bandar Krabi. Antara ameniti yang berdekatan adalah Krabi Hospital, Krabi Police Station dan Krabi Town Hall. Tempat penginapan ini sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin merasai suasana lively bandar Krabi semasa percutian di sini. 

Alamat: 316, Thanon Utarakit Krabi Town, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web


Melancong bersama keluarga adalah pengalaman yang memberi peluang untuk anda mengisi aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, pilihlah tempat penginapan dengan bijak untuk keselesaan seisi keluarga!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

Jom Ber-Island Hopping di Krabi!

Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi...

Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam Buat Pelancong Yang Ingin Bercuti Di Krabi

Percutian bersama keluarga dan rakan boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di Krabi. Dalam itinerari ini, kita akan memberikan cadangan destinasi yang menawarkan...

10+ Pantai Tumpuan Pelancong di Krabi

Di Krabi, Thailand, anda akan ditemukan dengan keindahan pantainya yang memukau. Tahukah anda? Terdapat 13 pantai yang menarik menjadi tumpuan pelancong yang menunggu anda...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x