Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud Ibrahim, Ng Joo Ngan, Rosman Alwi, Murugayan Kumaresan, Josiah Ng dan Azizulhasni Awang.

Mereka ini merupakan pelopor dan lagenda bagi sukan berbasikal serta merupakan idola bagi atlet pelapis. Oleh itu, semakin ramai belia yang mencuba aktiviti berbasikal ini serta banyak taman-taman dengan kemudahan trek basikal telah dibuka dan disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi memenuhi keperluan hobi baru ini.

Oleh itu, artikel kali ini akan membawakan 15 lokasi yang best untuk berbasikal di Semenanjung Malaysia yang boleh anda kunjungi. 15 taman basikal terbaik yang disenaraikan telah dipilih berdasarkan popularitinya di kalangan penunggang basikal.


1. Putrajayabasikal 1 putrajaya

Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini merupakan sebuah bandar pintar dalam taman. Ia umpama sebuah oasis yang dipenuhi dengan laluan basikal, tempat hijau dan pemandangan di tepi tasik serta lain-lain landskap menarik. Anda boleh berbasikal di Putrajaya dengan mengelilingi Masjid Putra, Jambatan Putra dan Tasik Putrajaya. Selain itu, berbasikal di Putrajaya menjadi pilihan ramai juga kerana terdapat banyak taman basikal terbaik di sini termasuklah Taman Botani, Taman Putra Perdana, Taman Rimba Alam, Taman Wawasan dan Taman Saujana Hijau.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

2. Putrajaya – Taman Wetlandbasikal 2 taman wetland

Taman basikal terbaik ini terletak di Presint 13, meliputi kawasan seluas 197.2 hektar. Manakala kawasan tanah lembapnya berkeluasan 650 hektar. Antara taman terawal yang beroperasi di Putrajaya. Taman Wetland ini telah dibuka kepada umum pada 1 Februari 2001 dan menjadi habitat kepada 24 spesis ikan air tawar yang boleh ditemui disini.

Berbasikal di Putrajaya sangat menyeronokkan. Putrajaya merupakan tempat basikal Malaysia terbaik untuk aktiviti berkayuh di dalam bandar. Terdapat lorong berbasikal khas yang selamat digunakan tanpa gangguan daripada penunggang motorsikal dan kenderaan lain. Sangat-sangat sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Terdapat juga banyak tempat berehat yang redup, lokasi cantik untuk bergambar serta kawasan bersantai yang menghijau.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang

3. Selangor – Taman Botani Negara Shah Alambasikal banyak botani Shah Alam

Taman basikal terbaik yang disenaraikan ini pula terletak di Shah Alam. Namun begitu untuk masuk ke tempat basikal Malaysia ini anda dikenakan tiket. Harga tiket ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Pihak Taman Botani Negara Shah Alam turut menyediakan kemudahan sewa basikal kepada para pengunjung. Bayaran yang dikenakan juga amat berpatutan antara RM15 ke RM30 sejam mengikut saiz dan jenis basikal dengan caj tambahan RM1 bagi setiap jam berikutnya.

  • Caj Masuk : RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak 12 tahun dan kebawah)
  • Waktu operasi : 7.30 pagi hingga 4.30 petang (Selasa hingga Ahad)
  • * Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am

4. Selangor – Taman Tasik Shah Alamtrek taman tasik Shah Alam

Tempat basikal Malaysia ini sangat sesuai untuk semua peringkat usia kerana kawasan persekitarannya yang landai serta jalanrayanya berturap dengan baik. Anda boleh membawa seisi keluarga berbasikal mengelilingi Taman Tasik Shah Alam atau anda juga boleh mengelilingi kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan taman tasik ini.

Shah Alam merupakan lokasi yang sesuai untuk berbasikal kerana tidak terlalu sibuk serta kawasan kejiranan yang selamat untuk beriadah bersama keluarga ketika hujung minggu.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

5. Kuala Lumpur – Taman Botani Perdanabasikal 5 taman botani Shah Alam

Lokasi ini sangat sesuai untuk pencinta alam yang ingin menikmati perjalanan berbasikal dengan santai. Terdapat pelbagai taman di dalam Taman Botani Perdana ini antaranya Laman Perdana, Taman Bunga Raya dan Taman Orkid.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 8.00 malam

6. Negeri Sembilan – Taman Tasik Serembanlaman basikal taman tasik seremban

Tarikan terbaru taman basikal terbaik yang kini telah dinaiktaraf di Negeri Sembilan adalah Laman Basikal di Taman Tasik Seremban. Banyak basikal sewa disediakan di sini, dengan harga serendah RM5. Manakala harga sewaan basikal adalah mengikut saiz basikal itu. Dan yang paling best lagi, jika anda menggunakan aplikasi khas mereka, bayaran sewa semakin murah!

Taman basikal terbaik ini juga mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan untuk pengguna dan pengunjung termasuk lampu trafik dan tanda-tanda keselamatan jalanraya. Demi menjamin keselesaan pengunjung ke Laman Basikal ini, banyak pondok istirehat telah dibina.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

7. Negeri Sembilan – Seremban 2basikal 7 seremban 2

Seremban 2 merupakan sebuah kawasan perumahan yang terletak 4 KM di tenggara pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Disebabkan keluasan tapak Seremban 2 yang berjumlah 3,800 ekar (15 KM persegi), amatlah sesuai untuk aktiviti berkayuh anda. Anda boleh berkayuh di sekitar Komplek Pentadbiran Daerah Seremban serta disekeliling Taman Tasik Seremban 2 yang terletak berhadapan dengan Masjid Hussain Seremban 2.

Taman Tasik Seremban 2 ini menyediakan laluan pejalan kaki dan taman basikal terbaik yang selesa untuk dikunjungi dan digunakan oleh semua. Banyak bangku-bangku dan pondok-pondok rehat juga disediakan. Landskap menarik serta keindahan tasik buatan manusia, merupakan pemandangan yang boleh dinikmati sambil-sambil anda berkayuh disini.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

8. Negeri Sembilan – Port Dicksonbasikal 8 Port Dickson

Port Dickson merupakan destinasi yang bagus bagi penggemar aktiviti berbasikal. Terletak 30 KM dari bandar Seremban. Jika anda seorang yang sukakan cabaran, anda boleh berkayuh dari Seremban menuju ke Port Dickson, sama ada menggunakan laluan Lebuhraya Seremban – Port  Dickson mahupun Jalan Lama Seremban – Port Dickson.

Setelah tiba di Port Dickson pula, anda boleh berkayuh mengelilingi pekan Port Dickson dan menuju ke kawasan pantai-pantai peranginan yang banyak terdapat di sepanjang pesisir pantainya.  Kayuhan basikal anda boleh dimulakan di Batu 1 sehinggalah ke Batu 12, Pantai Tanjung Biru atau lebih terkenal dipanggil Blue Lagoon. Tentunya pengalaman ini sungguh mengujakan!

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

9. Melaka – Banda Hilirbasikal 9 Banda Hilir

Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki di sepanjang lorong-lorong di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, berbasikal adalah satu pilihan yang bagus. Basikal boleh membawa anda melalui jalan-jalan di segenap pelusuk Bandaraya Melaka Bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda menaiki kereta atau motorsikal. Basikal boleh disewa mengikut jam di Bangunan Stadthuys yang terletak di Banda Hilir. Jadi apa tunggu lagi, mulakan kayuhan mengelilingi Banda Hilir, Melaka!

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

10. Melaka On Bike – Eco Bike Tourbasikal 10 Eco Bike Tour Night Ride

Bagi anda yang mahukan pengalaman berbasikal yang unik di sekitar kampung-kampung Melayu bolehlah mencuba pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Melaka On Bike (M.O.B). Syarikat ini menawarkan Eco Bike Tour yang sangat berbaloi untuk dicuba.

Dalam pakej yang ditawarkan, anda berpeluang untuk berkayuh di sepanjang trek laluan yang telah dikenalpasti. Tak jauh pun hanya 20 KM sahaja. Antara lokasi yang bakal dilalui termasuklah Kampung Paya Dalam, Kampung Asahan, Kampung Chinchin dan Kampung Sungai Rambai yang terletak di kawasan luar Bandaraya Melaka.

Pihak M.O.B akan menyediakan basikal dan air minuman untuk anda. Mereka juga akan mengambil anda dari tempat penginapan dan menjadi jurupandu arah di sepanjang kayuhan anda. Setelah selesai aktiviti, anda akan dihantar pulang ke hotel.

Untuk maklumat lanjut mengenai ECO Bike Tour di Melaka ini, bolehlah melayari laman sesawang melakaonbike.com untuk melakukan tempahan anda hari ini. Semoga bergembira!

  • Masuk dan Waktu operasi : Mengikut pakej tempahan

11. Johor – Danga Baybasikal 11 Johor

Danga Bay menawarkan pengalaman unik untuk seisi keluarga. Di sekitar kawasan Danga Bay, terdapat pelbagai tarikan antaranya Taman Merdeka dan taman-taman rekreasi lainnya, di mana pengunjung boleh menyewa basikal khas untuk tunggangan dua atau empat orang dengan kadar sewaan bermula dari RM25 untuk tempoh 45 minit. Basikal di sini hanya boleh disewa selepas pukul 5 petang sehinggalah larut malam. Anda boleh menikmati pemandangan cantik matahari terbenam kerana taman rekreasi ini terdampar di sepanjang pesisir pantai Danga Bay.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

12. Pahang – Bukit Fraserbasikal 12 Bukit Fraser

Bukit Fraser adalah kawasan peranginan tanah tinggi. Bukit Fraser terletak kira-kira 1,500 meter daripada aras laut. Ianya seluas 29 KM persegi.

Anda boleh mula berkayuh dari bawah ke puncak sama ada dari pekan Kuala Kubu Baharu ataupun dari mana-mana lokasi dan menuju ke puncak Bukit Fraser. Perlu diingati bahawa basikal yang sesuai juga perlu diambil kira untuk tunggangan yang selamat di dalam usaha menawan puncak Bukit Fraser ini.

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana anda juga masih berpeluang untuk mengayuh dengan menyewa basikal yang disediakan di kawasan tanah tinggi ini. Antaranya, perkhidmatan sewaan basikal dengan deposit RM50 dengan kadar sewa RM10 sejam juga disediakan di Puncak Inn iaitu salah sebuah hotel penginapan yang terdapat di Bukit Fraser. Namun membawa basikal sendiri merupakan pilihan yang terbaik untuk merasai pengalaman yang menakjubkan ini!

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

13. Pahang – Tanah Tinggi Cameronbasikal 13 Cameron Highlands

Tempat basikal Malaysia yang seterusnya adalah Tanah Tinggi Cameron. Tanah Tinggi Cameron terkenal dengan suasana yang nyaman dan dingin. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini dan ia juga adalah destinasi ideal untuk aktiviti berbasikal.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

14. Pulau Pinang – Georgetownbasikal 14 Georgetown

Seterusnya, saya ingin mengajak semua kaki kayuh untuk menjelajah ke sebuah tempat berbasikal di Malaysia yang semakin popular yang terletak di bahagian utara negara kita iaitu bandar Georgetown di Pulau Pinang.

Lorong-lorong basikal samada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor telah disediakan di beberapa koridor di bahagian pulau, Pulau Pinang. Koridor-koridor terlibat adalah termasuk persisiran pantai timur dari Batu Maung ke Queensbay Mall dan dari Pantai Jerejak ke Sungai Pinang, kawasan pusat bandar George Town dan Zon Warisan, Persiaran Gurney ke Teluk Bahang, Teluk Bahang ke Bayan Lepas serta laluan di kawasan perkampungan dan tepi pantai di Balik Pulau.

Oleh itu, anda semua boleh menunggang basikal dengan selesa dan selamat, sambil menikmati pemandangan perkampungan, tepian pantai serta bandar Georgetown yang unik!

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

15. Kedah – Langkawibasikal 15 Langkawi

Langkawi Cyclotourism. Produk pelancongan yang baru diperkenalkan, iaitu melancong dengan berbasikal di sekitar pulau peranginan Langkawi. Terdapat tujuh laluan berbasikal di dalam Langkawi Cyclotourism iaitu termasuklah Legendary Route, Ironman Route, Gunung Raya Route, 99Bikes MTB Trail, Chengkuan MTB Trail, Bukit Sawak Trail dan Buffalo Park Trail.

Di sepanjang laluan berbasikal itu, pelancong dapat meneroka keindahan alam semula jadi dan mendekati budaya serta cara hidup masyarakat setempat.

Ridescape. Manakala tarikan kedua ini pula adalah Ridescape iaitu  pembukaan trek basikal di Kuala Sungai Melaka sepanjang 2.4 KM yang berlatarbelakangkan pemandangan hutan paya bakau dan sawah padi.

Trek ini boleh digunakan oleh pelancong dan ahli komuniti setempat. Bagi memberi keselesaan kepada semua pelawat, banyak kemudahan asas yang terdapat disini telah dibaikpulih dan dinaiktaraf.

  • Masuk: Percuma
  • Waktu operasi : Terbuka sepanjang masa.

Percayalah, berbasikal boleh kurus! Itulah kebaikan utama aktiviti ini. Senaman berbasikal sangat bagus kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh tanpa mengenakan impak yang besar kepada bahagian kaki. Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya bahagian bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh lebih menarik seperti yang diidamkan.

Selain berbasikal boleh kuruskan badan, mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti lemah jantung dan artritis juga merupakan manfaat aktiviti ini. Berbasikal turut boleh memperbaiki mood, menurunkan kadar kolesterol, menguatkan tulang serta mampu merehatkan minda yang stres.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...

8 Tempat Hiking Di Malaysia Timur Yang Sesuai Untuk Penggila Adrenalin!

Antara keistimewaan yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah aktiviti-aktiviti mesra alam semula jadi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti seperti hiking, trekking,...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x