Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan ameniti yang dekat dan memudahkan pergerakan perjalanan anda dan menjadikan percutian lebih berbaloi.

Berikut adalah senarai hotel budget-friendly yang menarik di Krabi untuk anda lihat! 


19 Hotel ‘Budget-Friendly’ Menarik Di Krabi Khas Untuk Percutian Yang Mampu Milik

1. Phu Beach Hotel

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: thephubeach.com

Phu Beach Hotel adalah hotel kecil dan selesa di tengah-tengah alam tropika semula jadi berdekatan Noppharat Thara Beach. Setiap bilik di sini dibina khas untuk membolehkan para pelancong mempunyai akses kepada kolam renang deluxe dan pemandangan kolam renang yang superior hasil daripada reka bentuk kontemporari yang santai. Hotel ini menyediakan kelengkapan bilik dan kemudahan hotel seperti kolam renang untuk hiburan semua pelancong yang menginap di sini.

Selain itu, restoran di hotel ini menyajikan makanan Thai dan Western Cuisine yang lazat serta halal jadi pelancong Muslim tidak perlu bimbang untuk mendapatkan makanan. Anda juga boleh berkunjung ke kedai serbeneka Mr DIY yang berdekatan untuk mendapatkan pelbagai keperluan atau snek sepanjang bercuti. Hotel ini juga sangat ideal untuk percutian santai dan anda juga dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan di massage spa yang ada di sini. 

Alamat: 323, Moo 5 Aonang Muang, Nopparat Thara, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook 


2. Glow Ao Nang Krabi 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: aonang.glowhotels.com

Glow Ao Nang menawarkan sebanyak 160 bilik tetamu yang direka dengan bentuk kontemporari yang menawarkan bilik selesa untuk para pelancong. Hotel ini berada dekat dengan salah satu tempat pelancongan terkenal iaitu Ao Nang Beach. Terdapat juga banyak kemudahan seperti mesin ATM Krungsri Bank dan kedai-kedai runcit di kawasan sekitar hotel untuk para pelancong mendapatkan keperluan harian sepanjang percutian mereka.

Selain itu, anda juga dapat bermandi-mandi di kolam renang dan juga bersantai di bar semasa outdoor dining atau menikmati minuman koktel. Bagi pelancong yang bercuti bersama anak kecil, hotel ini menyediakan Kids Club untuk hiburan mereka berdekatan dengan bar & kolam renang. Manakala untuk pelancong yang aktif bersukan, anda juga boleh menggunakan kemudahan fitness center supaya anda boleh kekal in-shape walaupun tengah bercuti!

Alamat: 323, Moo5 Aonang Muang, Nopparat Thara, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


3. Bluesotel Krabi 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: bluesotelkrabi.com

Salah satu hotel moden di Ao Nang yang berada di lokasi strategik iaitu hanya 2 minit masa berjalan kaki ke pantai tarikan pelancong, Ao Nang Beach adalah Bluesotel Krabi. Pilihan bilik tetamu yang cantik dan luas dengan pemandangan gunung batu kapur dan kolam renang yang menakjubkan sesuai untuk pelancong yang bercuti bersama keluarga ataupun trip berkumpulan.

Selain berkunjung ke pantai, anda juga boleh menerokai tarikan utama terdekat iaitu Ao Nang Landmark Market dan Dao Art Gallery untuk merasai pengalaman budaya komuniti Thai yang sangat meriah. Bagi pelancong yang mahukan aktiviti santai pada belah petang, anda boleh menikmati hidangan di Restoran Blue atau bersantai di tepi kolam renang dengan minuman koktel yang menyegarkan. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dan internet serta dobi untuk kemudahan pelancong.

Alamat: 778 Moo 2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


4. Ava Sea Resort 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: avaseakrabi.com

Ava Sea Resort adalah resort mewah berhampiran Ao Nang Beach yang menawarkan ruang dan dekorasi bilik bertaraf ‘world-class’ untuk keselesaan semua pelancong. Antara ciri keistimewaan kemudahan hotel selain indoor swimming pool yang boleh anda dapatkan di sini adalah restoran fine dining dan barbeque facilities yang jarang ditawarkan di hotel lain. Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dan internet berkelajuan tinggi supaya pelancong boleh sentiasa stay connected sepanjang percutian mereka.

Hotel ini berada dekat dengan pelbagai ameniti terutamanya hospital dan klinik untuk memudahkan pelancong mendapatkan rawatan jika berlaku sebarang kecemasan. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa terluang sepanjang percutian dengan melawat Ao Nang Beach atau Krabi Snake Park and King Cobra Show. Hotel ini juga sering menjadi first choice pelancong yang bercuti bersama keluarga dan trip berkumpulan.

Alamat: 834 Moo.2, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


5. Hula Hula Ao Nang Resort & Spa 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: hulahulaaonang.com

Hula Hula Ao Nang Resort & Spa adalah resort yang mengutamakan fokus mereka terhadap budaya eksotik Thailand dan konsep ‘modern green philosophy’ kerana suasana resort ini bukan sahaja dikelilingi dengan tumbuhan hijau tetapi mereka juga mengutamakan environmentally responsible service untuk kesejahteraan diri para pelancong. Semua bilik yang ditawarkan sangat eksklusif dengan pilihan makanan yang lazat dari restoran.

Banyak juga aktiviti ecotourism seperti canoening dan hiking juga sering menjadi pilihan terbaik para pelancong yang menginap di sini. Antara tarikan unik yang wajib anda lawati selain pantai terkenal berdekatan dengan resort ini adalah Krabi Snake Park and King Cobra Show. Di samping itu, untuk pelancong yang menyewa kenderaan, anda boleh menggunakan servis valet parking untuk meletakkan kenderaan anda.

Alamat: 222, Moo 3, Klonghaeng Road, Aonang, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


6. Sugar Marina Cliffhanger Hotel 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Sugar Marina Cliffhanger Hotel terletak strategik berhampiran Ao Nang Beach, sesuai untuk menerokai tarikan utama pelancong dalam jarak dekat seperti Hat Noppharat Thara Ko Phi Phi National Park, Klong Haeng Saturday Market dan Wednesday Evening Market. Hotel ini bukan sahaja berlatar belakangkan pemandangan tebing batu kapur yang menakjubkan malah bilik dan suite yang ditawarkan semuanya lengkap dengan kemudahan asas dan moden.

Penginapan ini juga sangat sesuai untuk pelancong yang gemar melihat pemandangan matahari terbenam pada waktu petang sambil berehat di pantai berpasir putih. Selain ciri bilik yang deluxe, para pelancong Muslim juga boleh menikmati halal cuisine yang disediakan oleh restoran ini sekiranya anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke restoran halal yang lain. Antara fasiliti di sini ialah perkhidmatan airport transfer untuk proses pickup dari Krabi International Airport (KBV).

Alamat: 873 Moo 2, Ao Nang Beach, Muang, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web 


7. Krabi Front Bay Resort 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Krabi Front Bay Resort terletak di hadapan Ao Nong-Nuch Bay dengan pemandangan Laut Andaman yang mengagumkan sesuai untuk semua nature lovers. Ia adalah resort mesra Muslim yang unik dengan dekorasi bilik bertemakan konsep tradisional Morocco dan Selatan Thai moden. Bilik-bilik di resort ini mempunyai private balcony untuk para pelancong menikmati suasana private dan eksklusif apabila menginap di sini.

Selain itu, pelancong dapat merancang perjalanan percutian mereka dengan baik kerana resort ini berada berdekatan dengan pelbagai tarikan utama di Krabi iaitu Tiger Cave Temple dan The Muds Crab Sculpture yang wajib diterokai. Bagi penggemar makanan laut, anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan fresh seafood di Pak Nam Krabi Seafood berhampiran. Tempat penginapan ini sangat sesuai untuk pelancong berkeluarga atau honeymooners.

Alamat: 140/1 Moo 7, Tambon Saithai, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web 


8. B2 Krabi Premier Hotel 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

B2 Krabi Premier Hotel adalah hotel butik budget-friendly yang direka untuk menggabungkan keindahan semula jadi Ao Nang Beach sambil menonjolkan elemen moden yang unik, mencerminkan suasana sekitar Bandar Krabi. Hotel ini mempunyai pemandangan panorama yang mempesona dan fasiliti hotel seperti Wi-Fi dan internet yang pantas serta coffee shop untuk para pelancong yang memerlukan minuman pick-me-up di waktu pagi.

Antara ameniti berdekatan yang sangat berbaloi untuk pelancong kunjungi ialah Atta-Rak Massage Ao Nang dan mendapatkan servis traditional Thai massage yang istimewa. Selain itu, hotel ini terkenal sebagai hotel bajet terbaik disebabkan oleh perkhidmatan, tahap kebersihan dan keselesaan, serta kemudahan ditawarkan di sini yang bertaraf antarabangsa.

Alamat: 1155, Moo 2, Soi Ao Nang 11, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


9. Sea Seeker Resort Krabi 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: seaseekerkrabiresort.com

The Sea Seeker Krabi Resort merupakan salah satu hotel terbaru di Ao Nang yang memberikan pengalaman lokal dan layanan yang terbaik kepada pelancong. Resort ikonik ini menawarkan 233 bilik dengan pemandangan yang mengagumkan dan pengalaman penginapan yang luar biasa dalam suasana yang elegan. Kemudahan bilik yang luas boleh memuatkan pelancong berkeluarga atau group trip

Resort ini juga menyediakan perkhidmatan front desk 24 jam, babysitting service serta kids club untuk memudahkan urusan ibu bapa serta hiburan kanak-kanak semasa mereka menginap di sini. Disamping lokasi yang dekat dengan pelbagai ameniti seperti klinik dan pasar raya, anda juga boleh melawat banyak tarikan pelancong di sekitar kawasan resort seperti Dao Art Gallery dan Ao Nang Landmark Night Market.

Alamat: 963 Moo. 2, T. Aonang, Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


10.  Red Ginger Chic Resort

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: redgingerkrabi.com

Red Ginger Chic Resort adalah sebuah tempat penginapan bergaya modern chic yang menawarkan pemandangan indah Noppharat Thara National Park. Jumlah bilik yang sedikit iaitu 63 bilik menjadikan resort ini salah satu private resort untuk para pelancong yang menginginkan ketenangan semasa bercuti. Terletak hanya 200 meter dari pusat Ao Nang Beach, restoran di resort ini menyajikan hidangan makanan Thai yang enak.

Resort ini antara penginapan yang sangat berbaloi untuk didiami. Disebabkan lokasi hotel yang strategik, resort ini sering menjadi pilihan penginapan bagi pelancong yang menyukai aktiviti lasak seperti snorkelling, diving, sea kayaking, dan rock climbing kerana berada berhampiran pantai. Jika anda salah seorang peminat aktiviti air, anda boleh berkunjung ke Aquavision 5 Star IDC Dive Center untuk mendapatkan pelbagai peralatan scuba diving di sini! 

Alamat: 168, Moo 3, Amphur Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


11. Monotel Ao Nang 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: monotel.aonanghotels.net

Monotel Aonang merupakan hotel 3 bintang yang budget-friendly terletak kira-kira 2.7 km dari salah satu tarikan utama pelancong iaitu Ao Nang Beach. Hotel bersaiz sederhana ini mempunyai 18 bilik dengan kelengkapan bilik asas yang sesuai untuk solo travellers atau backpackers. Semua bilik di sini dilengkapi dengan balkoni dan mini kitchen, serta ada beberapa bilik juga dilengkapi dengan bathtub.

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan kemudahan ameniti sepanjang menginap di sini kerana hotel ini menyediakan perkhidmatan pengeluaran tunai, dobi dan shuttle service. Selain Noppharat Thara Beach, anda juga boleh mengunjungi Phra Nang Cave Beach untuk melakukan aktiviti sukan lasak seperti rock-climbing di gua yang cantik.

Alamat: 1189, No. 2, Ao Nang Subdistrict, Mueang Krabi District Ao Nang Subdistrict, Mueang Krabi 81180 Thailand

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


12. Ao Nang Silver Orchid Resort

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: aonangsilverorchidresort.com

Ao Nang Silver Orchid Resort adalah resort moden yang bersuasana tenang dengan pemandangan tebing Ao Nang yang ikonik di Krabi. Resort ini menawarkan penginapan selesa sesuai untuk pelancong berkeluarga, pasangan berbulan madu, trip berkumpulan yang berbajet dengan kemudahan asas bilik yang lengkap. Fasiliti yang tersedia dalam hotel termasuk akses Wi-Fi dan internet, perkhidmatan van percuma ke Ao Nang Beach, restoran bersijil halal yang sah, dan front desk 24 jam.

Selain itu, hotel ini berada berdekatan Ao Nang Mosque dan Pattani Langkasuka Halal Restaurant, jadi pelancong boleh mendapatkan makanan yang halal dengan mudah sepanjang percutian di Krabi. Hotel yang dimiliki oleh sebuah keluarga Muslim tempatan ini berpengalaman dalam menerima kunjungan pelancong lebih dari 25 tahun. Pastinya, kepuasan penginapan anda di sini akan terjamin!

Alamat: 672, M.2 T.Aonang Muang Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


13. Capuchin Hotel Krabi 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: thecapuchin.com

Lokasi penginapan moden yang terbaru di Krabi, CapuChin Hotel terletak dengan strategik di Ao Nang Beach kerana hotel ini dikelilingi oleh kemudahan seperti Mother Marche Supermarket, kedai kopi, dan banyak lagi. Jaraknya yang dekat dengan tarikan utama iaitu hanya lebih kurang 5 minit masa memandu ke Noppharat Thara Beach, berdekatan tempat pelancongan terkenal dunia seperti Phi Phi Island, Railay Beach, dan Maya Bay di Krabi.

Pelancong yang menginap di sini boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan bersantai di tepi indoor swimming pool atau menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar hotel pada waktu petang. Selain itu, ada juga perkhidmatan shuttle dan teksi jika anda memerlukan pengangkutan untuk sampai ke destinasi tarikan pelancong berdekatan. 

Alamat: 204, Moo 3, Ao Nang Soi 8, T, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


14. Aonang Viva Resort 

Kredit Gambar: Google Maps

Aonang Viva Resort terletak di Ao Nang Beach menawarkan penginapan yang selesa kerana setiap unit di sini dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV kabel skrin rata dan balkoni untuk berehat. Kemudahan asas bilik seperti peti sejuk dan alat pembancuh kopi juga disediakan. Selain itu, ruang private shower di dalam setiap unit juga dilengkapi dengan alat pengering rambut dan peralatan mandian percuma untuk semua pelancong. Oleh kerana fasiliti kaunter 24 jam yang beroperasi di resort ini, pelancong masih boleh check-in ke hotel pada waktu lewat malam atau awal pagi jika masih terdapat kekosongan.

Hotel ini juga menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan penyimpanan bag bagi pelancong yang memerlukannya. Alang-alang anda berada di kawasan Ao Nang Beach, tidak sah percutian di sini jika anda tidak berkunjung ke pantai lain yang berdekatan seperti Railay Beach, Phra Nang Cave Beach dan Noppharat Thara Beach. Anda juga boleh berkunjung ke Madina Restaurant atau Burger Bung Restaurant untuk mencuba pelbagai hidangan authentic Thai di Krabi!

Alamat: 323, Moo5 Aonang Muang, Nopparat Thara, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


15. Krabi SeaBass Hotel 

Kredit Gambar: krabiseabasshotel.com

Terletak di tengah-tengah pusat Bandar Krabi, Krabi SeaBass Hotel  adalah destinasi penginapan yang simbolik kerana hotel ini menggunakan konsep “underwater world” yang merupakan salah satu imej bandar tersebut. Lokasi hotel ini juga memberi akses yang sangat mudah ke pelbagai tarikan pelancongan utama. Selain tarikan pantai terkenal, anda boleh berkunjung ke Andaman Cultural Center untuk mendalami dan memahami lebih lanjut tentang sejarah bandar Krabi.

Pada waktu petang hingga malam pula, anda disyorkan untuk melawat Krabi Walking Street atau Krabi Weekend Night Market untuk merasai sendiri kemeriahan night live di bandar ini. Antara fasiliti yang disediakan adalah restoran halal dan tempat letak kereta bagi pelancong yang travel menggunakan kenderaan. Krabi SeaBass Hotel berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kepuasan penginapan anda terjamin.

Alamat: Taguathung, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman Web 


16. COSI Krabi Resort  

Kredit Gambar: Google Maps

Gaya ‘modern lifestyle’ yang mencerminkan kesederhanaan di lokasi tengah bandar, COSI Krabi adalah pilihan penginapan ideal untuk anda semasa bercuti. Hotel ini bukan sahaja tempat penginapan semata, malah di sini juga merupakan ‘social hub’ yang memberi peluang untuk anda berjumpa dan berkenalan dengan pelancong lain. Hotel ini menyediakan perkhidmatan WiFi dan internet percuma, smartphone integration dan kredit makanan harian percuma di kafe yang menyajikan makanan klasik Thai serta European Cuisine untuk semua pelancong.

Sistem self check-in yang mudah melalui QR code yang disertakan di emel semasa anda membuat tempahan bilik akan melancarkan proses check-in. Apabila anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk melawat tarikan pelancong seperti Tonsai Beach dan Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park untuk menikmati keindahan semula jadi sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Selain mendapatkan makanan di kafe resort ini, jangan lupa juga singgah ke @Ao-Nang Krabi untuk mencuba hidangan Thai yang terkenal di sini.

Alamat: 1125, Soi Ao Nang 15 Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81180

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


17. Lario Hotel Krabi 

Kredit Gambar: Google Maps

Lario Hotel Krabi merupakan hotel 3 bintang yang menyediakan perkhidmatan penginapan dan kemudahan penting kepada pelancong semasa mereka bercuti di sini. Selain WiFi percuma, hotel ini juga menyediakan private parking lot di kawasan hotel untuk menjamin keselamatan kenderaan anda. Bilik yang boleh memuatkan katil yang besar ini sesuai untuk pelancong yang ingin bercuti dalam bajet.

Jika anda memerlukan airport transfer, pihak hotel ini boleh mengaturkannya. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan teksi, kereta sewa, dan perkhidmatan van untuk membantu anda merancang perjalanan harian dan melawat tempat-tempat menarik di Krabi. Antara tarikan pelancong yang popular di sekitar kawasan ini ialah Krabi Snake Park and King Cobra Show yang sangat berbaloi untuk dilawati.

Alamat: 849 Moo 2, Ao Nang Soi 2/1, Ao Nang, Muang Krabi, Krabi, Ao Nang, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Facebook


18. The Seens Hotel 

hotel-budget-friendly-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Bagi pelancong yang ingin menikmati kemeriahan suasana Bandar Krabi, The Seens Hotel adalah pilihan terbaik kerana lokasinya di tengah pusat bandar. Hotel yang berada berhampiran pelbagai tarikan pelancong seperti Khao Khanab Nam dan Poo Dam Night Market Perkhidmatan boleh memudahkan anda merancang perjalanan bercuti dengan teratur.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan fasiliti seperti rooftop bar dan kids club serta servis seperti akses Wi-Fi dan internet percuma di setiap bilik. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan teksi, kereta sewa dan tempat letak kereta percuma di sini. Staff hotel ini sangat yakin bahawa anda akan mendapat layanan yang terbaik sekiranya anda menginap di sini.

Alamat: 316 Thanon Utarakit Krabi Town, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Laman WebFacebook


19. Lada Krabi Residence Hotel

Kredit Gambar: Google Maps

Jika anda mencari penginapan yang bersederhana tetapi selesa, jadikan Lada Krabi Residence Hotel sebagai tempat penginapan pilihan anda! Walaupun saiz biliknya yang sederhana luas, hotel ini berada di lokasi yang strategik berdekatan bandar. Pelbagai kemudahan seperti akses internet percuma, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, dan kereta sewa pasti akan memudahkan perjalanan percutian anda di sekitar Krabi. Tempat letak kereta percuma dan perkhidmatan tiket ke destinasi pelancongan berdekatan turut disediakan.

Jika anda seorang shopaholic, anda wajib mengunjungi destinasi pelancongan seperti Vogue Shopping Center dan pasar tempatan untuk membawa pulang cenderahati ke tanah air sebagai memori percutian di sini. Selain itu, pelancong yang ingin mengetahui tentang sejarah wilayah Krabi juga disarankan untuk menginap di sini kerana lokasinya yang dekat dengan tarikan pelancong seperti The Muds Crab Sculptures dan Andaman Cultural Center.

Alamat: 90/71-72 Rd.Maharat,Paknam, Muang City Market, Krabi Town, Krabi, Thailand, 81000

Semak Harga | LokasiUlasan Pelanggan | Facebook


Penginapan yang berpatutan boleh menjimatkan belanja penginapan anda. Ingat, sentiasa semak harga dan informasi terkini dari hotel untuk kelancaran percutian anda. Semoga senarai ini membantu anda merancang percutian yang berbaloi di Krabi!

Baca juga:

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

Tempat Menarik di Krabi Thailand – Yang POPULAR

Melancong ke luar negara sememangnya impian semua orang namun bukan semua orang yang mampu. Walaubagaimanapun bukan semua destinasi percutian ke luar negara yang mahal....

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...

3 Aktiviti Menarik Sesuai Dilakukan Untuk Menerokai Suasana Malam Di Krabi

Krabi, Thailand terkenal dengan tempat-tempat menarik dengan suasana malam yang memukau. Terletak di selatan Thailand, adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti malam yang...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x