Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

14 Destinasi Menarik Sungai Lembing – WAJIB TEROKAI

Pasti anda tertanya-tanya lokasi apa yang menarik di Sungai Lembing kan? Sebenarnya banyak sahaja lokasi yang best untuk anda kunjungi jika anda ke sini. Selain terkenal dengan kawasan galian bijih timah paling utama di Malaysia, Sungai Lembing juga ada lokasi beriadah bersama keluarga. Hotel di dalam hutan pun ada juga tau. Sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang singkat.

Selain dari tu, anda boleh mengisi masa lapang pada waktu hujung minggu dengan aktiviti hiking. Ada bukit yang mencabar stamina anda. Kalau teringin nak makan mee jawa, kami dah senaraikan satu kedai makan yang pernah dikunjungi oleh Permaisuri Agong, Tunku Azizah. Anda nak tahu nama dan lokasi yang kami nyatakan? Pastikan anda baca sampai habis okay?


14 Destinasi Menarik Sungai Lembing

1. Jambatan Gantung

CariDestinasi Jambatan Gantung Sungai Lembing

Anda pasti terkejut sekiranya anda tahu usia jambatan gantung ini. Ianya telah berusia 1 abad. Ya 100 tahun lamanya. Lebih menarik lagi, jambatan gantung ini merupakan jambatan yang tertua di Malaysia. Jambatan ini menghubungkan Kampung Kolong Pahat dengan Sungai Lembing. Laluan jambatan ini agak sempit jadi anda dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melaluinya.

Anda pasti akan berasa gayat semasa menaiki jambatan ini. Segera keluarkan lensa kamera anda untuk swafoto. Pemandangan dari atas jambatan memang sangat indah. Harus juga diingatkan agar lupakan niat anda untuk melawati jambatan ini ketika musim tengkujuh. Ianya tak selamat dan boleh mengundang bahaya kepada anda. Meskipun strukturnya masih kukuh tetapi keselamatan anda harus diutamakan.

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


2. Air Terjun Pelangi

CariDestinasi Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi ini dikatakan sebagai tarikan luar biasa di Sungai Lembing. Ia mendapat namanya kerana fenomena pelangi yang sering muncul di tengah-tengah air terjun. Fenomena ini terjadi kerana peralihan cahaya matahari melalui titisan kecil maka terhasillah bebenang pelangi. Memang sangat indah dan menakjubkan. Jika ada peluang anda akan dapat merakamkan panorama pelangi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk berkelah bersama keluarga disini. Suasananya sangat nyaman dan tenang. Air terjunnya juga bersih, sejuk dan jernih. Anda juga boleh BBQ. Pastinya seronok makan di tepi air terjun. Tapi, jangan buang sampah merata-rata ya? Keindahan alam sekitar harus dijaga. Untuk sampai kesini, anda boleh pilih untuk meredah hutan atau menaiki pacuan empat roda 4×4. Pastinya ia akan menjadi pengalaman yang adventure untuk anda.

Alamat: Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone:0199446167 


3. Bukit Panorama

CariDestinasi Bukit Panorama

Anda nak mendaki pada waktu hujung minggu di Sungai Lembing? Anda patut cuba mendaki di Bukit Panorama. Ketinggian Bukit Panorama ialah 271 meter dan masa pendakian untuk sampai ke puncak hanya mengambil masa kira-kira 35 – 45 minit. Laluan trek juga tidak mencabar dan sangat sesuai untuk beginner.

Anda boleh melihat pemandangan matahari terbit sekiranya anda memulakan pendakian seawal jam 5 pagi. Nak lihat matahari terbenam di atas awan? Mulakan pendakian anda sekitar 6 petang. Anda boleh mendaki dengan santai dan nikmati sahaja perjalanan. Pastikan anda merakamkan detik-detik indah sesudah tibanya di puncak. Pastinya, akan buat anda terpukau.

Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


4. Gunung Tapis

CariDestinasi Gunung Tapis

Gunung Tapis yang mempunyai ketinggian 1511 meter (4690 kaki) daripada paras laut ini terletak di hulu Sungai Lembing. Ianya menjadi tumpuan bagi aktiviti pendakian ekstrem. Jadi, bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia mendaki, Gunung Tapis tidak sesuai untuk anda. Gunung Tapis juga diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal negeri Pahang. Sebelum nak mendaki, anda perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM10 sahaja.

Untuk sampai ke puncak anda harus menaiki pacuan empat roda dan harus melalui jalan berbukit serta laluan balak. Setelah dua jam perjalanan, anda akan sampai ke titik permulaan. Daripada sana, anda akan mula berjalan kaki. Pendakian ke atas puncak kira-kira tiga jam ataupun lebih. Setelah melalui trek yang sukar dan perjalanan yang panjang, panorama yang disajikan pasti akan membuatkan anda lupa akan segala penat lelah.

Alamat: Gunung Tapis, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


5. Air Terjun Berkelah

CariDestinasi Air Terjun Berkelah

Terletak 45KM daripada Bandar Kuantan, Air Terjun Berkelah berada di Bandar Maran, Pahang. Menariknya, air terjun ini mempunyai 7 tingkat dan setiap tingkat dianggarkan sepanjang 50 meter. Airnya juga sejuk dan jernih. Agak sesak jika anda berkunjung ke sini pada waktu cuti ataupun hujung minggu. Kalau setakat nak mandi-manda, tingkat satu atau dua dah cukup dah.

Untuk sampai ke sini anda perlu berjalan kaki ataupun menggunakan pacuan empat roda. Laluannya agak mencabar tetapi memang berbaloi. Rata-rata pengunjung yang pernah hadir ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk berkelah mahupun barbeku. Anda pasti akan terpegun dengan keindahan alam semulajadi. Harus diingatkan, jangan tinggalkan sampah anda merata-rata.

Alamat: Sungai Berkelah, 26300 Gambang, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:0183744257 


6. Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

CariDestinasi Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

Terletak di Jalan Pintasan Kuantan, Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah merupakan kawasan pertanian yang berkeluasan 500 ekar. Nama asalnya ialah Muzium Tanaman dan ianya dibina pada tahun 1988. Tujuan pertubuhan taman ini adalah untuk memperkenalkan kaedah pertanian ekonomi yang diusahakan oleh petani tempatan.

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Anda boleh berkhemah, memancing, berjogging, dan jungle trekking. Menariknya di sini, ada taman rama-rama juga. Bolehlah anda bawa anak-anak anda melihat pelbagai jenis rama-rama. Anda juga boleh memerhati burung di sini. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Ayuh lekas ke sini.

Alamat: Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, 25300 Kuantan, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:095732194 


7. Muzium Sungai Lembing

CariDestinasi Muzium Sungai Lembing

Anda nak tahu lebih mendalam mengenai sejarah Sungai Lembing? Anda harus datang ke Muzium Sungai Lembing. Memandangkan Sungai Lembing terkenal dengan aktiviti penggalian biji timah kedua terbesar di dunia, maka Muzium Sungai Lembing mempamerkan peralatan yang digunakan untuk menggali biji timah pada ketika dulu.

Dah dapat info berkenaan sejarah Sungai Lembing, anda singgahlah di D’Mine Shoppe. Di sini mereka ada menjual T-shirt dan juga cenderahati. Bolehlah anda cuci mata dan beli untuk bawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan. Tak rugi pun anda masuk ke sini, anda dapat tambah ilmu pengetahuan sejarah sambil melancong. Bak kata pepatah ‘berkayuh sambil ke hilir’.

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa (RM2)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9 A.M – 5 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone:095412378 


8. 3D Gallery Sungai Lembing

CariDestinasi 3D Gallery

Dah sampai Sungai Lembing, anda wajib ke 3D Gallery ini. Lukisan 3D yang dipamerkan disini bertaraf antarabangsa. Anda tak perlu pergi hingga ke Singapura kerana di Malaysia pun ada. Lukisan yang unik dan juga seperti hidup membolehkan anda bergambar dan melakukan gaya bebas dari pelbagai sudut.

Sekiranya anda seorang yang berjiwa seni, pastinya anda akan berasa seronok jika dah sampai ke sini. Tangkaplah gambar sebanyak mana yang anda mahu. Pastinya ia akan menjadi kenangan yang indah buat anda. Bayaran yang dikenakan pula tidaklah mahal. Pastinya memang berbaloi.

Alamat: 27, North Canton Street, Sg Lembing, 26300, 26200 Kuantan, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa (RM16)

Kanak-kanak (RM12)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9 A.M – 6 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0129862299 

Whatsapp 3D Gallery Sungai Lembing


9. D Paradise Deer Farm

CariDestinasi D Paradise Deer Farm

Rusa bukanlah haiwan yang dapat selalu dilihat di Malaysia. Jadi, jika anda nak lihat rusa anda harus datang ke D’Paradise Deer Farm. Ladang ternakan rusa persendirian ini merupakan yang terbesar di Malaysia. Kebanyakkan rusa yang ada disini diimport khas dari negara Australia dan juga Mauritius.

Anda boleh melihat sendiri bagaimana cara penternak di sini menternak rusa. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti bersama rusa seperti bergambar secara dekat dan juga memberi rusa makan. Jika anda nak daging rusa yang segar dari ladang, anda boleh dapatkannya di sini. Harga pun jauh lebih murah. Jadi, ayuh datang bersama keluarga dan anak-anak anda.

Alamat: Ladang Ternakan Rusa, Sungai Jin, Sungai Lembing, Pahang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8:00 A.M – 10:00 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0173458849 

Whatsapp D Paradise Deer Farm


10. Lombong Bijih Timah Bawah Tanah

CariDestinasi Lombong Bijih Timah Bawah Tanah

Anda dah melawat Muzium Sungai Lembing? Anda wajib pergi ke Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing ini pula. Di sini, anda boleh rasai pengalaman masuk ke  bawah tanah. Lokasinya terletak tidak jauh daripada muzium. Anda hanya perlu berjalan kaki dan naik lebih tinggi lagi untuk sampai ke sini.

Demi keselesaan para pelancong yang hadir, pihak pengurusan telah membaik pulih laluan terowong. Mereka juga menebuk lubang angin agar anda tidak berasa panas ketika masuk ke dalam. Anda harus teroka hingga ke dalam kerana banyak info yang ditampal untuk pengetahuan am. Nilai sejarah lokasi ini memang tak dapat disangkal. Memang sangat bersejarah. Pastinya ia akan jadi pengalaman yang baru untuk anda.

Alamat: Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa (RM31)

Kanak – kanak (RM15)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:095411480 


Penginapan Di Sungai Lembing

11. Agro Resort Sungai Semuji

CariDestinasi Agro Resort Semuji

Anda ingin percutian dan penginapan bertemakan alam semulajadi? Agro Resort Semuji meupakan pilihan yang ideal bagi anda. Jika anda datang ke sini pada musim durian anda akan dapat membeli dan menikmati durian yang ditanam di sekitar resort. Kalau anda seorang kaki pancing, anda dibenarkan untuk memancing di tasik yang ada di sini. Senang kan? Tak perlu pergi jauh-jauh.

Selain itu, resort ini hanya terletak 5KM daripada Air Terjun Bukit Berkelah. Bolehlah anda mandi-manda di sana. Menariknya di sini, ada juga burung unta dan rusa diternak oleh pihak resort untuk tujuan tarikan para pengunjung. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti team building, jungle trekking dan bermain bola takraw juga disini. Anda boleh membuat pertanyaan lebih lanjut mengenai harga dengan menghubungi nombor telefon di bawah.

Alamat: Km 42 Jalan Kuantan-K. Lumpur, 26020 Gambang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:094780488 


12. Time Capsule Retreat

CariDestinasi Time Capsule Retreat

Time Capsule Retreat merupakan pilihan yang sangat ideal bagi anda yang inginkan penginapan yang unik dan juga berbeza. Pastinya anda tak pernah bayangkan menginap di dalam kolong. Anda hanya boleh rasai pengalaman tersebut di sini. Ada 3 jenis penginapan yang anda boleh pilih, Cottage, Capsule dan juga Paralel.

Anda juga boleh pilih untuk tinggal di kolong berbentuk bayang-bayang ataupun pemandangan yang menghadap hutan. Bagi penginapan kapsul ianya hanya terhad untuk dua orang sahaja. Sesuai bagi pengantin baru yang berbulan madu dan inginkan suasana romantis. Untuk anda yang datang lebih dari dua orang? Anda boleh pilih Paralel dan juga Cottage. Pastinya pengalaman yang tidak akan dapat lupakan. Anda boleh kunjungi laman web yang dinyatakan dibawah untuk mengetahui harga dan membuat pertanyaan dengan lebih lanjut.

Alamat: Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0139638888


Kedai Makan Di Sungai Lembing

13. Kedai Makan Wan Masturah Mee Jawa

CariDestinasi Kedai Makan Wan Masturah Mee Jawa

Kedai makan inilah yang pernah mendapat kunjungan Permaisuri Agong, Tunku Azizah. Mana tidaknya, kedai makan yang menyajikan hidangan berasaskan mee sahaja sentiasa mendapat maklum balas positif daripada para pelanggan. Ditambah lagi dengan kunjungan Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia, kedai makan ini sesak hingga tak cukup tempat duduk.

Bayangkan sahaja kuah untuk mee yang dimasak di dalam bekas belanga yang besar habis dan licin. Mee yang sentiasa dipesan oleh pelanggan di sini semestinya Mee Jawa. Resipi yang diolah sendiri oleh pemilik kedai ini menjadikan ianya hidangan yang paling digemari ramai. Selain itu, anda boleh cuba Mee Kari dan juga Mee Bandung. Dengar kata, Permaisuri Agong amat gemar dengan Mee Bandung di sini. Jadi apa anda tunggu lagi? Ayuh! Isi perut disini. Pastinya tak menyesal.

Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0145136319 


14. Sungai Lembing Steakhouse

CariDestinasi Sungai Lembing Steakhouse

Anda dah sampai ke Sungai Lembing dan teringin nak makan daging? Anda boleh singgah di Sungai Lembing Steak House. Makanan Barat yang disajikan di sini memang enak dan pastinya membangkitkan selera anda. Harga makanan juga tidaklah terlalu mahal. Saiz hidangan disini memang besar dan anda pastinya akan berpuas hati.

Rata-rata pelanggan yang pernah berkunjung ke sini akan memberi maklum balas positif. Semestinya, daging yang digunakan untuk juadah steak adalah segar dari ladang. Lokasi restoran juga mudah diakses kerana ianya terletak di jalan menghala ke Teluk Cempedak. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat datang ke sini.

Alamat: A1102, Jalan Dato Mahmud, Taman Jaya, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8 A.M – 5:00 P.M)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone:095600566 


Bagaimana dengan lokasi pilihan kami di Sungai Lembing? Ada yang berkenan di hati anda? Selain tempat bersejarah anda banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi. Anda nak hiking, tempat penginapan pun kami telah kami senaraikan. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan juga menjadi rujukan sekiranya anda merancang untuk pergi ke Sungai Lembing. Selamat bercuti!

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 8 Penginapan Di Sungai Lembing – WAJIB Daftar Masuk

Anda dah rancang percutian ke Sungai Lembing, Pahang tapi tak tahu nak menginap di mana? Hentikan kerisauan anda tu. Kami dah senaraikan 9 lokasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x