Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Penginapan Pilihan di Pulau Kapas – Pastinya memberikan ketenangan!

Hanya kurang 6 kilometer dan mengambil masa kurang daripada 25 minit dari Jeti Marang, Terengganu, Pulau Kapas merupakan antara pulau yang tercantik di dalam Malaysia. Jika nak dibandingkan dengan pulau-pulau lain yang ada di sekitar negeri ini, Pulau Kapas agak sedikit kecil dengan keluasan pulau hanyalah 21.33 kilometer persegi. Meskipun kecil, pulau ini mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung yang datang ke sana.

Selain snorkeling, selam skuba dan berkayak, antara aktiviti unik yang ditawarkan di Pulau Kapas ialah, mencandat sotong. Ye, candat sotong on your own guys! Dah sampai ke pulau ni, rugi lah pula kalau tak bermalam kan? Di Pulau Kapas juga tersedia chalet dan resort yang cantik buat mereka yang ingin bersantai sambil menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar pulau ini. Tak tau nak bemalam di mana? Jangan skip baca entri ni tau, sebab senarai tempat penginapan di bawah yang kami nak cadangkan sangat berbaloi buat anda, Paling penting, worth every penny!

10 Tempat Penginapan Pilihan di Pulau Kapas


1. D’Seri Kapas Island Resort

d kapas island resort

Terletak berhadapan dengan permandangan air laut yang membiru, D’Seri Kapas Island Resort sememangnya antara kegemaran para pelancong untuk menginap. Dekorasi bilik yang serba moden dan eksklusif pastinya membuatkan mereka yang bermalam di sini berasa selesa. Bilik-bilik yang ditawarkan kepada tetamu juga lengkap dengan penyaman udara dan juga kipas biasa. Berdasarkan ulasan dari mereka yang penah menginap di sini, rata-rata menyatakan yang kawasan sekitar dan tandas di resort ini bersih.

Kalau anda nak tahu, resort ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap dari bot perantara, satu hari makan hingga lah ke aktiviti snorkeling semuanya ada dalam satu pakej. Senang kan? Tak perlu pening-pening dah. Tinggal datang bawa badan dan enjoy je! Dari segi harga pula, ia sedikit mahal dari resort atau chalet yang lain. Tapi, berbaloi lah dengan keselesaan yang ditawarkan. Semestinya tak rugi!

Alamat: D Seri Kapas Island Resort, Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-6642711

Whatsapp D’ Kapas Resort


2. Kapas Coral Beach Resort

Kapas coral beach resort

Bagi mereka yang mencari tempat untuk bermalam semasa berada di Pulau Kapas, boleh cuba menginap di Kapas Coral Beach Resort. Seperti kebanyakan tempat penginapan yang lain, resort ini juga menyajikan anda dengan permandangan air laut biru yang jernih dan cantik. Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan termasuklah bilik superior jenis A dan B dan bilik deluxe. Dari jeti Pulau Kapas nak ke resort ni pun dekat tau. Cuma perlu jalan beberapa minit je!

Selain itu, resort ini menawarkan para pengunjung dengan pakej-pakej yang menarik. Antara aktiviti menarik yang ada di dalam pakej termasuklah snorkeling, memancing dan mencandat sotong. Kalau ada yang rancang nak skuba dan berkayak dengan kawan-kawan atau pasangan, jangan risau. Semuanya boleh diatur cantik oleh pihak resort.

Alamat: Kapas Coral Beach Resort, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Kapas Coral Beach Resort


3. Ombak Kapas Island Beach Resort

Ombak kapas Island Beach Resort

Antara resort yang mempunyai bilik paling banyak di Pulau Kapas. Reka bentuk Ombak Kapas Island Beach Resort ini seakan rumah kampung melayu lama yang berdindingkan kayu. Tidak hanya tertumpu pada pelancong biasa, bagi syarikat yang ingin membuat seminar bersama staf-staf pejabat, Ombak Kapas Island Beach Resort menyediakan fasiliti seperti dewan seminar bagi memudahkan aktiviti ceramah atau group ice breaking dilakukan. Resort ini menyediakan 3 jenis bilik iaitu single, twin dan triple. Oh ya, anda juga boleh memilih untuk menginap di bilik yang ada air-cond atau pun kipas biasa.

Bermacam-macam pakej menarik yang ditawarkan oleh resort ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang disediakan buat mereka yang ingin bercuti ke Pulau Kapas. Jangan risau, bot perantara dari jeti pun ada tau! Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai pakej dari resort ini, tekan je butang Whatsapp kat bawah ni. Akan ada ejen yang balas segala pertanyaan anda. Permandangan di sekitar resort ini masih air laut biru yang cantik, rugi tak bermalam di sini tau!

Alamat: Ombak Kapas Island Beach Resort, Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-6184500

Whatsapp Ombak Kapas Island Resort


4. Qimi Private Bay Kapas Island

Qimi Private Bay Resort

Masih berhadapan dengan pantai yang membiru, reka bentuk tempat penginapan seterusnya ini sedikit rustic dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau. Qimi Private Bay Kapas Island menawarkan pelbagai jenis bilik dan vila sebagai pilihan buat para pengunjung.  Antara kemudahan yang disediakan oleh resort ialah tandas peribadi, kelambu, balkoni peribadi dan semestinya aktivit-aktiviti pantai termasuk lah selam skuba, memancing dan snorkeling! Oh sebelum terlupa, nak meredah hutan pun boleh tau. Laluan nak masuk ke hutan pun ada disediakan. Senang cerita, banyak aktiviti boleh dilakukan kalau anda menginap di sini.

Selain itu, Qimi Private Bay Kapas Island juga menawarkan bot perantara buat pelanggan mereka. Mudah kan! Bab makan pulak, jangan risau. Kat sini memang ada restoran mereka sendiri. Dari makan pagi, tengah hari hinggalah malam, semuanya ada. And it’s home-cooked tau! Serba-serbi sempurna. Tak rugi kalau datang bermalam di sini.

Alamat: Qimi Private Bay Kapas Island, 21600 Marang, Terengganu, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9175744

Whatsapp Qimi Private Bay Resort


5. Kapas Turtle Valley

Kapas Turtle Valley

Di Kapas Turtle Valley, 6 unit banglo peribadi termasuk 2 unit keluarga disediakan bagi memudahkan mereka yang ingin bercuti bersama keluarga. 2 unit keluarga yang ada di sini khas buat mereka yang bilangan ahli keluarga dalam lingkungan 4 ke 7 orang. Berhadapan dengan laut yang cantik, keluasan bilik yang besar dan lengkap bersama bilik air di dalam pastinya membuatkan mereka yang menginap di sini akan berasa selesa. Harga bermula dari RM295 untuk satu malam mengikut jenis banglo yang anda pilih.

Aktiviti seperti snorkeling dan selam skuba turut ditawarkan bila anda menginap di sini. Paling best, kalau anda nak berlayar dengan menaiki small sailboat Hobie Cat, inilah tempatnya! Ada restoran ke dekat resort ni? Of course ada! Menu dari sarapan, makan tengah hari dan semestinya makan malam disediakan buat para pengunjung Kapas Turtle Valley.

Alamat: Kapas Turtle Valley, Pulau Kapas, Terengganu, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-4662469

Whatsapp Kapas Turtle Valley


6. Kapas Beach Chalets (KBC)

Kapas Beach Chalet

Penginapan di Kapas Beach Chalets atau dikenali dengan nama singkatannya KBC, terdiri daripada bilik asrama hingga chalet dengan penyaman udara dengan harga yang sederhana dan mampu milik. Harga bilik pula bermula serendah RM40 untuk satu malam. Jadi bagi mereka yang datang secara berkumpulan bersama rakan-rakan, KBC merupakan antara pilihan terbaik!

Selain dari tempat penginapan, KBC juga menyediakan restoran bagi memudahkan mereka yang datang bermalam di sini untuk makan. Nak makan nasi beriani pun ada tau! Selain itu, aktiviti seperti snorkeling juga turut ditawarkan di sini. Bagi yang tidak ada kelengkapan untuk aktiviti snorkeling, jangan risau. KBC juga menawarkan sewaan bagi alat-alat kelengkapan untuk pelanggan bersnorkel. Bilik permainan untuk permainan pool pun ada. Sambil santai, sambil main pool dengan rakan-rakan anda. Bestnya!

Alamat: Kapas Beach Chalets, Pulau Kapas, Kapas Island, Terengganu

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-2882008

Whatsapp Kapas Beach Chalets


7. Captain’s Longhouse

Captain's Longhouse

Bagi mereka yang gemarkan tempat menginap ala backpacker sama ada secara solo atau berkumpulan, inilah tempatnya! Terdapat 8 bilik biasa dan juga dorm seakan asrama. Semua bilik termasuk bilik asrama lengkap dengan kipas angin dan kelambu. Harga untuk satu malam pula bergantung jenis tempat tidur apa yang anda inginkan. Lokasi tempat yang sedikit jauh dari chalet dan resort yang lain membuatkan suasana keliling Captain’s Longhouse ini lebih privasi kerana tidak ramai yang akan berjalan di sekitar pantai ini. Jadi mereka yang bersantai pun akan berasa sedikit selesa. Ada orang, lebih gemarkan persekitaran yang sunyi sedikit.

Walaupun di sini hanya ada tandas kongsi untuk semua jenis bilik, pemilik kepada rumah panjang iaitu Captain Shariff akan sentiasa memastikan keadaan tandas kering dan bersih. Di sini juga ada coffee bar tetapi malangnya tiada kedai makan. Tapi jangan risau tau, ada kedai makan berdekatan dengan rumah panjang ini. Sama seperti tempat penginapan lain di sekitar kawasan itu, Captain’s Longhouse menyediakan kemudahan seperti snorkeling, berkayak, dan penyewaan khemah. Atas permintaan, lawatan memancing dan menyelam skuba boleh diaturkan. Panduan meredah hutan ke lagun biru dan melawat pulau juga ditawarkan.

Alamat: The Light House, Pulau Kapas, 21600 Marang.

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-4443177

Whatsapp Captain’s Longhouse


8. LongSha Campsite

Longsha Campsite

Boleh dikatakan syurga buat mereka yang gemar berkhemah. LongSha Campsite merupakan pilihan buat mereka yang mengidamkan tempat bermalam sederhana tetapi mencabar! Paling penting, buka je zip khemah, terus nampak pantai yang airnya cantik membiru. Ditambah dengan bunyi ombak di waktu pagi. Bestnya! Waktu malam pula, kalau anda nak buat unggun api pun boleh tau. Sambil-sambil menghangatkan diri, boleh la cuba marshmellow bakar!

Bagi yang tidak tahu, di sini khemah telah siap tersedia dan harga untuk satu malam cuma RM15 sahaja. Tapi, kalau anda nak bawa khemah sendiri pun boleh. Cuma pastikan dulu kualiti khemah anda ons ke tak ons. Okay? Lengkap dengan aktiviti pantai seperti snorkeling dan berkayak, pengalaman anda di LongSha Campsite pastinya akan meninggalkan kenangan paling best dalam hidup anda. Selain itu, servis bot perantara juga ada ditawarkan buat mereka yang hendak datang ke sini.

Jangan ingat kawasan khemah semuanya kotor ye. Berbeza dengan LongSha Campsite, di sini mereka mengamalkan budaya kebersihan dan kitar semula. Always back to basic rules in life, sentiasa berdisiplin dengan tidak membuang sampah di merata tempat. Rata-rata komen yang dikongsikan, LongSha Campsite takkan mengecewakan anda. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai tempat ini, butang Whatsapp dah disediakan di bawah. Kasi tekan je!

Alamat: Pak Ya Seaview Chalet, Kapas Island, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9832968

Whatsapp LongSha Campsite


9. Pak Ya Seaview Chalet

Pak Ya Seaview

Kebanyakan mereka yang menginap di Pak Ya Seaview chalet ini adalah dikalangan backpackers. Harga untuk satu malam agak sedikit murah berbanding chalet bajet yang lain. Kemudahan seperti bilik air disediakan di dalam setiap unit chalet di sini. Tapi harus diingatkan bagi mereka yang hendak menginap di sini untuk membawa kelengkapan mandi seperti sabun, berus dan ubat gigi, dan syampu.

Aktiviti pantai seperti snorkeling dan selam skuba pun turut ditawarkan di Pak Ya Seaview Chalet tau. Kedudukan chalet ini juga strategik di mana is berdekatan dengan jeti dan restoran makan yang lain selain yang ada di chalet ini. Sebelum terlupa, Pak Ya Seaview Chalet juga menawarkan day trip snorkeling juga tau. Kiranya, kalau tak bermalam pun tak apa. Cuma datang dengan menaiki bot dari Pak Ya je!

Alamat: Pak Ya Seaview Chalet, Kapas Island, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-61628174

Whatsapp Pak Ya Seaview Chalet


10. Mak Cik Gemok Beach Resort

Mak Cik Gemuk Beach Resort

Satu lagi tempat penginapan yang menawarkan pihak syarikat untuk membuat seminar atau acara pejabat. Mak Cik Gemok Beach Resort ini dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya dan telah beroperasi demenjak tahun 1989 lagi. Terletak bersebelahan dengan Kapas Beach Resort (KBC), resort ini mempunyai lebih kurang 63 unit penginapan buat para pelanggan. Dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kipas, harga untuk satu malam bermula dari RM80 mengikut jenis bilik.

Selain itu, resort ini juga menawarkan sewaan alat kelengkapan untuk snorkeling dan berkayak. Pakej makan dari sarapan hingga la ke makan malam juga disediakan. Paling penting, khidmat bot perantara pergi dan juga balik pun ada. Jadi mudah lah bagi mereka yang hendak datang ke resort ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau penginapan, Whatsapp terus ke nombor yang telah kami sediakan.

Alamat: Mak Cik Gemok Beach Resort, Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-6181221

Whatsapp Mak Cik Gemok Beach Resort


Nak lari buat sementara dari suasana bising di bandar? Pulau Kapas merupakan pilihan terbaik buat anda! Yang mana dah bercuti ke pulau ini, ada tak yang dah pernah bermalam di mana-mana chalet atau resort dalam senarai di atas? Kalau dah, kongsilah pengalaman anda dengan kami. Tak sabar nak dengar!

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Aktiviti & Tempat Menarik Best di Pulau Kapas

Percutian ke Pulau Kapas popular di kalangan pengunjung kerana ia merupakan syurga tropika yang tersembunyi di Terengganu. Pulau Kapas terletak berdekatan dengan bandar Kuala...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x