Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Taman Rekreasi Cendering

Taman Rekreasi Cendering ni terletak dekat je dengan Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Terapung. Korang kena cross jambatan je…

Ni salah satu tempat lepak yang agak menarik dan menenangkan jiwa. Kalau dari bandar Kuala Terengganu, kena masuk simpang selepas Masjid Sultan Ismail sebelah kiri. memang sesuailah kalau nak melepak tepi sungai ni kan.sambil2 makan satay ikan atau keropok lekor di tebing sini, memang kombinasi terbaik terutamanya waktu petang. biasanya kalau ke sini, sy dtg selepas solat Jumaat. Maklumlah sanakan cuti..

taman rekreasi chendering terengganu

Dari Taman Rekreasi Cendering ni korang bleh nampak sungai dan jambatan yang korang cross dari Kuala Terengganu…Air dia cetek jer sampai nak jalan atas air pun boleh…

tempat menarik cendering terengganu

Skali tengok macam magician David Blane pulak jalan atas air. Kalau kat muara sungai ni semua orang boleh jalan atas air…Brader ni sebenarnya tengah menjala…Situasi begini memang normal bagi masyarakat setempat untuk mencari rezeki dan kebiasaannya david blane teganu ni akan mencari rezeki selepas pukul 3ptg.

penginapan menarik cendering terengganu

Kalau korang drive sampai hujung Taman Rekreasi Cendering ni akan sampai kat betul2 muara pertemuan air laut dan sungai…view tak yah ckp memang cantik !! Sebelah sana tu merupakan Taman Awam Lagun Kuala Ibai…Kalau nak jalan ke sana pun boleh dari sini…

pemandangan menarik pantai cendering

Kat sebelah kanan korang ialah Pulau Kapas. Dalam 25km camtu dari sini ke Jeti Pulau Kapas. Tengok pasir dia putih macam kat Pantai Cherating…Tempat ni memang sesuai lah kalau nak beriadah seperti berjogging dan berkelah dengan keluarga…tapau makanan, buka tikar, makan dan tidur sejam dua..memang terbaik boh !! Koordinat ke Taman Rekreasi Chendering. lat/lng: 5.281554,103.174071. Selamat berehat dan jangan duk sini lama-lama nanti masuk angin lemau :)

4.3/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
kekunci
kekunci
7 years ago

Chendering masih lagi dalam daerah Kuala Terengganu, bukannya daerah Marang. Begitu jugak pantai Pandak/ Pantai Chendering masih lagi daerah Kuala Terengganu.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x