5 Canopy Walk yang anda hanya dapat pengalaman di Malaysia Timur

Sabah dan Sarawak sering menjadi tarikan pelancong asing. Ini kerana bahagian Malaysia timur kita kaya dengan keindahan semula jadi. Bukan itu sahaja, Sabah dan Sarawak juga mempunyai keistimewaan di mana kita boleh menerokai dan menikmati keindahan semula jadi tersebut dalam keadaan yang selamat. Oleh itu, canopy walk telah dibina supaya perkara ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Canopy walk merupakan aktiviti yang ringan dan bebas untuk dilakukan oleh semua orang tidak kira umur. Canopy walk juga akan membangunkan sikap mencabar diri dalam diri anda kerana ia memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Namun begitu, terdapat juga canopy walk yang lebih tenang dan bertujuan untuk perjalanan yang relaks.

Malaysia timur menawarkan beberapa canopy walk yang pasti akan menarik perhatian anda. Kami telah menyusun beberapa canopy walk yang anda hanya dapat pengalaman di Malaysia timur!


1. Poring Treetop Canopy Walkway, Sabah

Poring Treetop Canopy Walk

Dengan ketinggian 175 meter dan puncaknya berada di paras 41-43 dari tanah, canopy walk di Malaysia Timur ini merupakan antara canopy walk yang tertinggi. Canopy walk tersebut adalah gabungan jambatan gantung yang dibina dengan tali, kabel keluli dan serangkaian tangga aluminium yang disambungkan bersama. Ia juga diikatkan dengan tali poliester dan tangga terbuka ditutup dengan papan berjalan. Terdapat juga jaring yang merangkumi kedua-dua belah pihak untuk keselamatan tambahan. Anda tidak perlu risau tentang hal keselamatan kerana keselamatan anda sudah terjamin.

Poring Canopy Walkway menyediakan perjalanan yang indah untuk anda terokai. Pada mulanya, anda harus melalui hiking trail yang terdapat di situ. Anda tidak perlu risau kerana hiking trail tersebut sangat mudah dan anda tidak akan rasa penat apabila memaluinya. Sepanjang perjalanan ke canopy walk, terdapat beberapa jenis pokok yang cantik dilabelkan untuk pengetahuan pengunjung. Bukan itu sahaja, terdapat juga pondok jika pengunjung mahu rehat atau menikmati pemandangan sebelum meneruskan perjalanan ke canopy walk. Apabila tiba di titik permulaan canopy walk, pengunjung bebas untuk menerokai dan menikmati keindahan alam sekitar yang telah disediakan di situ seperti pokok-pokok eksotik. Antara keistimewaan sepanjang perjalanan canopy walk adalah terdapat juga pokok-pokok besar yang dijadikan canopy semula jadi walkway tersebut.

Jambatan canopy walk disambungkan antara 3 pokok terbesar di hutan hujan Borneo seperti Menggaris dan Seraya. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis habitat yang anda boleh lihat dari canopy walk ini. Poring Canopy Walkaway bukan sahaja menyediakan canopy walk yang indah malah terdapat beberapa tempat juga yang anda boleh lawati seperti Butterfly Garden yang terletak berdekatan sahaja dengan canopy walk tersebut. Selain itu, Poring Hot Springs yang merupakan sebuah tarikan popular juga di Sabah.

Alamat : Poring Treetop Canopy Walkway, 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi : 9 pagi hingga 4 petang

Bayaran masuk: RM 3 bagi (dewasa warga Malaysia) dan RM 5 (warga asing)

Lokasi | Laman Web | Google Reviews | Email | Phone:60-88243629

Whatsapp Poring Treetop Canopy Walk


2. Mulu Canopy Skywalk, Sarawak.

Mulu Canopy Skywalk

Terletak di Sarawak, Pulau Borneo, canopy walk yang berpanjangan 480 meter ini merupakan canopy walk berasaskan pokok yang terpanjang di dunia. Canopy walk ini dibina di bawah pemerhatian dan nasihat pakar dari seluruh dunia untuk menjamin keselamatan walkaway tersebut. Canopy walk ini terdiri daripada tangga aluminium yang diikat oleh tali dan bahagian berjalan ditutup dengan papan kayu. Canopy walk Malaysia timur ini juga popular kerana tamannya yang menjadi tarikan orang ramai. Mulu National Park merupakan taman yang popular kepada pelawat asing kerana terdapat kepelbagaian aktiviti yang tersedia di situ seperti nature walk, Lang and Deer caves dan kawasan memerhati kelawar yang terdapat pada waktu petang.

Perjalanan di Mulu Canopy Skywalk akan membawa anda ke pokok-pokok tinggi yang menyebabkan hutan hujan tersebut hidup kerana dipenuhi dengan pelbagai jenis habitat seperti rama-rama, serangga besar dan juga pakis yang kian merimbun. Apabila anda tiba ke puncak yang tinggi di canopy walk ini, anda akan lihat laluan yang menuju ke Gunung Mulu, mercu tanda taman tersebut yang seluas 2,376 m. Sepanjang perjalanan melalui paku pakis yang 15-25 meter tinggi dari dasar hutan, anda akan menikmati peluang yang unik untuk mendekati “web of life” hutan hujan tersebut. Di bawah Skywalk juga, anda akan melihat Paku River yang cetek bersama habitat yang mendiami sungai tersebut.

Memandangkan populasi flora dan fauna di hutan hujan tropika ini mendiami di pokok-pokok tinggi, canopy walk yang disediakan adalah satu-satunya cara anda boleh melihat mereka dalam keadaan yang aktif. Perkara ini kerana kurang dari 2% cahaya matahari tiba ke dasar hutan. Jangan risau pemandu pelancong akan bantu menunjukkan nuansa flora dan fauna yang terdapat sepanjang perjalanan di canopy walk tersebut, termasuk juga tanaman ubat tradisional yang masih dikumpulkan dan digunakan di penempatan Penan berdekatan.

Alamat : Gunung Mulu National Park, No 11, Mulu National Park, Pekan Mulu
98070, Miri

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 4 petang.

Bayaran Masuk : RM 10 ( seorang )

Lokasi | Laman Web | Facebook | Google Reviews | Email | Phone:(+60 85) 792 600

Whatsapp Mulu Canopy Skywalk


3. Canopy Walk Rainforest Discovery Centre (RDC), Sabah.

Canopy Walk RDC

Terletak di Sepilok, Sandakan, Malaysia timur canopy walk berstruktur ini, yang 147 meter panjang dan puncaknya berada 28 meter dari tanah, diperbuat dari keluli dan direka khas untuk lalu lintas yang tinggi. Perbezaan antara canopy walk konvensional dan RDC adalah canopy walk yang lain diperbuat daripada kayu dan tali manakala canopy walk di RDC menggunakan keluli untuk jambatan-jambatan mereka.

Canopy Walk di Rainforest Discovery Centre (RDC) merupakan antara canopy walk di Malaysia timur yang unik dan berbeza daripada lain. Satu kelainan yang ada pada canopy walk ini adalah ia merupakan sebuah pusat pendidikan yang mengkhususkan dalam penelitian burung yang lebih terperinci. RDC pakar dalam menjaga dan memulihara pelbagai jenis burung dari pelbagai spesies dan bertujuan untuk mempelajari mereka dengan lebih dekat.

Antara keistimewaan RDC juga adalah ia kediaman beberapa spesies burung yang jarang diketahui orang ramai. Pengemar burung yang ingin melihat spesies burung yang istimewa boleh berhubung dengaa renjer canopy walk tersebut supaya dapat melihat mereka dalam keadaan yang aktif. Ternyata mereka sering aktif pada pukul 7 pagi atau pada lewat petang. Bukan itu sahaja, terdapat juga spesies burung yang popular seperti Hornbills, Broadbills, Kingfishers, Woodpeckers dan Pittas. Terdapat dalam 250 jenis burung yang terdapat di RDC.

Terdapat juga tempat perlindungan orang utan dan pada hari-hari tertentu anda boleh kelibat orang utan di habitat semua jadi mereka.

Alamat : Jalan Fabia Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia.

Waktu Operasi : 8 pagi hingga 10 malam

Bayaran Masuk : RM 10 (Dewasa), RM 5 ( Kanak-Kanak berumur 5-17 tahun), Percuma ( Kanak-kanak bawah 5 tahun)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Google Reviews | Email | Phone:+60 89-533780


4. Bukit Gemok Titian Selara Canopy Walk, Sabah.

Canopy Walk Bukit Gemok

Dengan panjangnya 231 meter dan puncaknya berada di paras 26 meter dari tanah, Bukit Gemok Titian Selara Canopy Walk merupakan canopy walk yang terpanjang di Sabah. Hutan simpan yang memainkan peranan di canopy walk ini telah dikembangkan pada awal tahun 1990 dan telah dinaik tarafkan tahun demi tahun untuk keselamatan dan keselesaan pelancong. Kini, terdapat beberapa kemudahan asas seperti pondok istirehat dan juga tandas untuk kegunaan pelancong.

Anda memerlukan sedikit usaha untuk ke canopy walk Bukit Gemok Titian Selara. Anda perlu mendaki selama satu jam (bergantung pada tahap kecergasan anda) sebelum tiba di canopy walk yang disediakan. Sepanjang perjalanan, terdapat pelbagai keindahan dan keistimewaan yang anda boleh lihat seperti pokok-pokok besar yang kelihatan seolah mencecah langit dan haiwan-haiwan yang mendiami kawasan tersebut. Terdapat juga tujuh pondok di sepanjang perjalanan untuk pelancong beristiehat jika penat dalam perjalanan mendaki.

Pemandangan yang merangkumi pusat bandar, pantai yang indah dan kawasan persekitarannya akan membuat pengalaman anda susah untuk dilupai. Walaupun perjalanan ke bawah pula akan mengambil masa yang singkat, anda perlu berhati-hati kerana jalan tersebut berlumpur dan licin terutamanya pada musim hujan.

Alamat : Bukit Gemok, Tawau, Sabah.

Waktu Operasi : 8 pagi hingga 5 petang.

Bayaran Masuk : RM 1

Lokasi | Laman Web  | Google Reviews | Phone:+6089761863


5. Maliau Basin Canopy Walk, Sabah.

Maliau Basin Canopy Walk

Maliau Basin Canopy Walk akan memberi anda pengalaman yang anda tidak boleh lupakan. Dengan gelaran “Sabah’s Lost World’, Malaysia timur canopy walk ini merupakan antara canopy walk yang paling tidak diterokai oleh orang namun apa yang ditawarkan sungguh menakjubkan sehingga anda tidak boleh lepaskan peluang.

Maliau Basin Canopy Walk merupakan canopy walk kedua terpanjang di Sabah. Canopy walk ini merangkumi seluruh hutan hujan tersebut dan terdapat juga puncak-puncak yang dihubungkan dengan 8 pokok terkenal di Sabah seperti Uratmata, Sepatir, Merbau dan Seraya. Perkara ini seolah mendekatkan lagi kita dengan flora dan fauna yang terdapat di situ. Antara faktor istimewa di hutan hujan tersebut adalah ia merupakan kediaman 290 species burung termasuk juga burung-burung yang hampir pupus. Jika anda mahukan peluang untuk melihat burung-burung tersebut, anda boleh mendapatinya berkeliaran pada awal pagi atau pada lewat petang.

Sepanjang perjalanan, anda juga akan melalui sungai yang juga bebas untuk anda terokai. Jangan risau, canopy walk yang dibina kukuh dan kuat jadi keselamatan anda terjamin walau di mana pun anda berada. Terdapat juga aktiviti lain seperti kayak dan night safari yang ditawarkan untuk anda. Untuk pengetahuan anda, canopy walk ini hanya untuk tetamu Maliau Basin sahaja.

Alamat : Maliau Basin, Tawau, Sabah.

Waktu Operasi : 6 pagi hingga 5 petang

Bayaran Masuk: Hanya untuk tetamu Maliau Basin sahaja.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Google Reviews | Email | Phone:+60 88-486 168


Secara kesimpulannya, canopy walk adalah tempat yang anda harus kunjungi untuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Bukan sahaja anda boleh merasakan pengalaman yang selamat dan menerujakan, anda juga boleh memupuk rasa sayang anda kepada alam sekitar. Pengalaman berada di canopy walk Malaysia timur ini tentu akan menguatkan sikap mencabar dalam diri anda juga. Semoga senarai di atas membantu anda menerokai aktiviti ini dengan lebih mendalam. Sekian sahaja daripada saya.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

6 Lokasi Paling BEST Untuk Tour Kelip-Kelip di Malaysia Timur

Ada tiga sebab utama, mengapa anda suka melancong. Pertama, untuk merehatkan diri. Kedua, untuk melepaskan tekanan hidup dari hiruk-pikuk bandar. Dan yang ketiga, untuk...

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x