Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Padang Golf Yang Terbaik di Semenanjung Malaysia

Sukan golf mula dikenali sejak abad ke-15 di Scotland dan kini telah berkembang ke seluruh dunia. Dianggarkan ada 300 padang golf Malaysia dan kadar pertumbuhan setiap tahun sekitar 5%. Ramai yang mempunyai perspektif bahawa sukan golf hanya layak di main oleh golongan elit atau golongan diRaja. Kini, hampir kesemua lapisan masyarakat boleh bermain golf  dan mula meminati sukan tersebut. Cari padang golf near me anda, dan nikmati pengalaman baru yang boleh anda perolehi.


1. Mines Resort and Golf Club, Selangorgolf selangor

Selalu jenis pelancongan yang biasa anda dengar seperti pelancongan budaya, agropelancongan, ekopelancongan, pendidikan, dan perubatan. Tetapi pernahkah anda dengar tentang pelancongan sukan? Untuk pengetahuan anda Mines Resort and Golf Club telah menjadi fokus utama pelancongan sukan di Malaysia khusus kepada sukan golf. Setiap tahun sukan peringkat antarabangsa ini pasti akan dianjurkan di sini dengan penglibatan pemain bukan sahaja di peringkat tempatan malah juga antarabangsa.

Kelab seluas 245 ekar, mempunyai 72 par bersama 18 lubang dengan pemandangan tasik seluas 150 ekar, telah menjadi momen paling diingati dengan kehadiran legenda sukan golf terkemuka seperti Tiger Woods dan Mark O’Meara dalam kejohanan dunia pada tahun 1999 dan 2012. Mines masih mengekalkan ciri-ciri ekslusifnya kepada ahli-ahli kelab tetapi dalam masa yang sama turut membuka peluang kepada tetamu bermain di sini.

Usah risau, dengan pembaharuan pengurusan yang dibuat, golongan kelas pertengahan pasti mampu untuk bermain golf di Mines di tambah lagi kelab ini juga telah menaik taraf pelbagai fasiliti lain seperti restoran, dewan, bilik persalinan, dan sebagainya untuk keselesaan pelanggan. Mata anda akan terpukau dengan hamparan rumput bermuda greenless park (gip) pada fairway dan tiffdwarf di permukaan green di Mines.

Alamat: Jalan Kelikir, MINES Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel: 03-8943 6268 / 019-6001540

Email: [email protected] or [email protected]

Website: www.minesgolf.com.my


2. Kuala Lumpur Golf and Country Club, Kuala Lumpurgolf KL

Memegang anugerah sebagai “Malaysia’s Best Golf Course By World Golf Award”, “Top 100 Platinum Golf and Country Club of The World”, dan “Top 100 Golf Course in Asia” telah menjadikan nama Kuala Lumpur Golf and Country Club terus harum di mata pengunjung antarabangsa.

Tidak terhad kepada sukan golf semata-mata, malah kelab ini juga menyediakan fasiliti lain seperti aerobik, gym, taekwando, karate, kolam renang, gelanggang tenis, gelanggang badminton, gelanggang squash, tai chi, panggung teater dan video game, pusat bowling, spa, dan bermacam-macam lagi.

Pemandangan alam semulajadi yang tenang dari Bukit Kiara dan 8 kilometer jauh dari bandaraya Kuala Lumpur menjadikan padang golf Malaysia ini terus mendapat tempat di hati peminat sukan golf khususnya yang menginginkan kelab golf yang tertutup, ekslusif dan tenang.

Alamat: 10, Jalan 1/70D, Off Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur

Tel:  03-2011 9188

Waktu operasi: Sabtu hingga Jumaat (Ahad cuti), 7 pagi hingga 7 petang

Website: www. tpckl.com


3. Royal Selangor Golf Club, Kuala Lumpurgolf selangor royal

Royal Selangor Golf Club, Kuala Lumpur atau sinonim dikenali sebagai RSGC mula bertapak pada tahun 1893 lagi dan dikenali sebagai kelab golf paling tua di Asia dan padang golf terbaik. Suasananya yang menghijau dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan membolehkan pengunjung menikmati ketenangan dan kedamaian yang luar biasa.

Alamat: The Royal Selangor Golf Club, Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak 55000 Kuala Lumpur

Tel: 03-9206 3333

Email: [email protected]

Website: www.thersgc.com


4. Saujana Golf and Country Club, Selangorgolf selangor saujana

Terus mengungguli senarai padang golf Malaysia yang terbaik, Saujana Golf and Country Club hadir menampilkan dua ciri lapangan yang berbeza iaitu The Palm dan Bunga Raya. The Palm menjadi pilihan paling banyak mendapat permintaan dengan mempunyai 72 par bersama 18 lubang

Tidak terkecuali seperti kelab-kelab golf yang berprestij juga, kelab ini akan menjadi lokasi panas pertandingan golf antarabangsa bertapak setiap tahun seperti Maybank Championship dan World Amateur Golf Team Championships. Menurut pengalaman kaki golf di sini, mereka jujur mengelar Saujana Golf and Country Club sebagai “The Cobra” kerana padangnya yang menakutkan, mencabar, dan berliku.

Alamat: Jalan Subang, U 2, 40150 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-7846 1466

Website: www.saujanaonline.com.my


5. Kota Permai Golf and Country Club, Selangorgolf selangor kota permai

Kota Permai Golf and Country Club adalah sebuah kelab golf Malaysia yang sangat menakjubkan dan dikelilingi dengan kawasan taman yang segar, tenang, dan hijau. Lokasi ini terletak berdekatan dengan kawasan Kota Kemuning dan 30 minit jauhnya jika anda ingin memandu ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Keseluruhan tempat dan bangunan ini telah di reka oleh arkitek dari Australia iaitu Ross Watson.

Kelab golf Malaysia bertaraf lima bintang ini turut dihiasi dengan pelbagai jenis pokok seperti Khaya, kelapa sawit, pine, kayu manis, dan raintree.  Kota Permai memiliki portofolio yang cukup impresif terutama dalam pengadaan perlawanan golf profesional di Malaysia sejak tahun 1998.

Antara anugerah yang pernah diterimanya adalah seperti Best Maintained Golf Course oleh Malaysian Golf Awards di tahun 2018, The Asia Pacific Order of Zenith oleh Asian Golf Awards tahun 2019, Best Golf & Country Club of The Year dari Hospitality Asia Platinum Awards di tahun 2008, the Best Golf Course di tahun 2007/2008 oleh majalah Golf Malaysia dan Malaysia’s Number One Golf Course and Most Beautiful Hole oleh majalah Golf Malaysia di tahun 2001/2002/2004/2005/2006.

Alamat: No. 1, Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Section 31, 40460 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5122 3700

Email: [email protected]

Website: www.kotapermai.com.my


6. Tiara Melaka Golf & Country Club, Melaka

golf melaka

Sembilan tarikan utama di Tiara Melaka Golf and Country Club di dominasi oleh hamparan air yang besar dan dihiasi dengan keindahan pokok dan flora yang berwarna-warni.

Lapangan di sini agak mencabar mental dan fizikal pemain kerana ia mempunyai pelbagai halangan yang sulit dan 9 lubang. “Killer hole” terletak di par 5 lubang kedua dan par 4 lubang kelapan.

Kelab seluas 400 ekar tanah ini di reka oleh gabungan arkitek Nelson, Wright & Haworth. Tiara Melaka dianggap sebagai padang golf near me anda. Ini kerana, jika anda membantu kereta, anda hanya memerlukan 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, dua jam dari Singapura untuk sampai ke sini. Apa yang boleh dikatakan pilihan dan reka bantuk topografi Tiara Melaka mengambarkan sisi semulajadi sesebuah bangunan berprestij dan bersejarah di Melaka.

Alamat: Tiara Melaka Golf & Country Club Jalan Gapam, Bukit Katil, Melaka

Tel: 06-231 1111/ 606-231 2366

Email: [email protected]

Website: www.lion.com.my


7. The Els Club Teluk Datai, Langkawiels golf

Langkawi terkenal dengan pelancongan budaya dengan adanya kepelbagaian daya tarikan di bandar dan luar bandar. Salah satu lokasi menjadi pilihan pengunjung adalah The Els Club Teluk Datai yang berada di kawasan hutan hujan dan pantai semula jadi yang paling bersih.

Menariknya, kelab ini juga berjaya merangkul anugerah “The World’ Best New Golf Course” dan berada di kedudukan 84 dalam“Golf Digest’s Top 100 Greatest Golf Courses in the World.” Bagi anda yang ingin merasakan pengalaman bermain golf di kawasan yang mewah di Pulau Langkawai, The Els Club adalah padang golf terbaik.

Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Kedah, Langkawi.

Tel: 60 (4) 959 2700

Email: reservations@ elsclubmalaysia.com

Website: www.elsclubmalaysia.com


8. Sultan Ahmad Shah Golf Club, Cameron Highlandsgolf cameron

Dengar namanya pun sudah gah di mata dunia. Padang golf Cameron Highland yang paling terkenal ini dibina seawal tahun 1930 dan siap pada 1934. Uniknya, ia dibangunkan sendiri dengan menggunakan tenaga buruh. Oleh itu ciri pembuatannya pasti lebih kemas, berhati-hati, dan kukuh. Pada asalnya, lokasi ini merupakan landasan kapal terbang namun segalanya berubah atas permintaan golongan Eropoh yang menginginkan sukan golf bertapak di sini.

Apa yang menakjubkan tentang Sultan Ahmad Shah Golf Club, anda akan bermain di padang golf Cameron Highland yang tertingi di Malaysia iaitu sekitar dari paras laut atau lebih tepat setinggi 1524 meter. Disediakan juga permainan sama ada 9 atau 18 lubang namun jangan hairan kerana lokasi dan persekitarannya yang damai, anda pasti mampu menghabiskan 36 lubang tanpa penat.

Alamat: Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, 39000 Tanah Rata

Tel: 05-491 1126


Kesimpulannya, apa jua sukan yang anda minati pastikan anda lakukan dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah sumber riadah yang menyihatkan tubuh badan dan emosi.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...

15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x