Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

TOP 10 Tempat Makan di Kampar yang Perlu Anda Tahu

Kampar ialah sebuah daerah di negeri Perak yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari ibu negerinya iaitu Bandaraya Ipoh, kira-kira satu jam perjalanan. Mengikut pada sejarawan negara, nama Kampar di ambil dari sebuah nama tempat yang terletak di Indonesia. Hal ini kerana, antara tahun 1880 hingga 1900 ramai peniaga dari Kampar, Indonesia telah datang ke sini untuk memperdagangkan barang perniagaan mereka iaitu tembakau dan alat-alat tembikar. Kampar dahulunya adalah sebuah tempat yang terkenal untuk aktiviti perlombongan bijih timahnya. Kini telah membangun dengan pesat dan telah menarik ramai pengunjung ke daerah ini. Selain tarikan alam semulajadinya seperti Gua Tempurung dan juga tarikan sejarahnya, Kampar juga mempunyai banyak tarikan dari segi tempat makan yang menarik untuk dikunjungi. Bagi yang ingin meluangkan masa hujung minggu atau bercuti ke Kampar, ini 10 tempat makan di Kampar yang patut anda pergi.

10 Tempat Makan di Kampar yang Menarik


1. La Cottage Café and Chalet

La Cottage Cafe & Chalet

Inginkan suasana makan lain dari yang lain? Apa kata anda cuba suasana makan di dalam sungai. Lain dari yang lain bukan? La Cottage Cafe and Chalet menawarkan pelbagai set makanan tengahari yang berkonsepkan masakan kampung. Antara menu yang patut anda cuba  ialah Set Ayam Bakar, Set Itik Rendang, Set Puyuh, Set Talapia Bakar, Set Udang Galah dan Set Keli Bakar. Setiap set akan dilengkapi dengan nasi Teratai yang jarang dijumpai di tempat lain. Selain itu, set-set ini juga turut dilengkapi dengan ulam-ulaman dan juga sambal belacan yang padu.

Pastinya makan tengahari anda di sini akan memberi satu pengalaman yang luar biasa. Makan sambil bermain air sungai. Lepas makan boleh terus mandi! Sebelum anda ke sini pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana risau tempahan penuh. Di samping itu, La Cottage Cafe and Chalet juga ada menawarkan tempat tinggal bagi mereka yang ingin bermalam di sini atau yang ingin mengadakan sebarang event seperti hari keluarga dan team building.

Alamat: Kampung Mendok, Jalan Chenderiang, 31850 Jeram, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengahari – 6 petang)

Lokasi


2. P’Kopi Cafe – Ngopi Sambil Santai di Kampar

P'Kopi Cafe

Bagi menggemar kopi, P’Kopi adalah tempat makan di Kampar yang wajib anda kunjungi. Menawarkan pelbagai jenis kopi yang boleh anda dapatkan di sini. Antaranya ialah Cafè Latte, Flat White, Cappuccino, Macchiato, Mocha, Lemonade Soda dan lain-lain. Selain kopi, terdapat juga dessert seperti kek, brownies dan scones di sini. Antara yang sering mendapat pujian pelanggan yang datang ke sini ialah sconesnya yang sangat sedap. Tidak hairanlah sehingga ada yang sanggup bayar dahulu ambil kemudian.

Bukan itu sahaja, P’Kopi Cafe sentiasa menambah baik menu mereka dan telah pun menambah menu seperti nasi lemak, laksa dan pasta dalam senarai menu mereka. Oleh itu, para pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk dinikmati. Lebih menarik lagi adalah harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan jauh lebih murah berbanding dengan harga di cafe yang menawarkan menu yang sama. Oleh itu, pastikan anda memasukkan P’Kopi Cafe ke dalam bucketlist anda ok!.

Alamat: 150, Jln Gopeng, Kampung Masjid, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Sabtu – khamis (9 pagi – 10 malam), Jumaat (Tutup)

Lokasi


3. Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey

Iqa Corner Nasi Wanggey

Nasi wanggey sememangnya sinonim dengan negeri Perak, namun ianya banyak dan mudah ditemui di Ipoh. Tapi jangan risau, jika anda ingin merasai kelazatan nasi wanggey di Kampar, kami syorkan anda makan di Iqa Corner Restoran Nasi Wanggey yang terletak di Malim Nawar. Terkenal dengan menu Nasi Wanggey bersama Kari Kepala Ikan. Gabungan ini pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi akan kesedapannya. Namun, anda juga boleh juga memilih untuk mencuba nasi wanggey dengan menu lain seperti ayam dan kambing.

Selain itu, menu lain yang turut menjadi tumpuan di sini ialah Mee Kari, Mee Rebus, Mee Goreng, Rojak Pasembur, Capati dan lain-lain lagi. Rata-rata pelanggannya menyatakan kesedapannya nasi wanggey di sini sama sedap dengan nasi ganja yang ditemui di Ipoh. Harganya pula sangatlah berpatutan dan murah. Servis dan layanan yang terbaik dan tip top pasti membuatkan anda akan datang semula ke sini nanti.

Alamat: LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 10 malam), Sabtu & Ahad (7.30 pagi – 6 petang)

Lokasi


4. Kedai Kopi Pak Din – Kedai Sarapan Legend di Kampar

Kedai Kopi Pak Din

Tercari-cari port sarapan yang best di Kampar? Jom ke Kedai Kopi Pak Din. Sebuah kedai makan yang sederhana dan terlihat biasa. Namun, bagi yang tidak kenal pasti tidak tahu tentang kesedapan makanan di Kedai Kopi Pak Din ini. Sebuah kedai legend yang menyediakan menu sarapan yang simple tapi sedap. Menariknya Kedai Kopi Pak Din ini adalah sebuah kedai makan Melayu tetapi menyediakan makanan chinese style.

Bukan sahaja terkenal dengan Mee Karinya, tetapi juga terdapat menu lain yang juga menjadi favourite kebanyakan pelanggannya. Antara menu lain yang boleh anda cuba di sini ialah Mee Kicap, Kue Teow Goreng, Bihun Goreng, Maggi Goreng dan Bihun Sup. Tidak lengkap rasanya jika bersarapan tanpa kopi buka. Padankan setiap makanan anda dengan kopi dan minuman yang disediakan di sini. Confirm terangkat! Harga pula jangan risau! Kerana harga di sini pastinya sesuai dengan bajet anda. Jika anda ingin ke sini, dinasihatkan agar anda datang awal jika tidak ingin menunggu lama.

Alamat: Kampung Masjid, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Khamis – Selasa (7 pagi – 12 tengahari), Rabu (Tutup)

Lokasi


5. Cafe Awesome of Arts – Port Western Food Best di Kampar

Cafe Awesome of Art

Terasa nak makan makan malam dengan makanan barat? Apa kata anda makan di Cafe Awesome of Arts. Berkecimpung hampir 8 tahun dalam penyediaan makanan barat, makanan di cafe ini pasti akan memberi kepuasan kepada anda. Hiasan dalaman cafe ini menggabungkan pelbagai elemen seni yang menarik dan lain dari yang lain.

Antara menu menarik yang boleh anda cuba jika berkunjung ke cafe ini ialah Cheesy Chicken chop, Mozarella Chicken Chop, Grill Lamb Chop dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai betapa juicynya Terderloin Steak yang dihidangkan. Bagi yang ‘tekak melayu’ jangan risau di sini juga terdapat menu yang berasaskan nasi seperti Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Sambal Udang. Di samping itu, terdapat juga hidangan pasta seperti Mac N Cheese, Spicy Beef Pasta, Creamy Carbonara dan banyak lagi menu untuk dipilih. Ramai pelanggan yang pernah berkunjung ke sini sangat berpuas hati dengan rasa, layanan dan harga makanan di sini. Oleh itu, pastikan anda luangkan sedikit masa anda untuk merasai sendiri kesedapan makanan di sini ya!

Alamat: 80, Disney Avenue, Bandar Agacia, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Khamis – Selasa (4 petang – 11 malam), Rabu (Tutup)

Lokasi


6. Nasi Ayam Kasturi

Nasi Ayam Kasturi

Selain nasi lemak, nasi ayam juga sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Bagi yang tercari-cari nasi ayam best di Kampar, kami syorkan anda cuba keenakan dan kelazatan Nasi Ayam Kasturi yang famous di Kampar. Jika anda ke sini anda akan dapat merasai nasi ayam yang mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri. Menu wajib jika anda ke sini pastilah Nasi Ayam Kasturi yang menjadi hidangan signature di sini. Nasi yang lembut dan wangi, portion ayam yang besar, sup kaki ayam yang menyelerakan dipadankan pula dengan sos yang melengkapkan rasa nasi ayamnya. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga menu nasi ayam lain seperti Nasi Ayam Goreng, Nasi Ayam Golek Berempah dan Nasi Goreng Ayam Golek. Apa beza setiap nasi ayam ni? Itu anda perlulah datang dan cuba sendiri perbezaannya.

Selain nasi ayam, terdapat juga menu masakan panas lain yang boleh dipilih. Antaranya ialah menu pelbagai nasi goreng, bihun, mee dan kuew teow. Dengan harga yang berpatutan juga layanan yang terbaik pasti anda tidak akan menyesal datang ke sini.

Alamat: No 5 Kedai Desa Jalan Gopeng 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Sabtu ( 11 pagi – 11 malam) Jumaat & Ahad (Tutup)

Lokasi


7. Restoran Adily Kampar – Syurga Makan Tengahari di Kampar

Restoran Adily Kampar

Tempat makan di Kampar yang mana menyediakan makan tengahari dengan menu masakan kampung? Restoran Adily Kampar adalah jawapannya. Sebuah kedai yang menyediakan lebih 40 jenis lauk pauk tengahari. Anda pasti akan rambang mata memilih lauk pauk yang terhidang depan mata. Dari menu lauk pauk berkuah, bergoreng, bakar dan sup semuanya boleh didapati di sini. Bukan itu sahaja, malah terdapat sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai penyedap rasa untuk anda.

Bagi peminat kerabu, untuk pengetahuan anda di sini juga turut menyediakan hidangan kerabu. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga tapi enam jenis kerabu yang boleh anda pilih. Antaranya ialah Kerabu Daun Selom, Kaki Ayam, Mangga, Pucuk Paku, Perut dan Daun Pegaga. Baru baca pun dah terliurkan? Kedai yang luas, selesa dan harga yang berpatutan menjadikan kedai ini sebagai one stop center untuk makan tengahari.

Alamat: 49, Jalan Durian, Taman Kampar Jaya, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 pagi – 4 petang), Jumaat (Tutup)

Lokas


8. Wing Zone Kampar – Fast Food Sedap di Kampar

Wing Zone

Dah bosan dengan nasi? Jom cuba makan burger, chicken wing dan sandwich di Wing Zone. Sebuah restoran yang menyediakan makanan fast food tetapi lain dari yang restoran fast food yang lain. Lainnya restoran ini dari yang lain ialah restoran ini memberikan anda pilihan flovour yang pelbagai. Terdapat lebih kurang 5 flavour yang boleh anda pilih mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan. Antaranya ialah Traditional Buffalo Flvors, Sweet & Spicy Flavors, Sweet No Heat, Wing Zone Favorite dan Dry Rub Flavors. Terdapat 4 tahap kepedasan yang pastinya memberi anda lebih pilihan iaitu Mild, Medium, Hot dan Hottest.

Antara menu popular mereka ialah chicken wing dan burger. Selain itu, pelanggan yang berkunjung ke sini juga boleh memilih menu lain seperti tender, sandwich dan dessert. Anda seorang yang sukakan kelainan dan suka mencuba? Inilah peluang anda untuk mencuba variasi flovour yang ditawarkan oleh restoran ini. Jangan lepaskan peluang anda!

Alamat: 2251, Jalan Batu Sinar, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi – 10.30 malam)

Lokasi


9. 21 Grilled

21 Grilled

Inginkan lebih banyak pilihan makanan semasa makan? Kami syorkan anda untuk memilih 21 Grilled sebagai tempat makan anda semasa berkunjung ke Kampar. Dari hidangan set nasi, western food, fast food, sizzling, char kuew teow, masakan panas dan bergoreng semuanya boleh anda dapati di sini. Bukan itu sahaja, bagi penggemar kopi anda boleh merasai pelbagai menu air berasaskan kopi di sini. Kopi yang dibrew segar dari biji kopi import terbaik pastinya memberikan rasa premium pada kopi anda. Bukan hanya kopi tetapi restoran ini turut menawarkan pelbagai jus buah yang sangat menyegarkan.

Untuk makan tengahari, anda boleh memilih set nasi ayam penyet, nasi ikan bawal penyet, set keli sambal dan nasi sambal petai yang pastinya menyelerakan. Terasa nak makan western food, anda boleh order chicken cop atau spagheti bolognese. Jika nak disenaraikan menunya terlalu banyak. Oleh itu, anda boleh lihat senarai menunya di laman web yang kami letakkan seperti di bawah. Yang penting, anda tidak perlu bayar mahal untuk rasa yang premium!

Alamat: 45 & 45A, Laluan Batu Sinar 2, Kampar Sentral, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Ahad – Khamis (10 pagi – 8 malam), Jumaat – Sabtu  (10 pagi – 9 malam), Isnin (Tutup)

Lokasi


10. Restoran Huwaina Seafood – Port Makan Malam Best di Kampar

Huwaina Seafood

Western food sudah, makanan ala kampung juga sudah. Tapi, mana tempat makan yang best di Kampar kalau nak makan makanan ala Thai? Jawapannya ialah Restoran Huwaina Seafood. Restoran ini menawarkan makanan ala Thai sebagai hidangan utama mereka.

Restoran ini sesuai untuk makan malam anda sekeluarga kerana tempatnya yang luas dan selesa. Parking yang disediakan juga luas dan memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan mereka. Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini adalah set nasi bersama Ikan Siakap Stim, Siakap 3 Rasa, Tom Yam dan telur goreng. Jika anda peminat seafood celup tepung, sotong goreng tepung adalah satu kemestian jika anda ke sini. Yang penting semua seafood di sini adalah adalah segar.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi menu masakan bergoreng lain yang boleh anda order di sini. Harga yang berpatutan dan servis hidangan yang laju pasti tidak akan membuat anda rasa rugi makan di sini. Kesedapan makanan di sini pastinya membuatkan anda berasa seolah-olah sedang makan di Thailand dan bukannya di Kampar, Perak.

Alamat: Kampung Baharin Pinji, 31900 Kampar, Perak

Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 1 pagi)

Lokasi


Jadi, dah tahu tempat makan mana yang best untuk dikunjungi? Kesimpulannya, semua tempat makan di Kampar ini memang padu! Kunjungan anda ke sini pasti tidak akan menyesal. Datang dan alami sendiri kesedapan makanan di kedai-kedai ini. Bila perut dah kenyang baru seronok dan selesa untuk meneruskan penerokaan di Kampar. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera!

3.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Homestay di Kampar yg Best & Cantik

Kampar, sebuah bandar yang indah di negeri Perak, menawarkan pelbagai pilihan homestay yang selesa dan menjimatkan. Dalam senarai ini, kami akan kongsikan kepada anda...

11 Tempat & Penginapan Menarik Di Kampar – Yang MESTI Pergi

Sebuah daerah di Perak digelar Kampar yang di faham juga dengan maksud Bandaraya Pendidikan. Daerah Kampar ini adalah daerah terbesar di negeri Perak. Kampar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x