Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 8 Penginapan Di Sungai Lembing – WAJIB Daftar Masuk

Anda dah rancang percutian ke Sungai Lembing, Pahang tapi tak tahu nak menginap di mana? Hentikan kerisauan anda tu. Kami dah senaraikan 9 lokasi penginapan yang terbaik untuk anda. Ada resort yang mewah dan didekorasi seperti ala-ala British dan akan membuat anda rasa seperti tinggal di luar negara. Ditambah pula dengan suasana sejuk hutan di Sungai Lembing.

Ada lokasi penginapan yang sunyi dan jauh dari haruk-pikuk kota. Anda hanya akan ditemani unggas-unggas malam. Pastinya memang lokasi menginap yang membawa kedamaian. Anda nak berkhemah ataupun nak menginap di resort yang menghadap pemandangan tasik juga ada disenaraikan di bawah. Kalau anda nak tahu tempat menginap yang mana satu? Teruskan membaca sampai habis. Pasti anda tidak akan sangka ada resort begitu di Sungai Lembing.


8 Penginapan Di Sungai Lembing

1. Time Capsule Retreat

CariDestinasi Time Capsule Retreat

Time Capsule Retreat merupakan pilihan yang sangat ideal bagi anda yang inginkan penginapan yang unik dan juga berbeza. Pastinya anda tak pernah bayangkan menginap di dalam kolong. Anda hanya boleh rasai pengalaman tersebut di sini. Ada 3 jenis penginapan yang anda boleh pilih, Cottage, Capsule dan juga Paralel.

Anda juga boleh pilih untuk tinggal di kolong berbentuk bayang-bayang ataupun pemandangan yang menghadap hutan. Bagi penginapan kapsul ianya hanya terhad untuk dua orang sahaja. Sesuai bagi pengantin baru yang berbulan madu dan inginkan suasana romantis. Untuk anda yang datang lebih dari dua orang? Anda boleh pilih Paralel dan juga Cottage. Pastinya pengalaman yang tidak akan dapat lupakan. Anda boleh kunjungi laman web yang dinyatakan dibawah untuk mengetahui harga dan membuat pertanyaan dengan lebih lanjut.

Alamat: Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0139638888


2. Casa Hill Resort

Cari Destinasi Casa Hill Resort

Anda nak menginap di tempat penginapan villa dan kontena yang stylish? Casa Hill Resort merupakan pilihan yang ideal untuk anda. Terletak hanya 45 minit dari bandar Kuantan, Casa Hill Resort menjanjikan anda penginapan ala-ala British. Di sini ada kemudahan seperti kafe yang mempunyai sijil pengiktirafan halal, kolam renang, dan juga kolam jakuzi. Boleh la anda menenangkan fikiran sambil bermandi-manda.

Resort ini mempunyai 12 bilik tamu di bahagian Villa Wing manakala di bahagian Container Wing terdapat 23 buah kontena yang telah diubah suai menjadi ruang menginap yang selesa dan mewah. Anda boleh memilih jenis bilik daripada bilik Standard Cabin Double/Twin atau bilik Penthouse Family yang boleh memuatkan sehingga 14 orang.

Dikelilingi dengan hutan dan suasana hutan yang sejuk, Casa Hill Resort juga sesuai untuk anda lakukan aktiviti hari keluarga, team building, ulang tahun, perkahwinan malah ada juga pihak sekolah yang membawa pelajar untuk melakukan aktiviti di sini. Pastinya, tempat penginapan yang tidak akan menghampakan anda..

Alamat: 189, Jln Sungai Arang, Kampung Jeram Takar, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0179208899


3. T-Box

Cari Destinasi T-Box

T-Box merupakan salah satu tempat penginapan di Sungai Lembing yang sentiasa penuh dengan pengunjung ketika musim cuti dan hujung minggu. Mana tidaknya, anda boleh memilih pelbagai jenis pakej penginapan seperti cottage dan kabin. Ikut sahaja bajet dan juga keselesaan anda. Ada pelbagai jenis ruangan bilik untuk anda pilih antaranya Deluxe Japanese King Chalet, Japanese Style Cabin, Hillside Chalet, Wooden Cottage, Traditional Wooden White House, Colourful Cabin dan Backpacker Cabin.

Kemudahan peralatan BBQ disediakan jika anda nak BBQ pada waktu malam. Malah pihak resort boleh pesan makanan yang anda inginkan sewaktu BBQ. Habis BBQ tu anda bolehlah pergi karaoke di ruangan yang disediakan. Anda nak berbasikal dan pergi ke Air Terjun Pelangi? Beritahu sahaja kepada pihak resort, mereka akan uruskan buat anda. Macam-macam aktiviti anda boleh buat dekat sini. Pastinya anda tak akan berasa bosan. Untuk buat tempahan atau sebarang pertanyaan klik pada pautan yang disediakan di bawah ya.

Alamat: EB 33, Jalan Sungai Lembing, Kampung Tengah, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0102882993


4. Lake Castle 

Cari Destinasi Lake Castle

Anda nak menginap di resort yang mempunyai panorama tasik? Jom menginap di Lake Castle. Bukan sahaja tempat penginapan tetapi ada juga bar dan lounge berkongsi disediakan untuk tetamu. Semua unit di Lake Castle menyediakan televisyen skrin rata dan juga penyaman udara. Peralatan mandi percuma juga turut diberikan. Anda dah menginap di sini jangan lepaskan peluang bermain biliard dan juga memancing. Haa, untuk anda yang memang kaki pancing tu jangan lupa bawa joran ya?

Nak diingatkan juga untuk pastikan data internet anda cukup kerana wifi tak disediakan di sini. Tapi ada baiknya juga, anda dapat berehat sebentar dari dunia media sosial dan dapat nikmati percutian anda di sini. Lokasi resort ini juga mudah diakses kerana ianya hanya berjarak 26km dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan hanya 42km dari bandar Kuantan.

Alamat: A205, Jln Sungai Arang, Kampung Jeram Takar, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:0138686868


5. Pollock View Resort

Cari Destinasi Pollock View Resort

Anda nak terokai menginap dan sekaligus terokai Sungai Lembing? Nak pakej semua dalam satu? Ayuh menginap di Pollock View Resort. Anda boleh uruskan pakej untuk berjalan-jalan di Sungai Lembing dengan pihak resort. Tak perlu pening-pening nak uruskan perjalanan anda kalau dah sampai sini. Ada tiga pakej yang anda boleh pilih iaitu pakej mengelilingi Sungai Lembing, pakej pergi ke Gua Charas dan juga pakej ke Air Terjun Pelangi. Pilih sahaja mana yang anda ingin.

Ada 22 bilik secara keseluruhan di sini dan dilengkapi dengan penghawa dingin serta ruang mandi dengan pancuran air panas. Tuala mandi, sabun serta syampu juga turut disediakan. Ada dapur di dalam ruangan bilik juga. Bolehlah anda masak masakan ringan. Anda nak BBQ pada waktu malam, ada peralatan BBQ disediakan untuk anda. Anda boleh semak harga di pautan yang disediakan di bawah.

Alamat: AB/51, Pollock Creek, 26200 Sungai Lembing

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0199874737


6. Lembing Riverview Resort

Cari Destinasi Lembing Riverview Resort

Anda nak menginap dengan menghadap panorama sungai? Lembing Riverview Resort merupakan lokasi penginapan yang ideal untuk anda. Terletak di Perkampungan Cina Lembing, pengunjung akan dapat rasai sendiri berada di kampung dan dekat dengan alam semulajadi. Ada 13 chalet secara keseluruhannya dan dilengkapi dengan penghawa dingin serta bilik mandi peribadi dan pancuran air panas. Anda boleh pilih chalet dengan katil single, queen ataupun quad. Ikut keselesaan dan bilangan ahli keluarga anda.

Tapi di sini, anda bukan sahaja boleh menginap di chalet anda boleh juga berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan khas oleh pihak resort. Tandas dan ruang mandi ada disediakan untuk anda yang datang berkhemah. Bolehlah anda nyalakan unggun api, BBQ dan menyanyi sambil menikmati pemandangan Sungai Lembing. Seronok bukan?

Alamat: 281, Kampung Seberang Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0129812692


7. Jasa Resort

Cari Destinasi Jasa Resort

Anda nak tempat menginap yang selesa tetapi dengan harga yang berpatutan? Apa kata jika anda pertimbangkan untuk menginap di Jasa Resort? Hotel yang bertaraf 3 bintang ini bukan sahaja selesa tetapi bersih. Ini dapat dibuktikan melalui maklum balas tetamu yang pernah menginap di sini. Anda boleh membuat pilihan kamar katil single, queen, king ataupun kamar keluarga. Ruangan bilik juga luas, anda boleh solat tanpa harus bersempit-sempit.

Kemudahan asas seperti penyaman udara, televisyen skrin rata, botol minuman percuma, dan peralatan mandi disediakan untuk para tetamu. Kemudahan Wifi juga boleh diakses di ruangan kamar dan juga seluruh hotel. Anda juga boleh mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat di sini. Jika anda nak BBQ pada waktu malam ada peralatan BBQ juga disediakan untuk tetamu. Bolehlah anda makan dan bersantai bersama keluarga. Seronok bukan?

Alamat: Lot 1222, Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:072687419


8. Sungai Lembing Campstay

Cari Destinasi Sungai Lembing Campstay

Sungai Lembing Campstay terletak di dusun durian dan terletak di tepi jalan utama menghala ke Bandar Sungai Lembing. Tempat perkhemahan yang tidak begitu popular dan belum diketahui ramai tetapi memang sangat seronok jika anda dah sampai ke sini. Pastinya sesuai untuk anda yang inginkan lokasi menginap yang lain daripada yang lain. Lebih tenang berada di kawasan kampung dan suasana malam yang hening dan juga dingin. Ditambah pula, anda menyalakan unggun api dan juga ditemani bunyi unggas. Suasana yang sangat mendamaikan bukan?

Tarikan utama di sini ialah sungai jeramnya yang amat jernih tapi harus diingatkan ia tak sesuai untuk aktiviti mandi-manda ya. Di sini ada disediakan tempat mandi dan juga tandas yang banyak, jadi anda tak perlu berebut kalau nak mandi. Seronoknya di sini, tempat untuk anda ambil wuduk dan juga tempat basuh pinggan mangkuk juga turut disediakan. Jadi apa tunggu lagi? Jom berkhemah!

Bayaran Masuk:

  • Dewasa (RM15)
  • Kanak-kanak 6 tahun ke atas (RM7)

Alamat: Kampung Bayas, 26200 Sungai Lembing, Pahang

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0122524961


Jadi bagaimana dengan 8 lokasi penginapan yang disenaraikan? Daripada hotel bertaraf 3 bintang hingga ke resort yang mewah. Anda yang nak menginap di suasana berbeza boleh sahaja anda berkhemah. Lebih dekat dengan alam semulajadi bukan? Walaupun ada lokasi yang kurang popular tetapi itu tidak bererti anda tidak patut cuba. Harga yang ditawarkan dengan servis dan juga persekitaran tempat menginap juga sangat berbaloi. Jadi, simpan senarai lokasi menginap di atas sehingga anda sampai ke Sungai Lembing. Selamat menginap dan bercuti bersama yang tersayang!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

14 Destinasi Menarik Sungai Lembing – WAJIB TEROKAI

Pasti anda tertanya-tanya lokasi apa yang menarik di Sungai Lembing kan? Sebenarnya banyak sahaja lokasi yang best untuk anda kunjungi jika anda ke sini....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x