Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15+ Restoran & Kafe Muslim-Friendly / Halal Di Hat Yai

Hat Yai ialah destinasi popular untuk pelancong Malaysia, terutamanya bagi pencinta makanan. Di Hat Yai, terdapat juga pilihan tempat makan mesra Muslim atau Halal bagi yang beragama Islam. Berikut adalah kedai makan dan kafe yang mesra-Muslim / Halal di Hat Yai yang boleh dinikmati oleh pelancong beragama Islam.


Restoran Muslim-Friendly/Halal Yang Dicari Oleh Pelancong Muslim Di Hat Yai

1. Kai Tod Decha

Kredit Gambar: Google Map

Kai Tod Decha ialah restoran halal Thai yang terkenal di Hat Yai. Kedai makan ini juga dikategorikan sebagai tempat makan pilihan pelancong dari Malaysia yang sangat dicari ketika melancong di sana. Selain daripada terkenal dengan hidangan ayam gorengnya yang rangup, Kai Tod Decha ini juga terkenal dengan menyajikan pelbagai hidangan Thai yang halal dan sesuai dengan citarasa pelancong Malaysia.

Beroperasi setiap hari dari 10:30 pagi hingga 9:30 malam, pelancong berpeluang untuk menikmati hidangan mereka yang beraneka lazat!

Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan


2. Dimsum Cha Bura

Kredit Gambar: Google Map

Dimsum Cha Bura adalah satu lagi tempat makan makanan cina halal yang sangat dicari oleh pelancong dari Malaysia. Kedai makan ini menyajikan dim sum lazat yang diperbuat daripada bahan-bahan halal dan berkualiti. Bukan itu sahaja, Dimsum Cha Bura ini turut menawarkan hidangan-hidangan lain selain daripada dimsum termasuklah hidangan spaghetti, murtabak, hidangan nasi dan sebagainya.

Beroperasi setiap hari dari seawal 6 pagi hingga 2 petang, sememangnya ideal untuk nikmati hidangan dimsum yang lazat di sini!

Alamat: 2FG9+M2Q, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Instagram


3. Seaverse Cafe and Restaurant

Kredit Gambar: FB Seaverse Cafe & Restaurant

Terletak di tengah-tengah taman dan tasik yang indah, Seaverse Cafe and Restaurant menyajikan masakan Thai dan Malaysia moden dalam suasana yang indah dan menarik. Anda dapat menikmati hidangan yang mesra-Muslim di restoran ini sambil menikmati pemandangan bangunan dan jambatan yang menakjubkan.

Tempat ini beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hinggan 8 malam, memberikan pelancong untuk menikmati santapan dari sarapan hingga ke makan malam pada bila – bila waktu yang bersesuaian.

Alamat: Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


4. Marita Dimsum Halal

Kredit Gambar: FB Marita Dimsum Halal

Satu lagi kedai makan yang baru diperkenalkan iaitu Marita Dimsum Halal yang terletak di tengah kawasan bandar Hat Yai. Marita Dim Sum Halal menawarkan suasana yang selesa dan mesra pelancong, serta menyediakan hidangan Kantonis lain secara berkualiti tinggi yang memenuhi selera semua orang dan disediakan dengan bahan-bahan yang halal dan bermutu tinggi.

Beroperasi setiap hari seawal 6 pagi hingga 1 petang, pelancong berpeluang untuk mencuba hidangan dimsum yang segar dan lagikan enak!

Alamat: 248 Rattakarn Soi 5 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


5. Restoran Muslim Tamrab

Kredit Gambar: Google map

Restoran ini menyajikan hidangan nasi kerabu dengan pelbagai lauk-pauk seperti ayam panggang, ikan goreng, dan sambal belacan yang sedap. Selain itu, restoran ini juga menawarkan nasi dagang yang sedap. Secara amnya, kedai makan ini menyajikan masakan asli Malaysia menggunakan bahan-bahan halal sahaja.

Beroperasi setiap hari sekitar 6 pagi hingga 8 malam, kedai makan ini sering menjadi tumpuan pada waktu pagi dan tengah hari sesuai dengan citarasa selera orang melayu yang mencari makanan seperti di Malaysia.

Alamat: 2F29+7XJ, Thailand, Nipatuthit 1 Soi 1, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


6. Ayutthaya Noodle Halal

Kredit Gambar: Google Map

Ayutthaya Noodle Halal terletak di sekitar Hat Yai menghidangkan mee Thai halal dan hidangan nasi goreng yang lazat pada harga yang berpatutan. Restoran ini terkenal dengan mi halal yang disajikan dengan kuah yang lazat dan pelbagai pelengkap seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran segar, dan telur.

Beroperasi setiap hari pada 6 pagi hingga 8 malam dikelilingi dengan suasana yang nyaman dan ramah terhadap pelancong, Ayutthaya Noodle Halal adalah tempat yang sempurna untuk mencuba hidangan mi Thai yang asli!

Alamat: 22 Supasarnrangsan Road, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


7. Restoran Hamid

Kredit Gambar: FB Hamid Restaurant Hatyai

Restoran ini terkenal dengan hidangan makanan Thai dan Melayu yang lazat serta suasana yang selesa. Dengan lokasi yang strategik di Hat Yai, restoran ini merupakan destinasi yang sempurna untuk menikmati makanan berkualiti.

Beroperasi setiap hari pada 7 pagi sehingga 10 malam, anda boleh menikmati hidangan masakan ala melayu Thai seperti nasi goreng, tomyam, ikan bakar, dan banyak lagi di sini pada bila-bila yang anda inginkan.

Alamat: 73-75 Prachathipat Road, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Instagram


8. Gerai Makan Dapor Muslim

Kredit Gambar: Dapor Muslim Website

Kedai makan ini menawarkan hidangan makanan Thai yang halal dan memenuhi citarasa pelancong dari Malaysia. Dapor Muslim menonjolkan keunikan rasa dan aroma makanan Thai yang asli seperti nasi goreng, tomyam, kari, dan banyak lagi yang dimasak bersama rempah Thai yang harum. Selain itu, kedai makan ini juga memfokuskan kepada masakan Melayu yang halal.

Beroperasi seawal 6 pagi hingga 6 petang, pelancong boleh menikmati makanan Thai yang halal dan memuaskan dalam suasana yang selesa dan mesra pelancong.

Alamat: 4, 5 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web


9. Khlong Hae Floating Market

Kredit Gambar: FB Khlong Hae Floating Market

Khlong Hae Floating Market di Hat Yai merupakan destinasi popular bagi pelancong Malaysia yang mencari pelbagai hidangan Thai yang memikat selera, menarik dan halal. Ini kerana kebanyakan penjual di pasar ini beragama Islam dan ada yang fasih berbahasa melayu. Jadi mudahlah pelancong Malaysia untuk bertanya dan membuat pembelian.

Beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu & Ahad pada jam 3 petang sehingga 9 malam, ia menawarkan suasana yang unik dengan gerai-gerai yang terapung di atas air, menciptakan pengalaman yang unik dan menarik.

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


10. ASEAN Night Bazaar

Kredit Gambar: Facebook ASEAN Night Bazaar

ASEAN Night Bazaar menampilkan banyak gerai makanan halal dan mesra Muslim membolehkan pelancong khususnya Muslim untuk merasai pelbagai hidangan tempatan di sana. Bazaar ini menawarkan suasana yang meriah dengan pelbagai gerai makanan yang menjual hidangan halal seperti nasi goreng, tom yam, satay, dan banyak lagi. Anda boleh merasai pelbagai makanan dan aroma dalam setiap hidangan yang ditawarkan.

ASEAN Night Bazaar beroperasi pada setiap hari pukul 4:30 petang sehingga 10 malam setiap hari dan merupakan tempat yang sempurna untuk merasai makanan Thai ‘street food’ yang asli dan menyeronokkan.

Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


11. Greenway Night Market

Kredit Gambar: Facebook Greenway Night Market

Greenway Night Market ialah tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, terkenal dengan suasana santai dan makanan jalanan yang lazat. Semasa anda berjalan-jalan di pasar, anda akan menemui pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran Thai seperti lidi panggang, som tam pedas (salad betik) dan ikan bakar aromatik. Tamatkan pengembaraan masakan anda dengan kopi ais gaya Thai yang menyegarkan atau sesudu ais krim kelapa.

Pasar ini beroperasi setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 10 malam dan sesuai untuk bersantai-santai bersama lampu yang berwarna-warni.

Alamat: 1406/4 Kanjanavanit Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Website | Facebook | Instagram


Kafe Muslim-Friendly/Halal Yang Dicari Oleh Pelancong Muslim Di Hat Yai

1. Cheevit Cheeva

Kredit Gambar: Instagram Cheevit Cheeva

Kafe yang terletak di Hat Yai ini telah mendapat populariti sejak awal operasi kerana dekorasinya yang unik dan minimalis menampakkan ia sesuai dijadikan sebagai tempat persinggahan. Di, Cheevit Cheeva Cafe, anda perlu mencuba menu terbaik mereka termasuklah bingsu, dango, Bualoy salty egg yolk bingsu dan menawarkan pilihan kopi yang banyak untuk anda nikmati.

Beroperasi setiap hari jam 10 pagi hingga 10 malam, kafe ini sering dikunjungi oleh pelancong Muslim yang inginkan sesuatu yang baru dan semestinya menarik untuk anda bergambar di sana.

Alamat: 43, 22 Rajyindee Soi 6/1 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Instagram


2. Bingsu Nom 6

Kredit Gambar: FB Bingsu Nom6

Bingsu Nom 6 Cafe ialah kafe yang menyajikan pencuci mulut Korea yang menyegarkan dan menyelerakan. Dengan statusnya yang halal menjadikannya pilihan yang mudah buat pelancong Muslim untuk mencubanya. Kafe yang beroperasi setiap hari jam 11:30 pagi sehingga 10:30 malam ini menawarkan pelbagai jenis bingsu, ais cukur lembut dan pelbagai pilihan topping seperti buah-buahan segar dan sirap yang ekslusif yang dijamin Halal. Terkini, kafe ini turut menawarkan masakan panas steamboat untuk pelanggannya!

Jadi, jika anda ingin mencuba bingsu yang lazat dan asli di sekitar HatYai, Bingsu Nom 6 Cafe adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Alamat: 302 18 Rattakarn Soi 7/3 Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


3. Natara Cafe

Kredit Gambar: FB Natara Cafe

Natara Cafe adalah tempat yang memukau dengan dekorasi yang menarik dan hidangan kreatif. Cafe ini menawarkan pilihan hidangan Thai dan barat yang mesra Muslim, seperti burger, pasta, dan pencuci mulut yang lazat. Natara Cafe ini beroperasi setiap Isnin, Rabu sehingga Ahad jam 9 pagi hingga 6 petang untuk memastikan servis kualiti yang terjamin.

Dengan reka bentuk dalaman yang menarik, perkhidmatan yang terbaik, dan menu luar biasa yang sudah pasti akan menarik pelancong untuk kembali. Jangan lupa untuk singgah jika melancong ke Hat Yai.

Alamat: 28 2 Thanon Polpichai, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


4. Wish Cafe

Kredit Gambar: Google Map

Memperkenalkan Wish Cafe, hidden gems yang unik dan menarik yang terletak di bandar Hat Yai. Kafe mesra Muslim yang mempesonakan ini adalah tempat persinggahan yang sempurna bagi mereka yang mencari tempat yang tenang untuk menikmati pastri dan minuman yang lazat. Kafe ini beroperasi pada setiap hari Khamis sehingga Ahad jam 10 pagi hingga 6 petang.

Dengan suasana yang indah, hiasan yang menarik, Wish Cafe ialah tempat yang ideal untuk minum petang dalam suasana yang santai. Jangan lepaskan pengalaman di sana!

Alamat: No. 8 Supasarnrangsan Soi 4, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Instagram


5. Butterfly Hat Yai Cafe

Kredit Gambar: Google Map

Butterfly Hat Yai Cafe, sebuah kafe yang menarik dan mempesonakan yang terletak di bandar Hat Yai yang sibuk. Kafe yang menawan ini menawarkan ketenangan dari kesibukan bandar. Beroperasi setiap hari bermula 7 pagi hingga 11 malam, kafe ini terkenal dengan hiasan dalaman yang indah berkonsepkan ala minimalis, kafe ini mencipta suasana yang menarik untuk semua pelancong. Manjakan diri anda dengan menu lazat yang menampilkan pelbagai hidangan pastri dan minuman yang menyegarkan yang semestinya halal.

Mari kunjungi Butterfly Hat Yai Cafe dan nikmati kesantaian sambil mencuba makanannya yang enak ini!

Alamat: 95 6 Rajyindee Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan


6. Double 3 Craft Cafe

Kredit Gambar: FB Double 3 Craft Cafe

Double 3 Craft Cafe adalah sebuah kafe mesra Muslim yang menawan dan selesa yang terletak di tengah-tengah Hat Yai. Ia merupakan tempat yang menarik untuk menikmati minuman kopi yang berkualiti dan hidangan ringan. Selain itu, kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis pastri yang menyelerakan dan makanan yang lazat. Beroperasi setiap hari jam 7 pagi hingga 7 malam, kafe ini menawarkan suasana yang santai dengan dekorasi dalamannya yang cantik ideal buat penggemar OOTD dan berkongsi di sosial media.

Datanglah dan nikmati gabungan unik makanan dan haruman kopi yang hebat luar biasa dalam suasana mesra!

Alamat: 33 Niphatsongkrao 1, Tambon Hat Yai, Hatyai, Songkhla 90110, Thailand

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook | Instagram


Kesimpulannya, Hat Yai menawarkan banyak pilihan makanan halal yang lazat yang akan memuaskan hati pelancong Malaysia yang mengidamkan masakan asli dan tradisional Thai. Dengan restoran-restoran, pasar-pasar dan kafe yang menyajikan hidangan Thai yang halal dan asli, pelancong Muslim dapat menikmati kelazatan makanan sambil menjaga kepatuhan terhadap prinsip makanan halal. Hat Yai adalah destinasi yang ideal untuk menjelajahi warisan makanan Thailand yang kaya dan unik. Jom ke Thailand!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

4 Pasar Tempatan Tumpuan Pelancong Malaysia Di Hat Yai

Hat Yai adalah destinasi popular di Thailand, terkenal dengan suasana pasar tempatannya yang menjadi tumpuan pelancong, terutama dari Malaysia. Terdapat empat pasar tempatan yang...

4 Cara Untuk Sampai Ke Hat Yai (Murah & Mudah)

Hat Yai, destinasi yang popular dalam kalangan pelancong terutama pelancong dari Malaysia. Bagi mereka yang ingin melancong ke HatYai, kami kongsikan beberapa informasi ringkas...

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

20+ Tempat Menarik di Hat Yai & Songkhla – Yang POPULAR

Hatyai dan Songkhla, dua destinasi menakjubkan di Thailand selatan, menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang menarik untuk dinikmati oleh para pelancong. Dikenali dengan keunikan panorama...

6 Tempat Menarik Untuk Dilawati Pada Waktu Malam Di Hat Yai

Hat Yai, sebuah bandar yang terkenal di selatan Thailand, menawarkan pelbagai pilihan tempat menarik untuk dilawati pada waktu malam. Dari pasar malam yang meriah...

20+ Makanan Popular Di Selatan Thailand

Seperti di bandar Hat Yai dan Songkhla, kawasan Selatan Thailand terkenal dengan menawarkan pelbagai makanan lazat penuh dengan pelbagai rasa Thai-nya yang unik dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x