Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Makanan Selatan Thai Wajib Cuba di Krabi!

Makanan adalah salah satu tarikan terbaik dalam pengalaman percutian, dan Krabi menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Mari kita cuba makanan yang wajib kita cuba bila dah sampai di Krabi! Lain tempat lain rasanya tau!


15 Makanan Selatan Thai Lazat & Enak Yang Anda Perlu Cuba di Krabi, Thailand

1. Mango Sticky Rice

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: fanclubthailand.co.uk & rasamalaysia.com

Khao Niao Mamuang atau lebih dikenali sebagai hidangan Mango Sticky Rice adalah pencuci mulut yang sangat popular dan diiktiraf sebagai ‘national dessert’ di Thailand. Tidak sah percutian anda jika tidak mencuba pencuci mulut ini. Dibuat daripada mangga manis yang dipotong, nasi melekit atau pulut yang lembut, dan disajikan bersama krim kelapa/santan yang kaya dengan rasa berlemak.

Gabungan rasa manis mangga dengan nasinya yang melekit serta rasa krim kelapa menjadikannya pilihan ini pencuci mulut yang membuka selera makan anda. Anda boleh mencuba hidangan ini di beberapa tempat makan seperti di @Ao-Nang Krabi dan Sareefah Restaurant.

Hotel Terdekat 


2. Tom Yam Goong 

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: thewoksoflife.com

Sup Tom Yam Udang adalah salah satu hidangan masakan panas Thai yang paling terkenal. Rasa masam dan pedas sup serta keunikan rasa rempah dan herba seperti serai, cili, dan bahan-bahan aromatik lain yang menjadikan satu hidangan yang sedap dimakan bersama nasi panas atau apa-apa jenis mi. Perahan limau nipis atau limau kasturi akan menaikkan lagi rasa segar dalam masakan ini.

Di @Ao-Nang Krabi, De’ Fish Seafood Restaurant, dan Krabi Koh Klang Seafood Restaurant on Farm, hidangan ini adalah hidangan ‘signature’ yang selalu dipesan para pelancong yang datang.

Hotel Terdekat


3. Hoy Tod

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: idntimes.com

Hoy Tod adalah hidangan telur dadar tiram yang dimasak ala Thailand dan terkenal dengan tekstur rangup serta sering dijadikan sebagai ‘appetizer’. Telur dadar ini diisi dengan tiram dan sayur-sayuran seperti daun bawang dan taugeh yang akan memberikan rasa yang segar. Hidangan ini juga sering dipadankan dengan sos cili Thai yang manis dan pedas sebagai pencicah untuk menaikkan lagi keaslian rasa Thai dalam masakan ini.

Selain daripada beberapa restoran seperti di @Ao-Nang Krabi, Madina Restaurant, dan May & Zin Restaurant, anda juga boleh mendapatkan Hoy Tod di pasar mingguan di serata Krabi untuk menikmati hidangan yang istimewa ini.

Hotel Terdekat 


4. Grilled Seafood 

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: stockland.com.au & thespruceeats.com

Alangkah nikmatnya jika kita dapat mencuba hidangan makanan laut yang dipanggang atau grilled seafood di tepi lautan Krabi, kan? Jika anda ingin merasai pengalaman menikmati makanan laut fresh from the sea, ada beberapa tempat makan yang popular seperti di @Ao-Nang Krabi, Madina Restaurant, dan Arbadi Halal Restaurant. Restoran ini yang menyajikan hidangan grilled seafood seperti pelbagai jenis ikan, udang dan sotong bersaiz besar, serta makanan laut lain yang dipanggang dengan sempurna dan dimakan bersama sos khas yang dibuat dari bahan-bahan segar.

Orang kata, kalau ber-BBQ makanan laut segar di tepi pantai, sangat healing! Oleh itu, pastikan anda mencuba pengalaman makan grilled seafood di tepi pantai semasa berada di Krabi!

Hotel Terdekat


5. Khao Soi

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: asianinspirations.com & sixhungryfeet.com

Jika anda menginginkan kelainan menikmati hidangan yang berasaskan mi, masakan mi kari ala Thai utara yang dikenali sebagai Khao Soi atau Thai Coconut Curry Noodle Soup adalah salah satu hidangan yang harus anda cuba. Kuah kelapa yang dimasakkan menggunakan santan dan pes kari menjadikannya hidangan yang berlemak dan sangat filling!. Daging lembut dalam hidangan ini menyerap pelbagai rempah ratus, memberikan kombinasi rasa yang kaya dan sempurna.

Jangan lepaskan peluang mencuba hidangan ini untuk merasai cita rasa asli makanan Thai utara yang terdapat di beberapa restoran seperti Madina Restaurant dan Arbadi Halal Restaurant!

Hotel Terdekat 


6. Som Tam 

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: glebekitchen.com & allrecipes.com

Bagi penggemar makanan masam dan segar, Som Tam, atau Salad Betik yang segar, adalah hidangan wajib anda cuba ketika berada di Krabi. Hidangan ini terdiri daripada kombinasi rasa campuran cili api, limau nipis, sos ikan, dan kacang tanah. Kerangupan bahan seperti betik muda dan kacang di dalam hidangan ini pasti akan memberikan kelainan tekstur dalam mulut dan deria rasa anda memberikan rasa yang sangat fresh.

Jangan lupa untuk singgah di beberapa tempat makan seperti di @Ao-Nang Krabi atau Pak Nam Krabi Seafood untuk mencuba hidangan Som Tam ini.

Hotel Terdekat


7. Pad Thai

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: inquiringchef.com & fullofplants.com

Terkenal dengan kelazatan dan keseimbangan sempurna rasa antara manis, masin dan masam, makanan mi tumis klasik, Pad Thai, adalah antara hidangan yang paling popular di Thailand. Untuk pengetahuan anda, Hidangan ini merupakan ‘national dish’ di Thailand yang diketahui satu dunia. Mi yang digunakan biasanya adalah mi beras kering yang digoreng bersama telur, udang, daging, atau sayur-sayuran. Tambahkan kacang tanah dan taugeh untuk memberikan tekstur yang unik serta sedikit perahan limau nipis yang pastinya akan membangkitkan deria rasa anda.

Walaupun hidangan ini ada dimana-mana saja serata Thailand, tak lengkaplah percutian di Krabi jika anda tidak singgah di beberapa restoran tempatan seperti @Ao-Nang Krabi, De’ Fish Seafood Restaurant dan Bang Nara Roti yang menyajikan hidangan istimewa ini!

Hotel Terdekat 


8. Massaman Curry 

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: properfoodie.com & wellplated.com

Massaman Curry adalah hidangan yang terkenal dengan kuah kari yang kaya dengan rasa berlemak dari santan dan aroma wangi dari rempah ratus dan herba, yang pasti dapat menaikkan selera anda. Fakta menarik tentang Massaman Curry adalah hidangan ini pernah menjadi juara dalam senarai “The World’s 50 Best Foods” pada tahun 2021 oleh CNN Travel. Dagingnya yang lembut, kentang, dan kacang panggang, dimasak sekali dan digaul sebati dalam sos berkrim. Campuran rempah dalam kuah kari ini memberikan cita rasa yang lazat.

Hidangan ini boleh didapat di beberapa restoran seperti Madina Restaurant dan Arbadi Halal Restaurant!

Hotel Terdekat


9. Penkek Krabi Berperisa

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: cavintea.blogspot.com & bangkokfoodtours.com

Salah satu hidangan pemanis mulut yang authentic dari Krabi adalah Penkek Krabi berperisa. Terdapat pelbagai pilihan inti dan topping yang boleh anda pilih seperti jagung, coklat, pisang, madu atau cheese serta pelbagai jenis pilihan jem buah-buahan. Topping seperti coklat atau susu pekat akan memberikan kombinasi topping yang sangat sempurna dengan pilihan inti yang ditawarkan. Hidangan ini boleh dimakan sebagai snek atau pemanis mulut.

Anda boleh mengunjungi kedai-kedai di @Ao-Nang Krabi dan Bang Nara Roti yang ‘specialise’ dalam pembuatan roti di selatan Thailand.

Hotel Terdekat 


10. Pla Kapong Neung Manao 

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: airasia.com & orangmuo.my

Salah satu menu makanan yang wajib anda cuba di Krabi ialah Pla Kapong Neung Manao iaitu hidangan yang menggunakan ikan siakap kukus dan dimasak dalam kuah limau nipis dan bawang putih. Rasa sedikit masam dan segar dari perahan limau nipis sangat sesuai dimakan bersama nasi panas dan masakan Thai yang lain. Gabungan rasa herba daun ketumbar dan cili api Thai pasti akan menjadi pilihan utama bagi penggemar ikan yang mengidamkan hidangan yang sihat dan dalam pada masa yang sama sangat mengenyangkan.

Restoran @Ao-Nang Krabi merupakan restoran yang sangat ‘perfect’ untuk anda dapat pengalaman gastronomi yang memuaskan ini.

Hotel Terdekat


11. Larb Gai

makanan-selatan-thai-krabi
Kredit Gambar: taste.com.au & inquiringchef.com

Larb Gai adalah hidangan ayam cincang yang istimewa dan wajib dicuba ketika anda berada di Krabi. Hidangan ini pada asasnya adalah salad ayam cincang pedas yang disertakan dengan herba Thai basil dan cili serta diperah dengan perahan limau yang akan memberikan rasa masam dan aromatik. Hidangan ini sesuai dijadikan ‘appetizer’ yang menyelerakan atau dimakan begitu sahaja. Mari dapatkan hidangan ini di restoran terkenal De’ Fish Seafood Restaurant kawasan Ao Nang, Krabi.

Hotel Terdekat 


12. Pla Pao 

Kredit Gambar: asianinspirations.com.au & eatingthaifood.com

Ikan bakar panggang berkulit masin, dikenali sebagai Pla Pao, yang selalunya menggunakan ikan siakap, adalah hidangan yang menjadi tarikan ramai pengunjung yang travel ke Krabi. Ikan siakap ini disediakan dengan cara menyaluti permukaan ikan dengan garam masakan sebelum memanggang ikan tersebut di atas api kayu arang untuk mengeluarkan rasa ‘smoky’. Kulit ikan ini akan menjadi rangup dan masin semasa proses pembakaran. Biasanya, ikan ini dihidangkan bersama seafood sauce Thai untuk complement rasa masin ikan tersebut supaya tak terlalu overpowering.

Anda boleh mencuba hidangan ini di beberapa restoran terbaik di sekitar Ao Nang, Krabi seperti Restoran @Ao-Nang Krabi.

Hotel Terdekat


13. Khao Mok Gai

Kredit Gambar: lionbrand.com.au & marionskitchen.com

Di Thailand juga terdapat hidangan nasi beriani tau! Khao Mok Gai adalah hidangan nasi beriani khas Thailand yang wajib anda cuba ketika berada di Krabi. Hidangan ini terdiri daripada nasi berempah yang dimasak dengan ayam sehingga lembut serta dihidangkan bersama pelbagai herba aromatik dan rempah ratus yang kaya dengan rasa aromatik. Jika anda ingin mencari hidangan yang membuka selera, hidangan ini adalah pilihan yang sangat tepat. Hidangan ini boleh didapat di beberapa restoran seperti Arbadi Halal Restaurant!

Hotel Terdekat 


14. Roti Sai Mai 

Kredit Gambar: guide.michelin.com & lionbrand.com.au

Roti Sai Mai adalah sejenis roti manis yang diisi dengan serat gula berwarna-warni yang halus dan lembut. Hidangan ini merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di Hat Yai, Thailand. Anda tidak perlu pergi jauh-jauh ke Hat Yai untuk menikmatinya, kerana anda juga boleh menemui hidangan yang lazat ini di Krabi. Roti Sai Mai ini juga mudah didapati di sekitar Krabi. Jalan sahaja ke beberapa gerai-gerai kecil sekitar Krabi, dan anda pasti akan menemui gerai yang menjualnya! Apa salahnya jika sekali-sekala mencuba pilihan makanan yang manis dan berwarna-warni untuk kenangan percutian anda!

Hotel Terdekat


15. Gaeng Ped Yang

Kredit Gambar: taste.com.au & templeofthai.com

Gaeng Ped Yang, atau lebih dikenali sebagai kari itik panggang, adalah hidangan yang menggabungkan daging itik panggang yang lazat dengan kari merah yang sangat sedap dan berlemak dari santan segar. Rasa masam, manis, dan pedas dalam kuah kari membuat hidangan ini sangat lazat dimakan bersama nasi, mi atau dicicah dengan roti. Jika anda berkunjung ke @Ao-Nang Krabi, pastikan untuk mencuba hidangan Gaeng Ped Yang di restoran tempatan yang terkenal.

Hotel Terdekat 


Walaupun anda mungkin pernah mencuba makanan Thai di pelbagai tempat di Thailand atau Malaysia, tetapi pasti pengalaman mencuba makanan di Krabi akan memberikan rasa yang berbeza. Jom terokai rasa baru di Krabi!

Haa, dah tahu kan senarai hidangan yang popular di sini? Jom kita lihat pula hidangan yang wajib dicuba apabila bercuti ke Krabi. Klik sini!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

10+ Pantai Tumpuan Pelancong di Krabi

Di Krabi, Thailand, anda akan ditemukan dengan keindahan pantainya yang memukau. Tahukah anda? Terdapat 13 pantai yang menarik menjadi tumpuan pelancong yang menunggu anda...

7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi

Krabi, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan, airnya yang jernih serta menampilkan batu kapur karst yang unik. Terdapat pelbagai aktiviti menarik...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x