Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Muslim-Friendly Kafe Di Hat Yai

Apabila melancong ke Hat Yai, para pelancong Muslim terutama dari Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai pilihan kafe yang mesra-Muslim. Kafe-kafe ini tidak hanya menawarkan hidangan yang lazat, tetapi juga mempunyai suasana yang selesa dan menenangkan. Mari kita ketahui kafe Muslim-friendly yang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia sewaktu melancong ke Hat Yai, Thailand.


Muslim-Friendly Kafe Di Hat Yai & Songkhla Yang Diminati Pelancong Dari Malaysia

1. Good Mountain Cafe, Songkhla

Kredit Gambar: FB Good Mountain

Good Mountain Cafe terletak di lokasi pergunungan yang menakjubkan di Songkhla. Kafe ini menawarkan pemandangan yang memukau sambil menikmati makanan yang sedap. Dengan suasana yang tenang dan damai, pelancong dapat menikmati hidangan khas seperti kuih tradisional Thai yang dijamin halal dan minuman menyegarkan ketika di sana.

Good Mountain Cafe menjadi destinasi yang sempurna terutama sekali buat pelancong untuk menikmati pemandangan indah sambil menikmati hidangan kafe yang asli.

Alamat: Kohyor Amphoe, Mueang Songkhla District, Songkhla, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook | Phone: +66936256629


2. Cheevit Cheeva Cafe, Hat Yai

Kredit Gambar: FB Cheevit Cheeva

Kafe yang terletak di Hat Yai ini telah mendapat populariti sejak awal operasi kerana dekorasinya yang unik dan minimalis menampakkan ia sesuai dijadikan sebagai tempat persinggahan. Di, Cheevit Cheeva Cafe, anda perlu mencuba menu terbaik mereka termasuklah bingsu, dango, Bualoy salty egg yolk bingsu dan menawarkan pilihan kopi yang banyak untuk anda nikmati.

Kafe ini sering dikunjungi oleh pelancong Muslim yang inginkan sesuatu yang baru dan semestinya menarik untuk anda bergambar di sana.

Alamat: 43, 22 Rajyindee Soi 6/1 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Instagram | Phone: +66831688889


3. Cafe Amazon Cawangan Songkhla, Songkhla

Kredit Gambar: Google Map

Cawangan Café Amazon di Songkhla adalah destinasi wajib jika berada di Selatan Thailand. Terletak di Songkhla, kafe ini menawarkan minuman yang lazat bersertakan landskap alam semula jadi ala-ala hutan yang menakjubkan! Memandangkan ia adalah kafe yang menghidangkan minuman dan makanan ringan seperti di Starbucks, pilihan dalam menu yang disediakan adalah bersesuaian untuk pelancong Muslim. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelancong Muslim boleh terus bertanyakan kepada staff tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pilihan menu disediakan.

Dengan itu, pelancong Muslim dapat menikmati hidangan dengan tenang sambil menikmati suasana dalaman kafe yang menarik dan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang sedap!

Alamat: 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: +66622451155


4. Bingsu Nom 6, Hat Yai

Kredit Gambar: FB Bingsu Nom6

Bingsu Nom 6 Cafe ialah kafe yang menyajikan pencuci mulut Korea yang menyegarkan dan menyelerakan. Dengan statusnya yang halal menjadikannya pilihan yang mudah buat pelancong Muslim untuk mencubanya. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis bingsu, ais cukur lembut dan pelbagai pilihan topping seperti buah-buahan segar dan sirap yang ekslusif yang dijamin Halal. Terkini, kafe ini turut menawarkan masakan panas steamboat untuk pelanggannya!

Jadi, jika anda ingin mencuba bingsu yang lazat dan asli di sekitar Hat Yai, Bingsu Nom 6 Cafe adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Alamat: 302 18 Rattakarn Soi 7/3 Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Phone: +66866963231


5. Double 3 Craft Cafe, Hat Yai

Kredit Gambar: FB Double 3 Craft Cafe

Jika anda mencari suasana santai dengan hidangan yang relaks di Hat Yai, jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di Double 3 Craft Cafe. Kafe ini terletak berdekatan dengan tempat penginapan yang bernama, Casa 33 Hat Yai. Dengan keunikan dan keindahan interiornya, kafe ini menawarkan pengalaman yang menyenangkan kepada para pelancong.

Anda dapat menikmati pelbagai hidangan kreatif seperti pastries, kopi segar, dan pelbagai pilihan menu yang lazat.

Alamat: 33 Niphatsongkrao 1, Tambon Hat Yai, Hatyai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook | Instagram | Phone:+66611769595


Kesimpulannya, bagi pelancong dari Malaysia yang mencari kafe yang mesra Muslim di Hatyai dan Songkhla, kafe-kafe yang telah disebutkan di atas adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Dengan hidangan halal yang lazat, suasana yang nyaman, dan pilihan minuman yang menyelerakan, pelancong dapat menikmati pengalaman santai di kafe-kafe ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelancong Muslim boleh terus bertanyakan kepada staff tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pilihan menu disediakan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan yang enak ketika melancong ke sana!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Budget-Friendly Hotel Di Hat Yai

Apabila merancang percutian ke Hat Yai, Thailand, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah tempat penginapan. Berikut adalah senarai tempat penginapan budget-friendly yang...

4 Cara Untuk Sampai Ke Hat Yai (Murah & Mudah)

Hat Yai, destinasi yang popular dalam kalangan pelancong terutama pelancong dari Malaysia. Bagi mereka yang ingin melancong ke HatYai, kami kongsikan beberapa informasi ringkas...

3 Tempat Menarik Di Dannok, Bandar Berdekatan Hat Yai

Dannok ialah sebuah bandar kecil terletak di berhampiran Bandar Sadao dan terkenal dengan perdagangan sempadan yang sibuk dan berdekatan dengan Malaysia. Pekan yang juga...

9 Hotel Family-Friendly Rebutan Pelancong Di Hat Yai

Jika anda merancang untuk melancong ke Hat Yai bersama keluarga tersayang, terdapat beberapa hotel 'family-friendly' yang menawarkan penginapan yang selesa dan sesuai untuk percutian...

14 Tips Penting Sebelum Melancong ke Hat Yai

Sebelum melancong ke Hat Yai, kami sediakan 14 tips penting yang berguna sewaktu anda berada di sana. Dengan mengetahui tips ini, anda akan dapat...

8 Fasiliti Am Di Hat Yai Yang Anda Patut Tahu

Percutian adalah satu pengalaman yang membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kehidupan kita. Salah satu destinasi popular di Thailand yang menawarkan pelbagai tarikan pelancongan adalah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x