Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Air Terjun di Selangor KL yang BEST & MENARIK

Siapa sangka di Negeri Selangor, di sebalik kemodenan dan pembangunan yang pesat di bandar-bandar besar seperti di Shah Alam dan Klang, rupa-rupanya banyak tempat berkelah dan berpiknik yang menarik di sini. Kali ini, saya akan kongsikan beberapa air terjun di Selangor dan sekitar Kuala Lumpur yang popular dan sesuai untuk berkelah dengan keluarga.

Memandangkan air terjun di Selangor ni banyak dan ada beberapa jenis tahap kelasakannya, pastikan anda pilih air terjun yang betul kalau nak berkunjung, sebab ada yang senang nak pergi dengan kereta, dan ada juga yang susah nak pergi dan memerlukan 4WD serta pendakian menaiki ceruman bukit dan curam.

Senarai Air Terjun di Selangor yang best & senang diakses dengan kereta melalui jalan raya

Senarai berikut merupakan air terjun yang senang nak diakses dan sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga dan anak-anak di hujung minggu sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

air terjun di selangor kl


1. Air Terjun Sungai Gabai – Hulu Langat

air terjun yang best di selangorAir Terjun Sungai Gabai memang sangat popular di daerah Hulu Langat dan lokasinya boleh diakses dengan kereta malah dengan motosikal. Sampai sahaja di persimpangan nak masuk ke Air Terjun Sungai Gabai, anda perlu melalui jalan kampung yang hanya jauhnya kurang daripada 1 km.

Memang jalan kampung ini agak kecil dan kalau ada kereta yang datang dari arah hadapan, anda mungkin kena reverse dan mencari ruang jalan di tepi jalan yang lebar sedikit. Ikuti cerita penuh saya di sini ketika berkelah di Air Terjun Sungai Gabai beberapa bulan lepas.

Info lain;

  • air terjun yang bertingkat. Makin naik atas makin menarik. Bahagian atas sesuai untuk mereka yang pandai berenang sahaja kerana agak dalam.
  • ada tempat parking kereta ( hujung minggu terhad). dekat je dengan air terjun yang bawah.
  • sesuai untuk kanak-kanak dan berkelah dengan keluarga di bahagian bawah.
  • Surau dan bilik air ada tapi agak usang
  • pondok ada tapi ada yang usang. kalau weekend memang pack
  • air terjun yang menegak
  • sumber air daripada sungai kecil

2. Air Terjun Sungai Tua di Ulu Yam

air terjun sungai tua ulu yamMerupakan salah satu air terjun di Selangor yang best untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga yang terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua, di Ulu Yam, Selangor. Destinasi air terjun ini mempunyai kemudahan pondok di tepi sungai dan air sungai yang cetek dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Akses dengan kereta pun mudah sahaja.

Pastikan kalau nak mandi di Air Terjun Sungai Tua ni, cuaca baik dan tidak hujan. Kalau hujan dinasihatkan agar tukar plan ke hari lain. Kalau tak nanti jadi macam di dalam video di bawah, terkena kepala air yang deras.


3. Air Terjun Kancing Selayang

air terjun mandi manda selangorAir Terjun Kancing pula terletak di antara Selayang dan Rawang di Hutan Lipur Kanching. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkelah dengan keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

Permukaan air terjun serta kemudahan yang ada sesuai sebagai destinasi anda untuk berkelah di hujung minggu. Jarak dari Kuala Lumpur pun tidak jauh dan akses ke lokasi air terjun juga mudah dengan kereta.

Bagi mereka yang nak aktiviti yang mencabar, terdapat juga trail untuk trekking. Walaupun tidaklah terlalu mencabar seperti di trek yang lain, namun cukuplah untuk melepaskan gian bagi mereka yang kaki jungle trekking.

Air terjun ini juga bertingkat dan mempunyai sehingga 7 tingkat. Seperti di kebanyakan air terjun yang bertingkat lain, setiap tingkat air terjun di sini menawarkan permukaan sungai dan batuan air terjun yang berbeza. Untuk cerita pengalaman pengunjung yang pernah ke sini, anda boleh rujuk di sini.


4. Air Terjun Komanwel di Selayang

taman rimba komenwel selangorAir terjun ini tidaklah bertingkat dan terletak di Taman Rimba Komenwel dan hanya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Kalau dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30 minit memandu dan kalau dari bandar Rawang, sekitar 10 minit sehaja.

Lokasi Taman Rimba Komenwel ini juga mempunyai pelbagai kemudahan untuk aktiviti secara perseorangan, berkeluarga atau berkumpulan:

  • mempunya 24 bilik penginapan dengan harga berpatutan
  • mempunyai tapak perkhemahan

Selain aktiviti menarik mandi air terjun, banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di kawasan Taman Rimba Komenwel ini seperti:

  • menunggang kuda ( RM 7 satu round)
  • paintball untuk lebih 10 orang ( 10 pagi-4 petang). RM 85 seorang dengan 500 butir peluru, topeng keselamatan, baju pelindung
  • flying fox & abseiling
  • trek mountainbike ( kena bawa basikan sendiri)
  • aktiviti berakit untuk berkumpulan
  • jungle trekking. di awasi petugas dari Jabatan Perhutanan
  • andas, surau dan dewan serbaguna juga berada di dalam tahap terbaik.

Ikuti cerita seorang pengunjung yang pernah ke Air Terjun Komenwel di sini dan laporan utusan di sini.


5. Air Terjun Perdik di Hulu Langat

air terjun ulu perdik selangorBertingkat dan sesuai untuk trekking sahaja. Terletak di hutan lipur perdik yang merupakan Hutan Rekreasi. Nak datang sini dari KL pun senang, turun jalan dari jalan Bukit Ampang (melalui Menara Tinjau) sampai simpang di Masjid Hulu Langat Batu 14, ke kiri sehingga ke Pangsun (15 minit).

Di tengah jalan anda akan jumpa singbord ke kanan menuju ke Sungai Gabai, jngan ikut signboard itu, tapi terus sampai ada signboard Kg Hulu Perdik. Masuk simpang ini sehingga ke hujung di mana anda boleh park kereta.

Air Terjun Sungai Perdik memang sesuai untuk aktiviti jungle trekking dan perkhemahan. Tidak seperti lokasi air terjun di Selangor yang lain, di sini lokasi perkelahan sangat dekat dengan kawasan letak kereta.

Kalau nak berkhemah dan camping sememangnya lokasi di Air Terjun Perdik ini merupakan antara yang paling menarik di Selangor. Kemudahan lengkap, lokasi strategik, tapak perkhemahan dekat dengan jeram dan nak ke bandar yang terdekat pun hanya beberapa minit sahaja.

Air Terjun Pendik juga sering menjadi pilihan organisasi untuk melakukan aktiviti team building dan kem bina jati diri.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pendakian, anda boleh cuba mendaki Bukit Chenuang yang tingginya 850 meter dari aras laut yang ada di sini. Video menarik mengenai air terjun ini di bawah. Memang tinggi dan berbatu.


6. Air Terjun Sungai Tekala di Hulu Langat

air terjun tekala hulu langatTerletak di Hutan Rekreasi Sungai Tekala di Hulu Langat dan merupakan satu destinasi air terjun di Selangor yang popular. Air Terjun ini memang senang nak sampai dan terletak tak jauh daripada empangan Semenyih. Boleh dikatakan air terjun di kawasan Hulu Langat ni semuanya merupakan destinasi air terjun di Selangor dan KL yang paling dekat nak datang. Hanya terletak di sebalik Bukit Ampang dan hanya 10-20 minit nak sampai ke sini dari batu 14 Hulu Langat.

Kalau di hujung minggu memang ramai orang di sini bersama keluarga. Nak masuk pun murah, dewasa cuam RM 1 dan kanak-kanak cuma RM 0.50.

Bagi yang ada anak-anak bawah 6 tahun, sangat sesuai bawa mereka mandi di sini kerana airnya tak begitu deras dan juga cetek. Kalau orang dewasa, mungkin rasa biasa-biasa sahaja sebab tak boleh nak berenang kuak kupu-kupu kerana cetek. Ikuti cerita seorang blogger yang pernah berkelah di Air Terjun Sungai Tekala di Hulu Langat di sini.


7. Air Terjun Sungai Congkak

air terjun sungai congkak hulu langatAir Terjun Sungai Congkak merupakan satu lagi destinasi air terjun yang menarik boleh diakses dari Kuala Lumpur. Juga dikenali sebagai Congkak Park dan Resort yang dikendalikan oleh Bandan Pelancongan Selangor.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tapak perkhemahan, kawasan ber’camping’, pondok berehat dan kemudahan asas lain seperti tandas dan tempat persalinan. Air terjun ini juga tidak jauh dari beberapa lokasi air terjun sekitar Hulu Langat yang turut tidak kurang menariknya untuk dijadikan lokasi berkelah pada hujung minggu. Tonton video di bawah untuk lihat apa yang ada dan apa yang menariknya di Air Terjun Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Sumber video ini daripada Youtube. Lihat kemudahan dan suasana sekeliling yang anda boleh jangkakan di sekitar Air Terjun Sungai Congkak & Chalet di ECO Resort di sini.


8. Air Terjun Kemensah

air terjun kemensah selangorMerupakan air terjun yang paling dekat dari bandaraya KL iaitu Air Terjun Kemensah yang hanya terletak di area Zoo Negara.

Di sini juga ada menyediakan pondok untuk berteduh dan berkelah bersama keluarga. Sangat sesuai bagi mereka yang nakkan destinasi air terjun yang menarik di Selangor dan KL, dekat dan air terjun yang jernih dan best.

Bagi mereka yang nak terjun tarzan ke dalam air, bolehlah ke sini. Di sini juga ada beberapa pilihan penginapan yang pasti memberi anda satu pengalaman yang unik untuk bermalam berhampiran dengan air terjun.


Banyak lagi air terjun di Selangor yang best dan pemandangannya yang cantik, namun kebanyakannya agak pedalaman nak masuk dan susah nak sampai ke lokasinya. Semoga senarai 8 air terjun di Selangor ini memberi anda idea kemana nak pergi berkelah dengan keluarga di hujung minggu.

4.1/5 - (35 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Shopping Mall Di Selangor yg TERBAIK

Negeri Selangor boleh dikatakan antara negeri yang sangat maju dalam Malaysia. Negeri Selangor juga memiliki ekonomi terbesar di Malaysia. Walaupun begitu, Selangor juga tidak...

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi

Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju...

Kolam Air Panas di Sekitar Selangor & KL

Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke salah satu lokasi hotspring di bawah....

10 Pantai Indah Di Selangor Utk Pencinta Pantai

Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu...

15 Homestay Best di Selangor utk Staycation

Di Negeri Selangor terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik dan merupakan antara destinasi pelancongan yang terbaik. Sekiranya anda merancang untuk membawa keluarga anda untuk...

90+ Tempat Menarik di Selangor Paling Popular untuk Pelancong Terokai

Memang tepat keputusannya jika anda merancang untuk bercuti ke Selangor. Sebabnya, begitu banyak destinasi pelancongan yang menarik yang boleh dilawati seperti tarikan pelancongan di...

30 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

30 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
bukan nak cari pasal
bukan nak cari pasal
5 years ago

yang backup mat rempit tu korang mat rempit ke ? butthurt ? triggered ? faham la keadaan orang cakap jangan buat pasal dekat tempat awam. kalau awak rasa awak mat rempit baik takyah nak butthurt la. nasihatkan member2 lain tu jangan buat perangai kat tempat awam.

L Lawliet
L Lawliet
5 years ago

sungai tempat org nk mandi manda.. buat aktiviti, dyorg tak suka mat rempit sbb press2 minyak buat kasi bingit.. kalau mat rwmpit tu dtg nk mndi aq pon x kesah.. tp kalau nk buat bising.. press2 moto mcm nk race baik gi sepang.. org nk bersantai2 pon xsenang.. xde org nk beli.moto tu pon..

CloudChasser
CloudChasser
5 years ago

Air terjun kemensah amat mengecewakan.nk mandi kena bayar rm3 satu kepala.air pun tak bersih sbb empangan buatan membuatkan air bertakung dan pergerakan air sgt perlahan

khel
khel
5 years ago
Reply to  CloudChasser

Betul. Saya tinggal di area situ memang tak pergi sana sebab kotor dan banyak kes Kencing Tikus. bahaya kepada semua. Masalah kencing tikus ni pun sebab orang buang sampah lepas abis mandi2. dah disediakan tong sampah tp buang gak merata²

si cerita
si cerita
4 years ago
Reply to  khel

nak masuk pun susah. jadi tak payah la pegi kemensah. terlalu pack. orang parking tepi2 menyebabkan jem kalau bertembung kereta lain arah(2 jam). pegi je la tempat lain

Nadia
Nadia
6 years ago

Aduhh ..gaduhh plak ..haa ni lah manusia ..nak cari gaduh jee kja ..pastu org islam sama islam plak .dunia2 ..air terjun pasal air terjun jlah ..

bangsa melayu
bangsa melayu
6 years ago

mat rempit ni sampah masyarakat.. sbb tu menyusahkan masyarakat sekeliling

Thanos
Thanos
6 years ago

Aku da pegi sungai tekala baru2 ni… Walhal tempat ni belas km je dekat je dgn umah aku.. Sejak 16 tahun duk sini..baru tau aku tempat ni. Itu pun selepas terbaca website ni.. Bgus ada info! Masa aku gi baru ni mmg dapat port best.. Atas sikit dari org lain.. Yg best ada byk pondok lepak bersimen yang luas jugak bole letak khemah kt ctu syok.

Amir
6 years ago

Boleh tangkap ikan kt sini?

Thanos
Thanos
6 years ago
Reply to  Amir

Ada ikan ke…?

thanos2
thanos2
4 years ago
Reply to  Thanos

ikan siakap

Hubungi Kami

30
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x