11 Tempat & Penginapan Menarik Di Kampar – Yang MESTI Pergi

Sebuah daerah di Perak digelar Kampar yang di faham juga dengan maksud Bandaraya Pendidikan. Daerah Kampar ini adalah daerah terbesar di negeri Perak. Kampar diberikan bersempena nama sebuah sungai iaitu Sungai Kampar. Secara umumnya Kampar adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah yang berkembang pesat. Industri perlombong bijih timah ini mula merosot perlahan selepas Perang Dunia 1 dan semenjak itu industri perlombongan telahpun banyak ditutup akibat kejatuhan indsutri pada akhir abad ke-20. Kampar kini semakin berkembang dengan pelbagai sector perindustrian termasuk sector perlancongan.

Di sini kami paparkan 11 tempat-tempat dan penginapan di Kampar, Perak yang wajib kunjungi jika ke sana nanti. Sekiranya anda mencari destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga, sila luangkan masa sebentar untuk baca ini.


Tempat Menarik Di Kampar

1. Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta foto

Perkataan biji timah sudah biasa di dengari semenjak kecil bagi masyarakat Malaysia. Muzium Perlombongan Bijih Timah di Kampar ini menyediakan lebih banyak lagi ilmu tentangnya seperti sejarah-sejarah yang mungkin anda belum tahu. Muzium yang di buka pada Oktober 2012 ini memerlukan bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak hingga remaja RM2. Muzium Perlombongan Bijih Timah di Kampar ini adalah muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah.

Di kawasan luar dan dalam muzium ini mempamerkan pelbagai replika aktiviti melombong seperti aktiviti mendulang, pam kelikir, mencari biji timah, jentera-jentera berat dan ratusan gambar perlombongan, koleksi mineral dan bijih, koleksi dokumen, statistik dan atlas geologi. Selain dapat belajar sejarah baru tentang biji timah, anda boleh mengetahui kemanjuan dalam kaedah yang digunakan ketika melakukan aktiviti perlombongan biji timah.

Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Waktu Operasi: Setaip hari: 9.00 am – 5.00 pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-2888530


2.  Bandar Agacia

bandar agacia foto 2

Salah satu lokasi paling menarik yang popular dikalangan pelancong tempatan adalah Bandar Agacia. Bandar yang berwarni di siang hari dan cantik ketika menjelang malam. Bagi penggemar bergambar ataupun fotografi ini adalah lokasi ‘disney like’ dan ‘european style’ yang mesti anda kunjungi. Bangunan yang kelihatan comel kerana berwarna warni dan bergaya di sini semestinya menjadi tarikan setiap orang yang datang.

Bandar Agacia adalah tempat yang unik dimana anda sesuai juga melakukan sesi bergambar untuk perkahwinan anda di sini. Lokasi pengembaraan atau perfileman juga menarik jika dilakukan di sini seperti musik video lagu Roadblock Hatiku oleh Floor 88 dan Baby Shima. Sekali pandang kelihatan bandar di negara barat, itulah istimewanya Bandar Agacia. Di Bandar Agacia bukanlah memiliki bangunan kosong tetapi ada juga kedai-kedai makan dan kedai lain.

Alamat: Disney Ave, 31900, Kampar, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-7206693


3. Gua Tempurung 

gua tempurung foto 2

Siapa yang belum mengenali Gua Tempurung, Gua yang terletak di Gopeng, Perak ini menjadi sebuah gua yang wajib diterokai dan dikunjungi bagi mereka yang sukakan aktiviti mengembara. Perjalanan sejauh 3 km jika masuk ke Gua Tempurung yang berusia 400 juta tahun ini menjadi salah satu gua terpanjang dan terbesar di Semenanjung Malaysia. Sebahagian kawasan gua ini telah dilengkapi dengan lampu dan laluan jalan kaki untuk memudahkan pengunjung yang datang untuk melawat ke Gua Tempurung ini.

Suasana di dalam gua yang tenang dan pemandangan cantik gua itu bukan sahaja tarikan di situ ada juga aktiviti zip line dan water rafting. Jika anda ingin mencuba aktiviti air di situ, anda akan memerlukan pakai dan kasut yang bersesuaian. Gua Tempurung ini akan membuat kita lebih kagum dengan alam semula jadi di bawah permukaan bumi. Siling bumbung yang menyerupai tempurung kelapa, Gua Tempurung itu terlihat memiliki lima kubah. Masuk ke gua ini mempunyai bayaran berbeza harga mengikut jenis kesukaran dan pemandangan yang tertentu.

Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


4. White Water Rafting Gopeng 

water rafting foto

Lagi destinasi untuk melakukan aktiviti air yang menarik sekitar Kampar iaitu aktiviti water rafting di Gopeng. Sudah semestinya bagi penggemar aktiviti lasak dan penggemar aktiviti air akan sukakannya. Water rafting akan memberikan anda perasaan teruja, bekerjasama dan gembira ketika melakukan aktiviti ini bersama kawan-kawan dan keluarga tambah pula aktiviti ini tidak mahal dan mempunyai instructor yang akan bimbing anda.

Memang benar banyak aktiviti air lain boleh dilakukan selain water rafting di sini seperti river tubing, berkayak, waterfall abseiling dan river trekking. Suasana yang tenang dan sungai panjang yang cantik dan berbatu sudah tentu menambah keseronokkan ketika melakukan aktiviti. Pakej yang di sediakan di sini juga terdiri daripada yang permula dan yang sudah mahir, terserah kepada pilihan anda.

Alamat: Gopeng Town, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 am – 5.00 pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-6622929

Whatsapp White Water Rafting Gopeng


5. Muzium Gopeng

muzium gopeng foto

Muzium Gopeng yang rasmi dibuka pada 2009 ini menjadi lokasi wajib berkunjung jika ke Gopeng, Perak. Ianya hanyalah sebuah muzium kecil tetapi kaya dengan sejarah masa silam Gopeng dan kaitannya dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini oleh itu sangat disyorkan untuk singgah bersama generasi sekarang.

Pameran di sini kebanyakkan adalah barangan antik berusia 100 tahun lalu yang dipamerkan secara terbuka tanpa gelas kaca. Selain barangan antik yang memenuhi Muzium Gopeng ini, ada juga kenyataan sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Muzium Gopeng memiliki dua tingkat dimana bahagian bawah terdapat perabot, perhiasan dan seramik Cina. Di bahagian atas pula terdapat ruangan tidur dan ruangan santai, beberapa pakaian dan barangan antik seperti baju berbulu, radio lama, jam dan lampu.

Alamat: 47-49, Jalan Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: Tutup, Sabtu – Ahad: 9.00 am -5.00 pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-6695443

Whatsapp Muzium Gopeng


Penginapan Menarik di Kampar

6. Refarm

refarm kampar foto

Refarm adalah lokasi di mana anda boleh merasai aktiviti mini zoo, memberi haiwan makan, bermandi-manda, cycle boat, melawat taman herba dan banyak lagi. Tidak perlu risau tentang harga bayaran masuk kerana murah bagi setiap lapisan umur. Tambah menarik Refarm juga adalah sebuah lokasi penginapan. Sesuailah bagi mereka yang datang dari jauh atau inginkan percutian singkat. Jika datang tidak menginap tetapi untuk bermandi di kolam juga dibenarkan. Kolam renang di sini mempunyai perbezaan fungsi sama ada kegunaan umum, privasi atau aktiviti lain begitu juga pilihan penginapan di sini boleh pilih untuk berkhemah, villa atau hotel. Kunjungan daripada kumpulan besar juga sesuai dilakukan di sini.

Di Refarm sesuai buat mereka yang membawa kanak-kanak kerana mereka berpeluang belajar mengenali dan mencintai haiwan. Bercakap tentang haiwan, sudah tentu di sini mempunyai banyak jenis haiwan yang jinak seperti rusa, burung unta, arnab, kura-kura, ikan, ayam, itik, burung merak dan lain-lain. Pemandangan di sini juga cantik dan tenang dengan landskap-landskap yang kreatif.

Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa: Tutup, Rabu – Isnin: 9.00 am – 6.00 pm

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-5026115


7. Sahom Valley

sahom valley foto 2

Sahom Valley menjadi salah satu tempat penginapan yang unik di Kampar ini. Pencinta nature wajib singgah ke sini. Pemandangannya sangat indah dan udara segar juga sangat eskulsif. Bagi yang ingin rasa berada di kampung dengan tak banyak nyamuk boleh cuba ke sini. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti berbasikal, ATV,  flying fox, hiking, berkayak, memancing, paintball, mini zoo dan banyak lagi.

Penginapan di sini ialah berkonsepkan rumah kampung dan rumah buluh. Jadi yang belum pernah merasai anda mesti datang ke sini. Disediakan juga cafe tetapi anda juga boleh melakukan barbeku. Kolam renang yang boleh tahan luas ini disertakan juga dengan gelongsor. Anda juga boleh bermandi manda di tasik. Sahom Valley memang sesuai untuk mereka yang datang dalam jumlah yang ramai. Kawasan berkumpul juga ada disediakan di sini.

Alamat: Lot 228800 Kampungg Sahom, 31900 Kampar, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-4882480


 


8.  Hijau @ Gopeng

hijau gopeng foto

Hijau @ Gopeng adalah lokasi yang sesuai untuk pecinta alam semulajadi. Suasana yang anda bakal alami di sini adalah suasan sunyi sepi dan nyaman dek kawasan pendalaman kawasan hutan. Jadi sangat sesuailah tempat ini bagi yang ingin berehat sebentar daripada kesibukkan harian. Tidak usah bahas tentang pemandangan di sini sudah pasti tersegam dengan landskap menarik tambahan lagi di sini bersebelahan dengan dua sungai yang bersambung dengan hutan simpan.

Pilihan untuk memilih bilik yang tidak mempunyai kolam renang seperti bougain villas, river cabin 2 dan gamping loft. Bilik yang mempunyai kolam renang privasi ialah river cabin 1 dan bougain villa. Daripada balkoni bilik anda, jika bertuah anda boleh melihat rusa liar singgah ke sungai pada waktu malam. Halaman di Hijau @ Gopeng ini sesuai jika ada yang ingin malakukan aktiviti beramai-ramai.

Alamat: Lot 13319, Kebun Ulu Gerumtum, Perak, 31600 Gopeng, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-4648657


9.  Embun Resort Lake Sahom

embu resort foto

Embun Resort Lake Sahom menjadi pusat pemginapan termahal di kawasan ini tetapi masih lagi dalam harga mampu milik bagi mereka yang sangat sukakan alam semulajadi dan ketenangan. Pemandangan di sini juga sangat memukau bagi mereka yang menginap. Aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel seperti menunggang kuda, hiking dan berkayak. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan disini.

Bilik yang disediakan di sini ada yang menghadap kolam renang dan menghadap tasik. Kedua-dua pilihan sangat sesuai bagi yang ingin merehatkan minda dan yang membawa anak mereka. Perkakasan dan kelengkapan bilik juga seperti di hotel. Kolam renang di sini juga sangat luas untuk kegunaan ramai dan ada gelongsor. Tarikan popular di Kampar terdekat dari Embun Resort ini ialah Sungai Kampar, Gunung Lata Kijang dan Gua Tempurung.

Alamat: Lot 228800, Kampung Sahum, 31900 Kampar, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-9258585


10. Grand Kampar Hotel

my grand hotel foto 2

Singgah di Kampar dan mencari sebuah hotel yang berbaloi dan mempunyai banyak kemudahan boleh datang ke Grand Kampar Hotel. Hotel 4 bintang pertama di Kampar ini berada di tengah-tengah bandar dan rasmi  menjadi mercu tanda di situ. Sekitar hotel ini anda boleh pergi ke kedai makan tempatan dan kedai serbaneka mini hanya dengan jalan kaki.

Di Grand Kampar Hotel mempunyai kafe yang menyediakan makanan percuma untuk sarapan. Dewan atas bumbung ini mampu memuatkan lebih 200 orang pada satu masa. Grand Kampar Hotel menerima pengunjung seperti keluarga atau berkumpulan, pasangan, urusan perniagaan dan sendirian. Maka, Grand Kampar Hotel menyediakan banyak pilihan bilik mengikut kesesuaian dan keinginan pengunjung. Kolam renang yang besar dan berbumbung juga di sediakan untuk kegunaan semua.

Alamat: 2188, Jalan Timah, Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-4662111


11. My Gopeng Resort

my gopeng resort foto 3

My Gopeng Resort ini mempunyai kemudahan seperti dewan, surau,tapak perkhemahan, kantin, tandas. Kemudahan tersebut memberi peluang kepada anda jika ingin kunjungi dengan jumlah yang ramai seperti untuk hari keluarga, kem sekolah dan majlis reunion. Jika datang ke sini anda berpeluang untuk mencuba banyak aktiviti seperti jungle trekking, whitewater rafting,  waferfall abseiling, melihat bunga Reflesia, ke gua Tempurung, bermain paintball, hikingmemancing di sungai dan lain-lain. Lucunya mungkin bagi yang ingin melakukan semua aktiviti ini mungkin tidak cukup menginap di My Gopeng Homestay selama 2 hari.

Suasana di sini semstinya tenang dan damai tambah lagi suhu di sini sejuk membuatkan diri rasa nyaman selalu. Di sebabkan My Gopeng Homestay ini jauh ke dalam hutan, jadi untuk ke bandar juga jauh. Maka menginap di sini termasuk pakej sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Alamat: UGM 4/1, Kampung Geruntom, 31600 Gopeng, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-5569469


Memang seronok, bukan? Walaupun setakat baca lokasi-lokasi tersebut, pasti ada yang sudah terfikir banyak idea untuk berkunjung ke mana jika ke Kampar nanti. Umumnya senarai di atas merangkul perjalanan anda ketika berada di sana nanti, dari segi sejarah, tempat penginapan, aktiviti, lokasi bergambar dan banyak lagi.

4.8/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 10 Tempat Makan di Kampar yang Perlu Anda Tahu

Kampar ialah sebuah daerah di negeri Perak yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari ibu negerinya iaitu Bandaraya Ipoh, kira-kira satu jam perjalanan. Mengikut...

8 Homestay di Kampar yg Best & Cantik

Kampar, sebuah bandar yang indah di negeri Perak, menawarkan pelbagai pilihan homestay yang selesa dan menjimatkan. Dalam senarai ini, kami akan kongsikan kepada anda...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x